18 November 2009

bacalah...



AL-QURAN adalah kitab Allah yang tidak ada keraguan padanya kerana Allah menurunkan Al-Quran melalui Jibrail.

Allah berfirman, "Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui" (Surah Hud: 1)

AL-QURAN adalah kitab yang terpelihara kerana begitulah jaminan yang diberikan Allah. Oleh demikian, kita dapati ramai orang yang menghafal Al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan juga melalui penulisan Al-Quran yang rapi oleh sahabat selepas ayat diturunkan dan dibukukan pada zaman Khulafa' al-Rasyidin.

Rasulullah pernah berkata, bahawa hati berkarat, seperti berkaratnya besi. Ditanya bagaimana untuk membersihkannya, jawab Rasulullah, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati.

Membaca Al-Quran sebenarnya boleh membersihkan kekotoran dalam jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah. Ini kerana kitab ini sendiri memiliki keistimewaan tersendiri yang sama sekali tidak sama dengan kitab dan buku-buku lain di pasaran.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin