06 September 2009

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA JABAR YA MALIK YA KUDUS YA SALAM .


Kata Ibu:

Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna... TAPI BERSAHABATLAH IKHLAS KERANA ALLAH SWT...

Pesan Nabi kesayangan kita saw "Awal2 Agama Islam KENAL lah kamu akan ALLAH swt ..tuhan kamu..Yg Maha Segala Maha dan Agong segala KeAgonganNya ." Kalau kita tidak kenal Allah swt yg sebenarNYa maka Allah swt menjadi satu sebutan pada mulut kita sahaja dan menjadi satu objek dikertas tulisan dan yg paling parah dihati kita akan menjadi penabur fitnah di dunia Allah swt yang tercinta ini..

*Ya Allah satukan hati manusia di bumi Mu tercinta ini dengan sifat kasih sayang kejujuran dan kebenaran..

"YA ALLAH, HAMBA INI HAMBA MU.. SEGALA-SEGALANYA HAMBA SERAH KEPADA MU YA ALLAH.. TIADA KUASA PADA HAMBA YA ALLAH.. AMIN YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA RABBAL'ALAMIN. AMIN YA ALLAH...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin