22 February 2009

Berakhirnya Ceritera Cinta...

Setelah bertahan sekian lama... berfikir dan mencari kekuatan... dan desakan teman2.. akhirnya.. hari ini.. aku gagahkan jugak untuk menceritakan kenangan kisah silam.. cinta pandangan pertama...

Aku mengenali dia pada tahun akhir aku Diploma di Universiti Teknologi Mara... pada tahun 2000... pada mulanya kami cuma berkawan biasa kerana dia adalah teman lelaki kepada kawan aku.. yg jugak sekelasnya... permulaan cinta mereka berjalan dengan lancar.. sehinggalah GF nya mempunyai orang kedua.. dia sering merujuk kepada aku mengenai GF nya... walau pun dalam keadaan goyah.. teman2 lain masih menjaga hatinya.. mengatakan bahawa GF masih mencintainya.. sedangkan pada masa itu keadaan sebaliknya... aku tidak sampai hati untuk menipu dia.. dan aku mencadangkan agar tidak terlalu mengharap dan mencari orang lain sebagai penggantinya... dia terkedu.. dan aku sedih melihatnya... tetapi hakikat yang perlu dia terima.. dia masih memujuk dengan membelikan kek dan coklat.. tetapi hati si dia telah berubah... dan akhirnya dia pasrah.. dan terima keputusan yg pahit untuk diterima... selama dia kecewa.. dia sering menelefon aku dan aku sejukkan kekecewaannya... kami menjadi sahabat baik.. lebih2 lagi aku jugak adalah seniornya...

ntah.. bagaimana keadaan menjadi sebaliknya... setelah lama berkawan baik... dia meluahkan perasaannya.. pada mulanya aku tidak boleh terima... kerana aku masih belum mempunyai perasaan yang pasti.. mungkin aku cuma menganggapnya sebagai kawan baik.. atau mungkin seorang adik.. kerana aku belum pernah ada perasaan cinta terhadap mana2 lelaki selama ini.. tetapi atas nasihat kakak aku.. dan abang ku.. untuk mencuba.. aku tau ahli keluarga ku risau dengan keadaan aku yg seperti lelaki dan tomboy sedikit... aku tidak salahkan mereka untuk mengajar aku mengenali cinta... dengan hati terbuka.. aku terima dia.. dan peliknya.. setelah terima dan kami bercinta.. tetapi kami tidak tau hari dan tarikh sebenar aku dan dia menjadi sepasang kekasih... ada teman yang bertanya.. bila tarikh anniversary hubungan kami.. aku tanya dia.. dan dia jugak tidak tau... pelik.. tp.. itulah hakikatnya... apa yg aku tau.. pada bulan April... dan aku tidak pernah menyambut nya... bagi ku tarikh bukanlah penentunya... tp.. keiklasan yg dilafazkan untuk menjadikan aku buah hatinya...

Pada mulanya.. sukar bagi dia mengajar aku untuk menjadi kekasihnya.. kerana aku masih mengaggap dia seperti teman2 lelaki ku yg lain.. dia mengajar aku segalanya... teman lain jugak tidak kurang memberikan nasihat dan cara bercinta... syukur Alhamdulillah.. aku menjadi pelajar yg baik.. mungkin kerana sifat yg suda ada.. cuma perlu di gali dan di gilap... kami menjadi sepasang kekasih yg sering di cemburui oleh teman2 yg lain.. kerana kami bukan sahaja sapasang kekasih tetapi jugak menjadi sahabat yg baik.. kerana bagi aku.. untuk mendapatkan hubungan yang kekal dan lama... kita perlu menjadi sahabat baiknya... Selam 3 tahun menjadi kekasihnya... banyak pahit maung yg perlu aku terjah.. banyak perkara yg perlu aku pelajari... berkorban untuk kebaikkannya... pernah pada satu masa.. dia sakit teruk.. dan pada masa itu waktu exam.. masa itu aku menyambung pengajian ku ke Ijazah Sarjana Muda... dan dia masih Diploma... dalam keadaan sakit itulah.. aku perlu kuat dan cekal... dia tidak boleh makan... dan hanya perlu menjama bubur dan meggunakan straw untuk dijama... Ya Allah ya Tuhan ku... kuatkan semagat ku... sedih sungguh aku melihatnya.. dalam masa yg sama.. di perlu menelaah mata pelajarannya.. begitu jugak aku... dan aku perlu berkorban dan menemaninya di rumah untuk menguruskan keadaannya yang lemah.. aku bantu apa yg aku mampu.. aku buka buku untuknya.. dan belajar subject yg perlu di duduki keesokan harinya... dan masa yg sama.. aku juga perlu menelaah mata pelajaran yg perlu aku ambil... pada masa itu.. aku perlu belajar untuk mata pelajaran Ekonomi... aku terpaksa berkorba untuknya...

Keesokan harinya.. kami sama2 ke UiTM untuk menduduki peperiksaan... aku sedih dgn keadaanya.. dan aku risau dgn keadaan ku... aku tawakal.. aku sudah berusaha apa yg aku mampu.. dan aku suda cuba apa yg patut... setelah keputusan keluar... Ya Allah.. sekali lagi aku mengeluarkan air mata... Aku gagal subject ekonomi.. dan aku perlu mengulanginya.... dan aku terus bertanya keputusannya.. aku terkedu... sekali lagi airmata aku mencurah2 kerana dia gagal beberapa subject dan terus ditamatkan... dia sedih.. aku pujuk hatinya.. sedangkan pada masa itu dia tahun akhir... dia sedih dan marah... aku masih tidak berputus asa... aku cuba untuk merayu untuknya... namun gagal.. mungkin itu rezkinya... dan itu adalah dugaan baginya dan juga bagi ku... yang pastinya.. ada hikma disebaliknya....

Aku masih teruskan pengajian ku di UiTM... dan dia.. berduka... aku tidak sampai hati melihat keadaanya... dalam diam aku mencari tempat pengajian lain baginya... dan Syukur Alhamdulillah... ada tempat baginya... aku daftarkan dia di kolej KIK.. yg penting dia tidak berputus asa... aku tau dia bukan mempunyai keluarga yg mampu untuk menyambung pengajiannya... kerana keadaan bapanya yg sakit... dan ibunya tidak bekerja... aku teroka semua simpanan ku... di mana sahaja aku menyimpannya.. aku kumpul untuk membayar yurannya.. dan pengajian di kolej bukan lah murah.. lebih2 lagi aku jugak adalah student sepertinya...tp.. aku yakin demi kasih dan sayang yg ada pada ku.. dan didikan Arwah bapaku.. aku bertanggung jawab untuk membantunya... Syukur alhamdulillah... dia dapat belajar semula... dia gembira kerana mempunyai kawan2 yg mempunyai minat yg sama... dia diterima untuk menjadi salah seorang pemain bola di sana... aku gembira bila dia gembira....

dalam masa yg sama.. aku memohon UiTM untuknya... walaupun dia suda kecewa.. tetapi aku pujuk hatinya.. sehinggalah dia terima tawaran untuk masuk ke UiTM semula... aku gembira bila dia juga terima... aku bantu keluarganya untuk menjual apa saja di asrama... aku bantu apa yg patut sehinggalah yuran pengajiannya... aku yakin rezki itu ada di mana2... dan Alhamdulillah... bila aku tamat pengajian.. aku terus mendapat pekerjaan... dia masih teruskan pengajiannya dalam Diploma.... setelah bekerja... mudah bagi aku membantunya... dan keluarga ku... dia juga rapat dengan ahli keluarga ku.. begitu jugak aku...

Tetapi.. betul lah kata orang... panas terik diharapkan sampai ke petang.. rupanya hujan di tengahari... aku masih ingat lagi... tahun 2003.. setelah aku tamat majlis konvo bersama2nya dan jugak ibu ku... dia rupanya ada orang lain.... setelah apa yg aku buat padanya.. menjaganya... berkorban untuknya... dia masih sanggup sakiti hatiku... aku masih ingat lagi.. Januari pada hari Jumaat... aku call dia.. kerana aku sedih dengan keadaanya yg tidak menentu... dan pada masa itu aku menjadi kawannnya.. aku bertanya keadaan sebenar... apa yg aku ingat... ini yg dia kata..

aku cuma mo rasa... samala keadaanya seperti dia makan nasi selama ini.. tetapi cuma mau rasa pizza untuk seketika... aku sedih... betapa bodohnya dia...

sekali lagi pengorbanan aku di perlukan... dan aku redha... mungkin ini la ujian bagi ku... aku relakan dia pergi... dia mau aku tunggu dia... kerana dia yakin dia akan kembali jugak... aku sedih.. aku menangis sepuas2nya... dan aku iyakan kemahuannya...

Rupanya kecewa bukanlah perkara yg mudah.. apa lagi yg melibatkan perasaan... aku kurus.. tiada selera makan.. aku cuma tau menangis dan terus menangis untuk mengubati kekecewaan yg terpendam.. tidak semua teman2 yg tau pasal hal ini.. kerana aku tidak mau mereka buruk sangka padanya.. keluarga ku jugak aku tidak beritahu... adik ku yang tinggal serumah dgn ku yg sering membantu aku.. menjaga ku.. meredahkan kekecewaan ku... selain adik ku.. aku ada lina dan fara yg sering mendengar keluhan ku... kami sering berkongsi cerita untuk menabahkan hati masing2.. sharul dan harry jugak tidak kurang membantu.. menelefon bertanya khabar.. menemani ku di ofis.. meredekan kesedihan ku.. menjaga ku sebaik mungkin.. keluarganya juga sudah maklum hal ini... dan ada satu petang... ibunya menelefon aku untuk memujuk ku supaya bersabar.. dan tidak putus asa... ibunya juga berpesan agar hal ini tidak di beritahu kpd ahli keluarga ku... puas jugak aku pujuk ibunya dgn mengatakan yg kami mungkin tiada jodoh... mkin pilihan hatinya lebih baik dari ku... ibunya enggan menerima saranan ku... dan aku tidak dapat berbuat apa2... dalam masa dia bercinta.. kesabaran ku selalu di uji... walau pun dia bersama org lain.. aku masih membantunya untuk mengambil lesen memandu... aku tanggung semuanya... bukan itu sahaja.. tetapi lain2 perkara juga.. bagi ku itu bukan satu bebanan... mungkin itu rezki dia... apa yg aku tau.. aku ikhlas... dan aku kesian dgnnya... setelah sekian lama.. dia selalu menelefon.. bertanya khabar.. bercerita pasal masalanya... aku sentiasa bantu apa yg patut termasuklah khidmat nasihat... dia rajin sms aku dgn mengatakan yg dia sunyi... aku tau kerana pilihan hatinya itu.. bukan seperti yg diharapkan kerana dalam masa yg sama dia jugak mempunyai teman lelaki yg lain... mungkin itulah dugaan buatnya... aku sedih melihatnya.. mungkin kerana masih ada sisah kasih sayang dan cinta yg terpendam di hati ku... yg pastinya.. aku sayang padanya...

Setelah 3 bulan bercinta dgn orang lain... itu katanya.. tp pastinya pada bulan Mei... dia kembali kepada ku... dan aku beri dia peluang untuk memperbaiki kesilapannya....

setelah... kami menjadi pasangan kekasih semula... aku banyak bertolak ansur.. begitu jugak dengannya... dan aku masih membantu nya untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana muda... walau pun keluarganya berhasrat untuk dia bekerja.. tapi aku hormat keputusan dan kemahuannya.. dan aku bertanggung jawab sepenuhnya untuk membantunya... lagi pulak aku sudah bekerja... setelah beberapa lama bekerja.. aku membeli kereta.. selalunya setiap perkara aku akan bincang dengannya.. kerana aku hormat padanya... dia menyarankan aku mengambil kancil... dan aku setuju dgn pilihannya... setelah ada kereta... dia bertanggungjawab sepenuhnya dan menjaganya sebaik mungkin... setiap pagi.. aku di hantar ke tempat kerja.. dan dia ke kelas dengan kereta baru... balik kerja aku akan tunggu dia dtg untuk mengambil aku.. walau pun ada kalanya.. aku perlu tunggu sehingga malam kerana dia perlu jumpa teman2nya... dan juga kerana trafik jam.. begitula rutin kehidupan kami... sehinggalah dia menyarankan aku mengambil satu lagi kereta.. kerana rezki yg baik.. aku dapat memiliki satu lagi kereta... kerana minat yg sama dia menyarankan aku mengambil myvi... dan aku perlu membayar kedua2nya.. Syukur Ya Allah... kerana limpahkan rezki yg baik kepada ku...

Selama 9 tahun kami bersama2.. bayak dugaan yg aku perlu hadapi... dan aku perlu bertolak ansur begitu juga dgn dia... teman2 semua suka melihat kami sama2.. sehinggakan ada yg medoakan sehingga ke jinjang pelamin... dugaan demi dugaan yg aku terima... aku selalu dengar gosip dari orang lain.. tetapi.. aku bukanlah tidak percaya.. dan juga tidak cepat melatah... tetapi aku lebih suka semua itu keluar dari mulutnya sendiri... tetapi dlm masa yg sama aku berhati2... kadang2 aku terfikir... tidak adil baginya untuk aku menghukumnya kerana kesalahan lama... aku juga perlu memberikan dia peluang untuk membuktikan semua tuduhan dan andaian org lain... aku banyak bersabar.. dan terus berdoa minta petunjuk pada yg Esa...

Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin