25 February 2009

Kisah Silam..

Perjalanan hidup aku hari ini lebih baik dari semalam... Alhamdulillah.. syukur... di ofis kurang sibuk kerana semua kerja sudah aku buat awal2 lagi... En. Nabil Ketua Pegawai Perhubungan yg membahasakan dirinya 'abang' menelefon bertanyakan jika ada apa2 yg perlu di laporkan atau di maklumkan kepada big boss.. aku memberitahu ada dokumen yg perlu di tandatangani.. Abg Nabil singgah ke ofis untuk selesaikan apa yg patut...

setibanya di opis.. aku menghulurkan dokumen dan dia bertanyakan khabar aku hari ini... "aku ok bang.." kataku ringkas... kami bercerita panjang... mengenai kisah hidupnya dahulu... dia menceritakan tentang kisah cintanya yg putus di tengah jalan kerana kekasihnya curang dan meninggalkannya... inilah kali pertama dia menceritakan semua kisah silamnya...

sewaktu dia kecewa.. banyak benda bodoh yg di lakukan olehnya lantaran sang kekasih yg tidak menghargainya dan memilih insan lain dgn alasan yg tidak munasabah.. dia kecewa yg tidak terhingga.. hilang kewarasan fikiran.. menangis.. putus asa... mabuk setiap malam... tetapi.. satu ketika dia tersedar akan tindakan bodohnya... dia ingin bangkit semula.. membuktikan yg dia boleh dapat yg terbaik dari sebelumya.. menunjukkan yg dia juga boleh hidup tanpanya... dan mengatakan pada diri sendiri yg perempuan itu rugi kerana meninggalkannya...

Akhirnya... perempuan yg dahulunya meninggalkannya.. melutut dan meminta maaf.. menyesal dgn perbuatannya... tetapi dgn tegas... dia mengatakan yg kau sudah terlambat... dan aku bukanlah "bus stop" untuk kau singgah.. bila ada penumpang lain kau berlalu pergi.. kemudian singgah lagi bila penumpang tiada... sungguh dalam maksud kata2 abg Nabil... aku mengangguk tanda setuju.. dan dia merenung ke arah syiling dgn tajam.. seolah-olah perkara itu baru terjadi semalam...

"Aku tidak menyesal tom.." katanya.. "kerana aku di temukan dengan sesorang yg lagi baik dari dia yg menjadi isteri aku sekarang... dan aku bersyukur sebab aku tidak terlambat.. mungkin kalau aku terima dia.. tidak mustahil bila kami kahwin nanti dia buat perkara yang sama.." tambahnya lagi...

hmm.... cerita dia menjadi teladan bagi aku.. dalam diam aku bersyukur...

"ko cari la yang terbaik... sebab selalunya bercinta selalunya perangai sebenar di sembunyikan.. tapi bila sudah kahwin... nampak semua perangai betulnya... carilah lelaki yang betul2 boleh terima ko seadanya..yang ikhlas.. yang boleh membahagiakan ko...bukan senang untuk menjaga hubungan yang panjang.. kita setengah mati mau jaga.. tetapi kalau kita ja yg mau jaga... nda boleh jugak.. yakin ja tidak cukup.. ikhlas tu kena ada.. memang bukan senang.. tapi berdoalah.." itulah kata2 nasihatnya kepada ku sebelum dia meninggalkan ofis..

hmmm... rupanya.. masih ramai yang mengambil berat.. dan semua nasihat yang diberikan aku simpan sebaiknya... aku tarik nafas dalam-dalam.. mengeluarkan semua yang terbuku... dan berharap aku sudah bersedia untuk menghadapi hari esok...

*Semoga rumahtangga Abg. Nabil bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat... Amin..

2 comments:

  1. Yup.. biar nasihat2 itu menjadi guardline tuk mendapat yang terbaik

    ReplyDelete
  2. Btui3... aku setuju... anyway.. thanks mann..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin