27 February 2009

Best ngan kawan2... hihihih

Wah... semalam ramai yg jenguk aku di rumah... Djah.. Along.. A'An.. Ijam.. Ian.. dan Ijul... macam majlis meminang pulak.. hahahaha.... sampai rumah ja.. benda first yg kena kacau mesti si pinano tu.. (piano la..) hahaha... boleh tahan jugak kugiran Sasuka ni.. ble main jugak pinano tu... lepas pinano mesti kacau si D90.. Along la tu... macam fotografer bepengalaman kono'.. hahahah... tp.. apa2 pon.. aku hepi durang datang... balik ja mo dekat2 jam 12 mlm suda...

Tp.. yang best nya... Ijul bg aku something... cute... aku suka... thanks Jul.. ko la jugak kwn baik aku... (cheah.. sudah kena bg barang baru bilang kawan baik... hahahahah) tp.. btul ba....

Thanks semua... sebab sudi dtg... lain kali dtg lagi... and thanks 4 being my best3 friends in the world....

*A'an.. lupa bg kiss gud nite... hehehehe... jgn marah aa GF A'an.. gurau2 ja...

25 February 2009

Kisah Silam..

Perjalanan hidup aku hari ini lebih baik dari semalam... Alhamdulillah.. syukur... di ofis kurang sibuk kerana semua kerja sudah aku buat awal2 lagi... En. Nabil Ketua Pegawai Perhubungan yg membahasakan dirinya 'abang' menelefon bertanyakan jika ada apa2 yg perlu di laporkan atau di maklumkan kepada big boss.. aku memberitahu ada dokumen yg perlu di tandatangani.. Abg Nabil singgah ke ofis untuk selesaikan apa yg patut...

setibanya di opis.. aku menghulurkan dokumen dan dia bertanyakan khabar aku hari ini... "aku ok bang.." kataku ringkas... kami bercerita panjang... mengenai kisah hidupnya dahulu... dia menceritakan tentang kisah cintanya yg putus di tengah jalan kerana kekasihnya curang dan meninggalkannya... inilah kali pertama dia menceritakan semua kisah silamnya...

sewaktu dia kecewa.. banyak benda bodoh yg di lakukan olehnya lantaran sang kekasih yg tidak menghargainya dan memilih insan lain dgn alasan yg tidak munasabah.. dia kecewa yg tidak terhingga.. hilang kewarasan fikiran.. menangis.. putus asa... mabuk setiap malam... tetapi.. satu ketika dia tersedar akan tindakan bodohnya... dia ingin bangkit semula.. membuktikan yg dia boleh dapat yg terbaik dari sebelumya.. menunjukkan yg dia juga boleh hidup tanpanya... dan mengatakan pada diri sendiri yg perempuan itu rugi kerana meninggalkannya...

Akhirnya... perempuan yg dahulunya meninggalkannya.. melutut dan meminta maaf.. menyesal dgn perbuatannya... tetapi dgn tegas... dia mengatakan yg kau sudah terlambat... dan aku bukanlah "bus stop" untuk kau singgah.. bila ada penumpang lain kau berlalu pergi.. kemudian singgah lagi bila penumpang tiada... sungguh dalam maksud kata2 abg Nabil... aku mengangguk tanda setuju.. dan dia merenung ke arah syiling dgn tajam.. seolah-olah perkara itu baru terjadi semalam...

"Aku tidak menyesal tom.." katanya.. "kerana aku di temukan dengan sesorang yg lagi baik dari dia yg menjadi isteri aku sekarang... dan aku bersyukur sebab aku tidak terlambat.. mungkin kalau aku terima dia.. tidak mustahil bila kami kahwin nanti dia buat perkara yang sama.." tambahnya lagi...

hmm.... cerita dia menjadi teladan bagi aku.. dalam diam aku bersyukur...

"ko cari la yang terbaik... sebab selalunya bercinta selalunya perangai sebenar di sembunyikan.. tapi bila sudah kahwin... nampak semua perangai betulnya... carilah lelaki yang betul2 boleh terima ko seadanya..yang ikhlas.. yang boleh membahagiakan ko...bukan senang untuk menjaga hubungan yang panjang.. kita setengah mati mau jaga.. tetapi kalau kita ja yg mau jaga... nda boleh jugak.. yakin ja tidak cukup.. ikhlas tu kena ada.. memang bukan senang.. tapi berdoalah.." itulah kata2 nasihatnya kepada ku sebelum dia meninggalkan ofis..

hmmm... rupanya.. masih ramai yang mengambil berat.. dan semua nasihat yang diberikan aku simpan sebaiknya... aku tarik nafas dalam-dalam.. mengeluarkan semua yang terbuku... dan berharap aku sudah bersedia untuk menghadapi hari esok...

*Semoga rumahtangga Abg. Nabil bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat... Amin..

Bersyukur lah...

Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA..
dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu nilainya AIRMATA..

Bersyukur pada orang yg MENYAKITI mu kerana dia yang MENABAHKAN kamu...

Bersyukur pada orang yang TIDAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia yang MEMUPUK mu BERDIKARI..

Bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuan mu..

Bersyukur pada orang yang MENYIKSA mu.. kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN mu...


* Syukur Alhamdulillah...

24 February 2009

Pengajaran buat ku... Bersyukur dengan apa yg ada...

Seperti biasa pergi kerja agak lewat sedikit... bangun lambat tadi pagi... setibanya di ofis... aku on komputer dan membaca e-mail sekejap... tiba-tiba pintu pejabat di buka.. seorang makcik masuk dan memberi salam... aku menjawab salam dengan senyuman.. aku memang tunggu kedatangan makcik ni untuk menyampaikan sumbangan yg dipohon kemarin...

Setelah menyuruh tandatangan penerimaan.. makcik tersebut sempat membaca doa di hadapan ku menandakan tanda syukur dan terima kasih.. bantuan itu sebenarnya untuk membiayai alat bantuan pendengaran anak perempuan beliau yang masih kecil.. dia ada membawa anak kecil itu.. dan sedang bermain2 di luar pintu... sayu hati ku melihatnya.. aku senyum dan dia jugak senyum.. lalu menyalam dan mencium tangan ku...

Ibunya sedih dan mengeluarkan air mata.. memeluk ku beberapa kali dan mencium pipi ku...

Terima kasih nak.. semoga Allah membantu mu dan mempermudahkan setiap urusan mu..

aku sedih.. dan hanya mampu berkata... mudah2han makcik.. semoga urusan makcik dapat diselesaikan sebaiknya..

dia mencium pipi ku lagi... sayu hati ku... aaa... air mata ku bergenang...

Kami balik dulu.. dan terus ke hospital.. katanya...

aku cuma berkata .. ba.. baik2 jalan...

aku hantar sampai ke pintu... dengan perasaan yg tersentuh.. dan aku berterima kasih... kerana dapat membantu sedaya ku... semoga anak itu cepat sembuh...

**********

Setelah selesai makan tengah hari.. aku, ati dan lina bercerita sambil aku membaca blog seorang kawan... lina menunjukkan sesuatu.. buah tangan katanya.. untuk yg pemohon kad kredit.. dia bawa untuk aku dan ati.. terima kasih lina.. ko baik sekali..

tiba2 kami dikejutkan oleh ucapan salam.. suara itu garau... kami bertiga menoleh..

Hj. Maidin dari kawasan menghantar borang permohonan bantuan benih padi petani... org kampung mendesaknya agar perkara tersebut di bawah kehadapan boss katanya...

aku ambil surat2 berkenaan dan menyatakan akan di hantar kepengetahuan boss nanti...

Hp nya berdering... En. Nabil di talian... dan dia memaklumkan permohonan tersebut telah sampai ke tangan ku.. dan dia ketawa ntah apa yg lucu... tiba2 dia menyebut... " bah.. nanti aku sebut nama mu di sana nanti.."

"Apa tu Ji.. kami pun mau jugak".. kata ku.. lina menyokong.. dan Hj. Maidin meminta nama kami untuk di sebut di hadapan Kaabah nanti... kami suka dan memberikan 4 nama... hahahaha (lina la punya kerja).. kami jugak meminta untuk dia mendoakan kami agar mendapat jodoh yg baik...

dia tersenyum... dan mengatakan InsyaAllah..

Kemudian dia membuka cerita.. "kalau mau mencari jodoh atau pasangan yg baik..." dia tersenyum sebelum menyambung percakapannya... "biar aku ajar sedikit".. terasa lucu pulak melihat gelagat Hj tu mengajar kami.. keadaan fizikalnya yg rendah yg agak2 berumur dalam 60-an.. bersongkok, agak gelap sedikit... membuat kami ketawa dengan perwatakan yg mau dan tidak mau membuka rahsia... hahahaha... kami mendesaknya...

"ambik kertas.." katanya.. "kecik jugak" katanya lagi bila melihat aku cuma mengambil kertas nota berwarna hijau...

"ada ba Ji yg besar.." aku mengambil kertas A4.. memuaskan hatinya...

Dia menyuruh aku menulis nama sebagai contoh.. dan mengira-ngira sesuatu... "aaa.. yg ini lembut orangnya..." aku, Ati dan Lina mengerutkan dahi... "macam mana ba ni Ji mo tinguk" kata lina...

"mulakan dengan Adam dipermulaan huruf dan lihat pengahirannya.. sama ada Adam bermaksud keras atau Hawa yg membawa maksud Lembut.."

"OOOOO...." Kata kami serentak...

Kemudain kami memberi contoh nama Ati... "hmmm.. yang ini kerasa hati.. katanya.."

Lina meminta izin untuk balik ke tempat kerja kerana masa yg tidak mengizin kan... manakala aku dan ati menyambung pengajian.. hahahaha

Kemudian aku menulis nama ku... Hj. Maidin mengira-ngira.. "kau ni lembut hati... pengasihan.. pemurah" hmm... ada betulnya... aku menulis nama sesorang... " yang ini pun lembut hati jugak.. tetapi mudah terpengaruh.. mudah tergoda dengan orang lain.. dan cepat lupa budi orang.." aku dan ati berpandangan... aku tanya lagi... "boleh di satukan ka ni Ji.."

Dia mengira-ngira lagi... mulutnya berkumat kamit.. ntah apa yang dikira atau mungkin di baca... nama ku dan namanya di hitung menggunakan jarinya..

"macam susah ni... nanti satu hari nanti dia akan sakiti ko.. dia 'rolling stone'".. 'rolling stone tu apa" aku bertanya... " mata keranjang katanya... hmmm... mcm ada btulnya jugak...
"jangan percaya seratus peratus" tambah Hj. Maidin lagi.. "

tp.. janganlah.. ko carilah orang lain.. cari yg lagi baik... satu hari nanti dia akan terkena celaka jugak... ya la.. sebab suka sakitkan hati orang lain.." kata Hj. Maidin tegas...

Ati signal aku untuk meminta Hj. ni mengira namanya dan temannya...

"Ini lagi Ji..." kata ku..

"ini siapa pulak ni.." kata Hj. Maidin

"Dia ni dgn kawannya..." aku tunjuk ati... ati cuma senyum2.. heheheh

"ooo.... kamu dua ni hati keras... penyemburu..." aku terus menoleh ke arah ati.. "betul tie.." tanya ku... tp.. Hj. Maidin memberi nasihat.. agar bertolak ansur.. bila sudah tahu kedua2nya keras hati.. seorang kena berlembut untuk mendapatkan hubungan yg panjang hingga keakhir hayat..

"Betul jugak.." kata ku.. ati menaik kan kening tanda setuju...

Hj.. Maidin meminta izin untuk pulang... aku dan ati masih lagi menyambung cerita dengan keputusan yg telah kami dengar sendiri dari mulut orang tua tu... sedih dan lega rasanya...

Aku mengambil keputusan untuk melupakannya selama-lamanya... InsyaAllah... akan ada orang yg lagi baik di luar sana yg boleh terima aku seadanya... Amin...

23 February 2009

Ada Apa Dengan Cinta..

"Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan.. manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Kata Mahatma Gandhi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, “Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.

Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.


* Di petik dari blog yg tidak ku kenali.. Maslina empunya nama..tetapi isinya betul2 membuatkan aku kenal apa itu ertinya cinta... maafkan aku Maslina kerana tanpa izinmu aku post kan jugak.. kerana aku yakin.. ia akan menjadi panduan teman-teman ku untuk mengenali apa itu cinta... terima kasih tidak terhingga kepada lina sahabat ku kerana memaklumkan mengenai blog mu... best katanya.. dan aku setuju dan mengiyakannya...

Berakhirnya Ceritera Cinta - Ending

Setelah bercinta dan berkasih selama hampir 9 tahun.. pelbagai kenangan pahit manis yg aku terima.. kami adalah sepasang kekasih yg memang serasih.. dan ramai yg yakin cinta yg di jaga dan disemai akan berakhir dgn ikatan yg pasti... dia seorang yg baik hati... menjaga ku dengan baik sekali.. mungkin kerana kesilapan lalu yg membuatkan dia rasa bersalah.. atau mungkin dia ingin menghargai ku sebagai mana aku menjaga dan menghargainya... keluarganya selesa dengan ku.. begitu jugak keluarga ku... kami sering balik kampung bersama-sama.. dia akan menemani ku untuk pulang kerana dia akan menjadi pemandu setia ku... ibunya bertandang ke rumah ku di kampung yg memerlukan masa perjalanan selama 7 jam.. dan ibuku jugak bertandang ke rumahnya... sehinggalah dia tamat belajar dan kami merancang untuk meraikan majlis konvonya bersama ibunya.. dia menghajatkan agar majlis kali ini biarla ibunya turut sama.. dan aku gembira dan sampaikan hajatnya untuk membawa ibunya.. dan aku jugak membawa ibuku serta adik lelaki ku untuk bersama2nya... kami gembira.. ibunya dan ibu ku seperti sahabat.. mereka tidur sekatil bersama.. membeli barang bersama malah hampir serupa... hahahaha... aku nda kisah yg penting mereka suka... dengan bajet kewangan yg cukup setelah aku kumpul untuk perbelanjaan perjalanan seminggu bersama-sama.. akhirnya majlis itu selesai dengan baik... dan aku pasti dia gembira kerana hajatnya telah terlaksana..

selama 9 tahun ini jugak la.. aku mengajar dia semua perkara mengenai kehidupan.. kami kongsi bersama pengalaman lama dan pengalaman baru... dia mengajar aku.. begitu jugak aku mengajar dia... dan kami terima semua perkara dengan membincangkan nya bersama-sama.. walau pun sesetengah perkara ada yg tidak perlu dibincangkan.. dan dia mengambil keputusan sendiri dan kemudiannya barulah aku di maklumkan.. tp.. kerana hormat padanya.. aku iyakan jugak dan menyokong sepenuhnya dia... dia minat bermain bola.. minat memancing.. minat menyelam.. minat bermain game.. minat bermain muzik.. apa saja minatnya.. akan aku sokong dari belakang.. yg penting dia suka dan berani dengan semua risiko yg akan dia terima.. dia di ambil untuk menjadi keybodis kumpulan music yg telah ditubuhkan oleh teman2nya.. masih segar di ingatan ku.. petang itu.. setelah dia balik dari Ranau menemankan kawan2nya dari membuat persembahan di Ranau.. dia menelefon yg dia di pelawa untuk menyertai band tersebut.. dari suara nya sahaja.. aku tau.. dia gembira dan suka.. malah teruja.. aku tanya dia... " ko suka ka??"... "Iya ayang" katanya... "boleh ka??" katanya lagi... "hmmmm... ba iyalah"... jawabku ringkas... sampai sahaja di rumah.. kami membincangkan untuk membeli keyboard baru... aku check bajet dan simpanan... hmmm... cukup untuknya... kami membeli bersama2 keyboard yg di idam2kannya... walaupun aku risau kerana dia masih belajar pada masa itu.. aku takut pembelajarannya terganggu.. apa lg.. dunia baru yg di terokainya adalah dunia glamour.. mungkin tidakla glamour mana.. tetapi.. masih boleh dikenali.. dan sering terlibat dgn beberapa persembahan dan mengiringi band2 terkemuka... Al-hamdulillah.. dia boleh membahagikan masa untuk bersuka2 dan belajar.. kerana dia pun tahun akhir... aku suka buat 'surprise' untuknya.. sama ada di hari jadinya.. ataupun semasa valentines day.. aku masih ingat lagi.. aku menghantar bunga tulip dan hadiah ke kelasnya... teman baik ku kafali jadi orang tengah... dia gembira.. dan aku suka.. dan kadang2 aku akan mengatur majlis hari jadinya bersama teman2nya di rumahnya... ibunya akan membantu memasak.. aku jarang sambut hari jadinya berdua.. yg pastinya.. dia gembira bersama2 teman rapatnya... dan setiap aktiviti kami aku akan selitkan bersama teman baiknya...

Aku sering menemaninya kemana sahaja.. begitu jugak dia.. walau pun begitu.. kami masih ada ruang untuk teman2.. aku menghabiskan masa dgn teman2 ku.. begitu juga dia.. aku tidak pernah mengongkongnya.. apa lagi menyekat aktiviti hariannya.. walaupun masa untuk aku.. makin berkurangan tapi aku sabar.. dan aku sering sms atau email dia.. kenapa?? dan kadang2 aku tersa seperti kasihnya semakin berkurangan.. aku tidak tau kenapa.. atau mungkin itu hanya mainan perasaan ku.. aku pernah bertanya padanya.. ikhlas ka dia dgn ku.. atau dia hanya mencintai ku kerana terhutang budi.. dia menekankan bahawa.. cintanya tidak pernah kurang.. malah bertambah.. dan sering berkata " kawin kita ayang"... hahaha... aku tau dia belum bersedia.. apa lagi belum ada kewangan sendiri... selama aku menuai kasih bersamanya.. aku tidak pernah menceritakan keburukannya kepada sesiapa... apa lagi kekurangannya.. bagi ku itu tidak penting.. kerana aku ikhlas menyintainya.. aku terima dia apa adanya.. walau pun.. ada kerisauan di hati.. tetapai aku gagahkan dan buang jauh2 perasaan yg bukan dtgnya dari diriku.. aku yakin dia jugak ikhlas... Wallahualam..

dalam banyak2 perkara yg dibuat selama 9 tahun ini... satu benda sahaja yg btul2 menguji kesabaran ku... dia berbohong dengan ku... sebenarnya aku kenali dia bukan seorang perokok.. malah dia jugak tidak suka rokok... tp.. oleh kerana kekecewaannya pada masa lalu.. dia merokok hanya untuk suka2.. dia pernah meminta izin dan aku benarkan... tetapi rupanya ketagihan nya berlarutan.. dia merokok di belakang ku tanpa pengetahuan ku... aku sering bertanya... " ko merokok ka ayang".. dia nafikan.. katanya "mana ada"... dan aku terima jawapannya.. walau pun aku tau hakikatnya... aku masih lagi memberi peluang untuknya berterus terang... bagi ku.. rokok itu bukanlah masalanya... tetapi kenapa perlu berbohong dan menipu diri sendiri... aku jugak pernah menyarankan kalau dia mau merokok tidak perlulah sembunyi2.. aku nda kisah.. yg penting.. cukupla jgn merokok di depan ku.. bukan apa.. aku mengidap penyakit ashma.. dan aku tidak suka bau rokok... mungkin dia merokok tanpa pengetahuan ku kerana takut aku marah... Ya Allah... dia pernah membuat kesalahan yg lagi besar.. tapi aku masih terima dan maafkan dia.. inikan pulak perkara sekecil2nya.. dia lelaki.. dan aku jugak tidak rasa rokok itu menjadi masalah... adik2 ku tau yg dia merokok.. hairan kan.. aku sorang ja yg tidak tau hal ni... adik2 ku hormat padanya dan pada ku.. mungkin itulah sebabnya aku tidak di maklumkan.. terima kasih semua...

Aku sering berdoa untuk di berikan petunjuk... dan satu hari.. sebelum aku ke China... aku melihat dia merokok... dia terkejut.. aku buat nda tau kerana aku perlu jaga air mukanya.. aku cuma mampu kata " kedapatan" dengan nada berseloroh dan perlahan agar dia sahaja yg dengar.. dia terdiam dan melihatkan muka bersalah.. aku kesian... tp.. hati ku menangis.. Ya Allah.. kenapa dia perlu menipu diri sendiri... nda apalah... aku buat nda tau.. dan masih melayannya seperti biasa.. aku meminta izin untuk pulang kerana perlu berkemas kerana penerbangan esok hari... aku pulang dahulu dan meminta kwn nya menghantarnya.. dia setuju... dia menghantar ku ke kereta.. dan masih sempat bertanya... " ko marah ayang??'' aku cuma mampu berkata "nantilah kita bincang di rumah.. dan aku marah".. dia diam... kenapa aku tidak boleh marah... aku tidak pernah menipu dia.. selama 9 tahun ni jugak la aku menjaga kelakuan ku... semua perkara.. sekecil2 hinggalah sebesar2nya.. aku mesti maklumkan dia... teman2nya maklum dgn perangai ku.. malah ada yg senang dgn ku... mereka suka bila kami bersama...

sesampainya dia di rumah.. aku sudah siap berkemas.. malam itu.. aku tanya lagi... "kenapa ayang".. dia diam dan mengalihkan pandangannya dari ku... aku diam.. dan aku menangis tanpa pengetahuannya... keesokan harinya dia menghantar ku ke Airport... dan kau terbang ke China selama seminggu... setibanya di KL.. aku Sms dia.. mungkin dia tidak menyanyangi ku lagi... dan mungkin selama ini dia cuma bertahan kerana terhutang budi... aku faham.. dan aku menyatakannya bahawa kita mungkin perlu menjalani haluan masing2.. dia tidak reply sms ku...

tiba di China.. dia masih sms ku seperti biasa.. seperti tiada yg berlaku... tetapi aku masih marah.. dan aku cuma sms dia seringkas yg boleh kerana gangguan 'line dan jugak bayaran yg agak mahal.. walau pun begitu.. aku masih mahu menelefonnya untuk bertanyakan halnya.. tp.. apakan daya... line tidak mengizinkan.. setibanya di Sabah.. kami masih bersama.. tapi tidak seperti dulu lagi.. aku ceritakan hal ini kapada teman baik ku.. dan beberapa temannya.. dan mereka memujuk ku agar fikir hal ni dan selesaikan secara baik... bila aku fikir balik.. malam tu aku telefon dia.. dan aku jumpa dia dan ingin memperbaiki dan memberi peluang kapada hubungan yg telah lama di semai... dia tidak seperti dulu lagi... dia minta aku beri dia masa selama 3 hari.. dan aku setuju... kami masih bersama.. makan bersama.. menonton wayang bersama.. tetapi aku perasan dengan perubahannya.. bukan seperti selalu.. seperti ada yg dirahsiakanya.. dan instict ku berkata yg bukan2.. dan aku harap aku salah... aku masih teringat yg dia berkata.. biarla kita berjauhan untuk seketika yg pentingnya.. akhirnya kita bahagia.. dia yakin yg dia akan bersama ku kelak.. kerana baginya aku adalah jodohnya.. aku cuma mampu tersenyum..

Pagi itu... bila dia meminta charger hp ku yg kini dia gunakan... aku charge dan aku terasa sesuatu.. dan aku terus tanya.. " ko ada org lain ni kan..." dia diam.. dan meminta maaf... dia mmg bersalah... aku sedih.. dan aku gagahi untuk tidak mengeluarkan air mata... dia cuma mampu berkata dia tidak tau apa yg dia buat.. dan dia tau dia akan menyesal dengan apa yg telah dia lakukan... aku bertanya.. sejak bila.. dia diam.. dan aku tanya siapa.. bila dia sebut nama itu.. aku terkedu... rakan sekelasnya.. Ya Allah... aku di uji untuk sekian kalinya.. oleh orang yg sama... oleh orang yg aku jaga selama ini.. orang yg aku hidup senang dan susah.. aku berkorban segalanya.. aku cuma mampu bertanya.. "apa salah ku??".. dia menggeleng.. dan mengatakan bukan salah ku... dan masih mengulangi "ko percaya dengan jodoh" dan aku berkata "percaya.." dia mengangguk dan yakin.. tp... hati ku berkata... kau telah kehilangan aku selama-lamanya.. aku redha.. dan aku terus menangis.. menangis sepuas-puasnya... aku yakin ada hikmah disebaliknya.. dan aku yakin dengan ketentuan Ilahi.. mungkin Allah merancang kehidupan yg baik untuk ku di masa akan datang... aku pujuk hatiku.. bersabarla Tom... Allah itu maha Mengetauhi.. Maha Adil..

teman2 lain.. marah bila mengetauhi hal kami berdua.. keluarga aku jugak marah.. lebih2 lagi kesalahan itu berpihak padanya.. ada yg tidak percaya.. ada dia antaranya berkata.. mungkin kami gaduh untuk seketika.. bagi ku... dia telah memilih jalan hidupnya.. walaupun ibunya merancang untuk mengikat kami berdua... tapi yg pastinya... sehingga hari ini.. aku tidak lagi bersua muka dengannya.. selepas kejadian pagi tu.. dia sering menelefon dan bertanya khabar melalui sms... pada mulanya aku masih boleh menjawab dan bercakap2 di telefon.. tetapi selepas itu.. aku berfikir... aku di didik untuk tidak merosakkan hubungan orang lain.. dan tidak melukakan hati orang lain.. dan mengambil keputusan untuk tidak mengangkat telefon atau reply sebarang smsnya... itu untuk kebaikan nya...

Dan aku bersyukur Ya Allah.. Engkau kurniakan aku adik dan teman2 yang baik yg masih boleh menjaga ku... mengubati kelukaan ku... mengusap air mataku... menceriakan ku.. sehingga aku boleh terima kehilangannya.. aku rela.. dan aku redha.. biarla.. mungkin tiada jodoh antara kami berdua... dan aku doakan kebahagiannya.. semoga dia memilih yg terbaik buatnya.. walau pun teman2 lain berkata.. dia akan menyesal.. dan dia akan kembali kepada ku jua... tp... buktikan pada semua orang yg kau telah pilih yg terbaik... kerana kau telah berkorban untuk nya... doa kan kebahagian ku.. kerana aku sering mendoakan mu... terima kasih kerana menjaga aku selama ini.. kerana pernah menyayangi ku dan menyintai ku.. budi mu dan kebaikan mu tidak mungkin dapat aku balas... cuma doa yg dapat aku berikan pada mu... Semoga pertemuan dan perpisahaan kita di rahmati Allah S.WT... Amin...

* maafkan aku kerana menceritakan kisah kita berdua... tiada niat untuk aku megaibkan mu.. apa lg untuk menceritakan pengorbanan ku.. aku yakin ada sepasang kekasih yg mengalaminya... pesanan ku untuk kalian di luar sana... selagi boleh.. jagalah hubungan sebaik mungkin.. kerana once they gone.. they'll never come back... bagi yg kecewa... bangkitlah.. bina hidup baru.. yakinlah akan ada sinar kebahagian untuk kita... betul kata sahabat ku... sudah termaktub yg kita akan jumpa orang yg tidak baik sebelum jumpa yg lagi baik... dan ingat WHAT EVER WE DO.. TODAY IS FOR TOMORROW NOT FOR YESTERDAY... kuatkan semangat.. tabahkan hati... berdoa.. dan ingatlah pada tuhan.. dan ubat yang terbaik adalah SOLAT... InsyaAllah... Amin...

22 February 2009

Berakhirnya Ceritera Cinta...

Setelah bertahan sekian lama... berfikir dan mencari kekuatan... dan desakan teman2.. akhirnya.. hari ini.. aku gagahkan jugak untuk menceritakan kenangan kisah silam.. cinta pandangan pertama...

Aku mengenali dia pada tahun akhir aku Diploma di Universiti Teknologi Mara... pada tahun 2000... pada mulanya kami cuma berkawan biasa kerana dia adalah teman lelaki kepada kawan aku.. yg jugak sekelasnya... permulaan cinta mereka berjalan dengan lancar.. sehinggalah GF nya mempunyai orang kedua.. dia sering merujuk kepada aku mengenai GF nya... walau pun dalam keadaan goyah.. teman2 lain masih menjaga hatinya.. mengatakan bahawa GF masih mencintainya.. sedangkan pada masa itu keadaan sebaliknya... aku tidak sampai hati untuk menipu dia.. dan aku mencadangkan agar tidak terlalu mengharap dan mencari orang lain sebagai penggantinya... dia terkedu.. dan aku sedih melihatnya... tetapi hakikat yang perlu dia terima.. dia masih memujuk dengan membelikan kek dan coklat.. tetapi hati si dia telah berubah... dan akhirnya dia pasrah.. dan terima keputusan yg pahit untuk diterima... selama dia kecewa.. dia sering menelefon aku dan aku sejukkan kekecewaannya... kami menjadi sahabat baik.. lebih2 lagi aku jugak adalah seniornya...

ntah.. bagaimana keadaan menjadi sebaliknya... setelah lama berkawan baik... dia meluahkan perasaannya.. pada mulanya aku tidak boleh terima... kerana aku masih belum mempunyai perasaan yang pasti.. mungkin aku cuma menganggapnya sebagai kawan baik.. atau mungkin seorang adik.. kerana aku belum pernah ada perasaan cinta terhadap mana2 lelaki selama ini.. tetapi atas nasihat kakak aku.. dan abang ku.. untuk mencuba.. aku tau ahli keluarga ku risau dengan keadaan aku yg seperti lelaki dan tomboy sedikit... aku tidak salahkan mereka untuk mengajar aku mengenali cinta... dengan hati terbuka.. aku terima dia.. dan peliknya.. setelah terima dan kami bercinta.. tetapi kami tidak tau hari dan tarikh sebenar aku dan dia menjadi sepasang kekasih... ada teman yang bertanya.. bila tarikh anniversary hubungan kami.. aku tanya dia.. dan dia jugak tidak tau... pelik.. tp.. itulah hakikatnya... apa yg aku tau.. pada bulan April... dan aku tidak pernah menyambut nya... bagi ku tarikh bukanlah penentunya... tp.. keiklasan yg dilafazkan untuk menjadikan aku buah hatinya...

Pada mulanya.. sukar bagi dia mengajar aku untuk menjadi kekasihnya.. kerana aku masih mengaggap dia seperti teman2 lelaki ku yg lain.. dia mengajar aku segalanya... teman lain jugak tidak kurang memberikan nasihat dan cara bercinta... syukur Alhamdulillah.. aku menjadi pelajar yg baik.. mungkin kerana sifat yg suda ada.. cuma perlu di gali dan di gilap... kami menjadi sepasang kekasih yg sering di cemburui oleh teman2 yg lain.. kerana kami bukan sahaja sapasang kekasih tetapi jugak menjadi sahabat yg baik.. kerana bagi aku.. untuk mendapatkan hubungan yang kekal dan lama... kita perlu menjadi sahabat baiknya... Selam 3 tahun menjadi kekasihnya... banyak pahit maung yg perlu aku terjah.. banyak perkara yg perlu aku pelajari... berkorban untuk kebaikkannya... pernah pada satu masa.. dia sakit teruk.. dan pada masa itu waktu exam.. masa itu aku menyambung pengajian ku ke Ijazah Sarjana Muda... dan dia masih Diploma... dalam keadaan sakit itulah.. aku perlu kuat dan cekal... dia tidak boleh makan... dan hanya perlu menjama bubur dan meggunakan straw untuk dijama... Ya Allah ya Tuhan ku... kuatkan semagat ku... sedih sungguh aku melihatnya.. dalam masa yg sama.. di perlu menelaah mata pelajarannya.. begitu jugak aku... dan aku perlu berkorban dan menemaninya di rumah untuk menguruskan keadaannya yang lemah.. aku bantu apa yg aku mampu.. aku buka buku untuknya.. dan belajar subject yg perlu di duduki keesokan harinya... dan masa yg sama.. aku juga perlu menelaah mata pelajaran yg perlu aku ambil... pada masa itu.. aku perlu belajar untuk mata pelajaran Ekonomi... aku terpaksa berkorba untuknya...

Keesokan harinya.. kami sama2 ke UiTM untuk menduduki peperiksaan... aku sedih dgn keadaanya.. dan aku risau dgn keadaan ku... aku tawakal.. aku sudah berusaha apa yg aku mampu.. dan aku suda cuba apa yg patut... setelah keputusan keluar... Ya Allah.. sekali lagi aku mengeluarkan air mata... Aku gagal subject ekonomi.. dan aku perlu mengulanginya.... dan aku terus bertanya keputusannya.. aku terkedu... sekali lagi airmata aku mencurah2 kerana dia gagal beberapa subject dan terus ditamatkan... dia sedih.. aku pujuk hatinya.. sedangkan pada masa itu dia tahun akhir... dia sedih dan marah... aku masih tidak berputus asa... aku cuba untuk merayu untuknya... namun gagal.. mungkin itu rezkinya... dan itu adalah dugaan baginya dan juga bagi ku... yang pastinya.. ada hikma disebaliknya....

Aku masih teruskan pengajian ku di UiTM... dan dia.. berduka... aku tidak sampai hati melihat keadaanya... dalam diam aku mencari tempat pengajian lain baginya... dan Syukur Alhamdulillah... ada tempat baginya... aku daftarkan dia di kolej KIK.. yg penting dia tidak berputus asa... aku tau dia bukan mempunyai keluarga yg mampu untuk menyambung pengajiannya... kerana keadaan bapanya yg sakit... dan ibunya tidak bekerja... aku teroka semua simpanan ku... di mana sahaja aku menyimpannya.. aku kumpul untuk membayar yurannya.. dan pengajian di kolej bukan lah murah.. lebih2 lagi aku jugak adalah student sepertinya...tp.. aku yakin demi kasih dan sayang yg ada pada ku.. dan didikan Arwah bapaku.. aku bertanggung jawab untuk membantunya... Syukur alhamdulillah... dia dapat belajar semula... dia gembira kerana mempunyai kawan2 yg mempunyai minat yg sama... dia diterima untuk menjadi salah seorang pemain bola di sana... aku gembira bila dia gembira....

dalam masa yg sama.. aku memohon UiTM untuknya... walaupun dia suda kecewa.. tetapi aku pujuk hatinya.. sehinggalah dia terima tawaran untuk masuk ke UiTM semula... aku gembira bila dia juga terima... aku bantu keluarganya untuk menjual apa saja di asrama... aku bantu apa yg patut sehinggalah yuran pengajiannya... aku yakin rezki itu ada di mana2... dan Alhamdulillah... bila aku tamat pengajian.. aku terus mendapat pekerjaan... dia masih teruskan pengajiannya dalam Diploma.... setelah bekerja... mudah bagi aku membantunya... dan keluarga ku... dia juga rapat dengan ahli keluarga ku.. begitu jugak aku...

Tetapi.. betul lah kata orang... panas terik diharapkan sampai ke petang.. rupanya hujan di tengahari... aku masih ingat lagi... tahun 2003.. setelah aku tamat majlis konvo bersama2nya dan jugak ibu ku... dia rupanya ada orang lain.... setelah apa yg aku buat padanya.. menjaganya... berkorban untuknya... dia masih sanggup sakiti hatiku... aku masih ingat lagi.. Januari pada hari Jumaat... aku call dia.. kerana aku sedih dengan keadaanya yg tidak menentu... dan pada masa itu aku menjadi kawannnya.. aku bertanya keadaan sebenar... apa yg aku ingat... ini yg dia kata..

aku cuma mo rasa... samala keadaanya seperti dia makan nasi selama ini.. tetapi cuma mau rasa pizza untuk seketika... aku sedih... betapa bodohnya dia...

sekali lagi pengorbanan aku di perlukan... dan aku redha... mungkin ini la ujian bagi ku... aku relakan dia pergi... dia mau aku tunggu dia... kerana dia yakin dia akan kembali jugak... aku sedih.. aku menangis sepuas2nya... dan aku iyakan kemahuannya...

Rupanya kecewa bukanlah perkara yg mudah.. apa lagi yg melibatkan perasaan... aku kurus.. tiada selera makan.. aku cuma tau menangis dan terus menangis untuk mengubati kekecewaan yg terpendam.. tidak semua teman2 yg tau pasal hal ini.. kerana aku tidak mau mereka buruk sangka padanya.. keluarga ku jugak aku tidak beritahu... adik ku yang tinggal serumah dgn ku yg sering membantu aku.. menjaga ku.. meredahkan kekecewaan ku... selain adik ku.. aku ada lina dan fara yg sering mendengar keluhan ku... kami sering berkongsi cerita untuk menabahkan hati masing2.. sharul dan harry jugak tidak kurang membantu.. menelefon bertanya khabar.. menemani ku di ofis.. meredekan kesedihan ku.. menjaga ku sebaik mungkin.. keluarganya juga sudah maklum hal ini... dan ada satu petang... ibunya menelefon aku untuk memujuk ku supaya bersabar.. dan tidak putus asa... ibunya juga berpesan agar hal ini tidak di beritahu kpd ahli keluarga ku... puas jugak aku pujuk ibunya dgn mengatakan yg kami mungkin tiada jodoh... mkin pilihan hatinya lebih baik dari ku... ibunya enggan menerima saranan ku... dan aku tidak dapat berbuat apa2... dalam masa dia bercinta.. kesabaran ku selalu di uji... walau pun dia bersama org lain.. aku masih membantunya untuk mengambil lesen memandu... aku tanggung semuanya... bukan itu sahaja.. tetapi lain2 perkara juga.. bagi ku itu bukan satu bebanan... mungkin itu rezki dia... apa yg aku tau.. aku ikhlas... dan aku kesian dgnnya... setelah sekian lama.. dia selalu menelefon.. bertanya khabar.. bercerita pasal masalanya... aku sentiasa bantu apa yg patut termasuklah khidmat nasihat... dia rajin sms aku dgn mengatakan yg dia sunyi... aku tau kerana pilihan hatinya itu.. bukan seperti yg diharapkan kerana dalam masa yg sama dia jugak mempunyai teman lelaki yg lain... mungkin itulah dugaan buatnya... aku sedih melihatnya.. mungkin kerana masih ada sisah kasih sayang dan cinta yg terpendam di hati ku... yg pastinya.. aku sayang padanya...

Setelah 3 bulan bercinta dgn orang lain... itu katanya.. tp pastinya pada bulan Mei... dia kembali kepada ku... dan aku beri dia peluang untuk memperbaiki kesilapannya....

setelah... kami menjadi pasangan kekasih semula... aku banyak bertolak ansur.. begitu jugak dengannya... dan aku masih membantu nya untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana muda... walau pun keluarganya berhasrat untuk dia bekerja.. tapi aku hormat keputusan dan kemahuannya.. dan aku bertanggung jawab sepenuhnya untuk membantunya... lagi pulak aku sudah bekerja... setelah beberapa lama bekerja.. aku membeli kereta.. selalunya setiap perkara aku akan bincang dengannya.. kerana aku hormat padanya... dia menyarankan aku mengambil kancil... dan aku setuju dgn pilihannya... setelah ada kereta... dia bertanggungjawab sepenuhnya dan menjaganya sebaik mungkin... setiap pagi.. aku di hantar ke tempat kerja.. dan dia ke kelas dengan kereta baru... balik kerja aku akan tunggu dia dtg untuk mengambil aku.. walau pun ada kalanya.. aku perlu tunggu sehingga malam kerana dia perlu jumpa teman2nya... dan juga kerana trafik jam.. begitula rutin kehidupan kami... sehinggalah dia menyarankan aku mengambil satu lagi kereta.. kerana rezki yg baik.. aku dapat memiliki satu lagi kereta... kerana minat yg sama dia menyarankan aku mengambil myvi... dan aku perlu membayar kedua2nya.. Syukur Ya Allah... kerana limpahkan rezki yg baik kepada ku...

Selama 9 tahun kami bersama2.. bayak dugaan yg aku perlu hadapi... dan aku perlu bertolak ansur begitu juga dgn dia... teman2 semua suka melihat kami sama2.. sehinggakan ada yg medoakan sehingga ke jinjang pelamin... dugaan demi dugaan yg aku terima... aku selalu dengar gosip dari orang lain.. tetapi.. aku bukanlah tidak percaya.. dan juga tidak cepat melatah... tetapi aku lebih suka semua itu keluar dari mulutnya sendiri... tetapi dlm masa yg sama aku berhati2... kadang2 aku terfikir... tidak adil baginya untuk aku menghukumnya kerana kesalahan lama... aku juga perlu memberikan dia peluang untuk membuktikan semua tuduhan dan andaian org lain... aku banyak bersabar.. dan terus berdoa minta petunjuk pada yg Esa...

Bersambung....

Happy Hours....

sedih sedikit bila dapat tau MayBook aku tidak dapat on beberapa hari ni... ntah apa masalanya... tiada baterry??? aku suda charge... hmm... wahai laptop ku.. jangan la engkau merajuk... nampaknya kena bawa ke Hospital jugakla ni... apa lagi kedai komputer la... aduhai... berapa la agaknya bayaran yg akan dikenakan.. harap2 tidakla semahal mana... dalam keadaan gawat begini... kau buat hal la pulak... teringat pulak laptop aku yg satu dengan kawan... hmm.. sms dia minta dia hantar ke rumah.. kerana ada kerja yg perlu di buat... petang sabtu yg dijanjikan untuk di hantar... tp.. aku terima pada hari ahad petang... hmm... nda apalah.. yg penting ble buat keja... aku faham kerana bukan disegajakan.. mesti kerana kesibukan yg tidak dapat dielakkan...


Dalam keadaan gawat ini jgk la.. aku sempat membeli camera Nikon D90 yg aku idam2kan... pada mulanya aku mau beli Nikon D80 sahaja... tetapi atas nasihat Dboy sahabat baik ku... aku ikutkan jgk kata pakar ni... harga pun lebih kurang jugak... bila urusan jual beli selesai... aku tidak sabar untuk menggunakannnya... hmm.. petang itu jugak aku call gary untuk ambik kelas fotographer... hmmm... baru 2 orang katanya... walau bagaimanpun.. kelas masih boleh diteruskan... yea.. yea... hepi pulak rasanya... aku belajar perkara baru lagi... aku sms kafle n ijul ada benda yg aku mau tunjukkan dan kongsi... aku mengajak kafle dtg ke rumah kerana planning ke tamu tidak menjadi...

sesampainya di rumah... aku terus snap.. snap.. kafle... hahahaha.... dia cuma mampu berkata..

ko main tipu po... ko beli sudahh... hahahahaha

InsyaAllah.. nda lama lagi.. ko punya turn la pulak... Kita doa sama2 untuk di murahkan rezki ok...

Hari ini.. kami menghabiskan masa di rumah dengan belajar main piano.. hahahaha... tung tang tung tang bunyinya... hahahaha... hari pertama la katakan... kami berkaraoke... cuma usman masi malu2 sedikit... first time kenal... biasala.. bila turn aku menyanyi.. kafle pulak snap.. snap... guna D90 baru aku.. aku tau dia suka...

Setelah Kafle dan Usman pulang... Ijul pulak sampai... aik.. balik suda durang.. katanya...

ya.. ko lambat... kataku selamba...

aku dan Ijul menghabiskan masa bercerita... cerita kenangan lama.. hahahaha....

Pokoknya.. aku gembira... semoga esok hari juga hari gembira bagi kita semua...

*terima kasih teman...

What's My Name's Hidden Meaning?

You Are Dreamy and Distracted (Aku ka ni.. mcm btul ja...)

You are very intuitive and wise.
You understand the world better than most people.
You also have a very active imagination.
You often get carried away with your thoughts.
You are prone to a little paranoia and jealousy.
You sometimes go overboard in interpreting signals.
You are well rounded, with a complete perspective on life.
You are solid and dependable.
You are loyal, and people can count on you. At times, you can be a bit too serious.
You tend to put too much pressure on yourself.
You are wild, crazy, and a huge rebel.
You're always up to something.
You have a ton of energy, and most people can't handle you.
You're very intense. You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.
You are confident, self assured, and capable.
You are not easily intimidated.
You master any and all skills easily.
You don't have to work hard for what you want.
You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way! You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.
You are truly an original person.
You have amazing ideas, and the power to carry them out. Success comes rather easily for you... especially in business and academia. Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.

20 February 2009

Jumaat minggu ke-3

Hari ini sampai opis agak lewat sikit.. ingatkan mo cuti tadi.. tp.. baru teringat ada benda yg kena beres dahulu.. nda apala.. bisuk kan hari sabtu.. ble rehat... setibanya di tempat parking kereta.. aku terlihat kelibat kereta yg sememangnya aku kenal...

aik.. tie.. buat apa kereta si bachat tu sini.. aku tanya adik aku yg duduk bersebelahan dgn ku...

ntah... mungkin dia jumpa kawan kali.. pasal kerja.. atie bilang... hmmm

kami senyap seketika.. bermacam macam yg bermain di fikiran....

di opis.. masih nda puas.. meneka2.. dia buat apa di bangunan ni...

sehinggala terkeluar dari mulut atie.. mungkin bukan dia yang bawa.. abang dia..

hmmm... betul jugak.. abang dia kerja di bangunan ini jugak..


Seperti biasa.. setiap Jumaat aku akan pasang ayat2 suci al-Quran di komputer ku... ya la... ambik berkat.. Lina sahabat baik ku call.. sama ada aku d opis atau tidak... mcm biasa dia akan dtg opis jika ada masa terluang utk mkn tengahari bersama-sama.. kami ada masa sejam utk bersembang dan dia akan balik ke tpt kerjanya... dalam masa sejam itu kami bercerita pasal rakan sekerja nya... hahaha lucu pulak... bila dia cerita ada seorang abang tu dia marah dengan sesorang dan dlm keadaan yang tidak sedarkan diri membebel2...

boy.. aku ni orang Tanjung Aru boy... nda takut mati...

hahahaha... kami ketawa terbahak2...

hilang seketika persoalan yang bermain2 di fikiran pasal kereta tadi...

Sudah ambik kereta?? tiba-tiba lina utarakan soalan yg sering di utarakan kepada ku..

Belum.. aku menjawab...

hmm... nda apa.. kasi chan [chan = peluang (bahasa pasar yg sering digunakan oleh penduduk sabah)]

Ya la.. aku jawab selamba...

* dalam fikiran aku... semoga semuanya berjalan dgn lancar... Amin..

19 February 2009

My Big Boss Bad Mood.. huhuhuhu

Hari ni... Big Boss ada hangin ckit... apa tidaknya.. dia bising2 di Persidangan pasal peruntukan yg satu tu blum masuk.... sedangkan benda tu suda ada sebulan yg lalu... hmmmm.. rakan sekerja call.. tanya...

tom.. knapa nda bagi tau boss...

aiya... aku suda bg tau la.. aku bg tau 2 minggu yg lalu lg... tp.. aku bg tau bos ja... bukan big boss... hehehehe.. wei.. it's not my fault..

hmm... mati la kali ni... dia nda bg tau Big Boss pun..

Boss bising... dia ckp "bikin malu aku ja..."

apa ble buat boss... lain kali klu mo bising2 tanya dulu...

Boss bilang bg tau yang satu tu... lain kali jgn bingung2.. jgn penin2..

jadi?? suda la bg tau??

blum...

ba.. bg tau la...

ba.. iya la...

off HP trus...

* kesian big boss aku... nda pasal2 malu besar... nda apala.. pengajaran.. hehehehe.. jgn marah boss!!

17 February 2009

Piano Class..

Ada kelas piano ari ni... mcm biasa balik rumah dulu lepas dari opis.. p kelas.. tekejar2.. hahaha.. tabiat yg susah mo buang... mesti kelam kabut... sampai kelas.. cigu ada suda...

Hi Normah... lets see what u can do today...

hihihihi... aku pun start la tekan2 apa yg patut..

ok.. good.. but don't look to the keyboard... just pay attention to the book...

hmm... dlm ati aku.. mati la ni... susahnya... mcm ja aku ni j. groban ka.. a. keys ka... nda apa.. try ja.. tung tang tung tang bunyi dia.... hahahaha...

ok.. try again... concentrate ok...

aku pn concentrate la... hmmm... dapat pon.... hahahaha... terasa syiuk pulak.. heheheh...

good.. practice more n more at home ok...

ok... heheheehhe...

*sampai ruma ja... trus practice... sampai ari ni... next class nnt harap2 ok la...

16 February 2009

Monday...

I hate Monday ??? ooo tidak.... cuma malas.... hahahahaha... Isnin ja mesti malas mo p keja... aku rasa bukan aku sorang ja yang rasa tu... rasanya semua pun malas mo p keja  hari Isnin kan... hihihihih... 

* lalalalalalala hari hari keja... lalalalalla... bosan dgn keja haha...

06 February 2009

Kisah hidup ku - 4

HAri pertama melangkah ke Uitm Sabah ITM pada masa itu, mengambil kursus pra-Perdagangan mmg mencabar.. apa tidaknya.. minggu pertama kena ikut MWS.. tp.. aku nda dapat ikut minggu tu sbb kena balik kampung untuk urus IC aku yg tinggal.. hahahaha.. lucu kan.. tp.. itulah hikmahnya.. bila dtg balik kelas suda bermula.. dan aku masih tercari- cari kawan baru untuk mengikuti perkembangan yg aku tertinggal.. Jun adalah kwn pertama aku di UiTM.. pastu kena tinggal di Blok E aras 2.. sebilik dgn kakak2 senior pulak tu... tp.. dorg mmg best.. sekurang2nya aku terlindung dr kena induction oleh kakak2 senior yg lain.. hehehehe.. Syukur Ya Allah..

Zaman pembelajaran di UiTM mengajar aku erti hidup sebenar.. tinggal berjauhan dgn keluarga.. kena belajar untuk hidup sendiri.. membuat keputusan sendiri.. dan kena belajar berkongsi dgn kawan2 baru.. hmm.. pengalaman baru yg tidak akan aku lupakan sampai bila2.. Di UiTM ini la aku kenal kawan2 rapat ku seperti nani, sinta, Jc, bedah, garfield, nony n lain2 lagi... aku berkongsi cerita dan mereka jgk ada cerita.. cerita suka duka.. aku suka dengar cerita pasal kehidupan.. membuatkan aku kenal sapa mereka.. kenal sapa diri aku sebenarnya.. di Uitm ini la jgk aku kenal kawan-kawan baik ku seperti kafali, hilmi, awe, mus, aris, bayau, lina dan lain2 lagi... yg pastinya setiap org mempunyai cerita tersendiri.. dan aku makin matang dan makin sayang dgn mereka.. kami berkongsi masalah, membuat kerja sama-sama.. belajar bersama.. pokoknya.. apa saja pastinya dgn kawan-kawan...

Di UiTM ini la jgk aku kenal apa itu cinta... cerita baru dalam episod hidup ku.. yg memerlukan kekuatan untuk aku ceritakan dan di kongsi bersama...

Kisah hidup ku - 3

hari ini.. aku sambung lg.. kisah hidup ku... mcm nda pandai habis pulak kan.. hehehehe... zaman persekolahan aku mmg best... aku ramai kwn.. byk aktiviti yg aku ikut.. ya la.. kwn2 aku ckp nda best la klu aku teda.. atleast adala yg ble ketawa bila dorg buka story.. hahahaha.. cikgu ckp.. aku sorang ja boleh mewakili 10 org... hmm.. ketara la ba tu kan budak bising n nakal.. kadang2 bila ada games.. aku mesti ikut.. sedangkan aku bukannnya tau sangat pasal games yg dorg main tu.. ya la.. anak bulan la katakan.. hehehe.. geng sekolah aku mesti lelaki pompuan pun ada jgk.. aku ingat lagi Anali.. Saira.. Syafriani.. my best friends.. lelaki pulak.. hmm... Amat, Sukman, Pian, dion, zarni, annik... and ramai lg la.. hmm.. bila kenang kembali kehidupan zaman sekolah.. memang best... kenangan terindah yg pernah aku ada dan aku akan simpan untuk di jadikan memori yag tiada tandingannya...

miss u all guys... ( mo nagis la pulak..)

03 February 2009

Kisah Hidup Ku - 2

hmmm... selain 'chengeng'.. ada kwn2 yg cakap aku ni seorg pemarah... hmm.. kadang2 aku rasa aku bukan marahh.. cuma suara aku ni mcm no limit pulak.. kena ckp kuat2 n nada mesti tinggi untuk menegaskan sesuatu perkara.. tp.. sometimes tu mmg marah btul2 la... hehehe.. aku heran.. marah tu mmg perlu utk ekspresi kan sesuatu.. mkin aku tidak akui yg aku ni pemarah.. cuma ada ka manusia dlm dunia ni yg tidak pandai marah... heran.. tp.. itu la aku... kerana sifat pemarah yg aku adala ni aku mengajar sesuatu kepada kwn2 aku.. adik2 aku.. mengajar mereka berhadapan dgn sesuatu.. mengajar mereka membuat kerja dgn btul.. bukan selamba rock ja.. tp.. syukur alhamdulillah... ia berhasil..

Bukan mudah untuk menjadi kawan yag baik dan di senangi...

02 February 2009

Kisah hidup ku...

aku adalah seorang yg peramah.. kuat ketawa.. dan suka berjenaka... kawan-kawan ada yg suka berdamping dgn ku.. dan ada jugak yg tidak suka dgn ku.. ya lah.. No bodies perfect kan... tp.. aku suka dgn sikap ku.. malah aku senang.. keluarga jugak menganggap aku adalah seorang yg lucu.. dan bila aku bercerita mereka akan ketawa terkehkeh.. kami suka bertukar-tukar cerita... some of my friends gelar aku sycho n brave girl.. sbb kadang2 aku tidak merasa takut untuk berdepan dgn apa jua situasi.. (kadang2 ja la..) mungkin kerana aku suda biasa hidup berdikari sendiri.. atau mkin kerana sedari kecil lagi aku kurang bergaul dgn budak perempuan.. rata-rata teman baik ku adalah lelaki.. mereka mengajar aku tentang kehidupan lelaki.. sedikit sebanyak aku faham manusia jenis ini... lebih-lebih lagi nama timangan aku jugak lelaki.. hehehehe... tapi... aku bukan golongan lesbian aa... tolong cket... adik2 aku selalu cakap yg aku seorang yg tabah dan kuat... sebenarnya.. aku kurang faham.. mungkin ya.. dan mungkin jugak tidak... ataupun.. depends on keadaan.. sekuat mana aku ble hadapai masalah dan kesedihan ku... hmmm... jauh di sudut hati.. aku bersyukur.. mkin itulah kelebihan ku... masih aku ingat lagi.. sewaktu kecil aku tidak suka mengadu sakit.. tp.. my mom selalu cerita yg aku adalah satu2nya anak yg paling kuat menangis.. dan aku tidak nafikan.. kerana sampai sekarang pun.. aku suka nangis.. dan aku rasa aku adalah budak "chengeng"...

... bersambung

kita kongsi bersama....

Sahabat karib ku telah menghantar email yg perlu di kongsi bersama untuk semua.. semoga apa yg perlu disampaikan ini boleh digunakan dan tiada kerugian jika mengamalnya bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah.. kerana dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar...

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

Bermulanya episod hidup ku...

hmmm... hari pertama buat blog atas nasihat kwn... mcm lain rasanya.. sbb aku lebih suka menceritakan kisah hidup ku di atas sekeping kertas.. dan aku punya buku yg aku namakan "my secret book".. di sana aku ceritakan apa yg aku rasa.. aku luahkan apa yg terpendam.. aku jadikan teladan.. dan kala aku bersedih dan memerlukan dorongan.. selain kawan2 dan keluarga.. buku itulah aku jadikan teman dan mengingati kembali tujuan hidup ku... buku itulah jugak aku jadikan pemangkin untuk teruskan kisah baru... terima kasih teman.. kerana sentiasa bersama ku.. blog ini akan aku jadikan teman baru untuk melihat dunia baru.. dan berbagi suka dan duka dgn sesiapa sahaja yg mahu berkongsi dgn ku...

Terima Kasih Kafali... terima kasih kerana menjadi kawan baik ku....
Blog Widget by LinkWithin