Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan untuk berkongsi kepada rakan-rakan mengenai ilmu Mu dan berkongsi perkara kebaikan.. sedar nda sedar kita suda berpuasa selama 12 hari.. Ya Allah.. nda sedar masa berlalu... ditambah lagi dengan kesibukan kerja.. kesibukan mencari rezki Mu.. terima kasih Ya Allah kerana Engkau berikan rezki yang tidak terhingga... dan banyak berita gembira yg ingin aku kongsi bersama rakan2... InsyaAllah.. dengan izinMu aku akan ceritakan berita gembira itu bersama sahabat2 baik ku... hari ini.. aku ingin berkongsi petua bagaimana mencuci hati kita agar sentiasa bersih dan mudah menerima perkara-perkara kebaikan... petua ini telah disampaikan oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.. semoga apa yang ingin disampaikan ada manfaatnya kepada kita.. dan semoga hati kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak baik.. Amin...
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati... Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagai mana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah...
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
5. Berma'af- ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan...
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin ( menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
* Ya Allah sucikanlah hati kami... agar kami sentiasa berada dekat padaMu.. agar kami sentiasa membuat perkara kebaikan.. agar kami mudah menerima setiapa ajaran dan suruhan MU... agar kami sentiasa tenang... Amin..
No comments:
Post a Comment