30 September 2009

Sunnah Nabi...

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.... Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama : tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua : membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga : jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat : jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima : jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam : jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh : amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah... Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme....

29 September 2009

Keluasan Neraka yang amat dasyat

Utk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kpd umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kpd Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa dtg dlm keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a. w. "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku dtg kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi org yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar & siksa kubur itu benar & siksa Allah itu terbesar utkbersuka-suka sblm ia merasa aman drpdnya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi saw bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah saw.: "Siapakah penduduk masing2 pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa as. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6.Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setia prantai diseret oleh 70,000 malaikat

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah SAW bersabda:"
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

28 September 2009

Ya Allah..


Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat ......

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA. Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah) Ampuni aku Ya Allah...

Kita sepatutnya sentiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.

RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH ...

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku.. Dia yg menentukan hidup ku.. pemberi rezki ku.. pelindung ku... YA Allah.. sesungguhnya Engkau maha pengasih.. Engkaulah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari... TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah... Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu... sebarkan hal ini sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian??

Susah vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran ?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali menyampaikan perkara batil.. perkara yg tidak baik dan menyimpan hal-hal agama.. Hadiah yang paling istimewa yang pernah kita terima... Solat adalah yang terbaik.... Tidak perlu bayaran, tetapi ganjaran lumayan...

Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata " AKU BERIMAN PADA ALLAH " TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal.., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menyampaikan hal ini anda tidak akan menyampaikan kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tidak pasti samaada mereka suka atau tidak?..

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda....

* Semoga Allah memberi rahmat dan hidayaNya kepada kita yg telah menyampaikan hal ini.. semoga Allah melindungi kita dan sentiasa menjadikan hati dan jiwa kita tenang... Amin...

Terima KAsih Ya Allah..

27 September 2009

Empat Perkara...

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

26 September 2009

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT..


Yang akan ikut mayat adalah tiga hal iaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
  • Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
  • Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
  • Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
  • Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
  • Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
  • Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
  • Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
  • Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'
Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
  • Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
  • Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
  • Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
  • Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
  • Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'
Ketika Mayat Diusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
  • Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
  • Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
  • Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'
Ketika Mayat Siap Disolatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
  • Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
  • Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
  • Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'
Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
  • Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
  • Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
  • Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
  • Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian.... Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.....
  • Kini Kau Tinggal Seorang Diri
  • Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
  • Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
  • Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
  • Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
  • Hari Ini,....
  • Akan Kutunjukan Kepadamu
  • Kasih Sayang-Ku
  • Yang Akan Takjub Seisi Alam
  • Aku Akan Menyayangimu
  • Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, 'Wahai Jiwa Yang Tenang
    Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

    Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini...

    Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk sentiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, baginda bersabda 'wakafa bi almauti wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu! Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

    Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini... Alhamdulillah, seperti aku.. anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca artikel ini.

    aktiviti harian kita selalu mencuri konsentrasi kita... kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya... Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan... Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

    Sampaikanlah hal ini.. dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.. maka Anda tidak mensia2 kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih... Jika Anda lakukan dengan ikhlas insyaAllah Anda akan menuai kebaikan... Mari kita melakukan kebaikan...

    25 September 2009

    Adakah yang Akan Mendoakan Kita???

    Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.

    Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!

    Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya.

    Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.

    Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.

    Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.

    Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besarberupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.

    Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.

    Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.

    Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.

    Melihat peristiwa itu, tampa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.

    Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!

    Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?

    Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya.. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.

    Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.

    Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.

    Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.

    Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.

    Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.

    Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.

    Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.

    Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang...!!!'

    24 September 2009

    Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut

    Assalammualaikum.. sekali lagi aku menerima email dari sahabaik baik ku.. dan seperti biasa aku ingin kongsi dengan semua.. semoga ianya boleh di jadikan panduan.. Wallahualam...

    Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

    Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang
    yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

    Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

    i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

    ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

    iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

    iv.. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

    v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

    vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

    Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

    Amiin.

    *Sampaikanlah perkara ini pada rakan2 dan sanak saudara utk kebaikan kita bersama (bukan dapat rezeki dlm 12 jam tau)...

    Wassalam.

    23 September 2009

    Hakikat Penyakit Riak

    Assalamualaikum w.b.t

    Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6

    Maksudnya: Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.

    Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini kami akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya dan bagaimana mengatasinya. Semoga dengan rungkaian ini anda dapat mengambil iktibar dan cuba mengenalpasti adakah riak itu pernah ada dalam diri anda dan ikuti panduan yang kami berikan untuk membuang terus ataupun mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati anda tersebut.

    Pengertian riak

    Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

    Perkara yang diriakkan oleh manusia;

    1- Riak dari segi badan

    Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

    2- Riak pada pakaian

    Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

    3- Riak dengan perkataan.

    Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

    4- Riak pada amalan

    Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

    5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.

    Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

    Peringkat Riak

    1- Riak Akbar - Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

    2- Riak Asghar - Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

    3- Riak Jali ( yang terang )Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

    4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

    Bagaimana mengelakkan sifat riak?

    Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebabdan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yangboleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjukkelebihan kepada orang lain.2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujurdan suka berpura-pura.3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaanadalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

    Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;

    1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

    2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

    3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

    4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.

    5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

    6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

    Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baikdan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat jugaorang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapatperhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana diasememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat padapermulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itusering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapussedikit demi sedikit.

    Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dansebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorongdan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaanriak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan makaamalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.. Wallahua’lam

    * Ya Allah jauhkan lah aku dari perasaan riak dan takbur.. pelihara la aku ya Allah.. Amin..

    22 September 2009

    Kisah Moden Penuh Teladan



    Assalamualiakum Warahmatullahi Wabaraktuh...


    Aku ingin kongsi kisah2 kehidupan masa kini... kisah ini aku terima dari seorang teman melalui e-mail.. dan aku rasa tersentuh bila membaca email ini... terima kasih ya Allah.. kerana masih beri peluang kepada aku untuk membaca kisah2 teladan.. terima kasih ya Allah.. kerana memberi kesempatan untuk aku meyampaikan dan berkongsi kisah ini dengan teman-teman.. semoga hati kami Engkau sucikan dan dipermudahkan menerima perkara kebaikan.. dan di permudahkan untuk melakukan perkara kebaikan... Amin..

    Kisah-1

    Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

    Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

    1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
    2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah
    sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak
    bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
    3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa
    Salleh telah meninggal dunia.
    4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
    5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
    6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta
    teratur Dan kemas.
    7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan Sedangkan jirannya
    tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya
    tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
    8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
    9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan
    keluarganya yang agak besar.

    Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

    1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
    2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak
    membeli mesin basuh.
    3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
    4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.
    Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
    5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya .
    6. Suka menolong orang Dan memberi derma
    7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
    8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau
    menyusahkan nya.
    9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

    Kisah-2


    Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

    Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

    Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.... Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

    Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

    1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah,
    Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
    2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna
    memakan riba yang berterusan.
    3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta Baru (Masalah kena
    curi Dan kemalangan jalan raya)
    4. Sering bertengkar dengan isteri..
    5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
    6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
    7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
    8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

    Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

    Kisah 3

    Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

    Ceritanya begini...


    Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

    Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai
    imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah... adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di
    situ.

    Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

    Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

    Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak... hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...
    ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

    Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

    -Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga???
    -Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
    -Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-
    adik mereka ???
    -Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat
    melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

    Subhanallah. .. Alhamdulillah... semoga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

    21 September 2009

    Kisah 4 lilin..

    Ada 4 lilin yang menyala...

    Sedikit demi sedikit habis meleleh... Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka

    Yang pertama berkata: "Aku adalah keindahan." "Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!"
    Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

    Yang kedua berkata: "Aku adalah Kasih Sayang." "Sayang aku tak berguna lagi." "Manusia tak mau mengenalku,untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala."
    Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

    Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara: "Aku adalah Cinta" "Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala." "Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna."
    "Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya."
    Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

    Tanpa terduga....
    Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.
    Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: "Ekh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!"
    Lalu ia mengangis tersedu-sedu.

    Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
    "Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya"

    Akulah H A R A P A N "
    Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

    Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N.
    yang ada dalam hati kita dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Keindahan, Kasih Sayang dan Cinta dengan HARAPAN-Nya

    *Harapanlah yang membuat orang untuk lebih baik lagi, dimasa sekarang dan masa yang akan datang. Jadi jangan padamkan semangat dan harapanmu untuk hidup yang lebih baik..

    20 September 2009

    Ayat2 Al-Quran yg boleh diamalkan..



    Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
    mari kita amalkan.. InsyaAllah semuanya akan terpelihara...

    1. Untuk elak suami/isteri bergaduh:
    Surah Al Baqarah - Ayat 102

    2. Anak-anak pandai belajar:
    Surah Al Anbiyaa - Ayat 79

    3. Anak-anak lembut hati/elak panas baran:
    Surah Al Anbiyaa - Ayat 69
    Surah Al Hasyr - Ayat 22 - 24

    4. Anak-anak malas sekolah:
    Surah Toha - Ayat 1 - 5

    5. Supaya suami tak kahwin lain: maaflah, kita tak pasti dalam hal ini. Insya Allah terpelihara.
    Surah Toha - Ayat 39 mulai dari tanda Jim kecil.

    6. Ayat pendinding:
    Ayat akhir surah At Taubah

    7. Bagi anak-anak yang suka keluar malam:
    Surah Ar Ruum - Ayat 31 ( Baca 33 kali )

    8. Untuk menjadi pendinding rumah:
    Surah Al Baqarah dibaca dan ditiup pada air, dan sembur keliling rumah.

    Wallahualam.

    19 September 2009

    Waspada serunding babi di pasaran

    Date: Friday, April 17 @ 19:25:38 MYT
    Topic: Berita
    Sumber Malaysiakini

    Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.
    Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

    Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama.
    "Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh
    itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan
    berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

    Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:
    • Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
    • Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
    • Abon/dendeng sapi asli cap ACC
    • Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
    • Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).
    Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang
    kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar atau tidak tercatat pengeluarnya.

    Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti
    berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda
    berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

    MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada
    mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada
    babi.

    18 September 2009

    Tulang rusuk...

    Untuk renungan bersama...

    Kisah yang penuh iktibar... semoga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya....

    WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

    LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
    Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian... Saat Adam sedang lena tidur,
    Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa... .Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya....

    Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.... Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada...Hidup mereka menjadi membosankan... Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain...

    Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas... Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah... Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak Kamu tidak cintakan saya lagi!!!...

    LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat... LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali... Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah... Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi... Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing...

    Lima tahun berlalu...

    LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA... WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali... Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai...

    LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya... Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA...

    Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali...
    Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas...

    LELAKI: Apa khabar?

    WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

    LELAKI: Belum..

    WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut... Saya akan kembali 2 minggu lagi... Telefon saya kalau kamu berkesempatan... Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah... WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz Selamat tinggal..

    Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC... Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya... Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.. Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai... Dan akibatnya adalah penyesalan.

    Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang di ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

    Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
    Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai... Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

    *Semoga ianya menjadi ikhtibar kepada kita..

    17 September 2009

    Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara

    sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

    * Allah S.W..T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

    * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

    * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

    * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

    * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

    * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

    Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini... Wallahualam

    16 September 2009

    Sholat Subuh di Masjid

    Mari kita kongsi cerita dari negara seberang ni.. mudah2an kita mendapat manfaatnya...

    Sholat Subuh di Masjid Seorang pria bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid.. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. di tengah jalan menuju masjid, pria tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

    Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali kerumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid.

    Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali kerumah. Di rumah, dia sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid.

    Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang pria yg memegang lampu.. Dia menanyakan identiti pria tsb, dan pria itu menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.' Pria pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

    Saat sampai di masjid, pria pertama bertanya kepada pria yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. Pria kedua menolak. Pria pertama mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawabannya sama. Pria pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.

    Pria kedua menjawab Aku adalah Setan (devil/ evil)

    Pria itu terkejut dgn jawaban pria kedua. Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid , Allah memaafkan semua dosa2mu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah pikiran untuk tinggal di rumah saja, kamu tetap memutuskan kembali masjid.

    Karena hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu. Saya KHAWATIR jika saya membuat mu jatuh utk ketiga kalinya, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat..'

    Jadi, jangan pernah biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tau ganjaran yg akan kamu dapatkan dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut...

    15 September 2009

    Nikmatilah.. kerana ianya akan berlalu...



    Alhamdulillah.. syukur Ya Allah.. hari ini hari yang ke 25 umat Islam melaksanakan puasa.. dan tidak lama lagi kita akan menyambut hari Raya Aidilfitri... aduh.. rindunya dengan kampung.. rindu sekali dengan suasana beraya di kampung... sibuk menyediakan semua perkara.. mengemas rumah.. melihat anak2 buah aku dengan pakaian baru.. Ya Allah.. terima kasih.. semoga aku sempat menyambutnya.. dan sempat merasakan semuanya...

    setelah menempuhi hampir ke hujung bulan ramadhan... aku kini sedar.. betapa hari2 yang berlalu aku telah tempuhi dengan beberapa perkara suka dan suka.. dan terima kasih Ya Allah.. kerana Engkau telah memberikan aku kekuatan dalam menempuhi hari2 ku... dan memberikan hari2 yang baik dan semakin baik.. malah memberikan rezki yang baik kepadaku dan ahli keluarga ku.. syukur Alhamdulillah... semoga rezki aku ditambahkan dan dipermudahkan setiap urusanku..

    Teringat kembali... Ketika masalah yang aku hadapai bagi aku masalah yang nyaris tidak menemui hujung pangkalnya... ketika aku sangat sedih.. dengan masalah yg menguji kekuatan iman ku.. dan Alhamdulillah.. aku mempunyai sahabat2 baik dan keluarga yang begitu memahami ku... yang membantu aku.. terima kasih semuanya... kerana menasihati aku.. dan menemukan jalan agar setiap masalah dan musibah itu seharusnya kita kembalikannya kepada sang pemilik masalah iaitu Allah SWT.... berprasangka baik kepada Allah SWT... kerana setiap apa yang telah Allah berikan kepada kita baik musibah ataupun kesenangan jangan lupa agar kita menatap hikmah disebaliknya... InsyaAllah... ada kebaikan dari semua masalah yang kita hadapi....

    "Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.... Dan sekiranya kamu bersenang-senang dengan dosa maka sesungguhnya kesenangan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal" (Ali bin Abi Thalib).

    Aku sering teringat bila kita menghadapi masalah atau musibah.. jangan terlalu sedih.. hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati.... terimalah semua sebagai bahagian dari perjalanan hidup ini.... dengan kebesaran hati dan jiwa... maka dirimu akan menemukan apa rahsia dibalik titian kehidupan yg telah dijalani dan hadapi...

    hidup tidak seperti yang kita bayangkan dan harapkan... saat di depanmu terhidang nasi berlaukan sayur dan bilis.. mengapa mesti sibuk berandai-andai untuk mendapat makan ikan.. daging atau ayam... Padahal kalau saja dinikmati apa yang ada tanpa merungut pastinya rasanya tidak ada jauh berbeza... Kerana enak atau tidaknya makanan lebih tergantung kepada rasa lapar dan mau tidaknya kita menerima apa yang ada....

    Maka nikmatilah, kerana jika kita terus mengharap makanan yang lebih sedap.. makanan yang ada di depanmu akan basi.. sedangkan belum tentu besok kita akan mendapatkan yang lebih baik daripada hari ini....

    Saat kita menghirup udara pagi ini cerah.. langit hari ini biru indah... mengapa sibuk mencemaskan hujan yang belum tau kunjung datang.. Padahal kalau saja kita nikmati adanya tanpa kesah... pastinya kita dapat mengerjakan banyak kegiatan dengan penuh kegembiraan...

    Maka nikmatilah.. jangan malah resah memikirkan hujan yang tidak kunjung tumpah... Kerana jika kita tidak menikmatinya.. apabila tiba masanya hujan menggenangi tanahmu... kita akan kembali resah memikirkan bilalah hujan akan berhenti....

    Percayalah, semua ini akan berlalu, maka mengapa harus memikirkan sesuatu yang belum pasti kunjung tiba.. namun suatu saat pastinya akan hadir jua... Sedang hal itu hanya akan membuat kita kehilangan keindahan hari ini kerana mencemaskan sesuatu yang belum pasti....

    Disaat kita memiliki sebuah pekerjaan dan mendapatkan penghasilan... meskipun tidak sesuai dengan yang kita inginkan... mengapa mesti kesal dan membayangkan pekerjaan ideal yang jauh dari jangkauan... Padahal kalau saja kita nikmati apa yang kita miliki... tentu akan lebih mudah menghadapinya...

    Maka nikmatilah, kerana boleh jadi saat kita dapatkan apa yang kita inginkan... ternyata tidak seindah yang kita bayangkan....

    Maka nikmatilah.. kerana boleh jadi saat sudah kita lepaskan, kita akan menyesal, ternyata begitu banyak kebaikan yang tidak kita lihat sebelumnya.... Ternyata begitu banyak keindahan yang terlewat untuk kita nikmati...

    Maka nikmatilah.. dan jangan habiskan waktumu dengan mengeluh dan menginginkan yang belum tau kunjung tiba dan mungkin tidak ada....

    Maka nikmatilah, kerana suatu saat, semua ini pun akan berlalu... Maka nikmatilah.. jangan sampai kita kehilangan nikmatnya dan hanya mendapatkan getirnya saja... Maka nikmatilah dengan bersyukur dan memanfaatkan apa yang kita miliki dengan lebih baik lagi agar hari esok menjadi sesuatu yang berguna... Maka nikmatilah kerana ia akan menjadi milikmu apa adanya dan hanya saat ini saja... Sedang esok hari bole jadi semua telah berganti....

    Jika hari ini kita menderita.. maka nikmatilah.. kerana ini pun akan berlalu... jangan biarkan dia pergi.. kemudian ketika kita harus lebih menderita suatu saat nanti.. kita tidak sanggup menahannya.... Maka nikmatilah rasa sedihmu.. dengan mengenang kesedihan yang lebih dalam yang pernah kau alami... Dengan membayangkan kesedihan yang lebih pahit dan sakit pada hari akhir nanti jika kita tidak dapat melepasi kesedihan kali ini....

    Dengan menemukan jalan untuk bertaubat dan menghapuskan dosa pada musibah yang kita alami kini... Maka nikmatilah rasa sedihmu.. dengan bertafakkur lebih banyak atas permasalahan yang kita hadapi.. Dengan memikirkan pengalaman yang akan kita capai atas resah dan sedih itu.... Dengan kematangan yang akan kita miliki setelah berhasil melepasi semua ini.... Maka nikmatilah rasa marahmu.. dengan kemampuan mengendalikan diri... Dengan memikirkan Allah telah mengampunkan setiap dosa yang telah kita lakukan... Dengan mendapatkan kemenangan atas diri peribadi yang tidak semua orang dapat lakukan...

    Maka nikmatilah.. dengan berfikir positif atas apa pun yang kita jalani.. atas apapun yang kita hadapi.. atas apapun yang kita terima.. kerana dengan begitu kita akan rasa bahagia... Maka nikmatilah.. kerana ini pun akan berlalu jugak..

    Maka nikmatilah.. kerana rasa puas dan syukur atas apa yang telah kita rai akan menghadirkan ketenteraman dan kebahagiaan... Sedang ketidakpuasan hanya akan melahirkan penderitaan...

    Maka nikmatilah.. kerana ini pun akan berlalu... Maka nikmatilah.. agar engkau tidak kehilangan hikmah dan keindahannya.. saat segalanya telah tiada... Maka nikmatilah.. agar tidak hanya derita yang tersisa saat semua telah berakhir jua...

    14 September 2009

    Wahai Sahabatku... bersabarla.. hadapinya dengan tenang...

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

    Syukur hari ini.. semuanya berjalan dgn lancar.. Hari sabtu p shopping persediaan raya.. beli kuih raya.. kemas rumah.. hari Ahad ke membakut dan bongawan menguruskan tangki dan ladang kambing.. Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami... terima kasih ya Allah.. kerana memberikan rezki yg tidak terhingga... dan semoga Engkau tambahkan lagi rezki kami.. permudahkan setiap urusan kami...

    Hari ini aku rasa ingin berkongsi dengan semua mengenai perasaan seorang teman.. aku sedih bila dia sedih.. dan air mata aku mo keluar ja bila aku dengar di corong hp aku dia teresak2 menangis... Ya Allah.. kuatkan semangat dia... tabahkan hatinya.. aku yakin ada hikmahnya.. aku yakin ada seribu kebaikan untunya.. dan aku yakin dia boleh melalui hal ini dengan baik...

    Sahabatku.. apa pun yg ko hadapi hari ini... ingatlah.. ada kebaikannya untuk esok hari... apa pun yg ko rasa hari ini.. yakinlah yg semuanya akan berlalu pergi... jangan sedih.. jangan berduka.. dugaan yg ko rasakan besar ini.. aku yakin ada yg Allah mau tunjuk padamu... InsyaAllah semuanya akan ok... jangan pedulikan sangat perasaan org lain.. kerana ko ada perasaan yg perlu ko jaga... jangan pedulikan hati org lain.. kerana ko ada hati yg perlu tenang.. setenang tenangnya... jangan fikir perkara yg bukan2.. kerana ada benda lain yg perlu ko fikirkan... fikir lah pasal dirimu.. fikirla pasal org yg ko jaga setiap masa... yg ko harapkan agar dia mendapat kasih sayang mu sepenuhnya... jangan abaikan dia.. jangan tunjuk yg ko lemah di hadapannya.. buktikan pada org yg ingin ko buktikan bahawa ko bukan seperti yg mereka sangka... buktikan yg ko boleh hidup lebih baik wlupun mereka tiada.. kerana Allah sentiasa bersama mu... doa banyak2... mintalah pada Allah... kerana Dia akan mengkabulkan doa setiap hambaNya yg memohon padaNYa.. ingat... apa pun yg ko fikir hari ini.. apa pun yg ko lakukan hari ini... ianya bukan untuk hari yg sudah.. tetapi ianya untuk hari esok...

    Dan ingat.. apa yg ko suka... tidak semestinya baik untuk ko.. dan apa ko rasakan tidak baik utuk ko.. itu adalah yg terbaik utk ko d masa akan dtg.. Allah itu maha tahu apa yg berlaku di masa hadapan... jangan sedih.. jangan menangis.. kerana setiap musibah yg ko hadapai.. setiap masalah yg ko terima.. setiap kesulitan itu ianya di apit dengan kemudahan... jadi bersabarlah... k



    * Minta maaf banyak2 jika apa yg aku sampaikan ko terasa hati... semoga kita tabah menghadapi setiap dugaan dan musibah... Amin..

    Ya Allah tabahkan hati kami.. tenangkan jiwa kami.. bersihkan hati kami.. Engkau hindarkanlah kami dari perkara2 yang tidak baik... AMin..

    Sayangilah aku hingga hujung waktu...



    Kalau kita berbicara tentang pernikahan... pasti semua mengharapkan yang baik2 atau pasangan yang ideal... memang normal la.. kalau mengharapkan kriteria ideal untuk calon pasangan hidupnya... Sang pemuda mengharapkan calon isteri yang cantik jelita, keluarganya baik2, pintar, akhlak mulia, sholeha, dll.

    Begitu juga sang wanita ingin memiliki suami yang hensem, kaya, sabar, pintar, bertanggung jawab, setia, akhlaknya memikat, dan sebagainya... Cuba bayangkan semua ini terjadi pada diri kita, wah...syurga dunia tuh! Siapa yang nda mau.. btul nda? hehehehe

    Saat kita mula lanjut usia... rambut mula gugur.. raga pun perlahan2 rapuh dan sepuh... sang isteri atau suami masih tetap setia mendampingi... ketika di pembaringan.. ada yang bole picit badan hinggakan tertidur.. ketika sejuk ada yang memeluk menghagatkan badan.. semakin erat.. bersama saling menempuhi saat kaki-kaki kita semakin lemah.... Kalau sedih ada yang menghibur... saat senang apalagi... wah.. terasah bahagia...

    Namun... menurut Hasan Al Banna.. waktu itu adalah kehidupan.. ia tidak pernah berhenti sesaatpun.. seiring waktu berlalu, isteri semakin kerepot dan kurus... Tapi menurut sang suami.. "Isteriku masih yang tercantik," sementara suami pun perutnya suda makin buncit, tapi menurut sang isteri, "Engkaulah satu-satunya Pangeran dalam istana hatiku."

    Kebesaran Allah SWT pun selalu nampak di dalam rumah tangga... Setiap anggota keluarga melakukan solat berjamaah... qiyamullail, membaca Al Qur'an, tasbih, tahmid, saling bertausyiah, bermaafan, menasihati, dan mengingatkan... Inilah hasil dari sepasang anak manusia yang menikah kerana ingin mengharapkan keradhaan-Nya dan cita-cita Islam serta kemegahan ajaran-Nya... Inilah dia syurga yang disegerakan sebelum syurga yang kekal abadi....

    Semua ini adalah adalah harapan setiap pasangan..... Namun, tidak jarang juga ditemukan dalam suatu keluarga yang terjadi adalah sebaliknya.... Dari isteri yang bukan dari golongan pintar mengatur rumah tangga, menjaga anak, atau suami yang selalu pulang malam tak peduli dengan anak dan isteri, dan macam-macam lagi... Kata nista, kata-kata yang menyakitkan, tuduhan, makian bahkan saling memukul, boleh juga terjadi pada sebuah keluarga... Rumah tangga serasa bagai hidup di neraka, tidak ada ketenangan apalagi kasih sayang...

    Memang ya... segala sesuatu itu boleh jadi tidak seindah seperti yang kita bayangkan... Ada bunga-bunga indah... namun cukup banyak juga onak dan duri yang sentiasa menghadang.... Kerana itu, berbagai masalah kehidupan dalam lembaga pernikahan harus dihadapi secara realistik oleh setiap pasangan...

    Apalagi hidup di zaman seperti sekarang ini memang tidak mudah... namun Al Qur'an memberikan arahan dalam kehidupan berumah tangga,

    ".... dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik...."
    [QS Ath Thalaaq: 6]

    "dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata... Dan bergaullah dengan mereka secara patut... Kemudian, bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." [QS An Nisaa': 19]

    Seperti gading, tidak ada yang tidak retak, begitu juga manusia, tidak ada yang sempurna... Setiap kita pasti ada kekurangannya, bole jadi seorang suami atau isteri terlihat mempunyai satu kekurangan.. namun kalau difikir-fikir lebih banyak kelebihannya.... Apakah kekurangannya saja yang diperhatikan oleh pasangannya atau kedua-duanya dengan pertimbangan yang adil?

    Konflik dalam kehidupan rumah tangga juga menyebabkan banyak pasangan kehilangan cinta yang dulunya mempersatukan mereka, dan Allah SWT juga telah memberikan arahan yang jelas,

    "Hai orang-orang mu'min, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [QS At Taghaabun: 14]

    Kerana itu, sesungguhnya dalam kehidupan berkeluarga yang kita harapkan adalah indahnya keampunan Allah dan syurga-Nya, juga kasih sayang orang-orang yang terdekat dengan kita, yang setiap hari saling memerlukan, kerana itu 'sayangilah aku (pasangan hidupmu) hingga hujung waktu.'

    Wahai akhi wa ukhti fillah, mari kita saling mendoakan... Semoga dengan kita mengambil panduan Al-Qur'an dan sunnah Rasul-Nya serta contoh teladan dari keluarga Rasulullah SAW, akan semakin banyak rumah tangga yang tadinya kurang bahagia kembali menjadi bahagia, rumah tangga yang bahagia menjadi lebih bahagia, dan insyaAllah pula kepada mereka yang belum berumah tangga dikabulkan do'anya berupa pasangan hidup yang sholeh atau sholehah... Aamiin allahumma aamiin..

    Wallahu alam bisawab

    13 September 2009

    Fith-Thariq Ilallah, An-Niyyah Wal Ikhlas (Dijalan Allah dengan Niat dan Ikhlas)

    Bismillahi Rahmani Rahim...

    Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. kerana hari ini masih ada kesempatan untuk berkongsi lagi.. berkongsi ilmu Mu.. berkongsi sedikit pengetahuan.. memanfaatkan segala kebaikan.. dan semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat keredhaanNya.. hari ini aku ingin berkongsi mengenai Niat dan Ikhlas.. niat dan ikhlas ini bukanlah perkara mudah seperti yang kita sangkakan.. ianya bukan semudah rasa yang boleh dilepaskan.. kalau bukan kerana hati yang bersih dan suci.. dan mengetahui tujuan dan niat melakukan sesuatu barulah kita rasa kita ikhlas... itupun adakalanya kita akan meceritakan kepada orang lain.. bagi kita.... kita ikhlas.. tp.. rasa itu hanya Allah yang tahu.. Dia maha mengetauhi apa yang ada terpahat di hati kita.. kadang2 hari ini kita ikhlas.. dan adakalanya.. kita akan marah dan mengakibatkan apa yg kita buat semuanya tidak ikhlas.. oleh itu.. mari kita kenali dan selami apa yang sebenarnya niat dan ikhlas ini.. semoga kita sentiasa ikhlas dengan apa yang kita lakukan.. Amin..

    Niat dan ikhlas merupakan hal yang tidak dapat dipisahkan satu dengan yang lainnya.... Kita harus taudan boleh meluruskan niat dalam segala hal, dan ikhlas dalam beramal...

    Kunci dalam beramal adalah ikhlas...
    Ikhlas secara bahasa berasal dari kata khalasha yang bererti bersih atau murni, sedangkan niat berarti al-qoshdu, yang artinya maksud atau tujuan.. Ikhlas secara istilah bererti membersihkan maksud dan motivasi kepada Allah dari maksud dan niat lain... Hanya mengkhususkan Allah Azza wa Jalla sebagai tujuan dalam berbuat...

    Pentingnya Ikhlas
    1. Merupakan rohnya amal
    Allah hanya menginginkan hakikat amal, bukan rupa dan bentuknya. Maka dari itu Dia menolak setiap amal yang pelakunya tertipu dengan amalnya (QS. Al-Hajj : 37)

    2. Salah satu diterimanya amal
    ”Allah Azza wa Jalla tidak menerima amal kecuali apabila dilaksanakan dengan ikhlas dalam mencari keridhaan-Nya semata” (HR. Abu Daud dan Nasa’i)

    Syarat diterimanya amal atau perbuatan :
    a. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya
    b. Ikhlas dalam berniat
    c. Sesuai dengan syariat Islam (Al-Qur’an dan Sunnah)

    3. Penentu nilai / kualiti suatu amal.
    Satu jenis amal dapat berbeza nilai pahalanya berdasarkan perbezaan niatnya

    4. Dapat merubah amal-amal yang mubah dan tradisi menjadi ibadah..

    5. Mendatangkan berkah dan pahala dari Allah, bahkan sebelum ia melaksanakan amalnya
    ”Allah Azza wa Jalla berfirman, ”Jika hamba-Ku hendak mengerjakan suatu keburukan, maka janganlah kalian (para malaikat) menuliskan sebagai dosa hingga dia mengerjakannya... Jika sudah mengerjakannya, maka tulislah satu dosa yang sama dengannya, dan jika dia meninggalkannya kerana Aku, maka tulislah satu kebaikan baginya. Dan, jika dia hendak mengerjakan satu kebaikan namun belum mengerjakannya, maka tulislah satu kebaikan baginya. Jika dia sudah mengerjakannya, maka tulislah baginya sepuluh (pahala) kebaikan yang serupa dengannya hingga tujuh ratus kebaikan”. (Diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim)”

    Cara-cara untuk mendapatkan niat yang ikhlas
    1. Sentiasa meluruskan niat sebelum mulai beramal
    Memberikan masa setiap ingin memulakan suatu amal untuk memastikan bahawa dorongan motivasi beramal itu memang benar-benar untuk semata-mata mencapai keredhan Allah dan bukan untuk maksud lainnya... Setelah niat dalam diri benar... barulah beramal..

    2. Menyerahkan segala cintanya hanya kepada Allah, Rasul, dan akhirat

    3. Ilmu yang mantap
    Ikhlas tidak bole menjadi sempurna kecuali dengan membaca dan mengamati kandungan di dalam Al-Qur’an dan Sunnah yang membicarakan masalah itu atau membaca perkataan orang-orang shalih. Tidak mungkin seseorang menghadap ke sesuatu di luar jangkauan pengetahuannya.

    4. Berteman dengan orang-orang yang ikhlas
    Agar bisa mengikuti langkah mereka, mengambil pelajaran dari mereka dan mencontohi akhlak mereka.

    5. Membaca surah orang-orang Mushlih
    Mengenai kehidupan mereka, mengikuti jejak dan petunjuk mereka

    6. Mujahadah terhadap nafsu
    Maksudnya, mengarahkan kehendak untuk memerangi hawa nafsu yang menjurus kepada keburukan, mengendalikan egoisme dan kecenderungan kepada keduniaan, hingga ikhlas karena Allah.

    ”Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhoan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (QS Al-’Ankabut : 69)

    7. Berdo’a dan memohon pertolongan kepada Allah

    * Semoga kita ikhlas dengan setiap apa yang kita lakukan... Amin..
    Blog Widget by LinkWithin