09 October 2009

Ini lah Manusia...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.... syukur Ya Allah.. terima kasih ya Allah.. kerana aku masih diberi peluang utk terus hidup di hari nie.... syukur ku ke hadrat NYA.... masih punya waktu utk terus beribadah kepada NYA... membaiki segala kesilapan dan kealpaan ku.... "coz we are not perfect"..... kepada semua teman2.. semoga sentiasa gembira bersama orang2 yg tersayang... dan semoga setiap apa yg kita lakukan mendapat keredhaan Allah SWT.. amin...

Renungkanlah...

Selagi bernama manusia, selagi itulah tiada siapa yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Manusia adalah ciptaan Allah yang paling cantik tetapi tidak kurang dengan kelemahan tersendiri. Justeru bukan suatu yang menghairankan jika manusia bersikap dan punya tabiat tidak sama dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Ada ketikanya mereka mentaati ajaran Allah dan ada ketikanya mereka alpa lalu menjerumuskan diri ke lembah kehancuran dan maksiat.

Kerap kali manusia terperangkap dengan kemewahan, kuasa dan kecantikan duniawi tanpa memikirkan akibat masa depan. Apabila terjerat dengan nikmat, mereka terlupa bersyukur, leka mengumpul harta tanpa mengira orang lain. Di depan mata sesama manusia, mereka mungkin dimuliakan tetapi di mata Allah, orang sebegini hina sehina-hinanya.

Peringatan selalu diberikan Allah seperti firman-Nya:

"Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya "yang sedia bersih" itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (as-Syams: 10)

Manusia memiliki keistimewaan yang paling besar iaitu akal. Tetapi akal tidak dibimbing dengan ilmu, boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan. Disebabkan itulah juga ramai orang yang dianggap cerdik pandai tetapi masih terseleweng sehingga berani melakukan jenayah kolar putih. Itulah padahnya apabila akal bersih mereka tidak dipimpin ilmu.


No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin