aku bukan sempurna..
Jangankan lelaki biasa.. Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus...
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah s.w.t
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta..
kerana nantinya mereka akan semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan..
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah.. zat yang kekal
disitulah punca kekuatan dunia..
Akal senipis rambutnya.. tabahkanlah dia dengan ilmu
Hati serapuh kaca.. kuatkanlah dia dengan Iman
Perasaan selembut sutera.. hiasilah dia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
mereka akan lihat nilaian dan keadilan
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah.. sabaliknya disitulah kasih dan sayang Allah…
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya..
Pasti tidak akan terhibur.. dan tidak akan menghiburkan..
Tanpa iman.. ilmu dan akhlak.. mereka tidak akan lurus..
Bahkan akan semakin membengkok..
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya..
Bila wanita jadi derhaka.. pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara…
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata..
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi.. pimpinlah diri kepadaNya
Jinakkan diri kepada Allah..
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu..
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra
Seandainya dirimu tak sehebat saidina Ali Karamallahuwajhah
Harga YAHUDI, Harga MUJAHID
4 years ago
No comments:
Post a Comment