15 July 2009

Mari kita berdoa...

1. Doa apabila terganggu daripada tidur atau rasa kesepian


Maksudnya:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.


2. Doa bagi mereka yang was-was dalam beriman

  • Hendaklah memohon perlindungan dengan Allah.
  • Berhenti daripada memikirkan perkara yang meragukan.
Kemudian baca:

Maksudnya:
Aku beriman dengan Allah dan Rasul-RasulNya.

dan baca:

Maksudnya:
Dialah yang awal dan Dialah yang akhir, Dialah yang zahir dan Dialah yang batin, Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

3. Doa supaya dapat membayar hutang


Maksudnya:
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.


4. Doa untuk memudahkan sebarang urusan

Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

5. Doa ketika ditimpa bencana

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.

Maksudnya:

Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim.


Maksudnya:

Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukanNya dengan sesuatu.

.......bersambung

*Semoga Allah memberikan rahmat dan hidayahNYA kepada kita.. dan semoga doa dan impian kita dikabulkan.. Amin..

Sumber: doaharian.blogspot.com

14 July 2009

Doa harian dan Pengertian doa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.

Umpamanya:

a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:


Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)


b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:


...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)


c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)


d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:

Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)


e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:

Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)


f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)

InsyaAllah.. aku akan postkan doa-doa harian yang boleh kita amalkan.. dan selalunya aku akan bermula dengan doa2 yang pendek dan mudah untuk di hafal.. heheheh... bukan malas.. tp.. sekurang2nya memulakan setiap perkara dengan perkara yg paling mudah dahulu untuk mengumpul semangat.. hihihihi...

*Semoga Allah kabulkan setiap doa-doa kita.. dan segala impian tercapai.. Amin...

13 July 2009

Harus Bela Anjing Pengawal

Tulisan Prof Madya Maznah Daud, menyentuh peristiwa anjing menggigit kanak-kanak. Berikutan itu, beberapa pembaca bertanyakan mengenai pandangan Islam berkaitan dengan anjing peliharaan.

Seperti yang dinyatakan dalam penulisan beliau, anjing menurut pandangan jumhur fuqahak adalah najis mughallazah. Ia berdasarkan perintah Rasulullah agar membasuh bekas yang dijilatnya sebanyak tujuh kali dimulakan dengan air yang dicampur tanah. Namun, tidak bermakna Islam menganggap anjing sebagai makhluk hina yang wajib dibenci dan dijauhi.

Setiap makhluk ciptaan Allah ada kelebihan tersendiri. Lantaran itu tidak wajar bagi kita memandang hina pada sesuatu makhluk disebabkan kejadiannya yang buruk, kotor dan najis.

Dalam satu hadis diceritakan seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Ketika mana seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi.
Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu dia turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. Kemudian dia naik ke atas dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendirinya: Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini. Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Allah berterima kasih kepadanya lantas mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.”

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?” Baginda menjawab: “Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Selain itu, al-Quran menerangkan beberapa fungsi anjing yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Antaranya anjing sebagai pengawal keselamatan. Ketika menceritakan kisah Ashabul-Kahfi, Allah berfirman maksudnya: “Dan kamu mengira mereka itu jaga padahal mereka tidur. Dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua-dua lengannya di muka pintu gua...” (Surah al-Kahfi, ayat 18). Ayat ini menunjukkan harus membela anjing untuk dijadikan pengawal keselamatan. Allah menyatakan bahawa anjing itu berada di muka pintu, bukan dalam gua bersama tuannya.

Jadi keharusan membela anjing sebagai pengawal tidak bermakna ia boleh dibawa masuk ke dalam rumah. Maksud yang tersirat dalam ayat ini diperkukuhkan dengan sabda Rasulullah bermaksud: “Malaikat (rahmat) tidak memasuki rumah yang ada dalamnya patung dan anjing.”
Ayat ini juga menunjukkan bahawa anjing adalah haiwan yang setia kepada tuannya. Perihal kesetiaan anjing memang selalu didengar. Ada yang berjaya menemui jalan pulang ke rumah tuannya walaupun terpisah berpuluh-puluh batu jauhnya.

Di samping itu, ayat berkenaan memaparkan bahawa keberkatan orang salih akan melimpahi sesiapa saja yang berdampingan dengannya walaupun seekor haiwan. Lantaran itu, kita seharusnya berhati-hati dalam memilih teman. Pastikan sentiasa berdampingan dengan golongan yang baik agar sama-sama mendapat kebaikan dan keberkatannya.

Selain menjadi pengawal, anjing juga boleh digunakan untuk berburu.
Allah berfirman maksudnya: “Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan buruan yang ditangkap oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu, kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka, makanlah daripada apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepasnya). Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha cepat hisab-Nya.” (Surah al-Maidah, ayat 4).

Binatang buas yang disebutkan di dalam ayat di atas termasuk anjing. Malah perkataan ‘mukallibin’ yang bermaksud ‘mengajar binatang buas untuk berburu’ diambil daripada perkataan ‘kalb’ yang bermakna anjing.

Ia menunjukkan binatang yang paling kerap digunakan untuk berburu adalah anjing. Hal ini diperkuatkan dengan beberapa hadis yang menunjukkan sahabat memang menggunakan anjing untuk berburu. Antaranya hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada ‘Adi bin Hatim. ‘Adi berkata: “Saya berkata kepada Rasulullah : Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya telah melepaskan anjing saya yang telah saya ajar untuk berburu dan saya menyebut Nama Allah.” Baginda bersabda: “Sekiranya engkau melepaskan anjingmu yang telah diajar untuk berburu dan engkau menyebut nama Allah maka makanlah binatang yang ditangkap oleh anjingmu itu.”

Di samping kelebihan yang ada pada anjing, ia mempunyai satu tabiat hodoh, iaitu lidahnya yang terjelir-jelir setiap ketika.

Namun, di sisi Allah ada manusia yang sama hodohnya dengan anjing itu. Mereka ialah orang yang meninggalkan petunjuk kebenaran yang nyata dan memilih kesesatan. Mengutamakan kesenangan dunia yang sementara dan melupakan akhirat yang kekal abadi. Firman Allah bermaksud: “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia termasuk orang yang sesat. Dan kalau Kami mengkehendaki, sesungguhnya Kami tingkatkan darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah.

Maka perumpamaannya seperti anjing; jika kamu menghalaunya dijulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” (Surah al-A’raf, ayat 175-176).

Kesimpulannya, semua makhluk yang diciptakan Allah, sama ada haiwan, tumbuhan-tumbuhan dan sebagainya untuk mempermudahkan kehidupan manusia. Hal ini agar mereka dapat menyempurnakan tugas sebagai khalifah dengan sebaiknya. Sebahagian makhluk menjadi sumber makanan, sebahagian digunakan untuk membuat tempat tinggal, pakaian, kenderaan dan sebagainya. Malah, ada yang berkhidmat kepada manusia secara diam-diam tanpa disedari oleh manusia sendiri seperti apa yang dilakukan oleh pelbagai jenis bakteria termasuk dalam badan manusia.Ada antara makhluk Allah, khususnya haiwan yang boleh dijadikan pengajaran serta iktibar dalam pelbagai aspek.

Perkara ini yang dimaksudkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu...” (Surah al-Baqarah, ayat 29)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk kepentinganmu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan antara manusia ada yang membantah keesaan Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan.” (Surah Luqman, ayat 20).

Dipetik dari http://zaadut-taqwa.blogspot.com

12 July 2009

Hukum Memotong Kuku dan Rambut bagi Wanita Haid

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh...

Ketika aku sibuk menerangkan sedikit sebanyak mengenai membaca Al-Quran ketika haid kepada Moon dan adik aku.. tiba2 Moon bertanya.. bolehkah kita memotong kuku ketika uzur... hmmm... susah jugak aku mau jawab kalau aku sendiri pun nda pasti jawapannya.. jadi.. aku pun carilah sumber yang mengatakan dan mengesahkan boleh atau tidaknya hal ini... rupa2nya persoalan ini bukan sahaja menjadi teka-teki kepada Moon tetapi jugak kebanyakan pihak wanita di luar sana.. dan soalan yang sama juga telah diutarakan kepada Ustaz Hj. Zaharuddin.. dan ini lah soalan dan jawapannya.. semoga ada manfaatnya..

Soalan:

Dari apa yang saya dengar, ada yang mengatakan bahawa seorang perempuan yang sedang haid tidak boleh memotong rambut dan potong kuku. Mengapa demikian? Apakah ada akibat buruknya? Apakah memang ada dalilnya?

Jawapan:

Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ (1/60), menurut Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub (tidak bersih).

Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik akal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif’at Fawzi, professor Shari’ah di Univ. Kaherah. Soalan ini pernah ditujukan kepada Imam Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Ghiza’ al-albab (1/382) maka beliau menjawab:

“Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi s.a.w. bersabda: ‘Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) sama ada hidup ataupun mati’, malah Nabi memberitahu: ‘buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam)’ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi.

Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)…justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”

Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ata’ bin Abi Rabah. ‘Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwuduk’ (Riwayat al-Bukhari).

Sebagai maklumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam.

Wallahua’lam.

Sumber: Majalah i (April 2006), bahagian soal jawab agama oleh Ustaz Hj. Zaharuddin Hj. Abd Rahman

11 July 2009

Rahsiah Ungkapan (لا إله إلا الله)

TIADA TUHAN (YANG SEBENARNYA BERHAK DISEMBAH) MELAINKAN ALLAH

Susunan angka-angka yang memukau membongkar rahsia Kalimah Tauhid

(لا إله إلا الله) adalah sebaik-baik kalimah, semulia-mulia ungkapan, seindah-indah susunan. Tiada yang seumpama atau yang serupa dengannya, baik dari segi bahasa atau maknanya.

(لا إله إلا الله) adalah Kalimah Tauhid, Kalimah Ikhlas yang diseru oleh seluruh para Nabi dan Rasul sejak dahulu hingga kini dan selamanya.

(لا إله إلا الله) adalah kunci pintu syurga. Sesiapa yang akhir kalamnya di dunia ini (لا إله إلا الله) akan masuk syurga.

Lantaran itu Allah telah menyusun ungkapan ini dengan huruf-huruf yang menunjukkan keesaanNya dan menunjukkan bahawa Dialah Pencipta 7 lapis langit dan segala-galanya!

Susunan (لا إله إلا الله) Yang Penuh Mukjizat

Ungkapan yang Maha Agung ini disusun dengan menggunakan tiga huruf sahaja: alif, lam dan ha (الألف واللام والهاء)

Di sini sudah ketara kehebatan ungkapan ini. Apakah ada di kalangan manusia yang mampu menyusun satu ungkapan kata yang mengandungi makna yang cukup besar dengan hanya menggunakan tiga huruf sahaja?

Dari segi bahasa, dalam mana-mana bahasa sekalipun tidak akan ada satu ungkapan yang mengandungi makna yang besar disusun dengan menggunakan tiga huruf selain daripada ungkapan (لا إله إلا الله)

Inilah yang dikatakan sebagai mukjizat dari sudut bahasa.

Huruf kalimah (الله) itu sendiri itulah juga huruf (لا إله إلا الله)
Perhatikan kalimah atau perkataan(الله) juga terdiri dari tiga huruf, iaitu alif, lam dan ha (الألف واللام والهاء)

Ertinya Allah SWT menggunakan huruf-huruf yang ada pada NamaNya (الله)
untuk menyusun satu ungkapan yang menunjukkan hakikat DiriNya. Bukankah ini merupakan satu mukjizat yang sangat besar?

Dipetik dari Maznah Daud.. (lupa la suda urlnya..)

Mengikut sumber yg aku baca.. apa yg telah dijelaskan adalah merupakan sedutan daripada buku yang baru diterbitkan oleh Maznah Daud. Terdapat banyak lagi rahsia yang tersingkap di sebalik ungkapan Kalimah Tauhid yang maha agung itu. Rahsia hebat yang menjadi bukti kebenaran dan kebijaksanaan Allah Yang Maha Esa. Jika anda berminat untuk mendapatkan buku berkenaan Sila email ke alamat: maznah.daud@gmail.com

*Semoga kita mendapat rahmat dan hidayahNYA... Amin..

10 July 2009

TAUBAT

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subahanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Kehidupan di dunia ini penuh dengan dugaan, cabaran dan ujian. Sudah setentunya setiap insan tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Di antara cara yang terbaik yang telah digariskan oleh syarak bagi orang yang melakukan dosa itu ialah bertaubat. Oleh yang demikian Allah Subhanahu Wata'ala telah memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya bertaubat kepada-Nya serta dijanjikan dengan pengampunan terhadap dosa-dosa yang telah diperbuat dan memberikan ganjaran yang baik kepada mereka yang mahu bertaubat.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Maa-idah ayat 39 tafsirnya :

"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya : kerana Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi".

Taubat adalah merupakan satu proses pembersihan diri dari segala bentuk dosa dan maksiat, dan juga merupakan pendorong kea rah melakukan sesuatu yang lebih baik dan sempurna, sebagai jalan keluar bagi orang yang kehilangan arah setelah tersesat kerana bergelomang dengan dosa dan maksiat dan juga sebagai jalan yang memberikannya harapan, mengembalikan kepercayaan kepada diri sendiri betapa kasih, rahmat dan ampunan Allah Subhanahu Wata'ala kepada hamba-hamba-Nya itu amat luas dan tidak terbatas.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Az-Zummar ayat 53 tafsirnya :

"Katakanlah wahai Muhammad : Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri dengan perbuatan-perbuatan maksiat, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia-lah juga Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi".

Cuba kita bayangkan betapa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam seorang hamba yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan dosa Baginda yang terdahulu dan yang akan datang dijamin mendapat keampunan Allah subahanahu Wata'ala lagi bertaubat setiap hari seratus kali, betapa pula kita hamba Allah yang biasa ini.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya :

"Dari Ibnu Omar ia berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam : Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah kerana sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali".(Riwayat Al-Imam Muslim)

Setiap orang yang telah sedar dan insaf akan kesalahan-kesalahan yang dilakukan hendaklah menyegerakan taubatnya tanpa bertangguh-tangguh kerana kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba. Jangan tunggu sehingga tiba waktu penyesalan sudah tidak berguna lagi.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda maksudnya :

"Dari Ibnu Omar: Dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Subahanahu Wata'ala tetap menerima taubat seseorang hamba-Nya, selama nyawanya belum sampai di kerongkongnya".(Riwayat Al-Imam At-Tarmidzi).

Oleh itu janganlah di tunda-tunda niat yang baik itu, apatah lagi hukum bertaubat itu wajib. Ketahuilah bahawasanya Allah Subahanahu Wata'ala itu Maha Pengampun dan Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Firman allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At-Tahriim ayat 8 tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada allah dengan 'Taubat Nasuha', mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai".

Perlulah diingat bahawa bertaubat itu bukan hanya sekadar mengucapkan kalimah istighfar sahaja, tetapi hendaklah di sertai dengan penyesalan, dengan niat dan azam tidak akan mengulangi perkara dosa yang pernah dilakukan. Para ulama telah menjelaskan bahawa perbuatan bertaubat itu belum dianggap sempurna kecuali dengan memenuhi syarat-syarat berikut :

Pertama : Jika hak-hak yang bersangkutan antara hamba dan Tuhan-Nya, hendaklah seseorang itu meninggalkan dosa dan maksiat dengan perbuatannya itu dan berazam untuk tidak akan kembali melakukannya lagi.

Kedua : Andai kata hak-hak bersangkut-paut dengan hak anak adam, maka hendaklah meninggalkan perbuatan dosa tersebut, menyesalinya, berazam tidak melakukannya lagi serta hendaklah dia membersihkan dirinya daripada hak orang itu. Umpamanya, jika dia mengambil harta benda orang lain hendaklah dia mengembalikannya semula kepada tuannya. Jika dia mencaci atau mengumpat seseorang maka hendaklah dia meminta maaf kepada orang yang diumpatnya itu.

Di samping itu, para ulama juga ada menjelaskan bahawa antara lain syarat taubat itu ialah dorongan bertaubat hendaklah semata-mata kerana Allah Subahanahu Wata'ala atau pun semata-mata kerana kesedaran kita, bahawa maksiat itu merupakan sesuatu yang keji pada pandangan syarak, atau pun semata-mata takut kepada azab Allah di Hari Kiamat dan tamak kepada balasan Syurga, bukan bertaubat kerana sesuatu dorongan yang bukan kerana keikhlasan. Umpamanya kerana takut kemudaratan yang akan menimpa terhadap dirinya, kehormatannya atau hartanya jika tidak bertaubat, maka yang demikian itu tidak dinamakan taubat. Sebagai contoh, menyesali dan bertaubat daripada meminum minuman keras, merokok dan sebagainya disebabkan takut memberhayakan kesihatan tubuh badan, yang demikian itu bukan dinamakan sebagai taubat.

Begitu juga, menyesali dan bertaubat daripada memakan harta haram dengan cara rasuah, menipu, mencuri, pecah amanah dan sebagainya kerana takut kehilangan pekerjaan, kehilangan kedudukan pangkat, maka ia juga tidak dinamakan sebagai taubat. Oleh yang demikian, taubat itu mestilah bertitik tolak daripada keinsafan untuk kembali kepada Allah Subahanahu Wata'ala semata-mata, bukan kerana yang lain-lain.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikkan dalam membantu seseorang untuk membersihkan jiwanya daripada sebarang kotoran dosa. Langkah yang di maksudkan ialah mengikut ajaran Al-Qur'an dan As-Sunnah. Antaranya ialah, menjauhkan diri daripada maksiat, berkawan dengan kawan yang baik-baik, melawan pujukan syaitan dan hawa nafsu, sentiasa menyesal terhadap dosa yang lalu, memperbanyakkan istigafar, melakukan amal salih, berdoa dan sentiasa muhasabah diri.

Taubat merupakan syariat yang amat penting dan wajib dilaksanakan pada bila-bila masa, bukan sahaja kepada mereka yang terang berbuat kesalahan dan dosa-dosa tetapi juga kepada mereka yang tidak menyedari, apakah ia berbuat salah ataupun tidak. Kerana sifat manusia tidak luput dari berbuat kesalahan, taubat sahajalah jalan untuk membersihkan diri daripada dosa dan sebagai landasan menuju segala macam kebaikan, baik untuk didunia mahupun untuk di akhirat.

Dari Surah An-Nisaa', ayat 18 tafsirnya :

"Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia : Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini. Sedang taubatnya itu sudah terlambat dan demikian juga halnya orang-orang yang mati sedang mereka kafir. Orang-orang yang demikian Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

09 July 2009

Gereja paparkan papan tanda "Islam is of The Devil"

Musuh-musuh Islam tidak akan pernah senang terhadap Islam dan umatnya sudah menjadi sunnatullah di muka bumi ini.

Sebuah gereja di wilayah barat laut kota Gainesville Amerika Serikat, memasang papan tanda di depan gereja dengan tulisan berwarna merah berbunyi "Islam is of The Devil" (Islam adalah Setan) sebagai bagian dari ungkapan ke 'rejiliusan' dari kepercayaan jemaat gereja tersebut dan yang lebih parahnya lagi, papan yang berisi tulisan yang menghina Islam itu, mereka anggap sebagai pesan dari sebuah tindakan yang luar biasa atas nama cinta.

Beberapa masyarakat yang tinggal didekat gereja tersebut sebenarnya merasa gerah dan risih membaca papan di depan gereja karena telah menimbulkan protes dan aksi vandalisme balasan terhadap gereja.

"Ungkapan ini bagian dari cara kami mengatakan bahwa hanya ada satu jalan, dan tentunya itu adalah jalan kekristenan. Hal ini memberikan penjelasan kepada masyarakat, bagaimana jalan yang benar dan jalan yang benar adalah Yesus dan hanya Yesus," kata pastor senior Terry Jones. "Kami rasa papan tanda yang ada di depan gereja kami adalah sebuah tindakan untuk memberikan masyarakat kesempatan untuk memilih."

Namun pastor Terry Jones mengakui bahwa tidak semua orang menerima papan tanda tersebut.

Gereja telah menerima lebih dari 100 panggilan dalam 24 jam berkaitan dengan papan tanda yang menghina Islam itu, kata Jones menambahkan. Dan dia melihat hal tersebut sebagai sesuatu yang positif.

Sejak papan tanda yang berisi kata-kata menghina Islam itu dipasang, telah beberapa kali papan itu dicopot oleh orang yang tidak dikenal, namun pihak gereja kembali memasangnya.

Pastor Terry Jones mengatakan bahwa tindakan vandalisme yang mencopot papan tanda yang berada di depan gereja akan dilaporkan ke polisi dan dia juga mengatakan bahwa pihak mereka (gereja) tidak ada rencana untuk menghapus ataupun merubah serta mencopot papan tersebut.

"Kami sebenarnya memasang papan tanda itu sebagai bagian dari peringatan atas pertumbuhan Islam yang besar saat ini. Islam adalah agama yang keras dan menindas serta tidak ada kaitannya dengan kebenaran Injil," ujar Jones. "Kami akan terus mencoba menyampaikan pesan bahwa Yerus Kristus adalah satu-satunya jalan keselamatan."

Pada waktu yang akan datang, gereja mungkin akan merubah pesan yang terdapat dalam papan tanda dengan pesan-pesan keyakinan gereja terhadap perkawinan sejenis atau soal aborsi, kata pastor Jones. Gereja juga menyampaikan pesan-pesan yang diposting di situs berbagi video YouTube, ujarnya.(fq/gainesville)

*Ya Allah selamatkanlah seluruh umat Islam di muka bumi ini.. Amin..

Memberi Nama Anak Mesti Nama Yang Baik

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh...

Lucu sekali bila aku baca satu blog kepunyaan ustaz dari negara jiran ini.. tapi isinya memang baik.. memilih dan memberi nama kepada anak dengan nama dan panggilan yang baik2... kerana nama mencerminkan bukan sahaja kepada si anak.. tetap kepada orang tuanya selaku pemberi amanah.. rupa2nya memberi nama anak ini tidak kurang pentingnya.. aku ingatkan setakat nama untuk memudahkan dipangggil dan di ingat.. tapi sebenarnya ia adalah satu doa kepada si anak dan jugak boleh jadi nama itu lah yang akan mencerminkan keperibadian si anak.. dengan sedikit penjelasan dan cerita lucu Ustaz ini boleh la kita ambik sebagai iktibar dan namakan lah anak anda nanti dengan nama2 yang indah seindah maksudnya.. semoga saja anak2 kita semua mempunyai peribadi yg baik dunia dan akhirat.. Amin...


Sebagaimana pernah aku tulis dalam artikel khutbah Jum’at, salah satu kewajiban orang tua adalah memberikan nama yg baik pada anaknya. Hal ini dikarenakan:

1. Nama yg baik merupakan HAK dari anak.
Rasululloh SAW bersabda,“Seseorang datang kepada Nabi(SAW) dan bertanya,”Ya Rasululloh, apa hak anakku ini?” Nabi SAW menjawab,”Memberinya nama yg baik, mendidik adab yg baik, dan memberinya kedudukan yg baik (dalam hatimu)”.” (HR Aththusi)

2. Rasululloh SAW sendiri menyatakan bahwa nama yg diberikan kepada anaknya itu adalah DOA (orang tua kepada anaknya).

Terkait dengan pemberian nama ini, sudah banyak situs dan buku yg menyediakan nama (anak yang) baik, berasal dari berbagai negara dan bahasa. Ada yg menyediakan nama anak dalam bahasa Indonesia, Arab, Inggris, Jawa, bahkan Yunani. ***maaf, aku tidak menyediakan linknya…silakan anda googling sendiri ya…***

Tiap orang tua akan selalu ‘kelabakan’ menyediakan nama bagi anaknya, karena sudah fitrah orang tua (sebagaimana hadits Rasululloh SAW di atas) untuk memberikan nama yg terbaik bagi anaknya. Terkadang orang tua menyiapkan lebih dari 1 nama bagi anaknya (yg akan lahir). Biasanya 1 nama laki-laki, dan 1 nama perempuan, tujuannya yaaa jelas…agar mereka tidak kelabakan (lagi) memberikan nama yg sesuai dengan jenis kelamin anaknya.

Namun, 1 nama pun terkadang masih belum cukup. Pengalaman yg pernah aku baca, saat anak laki-laki si Fulan lahir, sebenarnya dia sudah mempunyai 1 nama untuk diberikan. Namun, mendadak ada ‘request’ dari istrinya…karena ternyata istrinya tidak sreg dg nama yg telah disiapkan. Walhasil, mereka berdua rembukan lagi untuk mencarikan nama bagi anaknya. Setelah sekian lama, akhirnya dapat juga…dan akhirnya nama yg kedua ini yg diberikan ke anaknya saat akikahan.

Oke…kembali ke masalah pemberian nama….

Seorang anak kenalan ibuku, mempunyai nama yg cukup panjang, yakni terdiri dari 6 (ENAM) SUKU KATA. Bisa anda bayangkan…?? Ini tidak lain karena orang tua sang anak, kenalan ibuku, meminta kepada orang tua masing2 untuk ‘menyumbang’ nama bagi anak mereka. Walhasil, nama yg ‘disandang’ si anak menjadi cukup panjang. ***aku sedikit geli, jika saat SPMB, si anak mesti menuliskan nama lengkapnya, apakah formulirnya cukup?? hihihi..***

Meski tidak ada larangan dalam meminta kepada orang tua untuk memberi nama bagi anaknya, namun, aku berpedoman pada hadits Rasululloh SAW di atas, hendaknya ORANG TUA yg memberi nama. Adapun sang kakek-nenek, cukup sumbang saran…namun jangan dijadikan patokan. Namun, itu berserah kepada diri masing2 orang tua.

Baik…kita lanjutkan topiknya…

Bagaimana kriteria nama yg baik?
Hmmm….aku sempat diskusi dengan bapakku + ustadzku mengenai definisi+pemberian nama yg baik. Beliau berdua menyarankan hal yg sama, yakni sebaiknya nama anak diambil dari Al Qur’an, namun tetap MEMPERHATIKAN MAKNANYA, karena tidak semua hal dari Al Qur’an sifatnya/berarti baik.

Sebagai contoh, JAHANAM. Meski kata ini berasal dari Al Qur’an, jelas kata jahanam tidak berkonotasi baik, karena dia merujuk pada JENIS NERAKA. Kemudian, ada juga kata THAGUUT. Sekilas kata ini nampak ‘keren’, namun jika kita tahu artinya adalah SETAN, maka orang tua yg ‘normal’ tidak akan mau memberikan kata ini menjadi nama anak mereka. Lalu ada juga kata FARJI, yg berarti KEMALUAN.

Well…dari sekian contoh kata yg diambil dari Al Qur’an, jelas ada kata2 yg tidak layak dijadikan nama anak. Lalu, apa kata2 dari Al Qur’an yg cocok dan tepat dijadikan nama anak?

Jika kita ingin punya anak yg pengasih, maka kata RAHMAN cocok untuk dijadikan nama. NAMUN, mesti diperhatikan bahwa kata Rahman tersebut HARUS digabung (ditambahkan) kata lain, karena (AR) RAHMAN merupakan NAMA ALLOH SWT. Sehingga sebagai makhluk-Nya, yg ‘tidak layak’ menyandang kata Rahiim (saja), kita tambahkan kata Abdul atau kata lain. Misalnya diberikan nama Abdul Rahman, berarti seorang hamba yg (bersifat) pengasih. Atau Muhammad Andi Rahman, atau contoh lainnya (Muhammad Fahmi Aulia bisa juga menjadi contoh lho…hihihi…).

Yang jelas, JIKA KITA HENDAK MENGGUNAKAN NAMA ALLOH SWT (ASMAUL HUSNA) SEBAGAI NAMA ANAK, MAKA (SEPERTI AKU TULIS DI ATAS) HENDAKNYA DITAMBAHKAN NAMA/KATA TAMBAHAN.

Di beberapa contoh nama anak, nama nabi juga bisa dijadikan acuan untuk menjadi nama. Ibrahim, Isa, Muhammad, Ismail, merupakan nama nabi yg bisa dijadikan nama anak.

Terkadang, nama seseorang sedikit identik dengan marga/suku bangsa. Nasution, Siregar, Harahap merupakan contoh nama dari suku Batak. Dadang, Asep, Ujang, biasanya identik dengan suku Sunda. Joko, Darojatun, Basuki, identik dengan suku Jawa. Dan masih banyak lagi contoh lainnya.

Bahkan, seringkali hubungan nama dan suku bisa kita lihat dari susunan nama. Kinkin Sodikin, Maman Budiman, Jaja Subagja menunjukkan mereka berasal dari Sunda. Joko Supriyanto, Eko Susanto, Nurcahyo (halo mas Cahyo, hehehe..) pokoknya yg banyak huruf ‘O’ identik dg suku Jawa. Dan masih banyak lagi.

So, dengan pedoman di atas, hendaknya kita bisa mulai berpikir untuk menyiapkan nama yg baik bagi (calon) anak kita nanti agar anak kita bisa menjadi seperti yg diharapkan (sesuai dg doa kita), menjadi orang yg baik, berguna bagi manusia lain. Ujung-ujungnya, akan berimbas juga kepada kita, orang tuanya.

Berikut adalah 5 kasus unik, terkait dengan pemberian nama:
1. Tidak ada orang (perempuan) Sunda yg bernama Ice Juice, karena jika dibaca bukan i-ce ju-ice, tapi akan dibaca es jus…hihihi…

2. Cerita temanku, kenalannya mempunyai anak yg diberi nama AMAL FIRAT. Sekilas namanya ‘berbau’ Arab dan menarik. Tapi, jika kita baca dari kanan, maka kita akan melihat TARIF LAMA sebagai nama anak tersebut. Usut punya usut, ternyata anak mereka lahir di taxi yg mengenakan tarif lama. Hehehe…

3. Seorang teman bernama Yosep. Namun ternyata dia beragama Islam. Ternyata Yosep = Yusuf, nama seorang nabi. Hanya saja nama Yosep merupakan ‘lafadz’ Yusuf dalam bahasa Inggris. Jadi, mesti diperhatikan juga padanan kata dalam bahasa lain, di luar bahasa Indonesia.

4. Nama Anang, ternyata mempunyai arti yg menggelikan bagi sebagian masyarakat Indonesia, terutama di daerah Kalimantan. Karena Anang artinya DAHI, dalam bahasa setempat. Jadi, jika memungkinkan, dilakukan survei terhadap arti dari nama seseorang di daerah lain.

5. Usul ‘gila’ (tapi masuk akal) dari ustadzku. Beliau menyarankan nama tiap anak = ayat Al Qur’an. Jadi, misalkan punya anak 7 orang, maka anak pertama = ayat pertama, anak kedua = ayat kedua, dst. Nah, jika hendak memanggil semua anaknya, sang ortu cukup teriak,”AL FATIHAH…KUMPUUULL…”. Aku terkekeh-kekeh mendengar usulan ustadzku ini. Ada-ada saja beliau…heheh..

So, mudah2an artikel ini berguna bagi calon orang tua yg hendak mencari nama bagi anak mereka.

artikel-artikel terkait:
- Hati-hati Memberi Nama Anak
- Nama Yang Baik

file-file berisi nama-nama:
- nama anak laki-laki (pdf)
- nama anak perempuan (doc)
- nama anak islami (xls)

08 July 2009

Sunnah Fitrah - Mencukur Bulu Kemaluan

Bagi beberapa orang, mungkin tindakan ini dirasakan ‘aneh’, namun sebenarnya Rasululloh SAW telah memberikan contoh untuk hal ‘aneh’ sekalipun. Ada juga orang yg malu untuk bertanya tentang hal seperti ini, padahal di Islam TIDAK MENGENAL RASA MALU untuk bertanya hal-hal yang tidak diketahui.

Hukum mencukur rambut (ada juga yg menyebut bulu) kemaluan adalah SUNNAH. Hal ini berdasarkan hadits Nabi SAW berikut:

“Lima hal yang termasuk sunnah fitrah: Mencukur bulu kemaluan, berkhitan, memendekkan kumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku.” (HR Jama’ah)

“Agar kesemuanya itu tidak melebihi 40 malam.” (HR Ahmad, Abu Daud, dll)

Cara lain, selain mencukur, adalah mencabut, menggunting, atau cara lain (jika ada). Perbuatan ini (mencukur bulu kemaluan) hendaknya dilakukan oleh diri sendiri, atau oleh istrinya. Jika selain istri kita, maka hukumnya TIDAK BOLEH (beberapa ulama menyatakan HARAM), kerana kemaluan merupakan salah satu aurat yang mesti dijaga dari orang-orang yg tidak berhak.

Secara ilmu kedoktoran modern, diketahui bahwa daerah-daerah pada tubuh manusia yang menjadi sarang penyakit hendaknya senantiasa dibersihkan, diantaranya adalah mencukur bulu disekitar kemaluan baik bagi laki-laki maupun wanita.

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dan ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata : “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi ; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.

kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesan-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Wallahualam..

Dengan demikian, jelaslah bahwa Islam merupakan agama yg PALING SEMPURNA..

07 July 2009

Nikmati setiap waktu dengan ketulusan...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Aku sering ingatkan diriku bahawa hidup ini tidak seperti apa yg kita inginkan.. pelbagai rencana yg kita rancang.. kita mahu hidup kita seperti itu dan seperti ini.. tapi hakikatnya.. apa yg kita inginkan dan harapkan tidak seperti apa yg kita perolehi.. kadang2 ya dan kadang2 tidak... tetapi hidup ini sebenarnya indah.. bila apa yg kita inginkan tidak diperolehi.. kita mula merancang semula apa yg diperolehi menjadi seperti apa yg kita inginkan.. kita mula menempuhi pengalaman baru.. mendapat sesuatu di luar jangkaan.. ada yg suka dan ada yg tidak... ada yg mula menyukurinya.. dan tidak kurang menyalahkan... walau apa pun yg kita tempuhi.. sebenarnya mengajar kita untuk menjadi tabah.. mengajar kita menerima keadaan sebenarnya.. memberi pengajaran dari setiap perkara yg kita lalui sebelumnya.. agar kita sentiasa ingat bahawa setiap yg berlaku ada hikmahnya.. malah menjadikan kita kenal siapa diri kita dan bila kita tidak memperolehi apa yg kita inginkan kita mula berkata.. "Ya Allah... bukan rezki aku.." atau " Ya Allah.. nda apalah.. aku redha.. aku pasrah dgn ketentuan Mu.." malah ada menyalahkanNYA.. antara sedar atau tidak menjadikan kita ingat dan tahu bahawa Allah itu ada.. Allah sentiasa bersama kita.. jadi.. ingatlah.. bukan sahaja kepada sahabat2 ku.. sesiapa saja diluar sana.. tetapi juga aku... bahawa..

Ketika kehidupan memberimu SERIBU ALASAN untuk INGINKAN sesuatu…
Fahamilah bahawa Allah punya SEJUTA TAHU akan KEPERLUANMU..

Barangkali kita tidak bisa MENGUBAH KEADAAN…
Tapi, bukankah kita bisa MENGUBAH SIKAP kita dalam menghadapinya?

Barangkali kita tidak bisa mengubah arah angin…
Tapi kita bisa mengarahkan ke manakah kapal kita berlayar…

Barangkali kita tidak bisa mengubah hembusan angin…
Tapi kita bisa mengubah arah kepakan sayap kita….

Nikmati setiap detik waktu kita dengan KETULUSAN dan KEIKHLASAN…
Akhiri kelelahan hari ini dengan KEIKHLASAN dan SENYUMAN…
Semoga Allah redha dengan segala apa yang kita LAKUKAN…
Aminnnn.....

Ketika masalah nyaris tidak menemui hujung pangkalnya, kembalikanlah ia kepada sang pemilik masalah, iaitu Allah SWT... Pasangkan rasa baik sangka kepada Allah SWT.... Tataplah Hikmah di sebalik masalah... InsyaAllah... ada kebaikan dari semua masalah yang kita hadapi...

Success is not permanent and failure is not final... so... never stop working after success and never stop trying after failure...

*Semoga kita bisa menempuhi hari-hari akan datang dengan lebih indah... Amin..

Kecantikan Lelaki Dan Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan pada lelaki bukan pada rupa Fizikal tetapi pada murni rohani... Lelaki yang cantik adalah:-

Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Lelaki yang sedia menerima segala teguran
Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
Lelaki yang tenang dan lapang dada
Lelaki yang baik sangka
Lelaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati... Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan.. tetapi pada kekuatan perasaan. Wanita yang gagah adalah:-

Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan wanita berdiri diatas teguh iman... Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita.

06 July 2009

*♥*…8 petanda dia jodoh kamu…*♥*

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh...

Nah sekali lagi.. 'ntvirus.wordpress.com' memaparkan topik menarik minat aku dan topik ini selalunya menjadi tanda tanya setiap manusia yang masih tercari-cari pasangan hidupnya.. terutamanya kaum hawa.. begitu jugak kepada yg sedang berkasih.. tertanya2 samada pasangan mereka adalah pasangan yg akan ditakdirkan utk mereka.. yang pastinya.. soal jodoh ini adalah perkara yang paling sukar utk di jangka.. hal ini akan menjadi rahsia dan hanya Allah sahaja yg mengetauhinya... tapi mungkin ada btulnya petanda-petanda ini boleh dirujuk sebagai kesesuaian mencari pasangan hidup... dan semoga ianya boleh membantu.. Wallahualam..

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama- sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain.
Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut?
Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu.
Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya?
Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat- buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu.
Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan…
Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi
kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu- malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari.
Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah!
Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan-lapan petanda di atas telah kamu temukan padanya? jika Ya.. berusahala untuk menjaganya... dan berdoa agar dapat di satukan.. InsyaAllah..

05 July 2009

HIKMAT AYAT SERIBU DINAR

Ayat 2 dan 3 surah at-Tolaq atau lebih dikenali sebagai ayat 1ooo dinar merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan kerezekian serta perlindungan diri. Ramai orang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Sesiapa yang berminat bolehlah mengamalkannya tetapi haruslah secara berterusan. Namun ayat ini ada kisahnya.

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi nabi Khaidhir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Sesuai seperti yang diperintahkan, pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu nabi Khaidhir. Lalu nabi Khadhir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Tolaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayarannya datang angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan nabi Khaidhir. Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin taufan yang melanda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri, bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Tolaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Khaidhir itu digelar ayat 1000 dinar.


Barangsiapa mengamalkan ayat ini insya-Allah akan:
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang insya-Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menyampaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Cara untuk mengamalkannya hendaklah dibaca setiap selesai dari solat 5 waktu, sebelum berangkat ke pejabat atau tempat kerja dan bacalah juga setiap kali sebelum hendak tidur. Bacalah dengan bilangan 3 atau 5 atau 7 kali. Inilah ayatnya…



*Amalkan dan yakin pada Allah... Semoga kita mendapat manfaatnya..

Dipetik / sumber: http://www.pasirmas.co.cc/hikmat-ayat-seribu-dinar/

04 July 2009

Nikmati prosesnya....

Bismillahi Rahmani Rahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Mari kita fikir sejenak.. Sebenarnya.. apa yang harus kita nikmati dalam hidup ini adalah 'proses'... proses ketika melakukan sesuatu.. atau proses ketika menempuhi musibah... Mengapa? Kerana yang bernilai dalam hidup ini ternyata adalah 'proses' dan bukannya 'hasil'... kerana 'hasil' itu Allah yang tentukan... Kita hanya punya dua kewajipan... iaitu menjaga setiap niat dari apapun yang kita lakukan dan selalu berusaha menyempurnakan ikhtiar yang dilakukan... selebihnya terserah kepada Allah SWT...

Seperti para mujahidin yang berjuang membela bangsa dan agama... sebenarnya bukan kemenangan yang terpenting bagi mereka kerana menang atau kalah itu akan selalu silih berganti kepada siapapun.... Tapi yang paling penting baginya adalah bagaimana selama berjuang itu niatnya benar kerana Allah dan selama berjuang itu akhlaknya juga tetap terjaga... Tidak akan rugi orang yang mampu berbuat seperti ini sebab ketika dapat mengalahkan lawan bererti dapat pahala.. kalaupun terbunuh bererti jadi atau digolongkan dlm para syuhada....

Ketika bekerja dalam rangka mencari nafkah untuk keluarga... maka masalah yang terpenting bagi kita bukanlah wang hasil dari jualan itu... kerana duit itu ada jalurnya, ada rezekinya dari Allah SWT dan semua pasti mendapatkannya... Kerana kalau kita mengukur kejayaan itu dari untung yang kita dapat... maka mudah sekali bagi Allah SWT untuk memusnahkan keuntungan yang kita dapat hanya dalam masa sekelip mata.....

Diciptakan musibah menimpanya... dikenakan bencana... hingga akhirnya semua untung yang dicari berpuluh-puluh tahun boleh hilang sekelip mata... Walhal yang terpenting dari usaha mencari nafkah dan ikhtiar yang dilakukan adalah prosesnya.... Misal, bagaimana selama mencari nafkah itu kita selalu menjaga niat agar tidak pernah ada satu miligram pun hak orang lain yang terambil oleh kita.... bagaimana ketika berniaga itu kita tampil penuh keramahan dan penuh kemuliaan akhlak... bagaimana ketika sedang mencari rezki benar-benar dijaga kejujuran kita.. setiap janji-janji kita penuhi....

Keuntungan ketika 'proses' dalam mencari nafkah adalah dengan menjaga nilai-nilai perilaku kita... wang bukanlah hal yang harus selalu difikirkan... kerana Allah Mahatahu keperluan kita.. lebih tahu dari kita sendiri.... Kita sama sekali tidak akan terangkat oleh keuntungan yang kita dapatkan... tapi kita akan terangkat oleh proses mulia yang kita jalani... Hal ini perlu dikenalpasti sebaik-baiknya oleh sesiapa pun bahawa yang termahal dari kita adalah nilai-nilai yang selalu kita jaga dan perolehi dalam 'proses'...

Termasuklah ketika kuliah bagi para pelajar.. kalau kuliah hanya menikmati hasil ataupun hanya ingin gelaran.. bagaimana kalau meninggal sebelum habis belajar atau graduation? Apalagi kita tidak tahu bila kita akan meninggal.... kerana itu, hal terpenting dari perkuliahan adalah selalu bertanya pada diri sendiri... apa yg kita mau dengan kuliah ini? Apakah sekadar untuk mencari isi perut? Bukankah Imam Ali ra pernah mengatakan, "Orang yang fikirannya hanya pada isi perut, maka darjat dia tidak akan jauh bezanya dengan yang keluar dari perutnya."

"Kalau hanya ingin cari duit, hanya untuk wang ringgit, maka asal tahu saja bahawa 'penjahat' juga fikirannya hanya duit... Bagi kita kuliah adalah suatu ikhtiar agar nilai hidup kita meningkat... Kita menuntut ilmu supaya tambah luas ilmu hingga akhirnya hidup kita boleh lebih dimanfaatkan... Ikhtiar dalam meningkatkan kemampuan salah satu tujuannya adalah agar dapat memberi manfaat bagi orang lain... Kita cari nafkah sebanyak mungkin supaya boleh menyejahterakan orang lain...

Dalam mencari rezeki ada dua perkara yang perlu selalu kita jaga... ketika kita sedang mencari rezki.. kita sangat jaga nilai-nilainya... dan ketika mendapatkannya kita manfaatkan sebaiknya.. bersedekah sebanyak-banyaknya.... Inilah yang terpenting.

Dalam melakukan hal apapun, bertanyalah selalu, untuk apa kita melakukan semua itu. begitu juga ketika sedang melamar seseorang, kita harus bersedia menerima kenyataan bahawa yang dilamar itu belum tentu jodoh kita... Mungkin kita sudah datang ke calon mertua, sudah berbincang sebaik - baiknya, sudah menentukan tarikhnya, tiba-tiba menjelang pernikahan ternyata ia mengundurkan diri atau akan berkahwin dengan yang lain....

Sakit hati adalah sesuatu yang wajar.. tapi ingat bahawa kita tidak pernah rugi kalau niatnya dan caranya sudah benar.... Mungkin Allah SWT telah menyiapkan calon lain yang lebih 'cocok'.. lebih baik bagi kita. atau mungkin kita sudah daftar ibadah haji.. sudah siap sedia segalanya.. dan sudah bersedia untuk berangkat.. tiba-tiba ada sesuatu hal yang membatalkan kepergian kita... Apakah ini suatu kerugian?

Belum tentu! Siapa tahu ini merupakan pertolongan dari Allah SWT.. mungkin kalau jadi menunaikan ibadah haji kita belum tentu mabrur... Allah SWT sangat tahu kapasiti keimanan dan keilmuan kita... Oleh sebab itu, sekali lagi jangan terpukau oleh 'hasil'... 'Hasil' yang baik menurut kita belum tentu baik menurut perhitungan Allah SWT..... Jika kualifikasi mental kita hanya wang lima puluh ribu... maka wang satu juta boleh menjadi musibah bagi kita.... Datangnya rezeki akan menjadi lebih efektif kalau keilmuan dan keimanan kita mantap...

Kalau tidak.. semau wang ringgit.. gelaran... pangkat.. atau kedudukan yang tidak diimbangi kualiti peribadi yang bermutu sama dengan datangnya musibah.... Ada orang yang hina hanya kerana dia mempunyai kedudukan.. kerana kedudukannya tidak diisi dengan kemampuan mental yang baik.... maka selalulah kita menikmati 'proses'.... Seperti seorang ibu yang menyiapkan kuih raya.. ternyata kuih raya yang sangat enak itu telah melalui proses yang begitu panjang dan lama...

Mulai dari mencari bahan.. memilih-milihnya.. menyediakan peralatan yang sesuai... sehinggala membuat adunan dan bentuk dan corak yang sesuai.. Begitu juga ketika ibu-ibu yang mempunyai anak.. lihatlah prosesnya... Hamilnya sembilan bulan.. sungguh begitu berat... tidur susah... berdiri juga berat... MasyaAllah.... Kemudian saat melahirkannya pun sakit setengah mati... padahal setelah si anak lahir belum tentu balas budi orang tuanya...

Bayangkanlah kalau semua proses tersebut tidak disertai keikhlasan... apa yang kita dapatkan? Oleh sebab itu... bagi para ibu nikmatilah proses kehamilan sebagai ladang amal.... Nikmatilah 'proses' mengurus anak... menjaganya.. meyusuhkannya.. mendidiknya.. dan jadikanlah semua proses berkenaan sebagai ladang amal.... Nikmatilah proses mendidik anak dengan penuh jerih payah dan titisan keringat sebagai ladang amal... Jangan fikirkan apakah anak itu mau balas budi atau tidak... sebab kalau kita ikhlas menjalani proses... insyaAllah tidak akan pernah rugi.... Rezeki kita bukan apa yang kita dapatkan... tapi apa yang dengan ikhlas dapat kita lakukan.... Wallahu a'lam bish-shawab.

Apabila kamu merasa letih karena berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal...

Dan sekiranya kamu bersenang-senang dengan dosa maka sesungguhnya kesenangan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal (Ali bin Abi Thalib)..

*Semoga setiap apa yg kita lakukan mendapat manfaat bukan sahaja utk diri sendiri tetapi untuk semua... Amin..

Doa Ketika Sujud


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ".

Maksudnya: “Seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya ialah ketika ia sujud. Maka hendaklah kamu membanyakkan doa ketika sujud”.
Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’iy, Ahmad, Ibn Hibban dan al-Baihaqiy.

Di dalam kitab Syarah Sahih Muslim, Imam al-Nawawi berkata: maksud Hadis ini ialah:

~ Paling hampir dengan Tuhan bererti paling hampir dengan rahmat dan kurniaNya
~ Galakan supaya membanyakkan doa ketika sujud
~ Dalil yang menguatkan pendapat mereka yang berkata sujud adalah yang paling afdhal
berbanding rukun-rukun solat yang lain.

*Semoga kita sentiasa menjadi hamba yg menjaga solat...

03 July 2009

ADAKAH ANDA TAHU KE MANAKAH ROH ANDA PERGI KETIKA ANDA SEDANG TIDUR?

Daripada Abdullah bin Amru RA katanya: ’Sesungguhnya roh-roh manusia naik ke langit ketika mereka sedang tidur. Roh-roh itu diperintahkan agar sujud di sisi ’Arasy.
Jika ia dalam keadaan suci, ia sujud di sisi ’Arasy.
Jika sebaliknya (bukan dalam keadaan suci) ia hanya sujud dari jauh (tidak menghampiri ’Arasy”. Riwayat al-Bukhari.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ”Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan sentiasa di sisinya. Setiap kali dia terjaga malaikat berdoa untuknya: ”Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan suci”. Riwayat al-Tabraniy.
(( سبحان الله العظيم سبحان الله وبحمده ))

Oleh itu jangan lupa berwuduk sebelum tidur agar roh kita sentiasa berada di sisi ’Arasy al-Rahman.

*Semoga kita sentiasa diampunkan olehNYA... Amin..

Analogy of Life

Once upon a time, there was a very strong man. He asked for a job from a timber merchant, and he got it. The pay was really good and so were the work conditions. For that reason, the man was determined to do his best. His boss gave him an axe and showed him the area where he is supposed to work. The first day, he brought down 18 trees. The Boss was very much impressed and said, "Congratulations Go on that way! Very motivated by the words of the boss, he tried harder the next day, but only could bring down 15 trees. The third day he tried even harder, but he could only bring down 10 trees. Day after day he was bringing down less and less trees. "I must be losing my strength", he thought to himself. He went to the Boss and apologized, saying that he could not understand what was going on. "When was the last time you sharpened your axe?" the boss asked. "Sharpen? I had no time to sharpen my axe, I have been busy cutting trees.


The moral of this story:


Our lives are like that. We sometimes get so busy that we don't take time to sharpen the axe. In today's world, it seems that everyone is busier than ever, but less happy than ever. Why is that? Could it be that we have forgotten how to stay sharp? There's nothing wrong with activity and hard work. But we should not get so busy and neglect the truly important things in life, like our personal life, taking time to care for others, Taking time to read etc. We all need time to relax, to think and meditate, to learn and grow. If you don't take the time to sharpen the axe, we will become dull and lose our effectiveness. So, start from today, think about the ways by which you could do your job more effectively and add a lot of value to it. Hope this story has given you some insight to life, may you be happy always!


"TO HANDLE YOURSELF, USE YOUR HEAD; TO HANDLE OTHERS, USE YOUR HEART"

Sewaktu kita dilahirkan, kita menangis dan orang di sekeliling kita akan ketawa keriangan. Bila kita mati, biarlah kita mampu tertawa dan orang sekeliling kita pula menangis kesedihan.

02 July 2009

Secawan Kopi Secamca Garam

(Kisah benar yang mencuit kalbu, lucu dan terharu!)

Seorang jejaka biasa, tidak lawa dan tidak berharta.
Dia terpikat gadis di sebelah rumahnya, pada akhlak, agama dan tidak kurang pula rupa parasnya.
Dia ingin berkenalan, tetapi segan.
Ingin bertegur sapa, tetapi tidak tahu bagaimana.
Akhirnya dia memberanikan diri, merisik ahli keluarga serta tuan punya diri.
Tanpa diduga hasrat hatinya bersahut, pinangannya disambut.

Suatu hari dia mengajak tunangnya keluar makan di sebuah restoran yang cantik.
Mereka memilih tempat duduk yang agak tersorok.
Oleh kerana itulah kali pertama keluar berduaan dengan perempuan, dia menggelabah tak keruan. Tiada sepatah kata mampu diucapkan.

Begitu juga dengan si gadis. Tetapi dia lebih tenang dan dapat mengawal perasaan.
Diperhatinya si jejaka yang keresahan. Pun tidak tahu bagaimana nak mulakan bicara. Pabila mata bertentang, hanya senyuman terukir di bibir.
Tiba-tiba jejaka memanggil pelayan: “Saudara, bawakan sedikit garam untuk kopi saya!”
Si gadis memandang penuh keheranan. Seumur hidupnya tidak pernah mendengar air kopi dibubuh garam?

Dia mengambil garam yang dibawa oleh pelayan dan meletakkan satu camca ke dalam cawan kopi dan meminumnya.
Gadis bertanya kenapa minum kopi dengan garam?
Dia menceritakan bahawa dia dibesarkan di sebuah kampong yang terletak di tepi pantai. Dia sangat suka bermain di pantai dan mandi manda di dalam laut yang masin airnya.
Air kopi yang masin menyingkap kenangan manis zaman kanak-kanaknya serta kedua ibu bapanya yang banyak berjasa, mendidik dan membesarnyakan.
Dan dia meneruskan bicara dengan suara yang perlahan, sedang air mata bergenang dibirai matanya. “Kini mereka berdua telah berpindah ke alam baqa’. Moga-moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka berdua”.

Bicara tulus yang terbit dari hati yang mulus benar-benar menyentuh hati si gadis. Tanpa disedari airmatanya turut berjurai menghiasi pipi. Jauh di lubuk hati dia bersyukur pada Ilhali yang telah mempertemukan dia dengan jejaka yang penyayang, setia dan berbakti kepada ibu dan bapa. Dia bersyukur kerana Allah telah memakbulkan apa yang dipintanya di dalam doanya selama ini.

Itulah kali pertama dan terakhir mereka keluar bersama sebelum diijab qabulkan sebagai suami isteri yang sah.
Hiduplah mereka berdua aman damai dalam sebuah rumahtangga yang bahagia. Setiap kali dia membancuh kopi untuk suaminya, diletakkannya secamca garam kerana itu yang digemari suaminya.

Selama 40 tahun melayari bahtera rumahtangga, mereka telah dikurniakan cahaya mata yang diasuh dengan sempurna. Anak pertama dan kedua menjadi pakar bedah, anak ketiga seorang jurutera, anak keempat seorang peguam, anak kelima pakar sakit puan dan anak keenam belum tamat pengajian.

Kini, bapa yang penyayang telah pergi menyambut seruan Ilahi.
Beberapa hari selepas pemergiannya ibu menjumpai sepucuk surat yang ditulis untuknya. Surat itu berbunyi:

Wahai isteriku tersayang, ibu kepada anak-anakku tercinta, maafkan aku. Sesungguhnya aku telah membohongimu satu kali sepanjang hidupku. Pastinya kau masih ingat saat kita keluar bersama di sebuah restoran. Aku menggigil, perasaanku bercelaru. Aku telah meminta pelayan membawakan garam untuk air kopiku. Sebenar aku hendak meminta gula, tapi tersebut garam. Aku malu untuk mengakui kesilapanku. Lalu aku terus minum air kopi yang dicampur garam.
Aku ingin berterus terang denganmu selepas itu. Namun aku tidak sanggup kerana bimbang kau akan menuduh aku seorang yang pandai menipu. Maka aku berjanji kepada diriku tidak akan membohongimu lagi sepanjang hidupku. Cukuplah sekali itu.

Wahai isteriku, kesayanganku. Sesungguhnya aku tidak suka kopi yang dicampur garam. Rasanya pelik. Tapi itulah yang aku teguk sepanjang hidupku bersamamu selama 40 tahun. Ia tidak menjadi masalah kepadaku. Cinta dan kasih sayangmu menghapus segala rasa yang tidak enak kopi yang bergaram. Aku tetap bahagia. Sekiranya ditakdirkan Allah aku bisa hidup sekali lagi di dunia ini, pasti aku akan memilih hidup bersamamu meskipun aku terpaksa meminum kopi dengan garam lagi. Tetapi apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan lebih kekal. Aku berharap Dia akan menghimpunkan kita kembali di sisiNya di dalam syurga yang abadi…

Air matanya mengalir deras membasahi sekeping kertas yang terhampar diribaannya. Dia menangis sepuas-puasnya bagaikan kanak-kanak yang kematian ibu.
Suatu hari salah seorang anaknya bertanya: Mama apa rasa minum kopi dengan garam?
Dengan linangan air mata dia menjawab: “Itulah kenangan hidupku yang paling berharga. Ia lebih manis daripada gula!”

*Sedihnya.... semoga kita ditemukan dgn lelaki yg baik dan penyayang.. Amin

01 July 2009

JIWA POSITIF dan HIDUP BERTUHAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hari ini aku ingin berkongsi dgn apa yg telah aku baca.. aku sangat tertarik dengan satu artikel yg telah di tulis oleh 'Fuad Latif' yang mengamalkan JIWA POSITIF dan HIDUP BERTUHAN.. aku sangat setuju dgn apa yg telah di katakan oleh beliau.. bukan kerana setelah aku baca artikelnya aku baru mengenali Tuhan.. tidak.. tetapi apa yg telah beliau tulis sedikit sebanyak menambahkan lagi keyakinan dan membantu utk mendekati Tuhan.. dan hari ini kebanyakan apa yg telah dia cuba utarakan sedikit sebanyak aku praktikan dalam hidup aku.. seperti sentiasa berkomunikasi dengan Allah... apa sahaja yg aku ingin lakukan sama ada baik atau buruk aku akan berkomunikasi denganNYA.. aku meminta izin apa sahaja yg aku ingin lakukan.. aku cuba sedaya upaya untuk berkomunikasi walau pun menggunakan ayat-ayat tidak formal.. aku cuba walaupun aku kadang2 terlupa..

Artikel yg telah di tulis oleh encik Fuad Latif ini banyak menyedarkan bukan sahaja aku tetapi banyak pihak.. dan aku kongsi apa yg telah aku baca.. semoga kita semua mendapat manfaatnya.. dan mengamalkan JIWA POSITIF dan HIDUP BERTUHAN..

Dahulu saya risau apabila diri menghadapi masalah. Tertekan dan gelisah. Kadang kala sehinggakan saya begitu jahil dengan menyalahi Allah dengan sesuatu masalah yang ditimpakan ke atas saya. Disamping tertekan, kepala ini juga ligat mencari jalan penyelesaian. Namun selalunya cukup sukar untuk menemukan jalan penyelesaian kerana diri ini inginkan penyelesaian yang segera. Akhirnya kepala makin pening. Migrain. Perasaan marah mula timbul pada sesiapa pun.

Itu dahulu.. Beberapa tahun yang dulu sebelum mengenali JIWA POSITIF dan HIDUP BERTUHAN yang sebenar. Apakah puncak cinta? Bagaimana kita mengetahui bahawa diri kita telah berada di puncak cinta?

Saudara,Semasa kita bercinta dengan pasangan kita, kita bermula dengan kenal mengenali. Kemudian suka menyukai. Kemudian barulah timbul perasaan cinta secara perlahan-lahan. Hari demi hari. Puncak cinta berada ketika diri bukan sahaja tidak boleh melupakan pasangan walau sesaat pun, tetapi sehingga tahap sanggup berkorban apa sahaja. Rela menyerahkan jiwa dan raga.

Disebabkan oleh kita hidup berTuhan, maka untuk membenarkan penyerahan secara total kepada pasangan iaitu penyerahan jiwa dan raga, maka sudah pasti kita gembira dan bersetuju untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri yang sah. Ketika ini kita berada di puncak cinta dan berterusan berada di puncak cinta. Kita sanggup menyerahkan segala-galanya kepada pasangan kita.

Harta kita adalah harta bersama. Suka dan duka adalah perasaan bersama. Cita-cita dan impian adalah misi dan visi bersama. Semuanya menjadi hak bersama. Suami sanggup berkorban apa sahaja demi isteri tercinta. Isteri juga sebegitu. Jiwa dan raga, zahir dan batin diserahkan kepada pasangan kerana diri sudah berada di puncak cinta.

Tetapi bagaimana pula puncak cinta kita dengan Allah? Adakah kita telah merasai puncak cinta dengan Allah setelah kita bersama Allah sejak dari rahim ibu lagi sehingga kini? Aduh! Sudah beberapa dekad kita hidup, tapi kita masih belum berada di puncak cinta dengan Allah.

Puncak cinta dengan Allah apabila kita yakin 100% dengan Allah. Kita menyerahkan 100% segala-galanya pada Allah. Segala-galanya kerana Allah. Kita sanggup berkorban demi untuk Allah.

Apakah kita sudah mencapai puncak cinta Allah? Bagaimana jika masalah datang kepada kita? Resah? Gelisah? Tertekan?

Diri kita lebih suka mengadu kepada pasangan dan kawan-kawan apabila mempunyai masalah. Seharusnya Allah adalah tempat pertama kita mengadu. Kita harus yakin bahawa setiap masalah itu datangnya daripada Allah dan HANYA ALLAH YANG MAMPU MENYELESAIKAN masalah kita. TIDAK ADA YANG LAIN.

Bagaimana jika tiba-tiba di pertengahan bulan, duit belanja di bank telah habis? Apatah lagi duit yang tinggal di dalam poket? Adakah kita akan jadi tidak keruan? Apakah kita sudah lupa bahawa segala apa yang ada di langit dan di bumi dan di antarnya adalah milik Allah? Apakah kita lupa sehinggakan tidak akan bergerak satu zarah pun tanpa izin Allah?

Komunikasilah dengan Allah memohon agar jiwa ini mendapat rasa CINTA kepada Allah. Komunikasilah pada Allah jika ada masalah yang menimpa. Dan percaya dan yakinlah bahawa Allah akan memberikan jalan penyelesaian kepada masalah kita tadi. Kita berserah pada Allah dan berusaha. Usaha itu juga adalah ilham dari Allah. Di situlah jalan penyelesaian yang Allah tunjukkan kepada kita.

“Ya Allah, Tuhan yang memiliki langit dan bumi dan di antaranya. Apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya tunduk dan patuh pada diriMu sama ada suka atau terpaksa ya Allah. Hebatnya diriMu Allah. Aku hamba yang lemah. Hamba yang tidak mempunyai kekuatan. Hamba yang tidak tahu menyelesaikan masalah yang datang. Ya Allah, Engkaulah yang memberikan masalah kepada diriku. Hanya Engkau yang tahu jalan penyelesaiannya ya Allah. Ya Allah, aku kekeringan duit ya Allah. Ilhamkanlah aku jalan bagaimana untuk aku mencari duit dan rezeki ya Allah. Tunjukilah aku kemahiran yang aku ada ini kepada jalan yang boleh aku gunakan untuk mencari rezeki ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya tidak ada lain melainkan Engkau yang mampu memberikan rezeki kepada diriku dan keluargaku ya Allah. Ya Allah yang memiliki segala rezeki dari dulu sehingga bila-bila. Hanya Engkau Tuhan yang mengatakan jadi dan sesuatu itu pasti terjadi.”

***Komunikasi atau doa tidak semestinya formal. Luahkan segala-galanya apa yang difikir, dilihat, didengar dan dilakukan tidak kira di mana berada dan bila-bila masa.
Jika kita benci atau marah pada seseorang, kita komunikasi sahaja dengan Allah.

Contoh isteri terasa dengan suami:

Contoh 1:“Ya Allah, aku terasa dengan suamiku ya Allah. Aku penat-penat masak tapi dia sikit pun tak nak puji aku ya Allah. Walaupun aku tau seharusnya aku tidak mengharapkan pujian tapi perasaan aku sekarang ini hendak sangat dipuji. Ilhamkanlah pada dia untuk memujiku ya Allah. Supaya sejuk hati aku ini ya Allah.”

Contoh 2:“Ya Allah aku penat buat kerja tapi suami aku seronok tengok TV ya Allah. Dia tak kesiankan pada aku ke ya Allah. Ya Allah timbulkanlah semangat dalam diri suamiku untuk menolong aku ya Allah. Aku pun penat juga. Aku pun nak tengok TV juga. Tapi dia tak nak tolong aku kemas rumah ni ya Allah.”

Contoh suami terasa dengan isteri:

Contoh 1:“Ya Allah, aku penat balik kerja ni, dia tak nak langsung sambut aku ya Allah. Aku tau dia juga penat balik kerja, tapi aku perlu disambut ya Allah. Aku nak isteri aku ni gembirakan aku ya Allah.’

Contoh 2:“Ya Allah, aku tegur isteri aku ni, tapi dia tak nak dengar ya Allah. Dia lawan lagi cakap aku ya Allah. Ya Allah geramnya aku ya Allah. Geramnya aku. Ya Allah sabarkanlah hati aku ni ya Allah. Sejukkanlah hati aku ni ya Allah. Walaupun dia tak nak dengar sekarang, Kau masukkanlah apa yang aku tegurkan itu ke dalam hati dia ya Allah. Moga-moga suatu masa nanti dia sedar ya Allah.”

Saudara boleh cakap apa sahaja dengan Allah walaupun perkara negatif. Allah itu MAHA POSITIF. Apabila kita mengadu dan bercakap perkara-perkara negatif, Allah akan mencampakkan positif ke dalam hati kita. Kerana itu jika kita mengadu pada Allah ketika marah, inshaAllah dengan cepatnya marah kita akan reda dan hilang.

Jika kita berada di puncak CINTA dengan Allah, pasti selepas kita mengadu pada Allah, kita tidak akan memikirkan lagi perkara tersebut. Kita yakin bahawa Allah akan membantu kita. Di sinilah konsep penyerahan secara total (Total Surrender).

Komunikasi yang paling mudah adalah TUKARKAN ‘MIND CHAT” KITA KEPADA KOMUNIKASI DENGAN ALLAH. Setiap saat kita akan mind chat ketika berada di beta. Maka daripada kita bercakap dengan diri sendiri, bukankan lebih baik kita berkomunikasi apa yang difikirkan dengan Allah?

*sentiasa bercerita pada Allah setiap apa yg kita lalui samada susah atau pun senang dan bermohonlah pada Allah apakah jalan yg terbaik utk kita ambil.. InsyaAllah semuanya akan menjadi lebih baik..

sumber: fuadlatif.com
Blog Widget by LinkWithin