Life is very short, so break your silly ego, forgive quickly, believe slowly, love truly, laugh loudly & never avoid anything that makes you smile.
18 January 2010
Life is Short...Beautiful message
17 January 2010
Penjelasan mengenai "MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT" ..
Assalamualaikum warahmataullahi wabarakatuh..
Salam sayang untuk semua.. hari ini aku ingin berkongsi dengan semua mengenai entri yg telah aku post kan pada 18 Ogos 2009 mengenai "MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT" mengenai kod-kod yang terkandung dalam ramuan makanan terutamanya untuk makanan ringan.. setelah melihat kembali entri tersebut.. sesorang telah memberikan link ini http://en.wikipedia.org/wiki/E_number dan menjelaskan maksud kod2 yg digunakan.. berikut adalah sedikit sebanyak penjelasan yg terdapat dalam url tersebut.. semoga ianya memberikan manfaat kepada semua.. dan semoga kita sentiasa terhindar dari tipu daya org2 kafir.. iblis dan syaitan.. Amin.. Allahualam..
Penjelasan E number dari Wikipedia, the free encyclopedia
| It has been suggested that this article or section be merged into List of food additives, Codex Alimentarius. (Discuss) |
| This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding reliable references. Unsourced material may be challenged and removed. (July 2009) |
E numbers are number codes for food additives that have been assessed for use within the European Union (the "E" prefix stands for "Europe") [1][clarification needed]. They are commonly found on food labels throughout the European Union.[2][citation needed] Safety assessment and approval are the responsibility of the European Food Safety Authority.[3][clarification needed] The numbering scheme follows that of the International Numbering System (INS) as determined by the Codex Alimentarius committee[4] though only a subset of the INS additives are approved for use in the European Union. E numbers are also encountered on food labelling in other jurisdictions, including the GCC, Australia, New Zealand and Israel. The "E" prefix is omitted in Australia and New Zealand. They are increasingly (though still rarely) found on North American packaging, especially in Canada on imported European products.
In casual language in the UK and Ireland, "E number" is used as a pejorative term for artificial food additives, and products may promote themselves as "free of E numbers" even though most of the (natural) ingredients contain components that also have an E number[citation needed] (e.g. Vitamin C (E300) or lycopene (E160d), the colour in tomatoes). To have a diet without any components that have an E number is basically impossible. "Free of E numbers" thus refers mainly to the lack of additives, not to the absence of components with an E number.
makluman dan penerangan lanjut.. sila klik link tersebut..http://en.wikipedia.org/wiki/E_number
16 January 2010
Jadi renungan bersama....
Subject: Jangan sambut 1 januari ... Kenapa??
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin . Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin... Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam.
Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita . Contohnya, haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka 21hb Ogos 2002 AD.
Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas.
Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu. Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.
Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang sertasalah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri. Wallahualam.
Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan diberikan hidayah'.. berpesan pesanlah kamu walaupun dengan sepotong ayat...
*semoga kita sentiasa dilindungi dari kekejaman dan tipu daya org kafir.. Iblis dan Syaitan.. Amin..
15 January 2010
Kisah Benar... Hampir Dirogol!!
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulandia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yanglalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kes e orangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat l ain ).
Dia pun tanya perogol itu 'Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?'
Perogol tu jawab: 'No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.'
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu..
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalula h amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah..... Jadi, renungkanlah di mana level ' iman ' kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ' Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam .....amin..
14 January 2010
Cinta & Waktu....
Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai cuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki Cinta. Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu.
"Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!" teriak Cinta.
"Aduh! Maaf, Cinta!" kata Kekayaan, perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi.
Cinta sedih sekali, namun kemudian dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya.
"Kegembiraan! Tolong aku!", teriak Cinta. Namun Kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.
Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin panik. Tak lama lewatlah Kecantikan.
"Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!", teriak Cinta.
"Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut bersama. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut Kecantikan.
Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itu lewatlah Kesedihan.
"Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata Cinta.
"Maaf, Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja" kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.
Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelam-kannya. Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara,
"Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannya itu. Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.
"Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu." kata orang itu.
"Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku" tanya Cinta heran.
"Sebab," kata orang itu, " hanya Waktulah yang tahu betapa nilainya dari Cinta itu …
*Jangan bazirkan masa bercinta dengan orang yang bukan milikmu yang sah! MASIH PUNYA WAKTU..
Cintailah hak milikmu selagi ada waktu!!!
13 January 2010
Tolonglah Ingatkan Aku..
Tolong ingatkan aku Jangan jadi anak derhaka Mak ayah jangan dilupa usah diluka hati dan perasaan mereka
Tolong ingatkan aku Supaya ingat pesanan guru Bukan sekadar ingatan Tapi tarbiyyah berpanjangan
Tolong ingatkan aku Dengarlah dan bacalah AlQuran Tika radio penuh hiburan Tika TV penuh Hindustan
Tolong ingatkan aku Dimana Islamnya zahirku Jika aurat didedahkan Disingkat, diketat, dijarangkan
Tolong ingatkan aku Jadilah sahabat yang baik Sentiasa memberi peringatan Sentiasa menerima teguran
Tolong ingatkan aku Kalau bercinta biar keranaNya Dalam memilih utamakan iman Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan aku Hidup ini satu kembara Kutiplah dalam perjalanan Moga di sana menjadi bekalan
Tolong ingatkan aku Diri ini milik Yang Kuasa KepadaNya diserahkan jiwa Segala-galaNya Dialah tumpuan
Tolong ya ingatkan aku…:)
12 January 2010
::.NIKMATILAH CINTA DLM BENTUK TERISTIMEWA.::
Cinta suatu perasaan yg sukar digambarkan melalui kata2. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya. Cinta tdk dapat dipelajri tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih syg yg teragung. Manusia mmbina sahsia di muka bumi bermodalkan kasih syg dan cinta.
Cintalah segalanya bg org sdg bercinta. Cinta mnjadi jambtan penghubung kpd 2 hati yg asalnya terpisah dan saling tdk mengerti. Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia tlh ditebarkan di muka bumi dgn dibekalkan rasa cinta.
Cinta tlh menemukan kembali Adam dan Hawa. Melalui cintalah terbinanya sahsiah dan menjadikan alam ini tmpt terbaik untuk didiami. Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu nikmat ALLAH telah tercabut drpd anda, sedangkan cinta salah satu nikmat teragung ALLAH terhadap hamba2NYA.
Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda. Org yg tiada perasaan cinta adalah org yg tlh kehilangan motivasi dalamannya.
Cinta seharusnya melahirkan tindakan yg melambangkan kelembutan, kasih syg dan kebijaksanaan dlm mmbuat keputusan berhubung insan2 berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju bahagia. Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula—–sentiasa.
Saat bermula cinta adalah rasa teragung yg dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yg tiada perkataan dpt menceritakannya. Tatkala itu cinta benar2 menjadi motivasi yg terhebat. Andai lautan api direntangkan di tgh2 masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu bermotivasi dan perlu bukti. Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta.
Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yg indah dan sukar digambarkan dgn perkataan. Manusia yg beruntung adalah manusia yg meniti di atas cinta, memperoleh cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran ILAHI. Biar tinggi martabat cinta, ada cinta yg seolah2 tlh hilang keramatnya.
Adakalanya cinta yg suci dan penuh makna itu menjadi barang terbuang, berciciran di mana-mana; di lorong2 di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila mlm telah melabuhkan tirainya. Manusia2 durjana berebut-rebut mengutip bunga cinta yg berkeliaran dan bersinpang siur itu. Harga diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yg tidak mengenal iman dan kehormatan.
Entah mana silapnya cinta yg sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi pemusnah. Cinta hadir drpd keterampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yg benar2 jatuh cinta dan mencintai seorang wanita akan menunjukkan sikap,penampilan serta gerak laku yg sentiasa meyakinkan insan yg dicintainya itu.
Cinta tidak harus dinodai oleh pelakuan2 kejam, tdk bermoral dan juga yg mencarik kesucian cinta itu sendiri. Sebagai mana cinta bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah penghujungnya. Namun setelah anda memiliki cinta pasangan anda.. dan memiliki keyakinannya, haruskah anda melukainya..haruskah anda mengecewakannya.
Sebagai manusia yg di gelar al- insan didalam al-quran..yg bermaksud pelupa..mmg tdk lepas dr melakukan kesilapan. Manusia selalu leka dgn nikmat yg diberi. Andai anda tlh menodai kesucian cinta anda..bertanggungjawablah..haruskan anda melangkah pergi meniggalkan pasangan anda..tanpa secebis rasa kemanusiaan.
Saat itulah bygkan lah betapa dahulu anda mengkehendaki cintanya. Ingatlah..saat bermula cinta adalah rasa yg terindah dlm hidup manusia..tetapi saat berakhir cinta adalah rasa yg amat menyakitkan..dan derita yg tdk berkesudahan.
Maka hargailah pasangan anda... yakinilah dia insan terbaik yg telah ditentukan buat anda.
Allahualam...
11 January 2010
I Luv Ice Cream...
Ice Cream… You like to be helpful and are generous with your time, so friends often come to you when they have problems. You are very patient and thoughtful, and you give your friends useful advice every time. You’re a socialite. You go out to party frequently and hang around with lots of people. You’re very enthusiastic, ambitious and love challenges.
Also, ice cream..
You are vigorous yet gentle. You appear to be mysterious to those who don’t know you very well because you don’t often reveal your feelings. You like to socialize and are popular among your peers. You are self-centered and disagree other people’s feelings and ideas. You normally go against social rules and regulations...
10 January 2010
Zodiak & makanan
Aries: Kerana terlalu sibuk beraktiviti, kamu tidak berkesempatan memikirkan soal makan. Kebiasaannya kamu akan makan setelah perut mu benar-benar lapar atau berbunyi-bunyi sebagai isyarat bahawa telah tiba waktu makan.
Taurus: Aroma masakan sering membuat kamu tidak dapat menahan selera makan mu. Kamu rela menghabiskan waktu yang agak lama untuk benar-benar menikmati makanan kegemaran mu!
Gemini: Bijak berkomunikasi dan gemar bercakap. Ketika mulut penuh dengan makanan pun tetap bercakap. Bagi kamu, makan boleh berhenti tapi bercakap harus diteruskan!
Cancer: Disebabkan sikap mu yang sukar untuk diramal secara tidak langsung membuatkan jadual pemakanan mu berubah-ubah. Kamu makan sesuka hati ada kalanya kamu hanya makan dua kali dalam sehari.
Leo: Kamu amat menggemari makanan-makanan mewah. Oleh itu kamu sukar untuk mengikut jadual diet mu. Kamu hanya menyukai makanan tertentu dan terus membenci makanan-makanan yang tidak tergolong dalam kategori makanan kegemaran mu.
Virgo: Bentuk badan sempurna penting bagi kamu. Kamu sering memeriksa label nutrien yang terdapat pada bungkusan makanan yang kamu pilih. Kamu gemarkan makanan yang sempurna dan semula jadi. Kamu tidak suka makanan ringan!
Libra: Sikap ideal kamu ada kalanya menjadikan kamu agak kaku. Setiap kali makan kamu inginkan hidangan itu disajikan dengan cantik, kemas, bersih dan sempurna. Hanya disebabkan sedikit kesalahan, ia akan turut memberi kesan kepada emosi mu. Kamu suka makan berlama-lama kerana setiap suapan yang masuk ke mulut mu akan kamu nikmati sepenuhnya.
Scorpio: Misteri dan membingungkan, itulah keperibadian mu. Makanan yang kaya dengan rempah-ratus menjadi kegemaran mu. Kamu tidak risau mengenai berat badan kerana kamu percaya bahawa ghairah hidup yang menyala-nyala akan turut membakar lemak di dalam tubuh mu.
Sagitarius: Kamu memang gemarkan cabaran. Malah makanan kegemaranbiasanya lain dari yang lain. Kamu gemar mencuba sesuatu resipi yang baru kerana kamu memang gemarkan kelainan.
Capricorn: Kamu adalah individu yang berwawasan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Kamu suka makan secara bersederhana dan mengambil makanan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Kamu juga hanya setia kepada sesuatu produk makanan sahaja.
Aquarius: Individu di sekeliling mu ternyata menyukai sikap mu yang gemar berjenaka. Sekiranya menghadiri pesta atau jamuan tertentu kamu sering memilih makanan yang tidak menjadi ‘favourite’ para tetamu yang hadir. Kamu juga dikategorikan sebagai individu yang gemar mencuba. Ada kalanya masakan yang kamu cuba agak pelik dan tidak pernah dibuat orang!
*Aries.. ada btulnya.. ngheheheheh...
08 January 2010
warna & wanita
MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal…
06 January 2010
Cuba Fikirkan...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..
Suatu hari pada masa Solat Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya.. dengan pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesingun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu… Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….
Persoalan : Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah…
Lawakkan? Dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman…
Kerana itulah di dalam Al-Quran terdapat dua ayat yang berbeza.
" YA AIYUHAL MUSLIMUUN "
(Wahai muslim-muslim sekalian).
" YA AIYUHAL MUKMINUUN "
(Wahai mukmin-mukmin sekalian).
Darjat seorang muslim dengan seorang mukmin jauh bezanya. Kerana itu jugalah, di dalam doa, disebut "Ya Allah, tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman..", bukan orang-orang yang Islam.
Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…
Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…"
Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran"
Lawakkan? Berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama
02 January 2010
Ya Allah Ya Tuhan Ku.. perkenankanlah....
Seandainya telah engkau catatkan.
Dia milikku tercipta buatku.
Satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagian antara kami.
Agar kemesraan itu abadi. Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yg Maha Mengasihi.
Seiringkanlah kami melayari hidup ini.
Ketepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi Ya Allah.
Seandainya telah Engkau takdirkan.
Dia bukan milikku.
Bawalah ia jauh dari pandanganku.
Luputkanlah ia dari ingatanku.
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yg Maha Mengerti.
Berikanlah aku kekuatan.
Melontar bayangannya jauh ke dada langit.
Hilang bersama senja nan merah.
Agarku bisa bahagia.
Walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan Ya Allah Yg Tercinta.
Gantikanlah yang telah hilang.
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.
Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah Ya Tuhanku.
Pasrahkan lah aku dengan takdir Mu.
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan.
Adalah yang terbaik buatku.
Kerana Engkau Maha Mengetahui.
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini.
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.
Di dunia dan di akhirat.
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini.
Jangan Engkau biarkan aku sendirian.
Di dunia ini mahupun di akhirat.
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku. Seorang pasangan yang beriman.
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup.
Ke jalan yang Engkau redai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
AMIN
01 January 2010
Sujud ku hanya padaMu Ya Allah...
berlindung dari segala keburukan dunia akhirat dan di jauhkan dari azab neraka
juga dekatkan segala kebaikan dunia dan akhirat yang dapat dihisabkan ke JannahMu
Ya Allah..
berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk aku terus meniti hari hari kesempatanMu
selagi aku masih bernafas dan bisa mengucapkan semua kalimat kalimatMu
aku tidak berdaya melawan segala ujianMu
dan aku tidak sanggup melawan segala kesedihanku atas segala kekhilafanku padaMu Ya Allah
aku tidak berdaya berhadapan kemungkinan jika Engkau memberi kekuatan dan mengampuni
segala dosa dosaku
dan aku tidak berdaya menahan sedihku jika dimasukkan kedalam AzhabMu
Ampunkanlah segala dosa dosa kedua ibu bapaku
dan orang yang ku sayangi dan cintai
juga saudara saudaraku
dan sahabat sahabatku
biarlah kami bersama sama bergandingan masuk ke JannahMu Ya Allah
sesungguhnya kami tidak layak ke SurgaMu
dan kami tidak sanggup juga ke nerakaMu
berkati dan rahmatilah kami Ya Allah.
Ya Allah! berikan segala kemudahan untuk aku bernafas
penuh kesabaran Ya Allah
dan Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukMu
amin amin amin ya Rabbal alamin
sumber: salbiah sirat http://sarqina.multiply.com/journal/item/1148
31 December 2009
30 December 2009
kasih sayang...
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
29 December 2009
...persahabatan...
Sedarilah mengenali seseorang itu sebenarnya satu anugerah, biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali melaluinya.... Kita mengerti apa itu ........
.....ERTI PERSAHABATAN.....
28 December 2009
renung bersama..
Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang..
.Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada!!
Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal,
tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.
Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi.
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir
tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal.
Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..
SELALUNYA kita tidak menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita....
27 December 2009
persahabatan...
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.
Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya
Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.
Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.
Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.
26 December 2009
Musuh kita
"Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan di atas apa yang mereka telah kerjakan." (Surah Al An'aam : 120)
Walaupun sedar bahawa sedang diperhatikan oleh Allah tetapi masih juga kerap lakukan maksiat.
Walaupun rasa takut azab Allah tetapi tetap juga selalu buat dosa.
Masih melengah2kan solatMasih meninggalkan solat.
Masih tidak menutup aurat dengan sempurna.
Masih bercakap bohong.
Masih hasad dengki.
Masih suka cerita keburukan orang lain.
Dan banyak lagi...
Sepatutnya apa jua yang Allah suruh kita mesti taat dan amalkan sebab Allah adalah tuhan yang menciptakan kita. Apabila kita tidak taat perintah Allah bermakna kita telah ikut kehendak musuh.
"Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku". (Yusuf:53)
"Patutkah kamu mengambil iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu ?" (Al-Kahf: 50)
Musuh kita adalah iblis dan nafsu.
Musuh mesti dikalahkan, bukan diikut.
25 December 2009
mandi hadas
Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut. Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya.
Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.
Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.
Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.
Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.
Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan.
Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya sangat pedih ....
Wassalam...
24 December 2009
Benarkah Wanita Memerlukan Lelaki?
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada .Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.
Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik... Amin..
~ Unknown Author Nota: Nurdia: Jauh di sudut hati
" Seorang teman akan menyukai kita kerana kelebihan yang kita miliki sahaja,
tetapi seorang sahabat menyukai kita kerana dia boleh menerima kita seadanya.."
06 December 2009
Usah buka aib sesama Muslim..
Bersama Mohd Zawawi Yusoh
Kelak Allah tutup aibnya di akhirat
DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."
Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.
Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."
Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padangpasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.
Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."
Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.
Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa. .."
Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."
Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."
Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.
Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."
Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."
Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.
Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."
Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun.."
Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."
Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"
Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.
Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
05 December 2009
Mengapala kejamnya manusia ni....
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...
Ya Allah.. sedih bila melihat keadaan yg tidak sepatutnya berlaku pada masa ini... mengapalah ada manusia yang kejam dan tidak pernah berfikir akan kebaikan..
04 December 2009
Memiliki Kesedaran Cinta Allah SWT
tulisan ini adalah kesinambungan daripada entri yg telah aku post hari sebelumya... mari kita kongsi ya... semoga Allah memberkati setiap apa yg kita lakukan.. Terima kasih Ya Allah...
Diam sejenak. Tundukkan sedikit kepala dan letakkan tangan kanan di atas dada. Sambil menyebut …ya Allah…(bukan di dalam hati..sebut sehingga terdengar)…dan rasakan rasa cinta kita pada Allah SWT.
Ada rasa atau tidak? Diam lagi….ulangi sehingga benar-benar rasa samada ada rasa cinta atau tidak … dan kemudian mohonlah kepada Allah SWT seperti di bawah.
“ya Allah kurniakan rasa cinta kepadaMu ke dalam hatiku ya Allah. Ya Allah, tiada rasa cinta dalam hatiku ini ya Allah. Kurniakan ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”
Ulangi selalu latihan di atas untuk melihat sejauh mana cinta kita pada Allah SWT secara realiti. Ulangi juga untuk melihat sejauh mana cinta kita kepada Rasulullah SAW.
***
Kita sentiasa tahu bahawa kita perlu memiliki rasa cinta pada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kita juga selalu berasa bahawa cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW sudah mencukupi. Lalu kita berasa tidak perlu memeriksa rasa cinta itu dalam jiwa kita. Benarkah rasa itu ada? Sejauh mana rasa itu?
Jika belum, kita selalu mengambil sikap biarlah..tak mahu fikir.
Sesetengahnya juga berpendapat bahawa rasa cinta kepada Allah SWT itu hanya untuk mereka yang banyak ilmu agamanya. Orang-orang kebiasaan seperti kita ini yang kurang ilmu agama sukar untuk memiliki rasa cinta itu.
Sebenarnya semua itu alasan dan dakyah atau tipu helah pemikiran yang telah tertanam kuat dalam fikiran kita. Kita perlu hapuskan pemikiran seperti ini di dalam fikiran kita serta orang-orang sekeliling kita.
Cinta merupakan satu kuasa yang terhebat sehinggakan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. Cinta memberikan semangat yang luar biasa kepada kita di dalam melakukan apa sahaja perkara.
Islam itu hebat namun jika dilihat daripada kehebatan penganutnya, islam itu seolah-olah mundur kerana kemunduran penganutnya. Mengapa? Kerana rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam jiwa umat islam telah berjaya dipesong oleh musuh-musuh kita.
Kita lebih mudah jatuh cinta dengan duit, harta benda, pangkat, rupa dan hiburan yang melalaikan. Mudah jatuh cinta dengan maksiat dan kehinaan. Mengapa terlalu sukar untuk melakukan kebaikan berbanding melakukan keburukan? Mengapa lebih mudah jatuh cinta dengan hiburan, maksiat dan seumpamanya dan terlalu sukar untuk jatuh cinta kepada kebaikan?
Kerana kita tidak pernah atau jarang sekali memohon kepada Allah SWT untuk memiliki rasa cinta kepadaNya dan RasulNya. Sesiapa sahaja tanpa mengira ilmu, rupa, pangkat, harta dan sebagainya berhak memiliki rasa cinta kepada Allah SWT dan RasulNya. Tugas kita hanyalah memohon dan urusan pemberian rasa cinta itu adalah Hak Allah SWT.
Marilah kita cuba periksa dalam keadaan sedar samada benarkah kita benar-benar merasai rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW itu? Dengan latihan di atas, kita mampu memeriksa sejauh mana cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Berdoalah memohon kepada Allah SWT rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasululullah SAW:
“ya Allah, kurniakanlah aku rasa cinta kepadaMu dan kepada Rasulullah SAW ya Allah. Aku ingin benar-benar merasakan rasa cinta itu ya Allah. Agar aku mampu dan terdaya untuk sentiasa berada dekat denganMu ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.“
***
Ayuh! Kita bergerak kembali di atas jalan yang lurus setelah kita dipesongkan kecintaan kita oleh musuh-musuh kita. Punca utama maksiat, keburukan dan kejahatan adalah kerana rasa cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah tidak berada di puncaknya.
Kita didik jiwa kita dan jiwa anak-anak agar sentiasa sedarkan Allah SWT dan sentiasa memohon rasa cinta kepadaNya dan RasulNya. Cinta adalah anugerah Allah SWT. Cinta telah sedia diadakan oleh Allah SWT dan menunggu kita untuk memohonnya. Allah SWT lebih tahu keperluan kita lebih daripada kita sendiri.
Mohonlah…mohonlah…pasti kita akan memiliki rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW yang sentiasa meningkat rasanya setiap hari. KOMUNIKASILAH dengan Allah SWT setiap saat agar kita sentiasa sedar akan Allah SWT. Komunikasi itu adalah pengaliran cinta. Tanpa komunikasi, cinta pasti tidak dapat mengalir ke dalam jiwa kita.
03 December 2009
Pemain Yang Terbaik
untuk kesekian kalinya.. perkara baik yg perlu di kongsi bersama dengan anda semua.. aku suka sangat dengan penulisan En. Fuad nie.. aku membacanya berkali-kali.. sehingga aku faham isi yg perlu di sampaikan.. dan aku suka untuk berkongsi apa yg telah aku fahami dan baca dengan anda semua.. kita kongsi setiap kebaikan yg ingin di sampaikan.. semoga ada manfaatnya.. Terima Kasih Ya Allah.. kerana memberikan peluang untuk aku memahami ilmu Mu.. mempelajari benda baru setiap masa.. Terima kasih...
Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.
Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki.
Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan.
Firman Allah SWT:
“dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
(QS, Al-An’am 6:32)
Kita tidak akan memohon kepada Allah SWT jika kita tidak ada masalah. Jika kita semua tidak ada masalah di dalam kehidupan ini, pasti kita tidak tahu berbuat apa-apa dan tidak tahu bergerak ke mana. Kerana itu masalah yang kita hadapi merupakan objektif gerakan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai wakil Allah SWT.
Hutang kereta, rumah, keperluan makan minum keluarga, belanja itu ini juga merupakan masalah. Kita perlu mencari wang untuk memastikan tanggungjawab kita itu dilaksanakan. Ia adalah permainan yang Allah SWT aturkan untuk kita lalu jadilah pemain yang terbaik di dalam melaksanakan tanggungjawab yang dipikul.
Yang penting di dalam permainan ini adalah bermain dengan baik dengan mengikut pengatur permainan iaitu Allah SWT. Allah SWT menilai kita daripada sudut sejauh mana kita mengikut kehendak Allah SWT di dalam permainan ini. Mengikut kehendak inilah yang dikatakan berserah.
Menang, kalah, masalah selesai atau masih beterusan di dalam permainan ini adalah hak Allah SWT kerana Dia Pengatur permainan ini. Yang penting, ingat Allah SWT dan sentiasa menyerahkan jiwa ini kepada Allah SWT.
Jiwa Yang Gelisah
Apabila kita tidak mengikut kehendak Allah SWT di dalam kehidupan ini, kita akan mendapat seksaan daripada Allah SWT iaitu gelisah. Dada terasa sempit dihimpit. Kita dihimpit dengan daya-daya yang kita tidak mampu mengawalnya. Daya ini diberikan oleh Allah SWT (Al Qaabidh: Yang Maha Menyempitkan).
Bersama dengan daya yang sempit ini, akan mengalir pula daya-daya Allah SWT yang lain seperti dayaNya yang menyeksakan (Al Muntaqim, Yang Maha Penyeksa), dayaNya yang memberikan derita (Adh Dhaarr, Yang Maha Pemberi Derita), dayaNya yang menghinakan (Al Mudzill, Yang Maha Menghinakan), dan dayaNya yang merendahkan (Al Khaafidh Yang Maha Merendahkan).
Makanya kalau dada kita sudah dialiri secara dominan oleh daya Al Qaabidh (Yang Maha Menyempitkan), maka daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita untuk menyeksa, menghinakan, merendahkan, orang lain juga ikut mengalir lebih dominan ke dalam dada kita.
Dan akhirnya daya-daya Allah SWT yang membuat kita menderita pun akan ikut pula mengalir dengan deras ke dalam kita. Ertinya yang akan mendapat hasil penderitaan itu adalah kita sendiri.
Jalan Penyelesaian Semua Masalah
Firman Allah SWT:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:
(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (inna lillahi wa inna ilaihi rajioon) “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.”
(QS Al-Baqarah 1:155-156)
Sebenarnya, bersamaan dengan daya-Nya yang menyempitkan itu (Al Qaabidh), telah mengalir pula daya-daya-Nya yang melapangkan dada, karena memang Allah adalah Dzat Yang Maha Melapangkan (Al Baasith), Dia adalah Dzat Yang Maha Luas (Al Waasi’).
Bersamaan dengan Daya Al Baasith dan Al Waasi’ ini, telah mengalir pula daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita kepada kesabaran, karena memang Dia adalah Dzat Yang Maha Sabar (Ash Shabuur). Puluhan dayaNya yang lain yang akan mengiring kita kepada kebaikan apabila kita bersabar.
Hakikatnya, kita tinggal bersandar saja dengan daya-daya Allah dalam kehidupan kita. inna lillahi wa inna ilaihi rajioon. Semua masalah kita ini datangnya daripada Allah SWT dan kembalikan semula kepada Allah SWT dengan mengikut sahaja kehendak Allah SWT.
Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.
Daya-daya Allah itu dalam istilah Al qur’an disebut sebagai “Tali Allah, hab Allah, Hub Allah”. Maka kita diminta oleh Allah sendiri agar kita mesti berpegang dengan tali Allah, BIHABLILLLAH.
Untuk mampu memegang daya-daya Allah SWT, tali Allah SWT, maka kita hendaklah dahulu berpegang teguh kepada Allah (wa’tashimu billah). Jadi kalimat: “laa haula wala quwwata illa billah, bahwa tidak ada kekuatan, tidak ada daya yang ada pada diriku, kecuali hanya sebatas daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepadaku”, adalah benar-benar sebuah realiti daripada hanya sekadar wahyu sahaja.
Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati
orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah
di samping keimanan mereka (yang telah ada)…
(Al Fath 48 : 4)
Praktikal dan Latihan
Di dalam keadaan bermasalah dan dada yang sempit, manusia tidak mampu menerima apa pun kata-kata dan penjelasan termasuk penjelasan di atas. Kita perlu membawa diri kita atau sahabat yang bermasalah agar benar-benar SEDAR berpegang teguh kepada Allah SWT.
Lalu cara praktikal bagaimana mahu berpegang teguh kepada Allah SWT, pulangkan jiwa kita ke Allah SWT. Lakukan cara di bawah ini untuk jiwa ini pulang ke Allah SWT.
Tundukkan hati kepada Allah SWT dan panggil Allah SWT dengan suara yang lembut…ya Allah…diam sejenak…panggil lagi…ya Allah…aku rela mengikut kehendakMu ya Allah…diam sejenak…ulangi terus…
01 December 2009
Berdoa minta pertolongan hendaklah sepanjang masa bukan ketika berdepan musibah.
Oleh Mufti Perlis Yang Sekarang
RAMAI yang meminta kepada manusia tetapi tidak mahu meminta kepada Allah SWT. Mereka juga pandai menjaga hubungan baik dengan manusia tetapi memutuskan hubungannya dengan Allah SWT.
Mereka bergantung kepada manusia dan berharap mendapat manfaat daripadanya sehingga melupakan kuasa Allah SWT yang memberi manfaat dan mudarat. Perbuatan sebegini boleh menyebabkan iman seseorang terjejas. Seolah-olah mereka hilang kepercayaan kepada Allah SWT, padahal Dialah yang menggenggam ubun-ubun setiap makhluk.
Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik berjumpa dengan cucunda Umar bin Al-Khattab, seorang warak, zuhud lagi alim bernama Salim bin Abdullah bin Umar al-Khattab. Kedua-duanya berada di Baitullah. Khalifah bertanya: “Apakah kamu mempunyai hajat kepadaku, wahai Salim?” Salim menjawab: “Wahai Sulaiman tidakkah engkau malu mengatakan itu padahal engkau berada di Baitullah? Kemudian Salim keluar dan Sulaiman menunggunya di luar Baitullah dan kembali bertanya: “Apakah kamu mempunyai keperluan kepadaku?” Salim bertanya juga: “Keperluan dunia atau akhirat, wahai khalifah?” Sulaiman menjawab: “Keperluan dunia.” Salim berkata: “Adapun tentang keperluan dunia, kepada yang memilikinya pun aku tidak pernah meminta, bagaimana mungkin aku memintanya kepada yang tidak memilikinya?
Kepada Allah SWT yang memiliki dunia dan segala isinya pun beliau tidak meminta kecuali untuk kepentingan akhiratnya saja, apatah lagi kepada manusia yang hakikatnya tidak memiliki apa-apa. Begitu kuatnya hubungan orang mukmin kepada Allah SWT melebihi hubungan sesama manusia di dunia ini. Keyakinannya kepada Allah SWT terpacak kukuh dan tidak mungkin digoyah oleh kuasa apapun.
Orang mukmin berpegang kepada satu keyakinan, iaitu hanya kepada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-An’am: 17)
Apabila syaitan pernah meminta kepada Allah SWT dan permintaannya dimakbulkan, mengapa ramai manusia tidak yakin dengan doanya kepada Allah SWT seterusnya berhenti berharap, berputus asa daripada rahmat-Nya dan mencabut akar keyakinan daripada hatinya kepada Allah SWT? Sedangkan iblis diberi peluang, inikan pula manusia makhluk pilihan paling mulia.
Sebagaimana yang terakam di dalam surah Al-A’raf: 14-15, maksudnya: “Iblis berkata: Beri tangguh kepadaku sampai waktu mereka (manusia) dibangkitkan”. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”
Sehebat dan sekuat apapun, manusia tetap makhluk yang tidak berupaya melawan takdir-Nya. Dia memerlukan pertolongan Allah SWT, menyandar pada rahmat-Nya, bergantung hidup kepada limpah kurnia-Nya dan mengharapkan belas kasihan ketika menghadapi sebarang musibah.
Namun begitu, ada juga yang bergantung kepada Allah SWT ketika susah saja, jika sudah berakhir kesusahannya dia kembali berpaling. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Yunus: 12)
Mengapa cepat sekali hati berubah? Sekejap ingat sekejap lupa, iman dan kufur bertukar-tukar seperti baju yang dipakai. Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. Kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. Dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
Perubahan iman yang berlaku sebegini pada asasnya disebabkan renggangnya hubungan manusia dengan Allah SWT, lemahnya keyakinan mengenai sifat-Nya dan kejahilan yang disengajakan. Secara sengaja mereka menolak kebenaran al-Quran dan Sunnah, berdolak-dalih mencari alasan untuk meninggalkan agama ke tepi. Pandai berputar belit menafikan ayat-ayat Allah dan semua itu dilakukan kerana mereka lupa siapa diri mereka sebenarnya.
Jika mereka berpijak pada bumi nyata, mereka akan menghayati kelemahan diri. Mereka memerlukan Allah SWT untuk selamat sampai ke tujuan. Jika mereka diliputi kesulitan hanya kepada Yang Maha Kuasa saja tempat bergantung. Apabila tiada lagi kekuatan dalam diri yang boleh menyelamatkan maka mereka menjerit mencari Tuhan Yang Maha Perkasa. Sebagaimana jeritan Qarun dan Firaun, kaum ‘Ad dan Tsamud. Sedangkan Nabi Musa merayu kepada Bani Israil setelah berkali-kali dikecewakan dengan kekufuran mereka:
Walau diri pernah ternoda oleh dosa dan maksiat, tetaplah berharap kepada Allah SWT. Sesiapa yang memutuskan hubungan dengan Allah maka dia akan terputus daripada kesenangan dunia dan di akhirat pula menanti azab yang kekal selama-lamanya. Doa dan harapan kepada Allah adalah senjata yang paling tajam untuk membunuh iblis dan syaitan. Doa seorang hamba melemahkan semangat iblis untuk menyesatkannya dari jalan Allah. Disebabkan tangisan, ketakutan, harapan dan cemas mengiringi doa seorang hamba membuat iblis berputus asa seketika.
Apatah lagi mendengar ketulusan seorang yang menyerahkan segala permintaannya menurut ilmu Allah SWT bukan menurut kehendak diri sendiri. Sebagaimana doa Nabi Nuh AS saat melihat darah dagingnya sendiri tenggelam ditelan banjir besar. Firman Allah yang bermaksud; “Nuh berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud ayat: 47)
Bolehkah kita menghadirkan sangka baik kepada Allah SWT dalam keadaan seteruk apapun dan mempersembahkan doa yang paling tulus? Belum terlambat untuk mengetuk pintu langit dengan bahasa yang paling indah dan lembut diiringi dengan harapan dan keyakinan kepada janji Allah SWT. Sesungguhnya tidak akan ditolak doa orang yang berpuasa. Amin ya Allah, ya rabbal ‘alamiin.



