30 October 2009

Ya Allah.. Tunjukkan kami jalan yang lurus..

Alhamdulillah....kerana kita semua masih bernafas utk hari nie lagi... dan masih boleh bertemu diarena nie.... dan masih bules beribadah kepada NYA.... semoga kita semua selamat dunia dan akhirat hendaknya.....

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahaman ku.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Kepada MU tempat kami meminta, kepada MU jua tempat kami memohon. Selamatkan kami dari segala bencana dunia.

buat teman2 yang bekerja hari nie... selamat bekerja dengan sebaiknya.. moga memperoleh rezeki yg berkat... bagi yang berhujung minggu hari nie... manfaatkan masa bersama sebaiknya... moga ukhuwah kan terus berpanjangan...

29 October 2009

MEMBUKA PINTU REZEKI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Nahh.. mari kita kongsi ilmu ni... bukan susah mo adapat rezki yg banyak rupanya... kebaikan yg kita dapat dua dalam satu... ibu bapa dapat doa dari seorang anak.. si anak dapat rezki yang banyak.. Ya Allah.. baiknya Engkau... Terima kasih...


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa k ita setiap hari

Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, Ijazah atau sebagainya..



27 October 2009

HANTARAN AL-QURAN

Assalamualaikum... aduhh.. terasa lama sangat nda update blog ni... sibuk dengan kerja ofis dan meeting di luar kawasan menyebabkan tidak dapat berkongsi cerita... banyak benda yg aku ingin kongsi... dan terima kasih Ya Allah.. kerana menggerakkan seseorang untuk menegur aku... terima kasih kpd seseorang yg telah menghantar email menegur penampilan yg tidak sesuai dengan topik yg aku post pada hari itu.. terima kasih yaa... :) dan blm ada kesempatan untuk membalas email saudara... kerja harian dan pejabat menyebabkan aku banyak ketinggalan menceritakan hal-hal yang berlaku kebelakangan ini... hari ini seperti biasa aku ingin berkongsi satu cerita.. sepertinya lucu.. tapi ada benda yg disampaikan.. semoga ada manfaatnya untuk anda semua...

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih... Warna keemasan... Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu
lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah... Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri... Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil... Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.
"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran... Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which
you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, 'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana Rasulullah (Sallallahu
alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

*Semoga Al Quran yang dibaca sentiasa menghindari kita daripada sikap khianat, busuk hati dan prasangka sesama muslimin dan muslimat... Amin

19 October 2009

Setan pun takutkan Allah

Assalamualaikum w.b.t

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan diwaktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang sesuai menjadi sahabatku..! "

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam..... Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabat manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".

"Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil pergi.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

18 October 2009

Gurau dan Canda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.

"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".

"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata,

"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".

"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".

"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum...

17 October 2009

Lima cara pilih sahabat

Nasihat al-Qamah:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .

Ketiga
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

16 October 2009

Tanda2 Taubat Diterima ALLAH

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya, ...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah. sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

15 October 2009

renung2 kan...

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni ? Aku belum mati lagi la.."

------------------------------------------------------------------------------
MORAL:
Biasakan mengucap dua kalimah syahadah, sekurang-kurangnya ketika solat....

14 October 2009

kita ibarat pinggan...

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

13 October 2009

sebaik-baik manusia....

Dpd Jabir r.a katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:

" Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberikan manfaat kepada orang lain."

Riwayat al-Qadha'ie

12 October 2009

Tips Mengekalkan Sebuah Persahabatan

Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.


Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ‘thrill’nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan…

Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.

Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu..

*Semoga persahabatn kita berkekalan dan di rahmati Allah.. Amin

11 October 2009

aurat

PENGENALAN RINGKAS TENTANG AURAT

Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban, manakala dari segi istilah syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.

Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.

Aurat lelaki:

Lelaki yang akil baligh wajib menutup aurat dengan sempurna mengikut syarak. Batasan aurat lelaki telah pun jelas disebut oleh Rasulullahlah s.a.w. melalui hadis yang diriwayatkan oleh Darul Qutni " aurat lelaki ialah bahagian di antara pusat dan lutut".

Walaupun begitu, mengikut pandangan ulama aurat lelaki berbeza mengikut situasi yang dihadapinya, di antaranya adalah seperti berikut:

a) Ketika solat - antara pusat dan lutut.
b) Di hadapan wanita yang bukan mahram - seluruh anggota badan
c) Di hadapan lelaki dan wanita yang mahramnya - antara pusat dan lutut.
d) Ketika seorang diri di tempat sunyi - qubul dan dubur sahaja.

Aurat wanita:

Syarak telah menetapkan bahawa aurat wanita lebih daripada aurat lelaki. Antara dalil yang menjelaskan batasan aurat wanita ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud " seorang gadis yang apabila telah kedatangan haid tidak dibenarkan mendedahkan tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan".

Termasuk di dalam kategori mendedahkan aurat juga ialah memakai pakaian yang nipis. Kerana menurut satu hadis bahawa pada suatu hari Asma' binti Abu Bakar telah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian yang agak nipis sehingga menampakkan warna kulitnya, lalu baginda menegur " wahai Asma', seorang perempuan apabila kedatangan haid tidak harus dilihat kepadanya kecuali ini dan ini sahaja". Sambil baginda mengisyaratkan ke muka dan tapak tangannya.

Dalam satu riwayat lain, Hafsah binti Abdul Rahman berkunjung ke rumah Aisyah (isteri Rasulullah s.a.w.) dengan memakai kain tudung yang nipis lalu dikoyak oleh Aisyah dan diganti dengan tudung yang tebal seraya berkata : Rasulullah pernah bersabda : "Allah melaknati perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang." - nauzubillahimin zaliq..

Sama seperti lelaki, wanita juga mempunyai batas aurat tertentu mengikut situasi yang dihadapinya. Antaranya ialah seperti berikut:

a) Ketika solat - seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b) Di hadapan wanita kafir dan wanita Islam yang fasiq atau rosak akhlak - seluruh anggota kecuali kepala, muka, leher, dua tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kaki.
c) Di hadapan lelaki yang bukan mahram - seluruh tubuh tanpa
pengecualian menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab syafie'.

Pendapat empat mazhab tentang aurat wanita Islam

1. Mazhab Syafie':

Pendapat pertama : Semua anggota badan (pendapat yang paling sahih)
Pendapat ke dua : Semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan (sekiranya tidak menimbulkan fitnah)

2. Mazhab Hanbali:

Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.

Pendapat ke dua : Semua anggota.

3. Mazhab Hanafi:

Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Bagaimanapun jika mendatangkan fitnah wajib ditutup.

Pendapat kedua : Semua anggota tubuh kecuali muka, dua tapak tangan dan tapak kaki hingga pergelangannya.

4. Mazhab Maliki:

Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika
mendedahkannya ditakuti boleh menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.

Cuba anda bandingkan pendapat-pendapat mazhab yang telah disebutkan di atas. Kalau diperhatikan, tiada perselisihan pendapat yang ketara dari segi batasan aurat wanita. Dengan itu tiada ruang bagi wanita mukminat untuk mempertikaikan tentang masalah aurat kerana ia telah menjadi hukum dan peraturan syarak yang wajib dipatuhi oleh setiap wanita.

09 October 2009

Ini lah Manusia...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.... syukur Ya Allah.. terima kasih ya Allah.. kerana aku masih diberi peluang utk terus hidup di hari nie.... syukur ku ke hadrat NYA.... masih punya waktu utk terus beribadah kepada NYA... membaiki segala kesilapan dan kealpaan ku.... "coz we are not perfect"..... kepada semua teman2.. semoga sentiasa gembira bersama orang2 yg tersayang... dan semoga setiap apa yg kita lakukan mendapat keredhaan Allah SWT.. amin...

Renungkanlah...

Selagi bernama manusia, selagi itulah tiada siapa yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Manusia adalah ciptaan Allah yang paling cantik tetapi tidak kurang dengan kelemahan tersendiri. Justeru bukan suatu yang menghairankan jika manusia bersikap dan punya tabiat tidak sama dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Ada ketikanya mereka mentaati ajaran Allah dan ada ketikanya mereka alpa lalu menjerumuskan diri ke lembah kehancuran dan maksiat.

Kerap kali manusia terperangkap dengan kemewahan, kuasa dan kecantikan duniawi tanpa memikirkan akibat masa depan. Apabila terjerat dengan nikmat, mereka terlupa bersyukur, leka mengumpul harta tanpa mengira orang lain. Di depan mata sesama manusia, mereka mungkin dimuliakan tetapi di mata Allah, orang sebegini hina sehina-hinanya.

Peringatan selalu diberikan Allah seperti firman-Nya:

"Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya "yang sedia bersih" itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (as-Syams: 10)

Manusia memiliki keistimewaan yang paling besar iaitu akal. Tetapi akal tidak dibimbing dengan ilmu, boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan. Disebabkan itulah juga ramai orang yang dianggap cerdik pandai tetapi masih terseleweng sehingga berani melakukan jenayah kolar putih. Itulah padahnya apabila akal bersih mereka tidak dipimpin ilmu.


08 October 2009

Cinta dalam subjek kat sekolah....

subjek agama/pendidikan moral
cinta adalah perasaan terdalam yang harus diluahkan mengikut batasan yang telah ditetapkan agama

subjek matematik
cinta adalah ibarat mathematical sentence yg melibatkan penambahan ataupun penolakan...

subjek sains
cinta adalah hubungan antara dua benda hidup bagi mencapai kelangsungan hidup bersama

subjek kimia
cinta seumpama campuran dua sebatian bagi menghasilkan sebatian yang baru....

subjek fizik
cinta adalah tarikan antara dua kutub yang berbeza....

subjek muzik
cinta adalah umpama lirik dan lagu.., tiada lengkap tanpa keduanya, tiada sempurna tanpa keduanya

subjek geografi
cinta adalah umpama perubahan musim dan cuaca., adakala dingin, panas, sejuk dan berbunga.., adakala cuacanya mendung, hujan n kekadang ada gak ditimpa bencana alam

subjek biologi
cinta adalah hubungan antara dua organisma hidup dalam spesis yang sama bagi memastikan keseimbangan yang berterusan dalam populasi

subjek bahasa
cinta adalah umpama cantuman ayat bagi menjadikan frasa yang lengkap dan penuh makna, kena ada subjek, kena ada predikatnya, yang dindahkan dengan verb, adverb, kata sifat n tenses yg sesuai (present tense, past tense or future tense)

subjek sejarah
cinta terjadi akibat sebab dan akibat n memerlukan formula 4W 1H (when it happen, why it happen, where it happen, who involve n how it happen..hehe)

subjek seni

cinta adalah lukisan jiwa yang penuh warna warni dan keindahan...

cinta bagi mereka yang malas belajar apa2 subjek
cinta yang sesat umpama kapal tanpa layar di tengah lautan, jenis yang mati lemas cepatlah nie dan yg menyusahkan mak bapa...

07 October 2009

HOW TO CALL THE POLICE WHEN YOU'RE OLD AND DON'T MOVE FAST ANYMORE.

George Phillips, an elderly man, from Meridian, Mississippi, was going up to bed, when his wife told him that he'd left the light on in the garden shed, which she could see from the bedroom window. George opened the back door to go turn off the light, but saw that there were people in the shed stealing things.

He phoned the police, who asked "Is someone in your house?"
He said "No," but some people are breaking into my garden shed and stealing from me.

Then the police dispatcher said "All patrols are busy. You should lock your doors and an officer will be along when one is available."

George said, "Okay."

He hung up the phone and counted to 30. Then he phoned the police again.

"Hello,I just called you a few seconds ago because there were people stealing things from my shed. Well, you don't have to worry about them now because I just shot and killed them both, the dogs are eating them right now." and he hung up.

Within five minutes, six Police Cars, a SWAT Team, a Helicopter, two Fire Trucks, a Paramedic, and an Ambulance showed up at the Phillips' residence, and caught the burglars red-handed.

One of the Policemen said to George , "I thought you said that you'd shot them!"
George said, "I thought you said there was nobody available!"

*(True Story) I LOVE IT! Don't mess with old people...

Live well, laugh often, love much!!!

06 October 2009

Wash first

Wash Bras and other clothing before use!
Most people do but this is just a warning for those that don't.....
Read the account first, then brace yourselves before looking at the
pics.............

WE DO NOT KNOW WHAT PARASITES ARE IN OUR CLOTHING
WHEN WE BUY THEM.
414e9e.jpg
Oh my god.. This is disgusting. Forward to all females!!!!
Wash your bra's before you wear them!!! Please make it a habit from this point forward to wash your just-purchased Undergarments before wearing them. This is sensitive.
After anthropologist Susan McKinley came back home from an expedition in South America , she noticed a very strange rash on her left breast. Nobody knew what it was and she quickly dismissed it believing that the Holes would leave in time.

Upon her return she decided to see a doctor after she started developing Intense pains. The doctor, not knowing the exact severity of the disease, gave her Antibiotics and special creams. As time lapsed the pain did not subside and her left breast became more inflamed and started to bleed.

She decided to bandage her sores, however as Susan's pain grew more intense She decided to seek help from a more certified doctor. Dr. Lynch could not diagnose the infection and told Susan to seek the aid of one of his colleagues who specializes in dermatology.

Unfortunately, the doctor was on vacation. She waited for two weeks and finally was able to reach the dermatologist. Sadly, a life changing event was about to unfold during her appointment.

To Miss McKinley's surprise, after she removed the bandages, they found Larvae growing and squirming within the pores and sores of her breast. Sometimes these wicked creatures would all together simultaneously move around into different crevices. What she didn't know was that the holes were in fact, deeper than she had originally thought, for these larvae were feeding off the fat, tissue, and even milk canals of her breast.

414eb2.jpg

Please share with as many women and men that you know. Our undergarments
are made in different countries all over the world. They sit in boxes and go through many hands and exchanges before we purchase them for ourselves.

PLEASE WASH ALL NEWLY PURCHASED BRAS AND UNDERWEAR BEFORE WEARING THEM. WE DO NOT KNOW WHAT PARASITES ARE IN OUR CLOTHING WHEN WE BUY THEM...

02 October 2009

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram..

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki l ain , kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini.

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya .

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda yang ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

01 October 2009

Don't waste your time..



Mengapa yah.. kita sering menunda-nunda dalam melakukan sesuatu yang harusnya segera kita kerjakan.. meskipun menyegerakan kebaikan bukan bererti kita tergesa-gesa.... Kita sering lalai dalam melakukan pekerjaan seakan waktu berjalan sesuai dengan keinginan kita.... Padahal kita lupa bahawa waktu itu ibarat pedang... apabila kita tidak mahir menggunakannya maka kita akan mendapat kecelakaan... Waktu tetap berjalan tanpa memperdulikan apapun yg kita lakukan.. samada kita sedang melakukan kebaikan atau keburukan.... Waktu tetap akan berjalan meningggalkan kita meskipun kita tidak melakukan apapun... Waktu tidak pernah mau berkompromi dengan kemalasan....

Berkaitan dengan waktu, Rasulullah saw.... bersabda :
"Peliharalah lima perkara sebelum (datangnya) lima perkara.... Saat hidupmu sebelum datang saat matimu... saat sihatmu sebelum datang saat sakitmu... saat lapangmu sebelum datang saat sempitmu... saat mudamu sebelum saat tuamu... dan saat kayamu sebelum datang saat miskinmu.... ” (HR. Hakim dan Baihaqi)

Waktu adalah nikmat dari Allah yang luar biasa yang harus kita syukuri dengan cara mempergunakannya sebaik mungkin.... Kita tentunya tidak ingin bermalas-malasan sementara di waktu yang sama orang lain sedang mengukir kejayaan untuk dunia dan akhiratnya.... Makanya, mulai sekarang... kita musti belajar untuk melalui detik demi detik dengan penuh makna.... jadi.. Don't waste your time!!

*manfaatkan hari2 kita sebaiknya.. semoga setiap apa yg kita lakukan menjdai manfaat kepada kita dan jugak org lain.. semoga kita bukan dalam golongan yang rugi...
Blog Widget by LinkWithin