31 December 2009

sahabat..


*Semoga persahabatn kita semua kekal dunia akhirat.. Amin...

30 December 2009

kasih sayang...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

29 December 2009

...persahabatan...

Mengenali seseorang itu ..... Kadangkala membuat kita tertawa... Dan kadangkala membuat kita mengalirkan airmata... Mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita.... sejuta rasa marah... sejuta rasa sedih... sejuta rasa gembira... sejuta rasa sayang... dan sejuta rasa rindu...

Sedarilah mengenali seseorang itu sebenarnya satu anugerah, biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali melaluinya.... Kita mengerti apa itu ........

.....ERTI PERSAHABATAN.....


28 December 2009

renung bersama..

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang..

.Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada!!

Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal,

tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi.

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir

tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal.

Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..

SELALUNYA kita tidak menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita....

27 December 2009

persahabatan...

Aku tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

26 December 2009

Musuh kita

"Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan di atas apa yang mereka telah kerjakan." (Surah Al An'aam : 120)

Walaupun sedar bahawa sedang diperhatikan oleh Allah tetapi masih juga kerap lakukan maksiat.

Walaupun rasa takut azab Allah tetapi tetap juga selalu buat dosa.
Masih melengah2kan solatMasih meninggalkan solat.
Masih tidak menutup aurat dengan sempurna.
Masih bercakap bohong.
Masih hasad dengki.
Masih suka cerita keburukan orang lain.
Dan banyak lagi...

Sepatutnya apa jua yang Allah suruh kita mesti taat dan amalkan sebab Allah adalah tuhan yang menciptakan kita. Apabila kita tidak taat perintah Allah bermakna kita telah ikut kehendak musuh.

"Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku". (Yusuf:53)

"Patutkah kamu mengambil iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu ?" (Al-Kahf: 50)

Musuh kita adalah iblis dan nafsu.
Musuh mesti dikalahkan, bukan diikut.

25 December 2009

mandi hadas

Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut. Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya.

Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.

Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.

Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan.

Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya sangat pedih ....

Wassalam...

24 December 2009

Benarkah Wanita Memerlukan Lelaki?

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada .Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik... Amin..

~ Unknown Author Nota: Nurdia: Jauh di sudut hati

" Seorang teman akan menyukai kita kerana kelebihan yang kita miliki sahaja,
tetapi seorang sahabat menyukai kita kerana dia boleh menerima kita seadanya.."

06 December 2009

Usah buka aib sesama Muslim..

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."

Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padangpasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa. .."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun.."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

05 December 2009

Mengapala kejamnya manusia ni....

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...

Ya Allah.. sedih bila melihat keadaan yg tidak sepatutnya berlaku pada masa ini... mengapalah ada manusia yang kejam dan tidak pernah berfikir akan kebaikan..

snuffxdotcomabandonedbag.jpg

snuffxdotcomabandonedba.jpg

snuffxdotcomabandonedbak.jpg

snuffxdotcomabandonedba.jpg

snuffxdotcomabandonedbam.jpg

snuffxdotcomabandonedbal.jpg

snuffxdotcomabandonedbac.jpg

snuffxdotcomabandonedba.jpg

snuffxdotcomabandonedba.jpg

snuffxdotcomabandonedbap.jpg

YA ALLAH... YA TUHAN KU...SESUNGGUH NYA ANAK2 INI TIDAK BERDOSA...MENITIS AIR MATA INI TATKALA MELIHAT BAYI YANG SEPATUTNYA LAHIR & MELIHAT DUNIA INI DI PERLAKUKAN SEBEGINI RUPA..YA ALLAH..KAU TEMPAT KAN LAH MEREKA DI SYURGAMU YA ALLAH..

04 December 2009

Memiliki Kesedaran Cinta Allah SWT

Assalamualaikum...

tulisan ini adalah kesinambungan daripada entri yg telah aku post hari sebelumya... mari kita kongsi ya... semoga Allah memberkati setiap apa yg kita lakukan.. Terima kasih Ya Allah...

Diam sejenak. Tundukkan sedikit kepala dan letakkan tangan kanan di atas dada. Sambil menyebut …ya Allah…(bukan di dalam hati..sebut sehingga terdengar)…dan rasakan rasa cinta kita pada Allah SWT.

Ada rasa atau tidak? Diam lagi….ulangi sehingga benar-benar rasa samada ada rasa cinta atau tidak … dan kemudian mohonlah kepada Allah SWT seperti di bawah.

“ya Allah kurniakan rasa cinta kepadaMu ke dalam hatiku ya Allah. Ya Allah, tiada rasa cinta dalam hatiku ini ya Allah. Kurniakan ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”

Ulangi selalu latihan di atas untuk melihat sejauh mana cinta kita pada Allah SWT secara realiti. Ulangi juga untuk melihat sejauh mana cinta kita kepada Rasulullah SAW.

***

Kita sentiasa tahu bahawa kita perlu memiliki rasa cinta pada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kita juga selalu berasa bahawa cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW sudah mencukupi. Lalu kita berasa tidak perlu memeriksa rasa cinta itu dalam jiwa kita. Benarkah rasa itu ada? Sejauh mana rasa itu?

Jika belum, kita selalu mengambil sikap biarlah..tak mahu fikir.

Sesetengahnya juga berpendapat bahawa rasa cinta kepada Allah SWT itu hanya untuk mereka yang banyak ilmu agamanya. Orang-orang kebiasaan seperti kita ini yang kurang ilmu agama sukar untuk memiliki rasa cinta itu.

Sebenarnya semua itu alasan dan dakyah atau tipu helah pemikiran yang telah tertanam kuat dalam fikiran kita. Kita perlu hapuskan pemikiran seperti ini di dalam fikiran kita serta orang-orang sekeliling kita.

Cinta merupakan satu kuasa yang terhebat sehinggakan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. Cinta memberikan semangat yang luar biasa kepada kita di dalam melakukan apa sahaja perkara.

Islam itu hebat namun jika dilihat daripada kehebatan penganutnya, islam itu seolah-olah mundur kerana kemunduran penganutnya. Mengapa? Kerana rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam jiwa umat islam telah berjaya dipesong oleh musuh-musuh kita.

Kita lebih mudah jatuh cinta dengan duit, harta benda, pangkat, rupa dan hiburan yang melalaikan. Mudah jatuh cinta dengan maksiat dan kehinaan. Mengapa terlalu sukar untuk melakukan kebaikan berbanding melakukan keburukan? Mengapa lebih mudah jatuh cinta dengan hiburan, maksiat dan seumpamanya dan terlalu sukar untuk jatuh cinta kepada kebaikan?

Kerana kita tidak pernah atau jarang sekali memohon kepada Allah SWT untuk memiliki rasa cinta kepadaNya dan RasulNya. Sesiapa sahaja tanpa mengira ilmu, rupa, pangkat, harta dan sebagainya berhak memiliki rasa cinta kepada Allah SWT dan RasulNya. Tugas kita hanyalah memohon dan urusan pemberian rasa cinta itu adalah Hak Allah SWT.

Marilah kita cuba periksa dalam keadaan sedar samada benarkah kita benar-benar merasai rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW itu? Dengan latihan di atas, kita mampu memeriksa sejauh mana cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Berdoalah memohon kepada Allah SWT rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasululullah SAW:

ya Allah, kurniakanlah aku rasa cinta kepadaMu dan kepada Rasulullah SAW ya Allah. Aku ingin benar-benar merasakan rasa cinta itu ya Allah. Agar aku mampu dan terdaya untuk sentiasa berada dekat denganMu ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.

***

Ayuh! Kita bergerak kembali di atas jalan yang lurus setelah kita dipesongkan kecintaan kita oleh musuh-musuh kita. Punca utama maksiat, keburukan dan kejahatan adalah kerana rasa cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah tidak berada di puncaknya.

Kita didik jiwa kita dan jiwa anak-anak agar sentiasa sedarkan Allah SWT dan sentiasa memohon rasa cinta kepadaNya dan RasulNya. Cinta adalah anugerah Allah SWT. Cinta telah sedia diadakan oleh Allah SWT dan menunggu kita untuk memohonnya. Allah SWT lebih tahu keperluan kita lebih daripada kita sendiri.

Mohonlah…mohonlah…pasti kita akan memiliki rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW yang sentiasa meningkat rasanya setiap hari. KOMUNIKASILAH dengan Allah SWT setiap saat agar kita sentiasa sedar akan Allah SWT. Komunikasi itu adalah pengaliran cinta. Tanpa komunikasi, cinta pasti tidak dapat mengalir ke dalam jiwa kita.

03 December 2009

Pemain Yang Terbaik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

untuk kesekian kalinya.. perkara baik yg perlu di kongsi bersama dengan anda semua.. aku suka sangat dengan penulisan En. Fuad nie.. aku membacanya berkali-kali.. sehingga aku faham isi yg perlu di sampaikan.. dan aku suka untuk berkongsi apa yg telah aku fahami dan baca dengan anda semua.. kita kongsi setiap kebaikan yg ingin di sampaikan.. semoga ada manfaatnya.. Terima Kasih Ya Allah.. kerana memberikan peluang untuk aku memahami ilmu Mu.. mempelajari benda baru setiap masa.. Terima kasih...


Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.

Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki.

Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan.

Firman Allah SWT:
“dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
(QS, Al-An’am 6:32)

Kita tidak akan memohon kepada Allah SWT jika kita tidak ada masalah. Jika kita semua tidak ada masalah di dalam kehidupan ini, pasti kita tidak tahu berbuat apa-apa dan tidak tahu bergerak ke mana. Kerana itu masalah yang kita hadapi merupakan objektif gerakan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai wakil Allah SWT.

Hutang kereta, rumah, keperluan makan minum keluarga, belanja itu ini juga merupakan masalah. Kita perlu mencari wang untuk memastikan tanggungjawab kita itu dilaksanakan. Ia adalah permainan yang Allah SWT aturkan untuk kita lalu jadilah pemain yang terbaik di dalam melaksanakan tanggungjawab yang dipikul.

Yang penting di dalam permainan ini adalah bermain dengan baik dengan mengikut pengatur permainan iaitu Allah SWT. Allah SWT menilai kita daripada sudut sejauh mana kita mengikut kehendak Allah SWT di dalam permainan ini. Mengikut kehendak inilah yang dikatakan berserah.

Menang, kalah, masalah selesai atau masih beterusan di dalam permainan ini adalah hak Allah SWT kerana Dia Pengatur permainan ini. Yang penting, ingat Allah SWT dan sentiasa menyerahkan jiwa ini kepada Allah SWT.

Jiwa Yang Gelisah
Apabila kita tidak mengikut kehendak Allah SWT di dalam kehidupan ini, kita akan mendapat seksaan daripada Allah SWT iaitu gelisah. Dada terasa sempit dihimpit. Kita dihimpit dengan daya-daya yang kita tidak mampu mengawalnya. Daya ini diberikan oleh Allah SWT (Al Qaabidh: Yang Maha Menyempitkan).

Bersama dengan daya yang sempit ini, akan mengalir pula daya-daya Allah SWT yang lain seperti dayaNya yang menyeksakan (Al Muntaqim, Yang Maha Penyeksa), dayaNya yang memberikan derita (Adh Dhaarr, Yang Maha Pemberi Derita), dayaNya yang menghinakan (Al Mudzill, Yang Maha Menghinakan), dan dayaNya yang merendahkan (Al Khaafidh Yang Maha Merendahkan).

Makanya kalau dada kita sudah dialiri secara dominan oleh daya Al Qaabidh (Yang Maha Menyempitkan), maka daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita untuk menyeksa, menghinakan, merendahkan, orang lain juga ikut mengalir lebih dominan ke dalam dada kita.

Dan akhirnya daya-daya Allah SWT yang membuat kita menderita pun akan ikut pula mengalir dengan deras ke dalam kita. Ertinya yang akan mendapat hasil penderitaan itu adalah kita sendiri.

Jalan Penyelesaian Semua Masalah

Firman Allah SWT:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (inna lillahi wa inna ilaihi rajioon) “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.”
(QS Al-Baqarah 1:155-156)

Sebenarnya, bersamaan dengan daya-Nya yang menyempitkan itu (Al Qaabidh), telah mengalir pula daya-daya-Nya yang melapangkan dada, karena memang Allah adalah Dzat Yang Maha Melapangkan (Al Baasith), Dia adalah Dzat Yang Maha Luas (Al Waasi’).

Bersamaan dengan Daya Al Baasith dan Al Waasi’ ini, telah mengalir pula daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita kepada kesabaran, karena memang Dia adalah Dzat Yang Maha Sabar (Ash Shabuur). Puluhan dayaNya yang lain yang akan mengiring kita kepada kebaikan apabila kita bersabar.

Hakikatnya, kita tinggal bersandar saja dengan daya-daya Allah dalam kehidupan kita. inna lillahi wa inna ilaihi rajioon. Semua masalah kita ini datangnya daripada Allah SWT dan kembalikan semula kepada Allah SWT dengan mengikut sahaja kehendak Allah SWT.

Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.

Daya-daya Allah itu dalam istilah Al qur’an disebut sebagai “Tali Allah, hab Allah, Hub Allah”. Maka kita diminta oleh Allah sendiri agar kita mesti berpegang dengan tali Allah, BIHABLILLLAH.

Untuk mampu memegang daya-daya Allah SWT, tali Allah SWT, maka kita hendaklah dahulu berpegang teguh kepada Allah (wa’tashimu billah). Jadi kalimat: “laa haula wala quwwata illa billah, bahwa tidak ada kekuatan, tidak ada daya yang ada pada diriku, kecuali hanya sebatas daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepadaku”, adalah benar-benar sebuah realiti daripada hanya sekadar wahyu sahaja.

Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati
orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah
di samping keimanan mereka (yang telah ada)…

(Al Fath 48 : 4)

Praktikal dan Latihan

Di dalam keadaan bermasalah dan dada yang sempit, manusia tidak mampu menerima apa pun kata-kata dan penjelasan termasuk penjelasan di atas. Kita perlu membawa diri kita atau sahabat yang bermasalah agar benar-benar SEDAR berpegang teguh kepada Allah SWT.

Lalu cara praktikal bagaimana mahu berpegang teguh kepada Allah SWT, pulangkan jiwa kita ke Allah SWT. Lakukan cara di bawah ini untuk jiwa ini pulang ke Allah SWT.

Tundukkan hati kepada Allah SWT dan panggil Allah SWT dengan suara yang lembut…ya Allah…diam sejenak…panggil lagi…ya Allah…aku rela mengikut kehendakMu ya Allah…diam sejenak…ulangi terus…

01 December 2009

Berdoa minta pertolongan hendaklah sepanjang masa bukan ketika berdepan musibah.

Oleh Mufti Perlis Yang Sekarang

RAMAI yang meminta kepada manusia tetapi tidak mahu meminta kepada Allah SWT. Mereka juga pandai menjaga hubungan baik dengan manusia tetapi memutuskan hubungannya dengan Allah SWT.

Mereka bergantung kepada manusia dan berharap mendapat manfaat daripadanya sehingga melupakan kuasa Allah SWT yang memberi manfaat dan mudarat. Perbuatan sebegini boleh menyebabkan iman seseorang terjejas. Seolah-olah mereka hilang kepercayaan kepada Allah SWT, padahal Dialah yang menggenggam ubun-ubun setiap makhluk.

Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik berjumpa dengan cucunda Umar bin Al-Khattab, seorang warak, zuhud lagi alim bernama Salim bin Abdullah bin Umar al-Khattab. Kedua-duanya berada di Baitullah. Khalifah bertanya: “Apakah kamu mempunyai hajat kepadaku, wahai Salim?” Salim menjawab: “Wahai Sulaiman tidakkah engkau malu mengatakan itu padahal engkau berada di Baitullah? Kemudian Salim keluar dan Sulaiman menunggunya di luar Baitullah dan kembali bertanya: “Apakah kamu mempunyai keperluan kepadaku?” Salim bertanya juga: “Keperluan dunia atau akhirat, wahai khalifah?” Sulaiman menjawab: “Keperluan dunia.” Salim berkata: “Adapun tentang keperluan dunia, kepada yang memilikinya pun aku tidak pernah meminta, bagaimana mungkin aku memintanya kepada yang tidak memilikinya?

Kepada Allah SWT yang memiliki dunia dan segala isinya pun beliau tidak meminta kecuali untuk kepentingan akhiratnya saja, apatah lagi kepada manusia yang hakikatnya tidak memiliki apa-apa. Begitu kuatnya hubungan orang mukmin kepada Allah SWT melebihi hubungan sesama manusia di dunia ini. Keyakinannya kepada Allah SWT terpacak kukuh dan tidak mungkin digoyah oleh kuasa apapun.

Orang mukmin berpegang kepada satu keyakinan, iaitu hanya kepada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-An’am: 17)

Apabila syaitan pernah meminta kepada Allah SWT dan permintaannya dimakbulkan, mengapa ramai manusia tidak yakin dengan doanya kepada Allah SWT seterusnya berhenti berharap, berputus asa daripada rahmat-Nya dan mencabut akar keyakinan daripada hatinya kepada Allah SWT? Sedangkan iblis diberi peluang, inikan pula manusia makhluk pilihan paling mulia.

Sebagaimana yang terakam di dalam surah Al-A’raf: 14-15, maksudnya: “Iblis berkata: Beri tangguh kepadaku sampai waktu mereka (manusia) dibangkitkan”. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”

Sehebat dan sekuat apapun, manusia tetap makhluk yang tidak berupaya melawan takdir-Nya. Dia memerlukan pertolongan Allah SWT, menyandar pada rahmat-Nya, bergantung hidup kepada limpah kurnia-Nya dan mengharapkan belas kasihan ketika menghadapi sebarang musibah.

Namun begitu, ada juga yang bergantung kepada Allah SWT ketika susah saja, jika sudah berakhir kesusahannya dia kembali berpaling. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Yunus: 12)

Mengapa cepat sekali hati berubah? Sekejap ingat sekejap lupa, iman dan kufur bertukar-tukar seperti baju yang dipakai. Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. Kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. Dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia.” (Hadis riwayat Muslim)

Perubahan iman yang berlaku sebegini pada asasnya disebabkan renggangnya hubungan manusia dengan Allah SWT, lemahnya keyakinan mengenai sifat-Nya dan kejahilan yang disengajakan. Secara sengaja mereka menolak kebenaran al-Quran dan Sunnah, berdolak-dalih mencari alasan untuk meninggalkan agama ke tepi. Pandai berputar belit menafikan ayat-ayat Allah dan semua itu dilakukan kerana mereka lupa siapa diri mereka sebenarnya.

Jika mereka berpijak pada bumi nyata, mereka akan menghayati kelemahan diri. Mereka memerlukan Allah SWT untuk selamat sampai ke tujuan. Jika mereka diliputi kesulitan hanya kepada Yang Maha Kuasa saja tempat bergantung. Apabila tiada lagi kekuatan dalam diri yang boleh menyelamatkan maka mereka menjerit mencari Tuhan Yang Maha Perkasa. Sebagaimana jeritan Qarun dan Firaun, kaum ‘Ad dan Tsamud. Sedangkan Nabi Musa merayu kepada Bani Israil setelah berkali-kali dikecewakan dengan kekufuran mereka:

Walau diri pernah ternoda oleh dosa dan maksiat, tetaplah berharap kepada Allah SWT. Sesiapa yang memutuskan hubungan dengan Allah maka dia akan terputus daripada kesenangan dunia dan di akhirat pula menanti azab yang kekal selama-lamanya. Doa dan harapan kepada Allah adalah senjata yang paling tajam untuk membunuh iblis dan syaitan. Doa seorang hamba melemahkan semangat iblis untuk menyesatkannya dari jalan Allah. Disebabkan tangisan, ketakutan, harapan dan cemas mengiringi doa seorang hamba membuat iblis berputus asa seketika.

Apatah lagi mendengar ketulusan seorang yang menyerahkan segala permintaannya menurut ilmu Allah SWT bukan menurut kehendak diri sendiri. Sebagaimana doa Nabi Nuh AS saat melihat darah dagingnya sendiri tenggelam ditelan banjir besar. Firman Allah yang bermaksud; “Nuh berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud ayat: 47)

Bolehkah kita menghadirkan sangka baik kepada Allah SWT dalam keadaan seteruk apapun dan mempersembahkan doa yang paling tulus? Belum terlambat untuk mengetuk pintu langit dengan bahasa yang paling indah dan lembut diiringi dengan harapan dan keyakinan kepada janji Allah SWT. Sesungguhnya tidak akan ditolak doa orang yang berpuasa. Amin ya Allah, ya rabbal ‘alamiin.

25 November 2009

USED Vs. LOVED

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

I received an Email from my best friend suzie...and i just wanna share some thoughts.. when i read this.. my God I'm so touched more than anything else.. speechless... and reminds me to the Green Day's song that made me so grateful for all that i have..
it's something unpredictable... but in the end it's right.. i hope u had the time of your life... so guys.. be grateful for this day.... semoga Allah memberkati setiap apa yg kita lakukan.. Amin..

:'( once again.. thanks suzie...



While a man was polishing his new car, his 4 yr old son picked up stone and scratched lines on the side of the car. In anger, the man took the child's hand and hit it many times; not realizing he was using a wrench. At the hospital, the child lost all his fingers due to multiple fractures. When the child saw his father with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?'

The man was so hurt and speechless; he went back to his car and kicked it a lot of times. Devastated by his own actions.......sitting in front of that car he looked at the scratches; the child had written 'LOVE YOU DAD'.

The next day that man committed suicide. Anger and Love have no limits; choose the latter to have a beautiful, lovely life.....

Things are to be used and people are to be loved, But the problem in today's world is that, People are used and things are loved... Let's be careful to keep this thought in mind: Things are to be used, but People are to be loved ... Be yourself.......

Watch your thoughts; they become words. Watch your words; they become actions. Watch your actions; they become habits. Watch your habits they become character; Watch your character; it becomes your destiny.

I'm glad a friend forwarded this to me as a reminder.. I hope you are having a wonderful day!

24 November 2009

Copy & Paste (Inspirational)

Copy & Paste (Inspirational)

A popular motivational speaker was entertaining his Audience. He Said: "The best years of my life were spent in the arms of a woman who wasn't my wife!"

The audience was in silence and shock. The speaker added: "And that woman was my mother!"

Laughter and Applause!!!
A week later, a top manager trained by the Motivational speaker tried to crack this very effective joke At home. He was a bit foggy after a drink. He said loudly to His wife who was preparing dinner, "The greatest years of my life were spent in the arms of a woman who was not my Wife!"

The wife went; "ahhhh!" with shock and rage.

Standing there for 20 seconds trying to recall the second Half of the joke, the manager finally blurted out "...and I can't remember who she was!"

By the time the manager regained his consciousness, he was on a hospital bed nursing burns from boiling water.

Moral of the story...
Don't Copy if you can't PASTE

23 November 2009

5 Tip dan Panduan Memilih Langsir

Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman.


Berikut adalah beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda:

1. Tentukan anggaran bajet dan belanja

Kain langsir datang dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada kain dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di bawah RM10 semeter dan ada yang sehingga lebih RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin berbelanja. Apapun, pastikan anda tidak membazir, dan pastikan ia selaras dengan kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM50 semeter dan panjang langsir yang diperlukan adalah 6 meter, mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM300?

2. Buat ukuran, dan tentukan bentuk langsir

Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir, perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segiempat tingkap atau pintu gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi (panjang x lebar) tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.

3. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda

Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada yang gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.

4. Pilih touch up

Kini juga, langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan mudah, samaada menerusi buku, e-book dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Pilih sahaja.

5. Beli perkakas tambahan yang lain

Setelah langsir anda siap dijahit, tugas terakhir yang perlu dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut. Pastikan perkakasan lain, samaada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap.

Periksa palang langsir dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi. Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang. Juga, tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai..

hehehhe.. semoga ada manfaatnya...

22 November 2009

A Beautiful Hadith

A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


May Allah bestow this favour on all of us... Ameen..

21 November 2009

Say Hello to the Civet: The Maker of $600 Coffee

An Animal That Poops Gourmet Coffee:


Yes, it's true -- this mammal, native to Africa and Asia, is responsible for pooping out the world's most expensive coffee, called Kopi Luwak. Civets are fed coffee cherries, and during digestion the animal's enzymes mix with the coffee beans before they, ahem, pass through, giving the beans a unique, bitter taste. See how it all happens...

The Cherries Are Chosen..
A farmer in East Java, Indonesia, picks coffee cherries to feed the civets.

A Whole Team at Work: Hand-Picking the Cherries

The Civet Approaches...

...Gets Ready to Dig In...

...And Is Joined by Friends for Dinner


Gathering the Dung With Gloves...


In East Java, workers use gloves to clear the results of the feast.


That Ain't Peanuts and Nougat.

Civet poop before it's turned into the coffee.


Separating It and Washing It Off

Another Step in Production


A worker displays the distinct, cleaned-off beans.

The Very Expensive End Result Pictured: Coffee Alamid, one Philippine brand. Because a very limited supply is produced each year, civit coffee can cost up to $600 per pound.

20 November 2009

A Story to live by

There was a blind girl who hated herself because she was blind... She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.'

One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.

He asked her, 'Now that you can see the world, will you marry me?' The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.

Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'

This is how the human brain often works when our status changes.. Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most painful situations.

Life Is a Gift Today before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.

Today before you complain about life - Think of someone who died too early on this earth.

Before you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.

Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without imperfection.

And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and think: you're alive and still around.!

19 November 2009

bahaya nya sotong kering...

Anda suka makan sotong kering? Sedapnya kalau makan nasi lemak dengan sambal sotong keringkan?
sambal sotong kering

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.


Sumber: kosmo

18 November 2009

bacalah...



AL-QURAN adalah kitab Allah yang tidak ada keraguan padanya kerana Allah menurunkan Al-Quran melalui Jibrail.

Allah berfirman, "Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui" (Surah Hud: 1)

AL-QURAN adalah kitab yang terpelihara kerana begitulah jaminan yang diberikan Allah. Oleh demikian, kita dapati ramai orang yang menghafal Al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan juga melalui penulisan Al-Quran yang rapi oleh sahabat selepas ayat diturunkan dan dibukukan pada zaman Khulafa' al-Rasyidin.

Rasulullah pernah berkata, bahawa hati berkarat, seperti berkaratnya besi. Ditanya bagaimana untuk membersihkannya, jawab Rasulullah, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati.

Membaca Al-Quran sebenarnya boleh membersihkan kekotoran dalam jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah. Ini kerana kitab ini sendiri memiliki keistimewaan tersendiri yang sama sekali tidak sama dengan kitab dan buku-buku lain di pasaran.

17 November 2009

tawaduk...

Assalamualaikum...
Nahh.. mari kita kongsi bersama apakah yag dimaksudkan dengan tawaduk ini... semoga ianya ada manfaat untuk semua...

1- Tawaduk atau merendahkan diri serta bercampur gaul itu, tidak menyebabkan kurangnya harga diri jika dibandingkan dengan darjat orang yang takbur atau bongkak dengan sebab ilmu pengetahuannya atau keagamaannya.

2- Orang yang berusaha agar dirinya selalu dicintai orang lain, atau mengharap dirinya adalah orang yang baik pada mata umum. Sebenarnya ia tertipu dengan perasaan nya.Yang penting hanya keredhaan ALLAH yang wajib diusahakan.

Tawaduk juga akan melenyapkan sikap berbangga diri, sombong dan mementingkan diri sendiri. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri...( Surah Luqman, ayat 18)

Dalam hal ini Rasulullah SAW memerintahkan supaya umat Islam menghiasi diri dengan sifat tawaduk. Sabda Baginda SAW : yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain."(Hadis riwayat Muslim)

16 November 2009

tips memililh pakaian

Setiap wanita pasti pernah mengalami situasi ini... Setiap kali melihat supermodel memperagakan fesyen terkini, hati terdetik, “mengapa aku tidak dikurniakan bentuk badan menawan sepertinya?”

Sebenarnya setiap wanita dilahirkan sempurna, bergantung kepada cara anda melihat diri sendiri.... Selain itu, anda juga harus bijak memilih pakaian yang sesuai dengan potongan badan.... Setiap helai pakaian yang disarung ke tubuh badan memberikan impak yang berlainan... Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata.... Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar pakaian yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan... Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda... Selamat mencuba..

Pemilihan warna pakaian
Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit... Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna...

1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink...

2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik...

3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik...

4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda...

Jangan Lupa :
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat... Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal... Sesuaikan warna dengan karakter... Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.

Jangan sesekali :
Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.

*semoga ada manfaatnya...

15 November 2009

TAZKIRAH

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

3 perkara yang dengannya kita mampu utk berzuhud:

1. Tidak mengejar kesenangan dunia yang tidak dimiliki.
2. Membahagikan kesenangan dunia yang kita miliki.
3. Tidak mengkehendaki dunia dalam hatinya dan tidak pula mengusahakannya.

" Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung"

Amin...

14 November 2009

sebelum tido...

Assalamualaikum... Untuk manfaat bersama........

Pesan Nabi sebelum tidur - 1 minit sahaja

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi ) Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....


"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

*untuk ingatan kita bersama... :)

13 November 2009

Hot Chilli-HALAL

Di Tanggung Halal... Chilly sunat (malay name)

Hot Stuff
Mother Nature must be playing a prank on mankind (and womankind as well) when such extraordinary vegetables appear.... :)

These are actual peppers from a garden. They are called 'Peter Peppers'..

The world’s most offensive-looking plant

When I first saw its picture, I thought it’s just another photoshopped hoax, but digging deeper, I was surprised to discover that it’s a real plant, usually called the Peter Pepper, scientific name capsicum annuum var. annuum ‘Peter’. It’s native to Louisiana and Texas . It’s been called many other names, including Chilli Willy and Penis Chilli; and has been judged “Most Pornographic Pepper” by Organic Gardening Magazine...hahahahahahah..

Not surprising, since it looks like so:
Apparently it has always been grown more as an ornamental thing, rather than to be eaten, although it’s perfectly edible.

By the way, a farmer who specializes in growing them says they can grow up to 18" long!Wow!! hahahha

Blog Widget by LinkWithin