20 July 2010

5 Sifat yang melayakkan kita memasuki Syurga..


Abul-Laits berkata: “Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu:

1. Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.: “Wa nahannafsa anil hawa fainnal jannat hiyal ma’wa yang bermaksud “ Dan menahan nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya.“

2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab telah disebut dalam hadis: “Harga syurga itu ialah orang tidak rakus pada dunia.“

3. Rajin melakukan perkara ketaatan dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : “Syurga itu diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.“

4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mengharapkan syafaatnya sebagaimana dalam hadis: “Perbanyaklah kawan kerana setiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.“

5. Memperbanyakkan doa dan memohon untuk memasuki syurga dan berharap mati dalam keadaan husnul khotimah.

Suber Kitab Tanbihul Ghafili

Tajuk : SIFAT SYURGA SERTA AHLINYA

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin