24 February 2009

Pengajaran buat ku... Bersyukur dengan apa yg ada...

Seperti biasa pergi kerja agak lewat sedikit... bangun lambat tadi pagi... setibanya di ofis... aku on komputer dan membaca e-mail sekejap... tiba-tiba pintu pejabat di buka.. seorang makcik masuk dan memberi salam... aku menjawab salam dengan senyuman.. aku memang tunggu kedatangan makcik ni untuk menyampaikan sumbangan yg dipohon kemarin...

Setelah menyuruh tandatangan penerimaan.. makcik tersebut sempat membaca doa di hadapan ku menandakan tanda syukur dan terima kasih.. bantuan itu sebenarnya untuk membiayai alat bantuan pendengaran anak perempuan beliau yang masih kecil.. dia ada membawa anak kecil itu.. dan sedang bermain2 di luar pintu... sayu hati ku melihatnya.. aku senyum dan dia jugak senyum.. lalu menyalam dan mencium tangan ku...

Ibunya sedih dan mengeluarkan air mata.. memeluk ku beberapa kali dan mencium pipi ku...

Terima kasih nak.. semoga Allah membantu mu dan mempermudahkan setiap urusan mu..

aku sedih.. dan hanya mampu berkata... mudah2han makcik.. semoga urusan makcik dapat diselesaikan sebaiknya..

dia mencium pipi ku lagi... sayu hati ku... aaa... air mata ku bergenang...

Kami balik dulu.. dan terus ke hospital.. katanya...

aku cuma berkata .. ba.. baik2 jalan...

aku hantar sampai ke pintu... dengan perasaan yg tersentuh.. dan aku berterima kasih... kerana dapat membantu sedaya ku... semoga anak itu cepat sembuh...

**********

Setelah selesai makan tengah hari.. aku, ati dan lina bercerita sambil aku membaca blog seorang kawan... lina menunjukkan sesuatu.. buah tangan katanya.. untuk yg pemohon kad kredit.. dia bawa untuk aku dan ati.. terima kasih lina.. ko baik sekali..

tiba2 kami dikejutkan oleh ucapan salam.. suara itu garau... kami bertiga menoleh..

Hj. Maidin dari kawasan menghantar borang permohonan bantuan benih padi petani... org kampung mendesaknya agar perkara tersebut di bawah kehadapan boss katanya...

aku ambil surat2 berkenaan dan menyatakan akan di hantar kepengetahuan boss nanti...

Hp nya berdering... En. Nabil di talian... dan dia memaklumkan permohonan tersebut telah sampai ke tangan ku.. dan dia ketawa ntah apa yg lucu... tiba2 dia menyebut... " bah.. nanti aku sebut nama mu di sana nanti.."

"Apa tu Ji.. kami pun mau jugak".. kata ku.. lina menyokong.. dan Hj. Maidin meminta nama kami untuk di sebut di hadapan Kaabah nanti... kami suka dan memberikan 4 nama... hahahaha (lina la punya kerja).. kami jugak meminta untuk dia mendoakan kami agar mendapat jodoh yg baik...

dia tersenyum... dan mengatakan InsyaAllah..

Kemudian dia membuka cerita.. "kalau mau mencari jodoh atau pasangan yg baik..." dia tersenyum sebelum menyambung percakapannya... "biar aku ajar sedikit".. terasa lucu pulak melihat gelagat Hj tu mengajar kami.. keadaan fizikalnya yg rendah yg agak2 berumur dalam 60-an.. bersongkok, agak gelap sedikit... membuat kami ketawa dengan perwatakan yg mau dan tidak mau membuka rahsia... hahahaha... kami mendesaknya...

"ambik kertas.." katanya.. "kecik jugak" katanya lagi bila melihat aku cuma mengambil kertas nota berwarna hijau...

"ada ba Ji yg besar.." aku mengambil kertas A4.. memuaskan hatinya...

Dia menyuruh aku menulis nama sebagai contoh.. dan mengira-ngira sesuatu... "aaa.. yg ini lembut orangnya..." aku, Ati dan Lina mengerutkan dahi... "macam mana ba ni Ji mo tinguk" kata lina...

"mulakan dengan Adam dipermulaan huruf dan lihat pengahirannya.. sama ada Adam bermaksud keras atau Hawa yg membawa maksud Lembut.."

"OOOOO...." Kata kami serentak...

Kemudain kami memberi contoh nama Ati... "hmmm.. yang ini kerasa hati.. katanya.."

Lina meminta izin untuk balik ke tempat kerja kerana masa yg tidak mengizin kan... manakala aku dan ati menyambung pengajian.. hahahaha

Kemudian aku menulis nama ku... Hj. Maidin mengira-ngira.. "kau ni lembut hati... pengasihan.. pemurah" hmm... ada betulnya... aku menulis nama sesorang... " yang ini pun lembut hati jugak.. tetapi mudah terpengaruh.. mudah tergoda dengan orang lain.. dan cepat lupa budi orang.." aku dan ati berpandangan... aku tanya lagi... "boleh di satukan ka ni Ji.."

Dia mengira-ngira lagi... mulutnya berkumat kamit.. ntah apa yang dikira atau mungkin di baca... nama ku dan namanya di hitung menggunakan jarinya..

"macam susah ni... nanti satu hari nanti dia akan sakiti ko.. dia 'rolling stone'".. 'rolling stone tu apa" aku bertanya... " mata keranjang katanya... hmmm... mcm ada btulnya jugak...
"jangan percaya seratus peratus" tambah Hj. Maidin lagi.. "

tp.. janganlah.. ko carilah orang lain.. cari yg lagi baik... satu hari nanti dia akan terkena celaka jugak... ya la.. sebab suka sakitkan hati orang lain.." kata Hj. Maidin tegas...

Ati signal aku untuk meminta Hj. ni mengira namanya dan temannya...

"Ini lagi Ji..." kata ku..

"ini siapa pulak ni.." kata Hj. Maidin

"Dia ni dgn kawannya..." aku tunjuk ati... ati cuma senyum2.. heheheh

"ooo.... kamu dua ni hati keras... penyemburu..." aku terus menoleh ke arah ati.. "betul tie.." tanya ku... tp.. Hj. Maidin memberi nasihat.. agar bertolak ansur.. bila sudah tahu kedua2nya keras hati.. seorang kena berlembut untuk mendapatkan hubungan yg panjang hingga keakhir hayat..

"Betul jugak.." kata ku.. ati menaik kan kening tanda setuju...

Hj.. Maidin meminta izin untuk pulang... aku dan ati masih lagi menyambung cerita dengan keputusan yg telah kami dengar sendiri dari mulut orang tua tu... sedih dan lega rasanya...

Aku mengambil keputusan untuk melupakannya selama-lamanya... InsyaAllah... akan ada orang yg lagi baik di luar sana yg boleh terima aku seadanya... Amin...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin