Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
sesaat bertemu di kala memerlukan.. di kala kerinduan.. di kala menjenguk kebencian.. hadir mu tanpa ku ingini.. saat bertemu pasrah ka aku.. di kala itu aku sedar..
Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi.. haruslah berusaha memperolehi kesempatan untuk bersamanya seumur hidup.. kerana ketika dia telah pergi segalanya telah terlambat...
saat bertemu teman yang dapat dipercayai.. rukunlah bersamanya.. kerana seumur hidup manusia.. teman sejati tidak mudah di temukan..
saat bertemu penolongmu atau org yg selalu menolong mu.. ingat untuk bersyukur dan berterima kasih padanya.. kerana ialah yang telah mengubah hidupmu..
saat bertemu org yg pernah kau cintai.. ingatlah dengan tersenyum untuk berterima kasih kerana dialah org yg membuatmu lebih mengerti tentang apa itu cinta dan kasih..
saat bertemu dengan org yg pernah kau benci.. sapalah dengan tersenyum kerana ia telah membuatmu semakin kuat dan teguh..
saat bertemu org yang pernah mengkhianatimu.. baik-baiklah berbincang dgnnya.. kerana jika bukan kerananya hari ini engkau tidak mengenali dunia ini..
saat bertemu org yang diam-diam kau cintai.. berkatilah dia.. kerana saat kau mencintainya bukankah kau berharap dia bahagia..
saat bertemu org yang tergesa-gesa meninggalkanmu.. berterima kasihlah bahawa ia pernah ada dlm hidupmu.. kerana ia adalah sebahagian dari nostalgiamu..
saat kau bertemu aku.. sama ada aku adalah org yg kau benci.. sayangi.. teman sejati.. percayai.. menolongmu.. mengkhianatimu.. diam-diam kau cintai.. atau diam2 mencintaimu.. sapalah aku dengan senyuman dan maafkan aku.. kerana aku tidak bisa lari dari segala kesilapan dan kekilafan..
Salam kasih sayang untuk semua.. semoga hari-hari anda sentiasa indah dan mendapat rahmat dariNya... Amin.. :)
No comments:
Post a Comment