30 June 2009

Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud Basmalah?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh...

Ketika mencari beberapa info di Google... saya terbaca artikel ini dalam Blog 'Demi Pena'.. dan penerangannya memang terperinci bersesuaian dgn apa yg telah aku cari selama ini.. aku selalu terlihat tanda '786' ini di paparkan di 'signboard' kedai makan India Muslim.. dan aku pernah terdengar dalam kandungan lirik lagu kumpulan muzik di Malaysia yg bunyinya lebih kurang begini "786 Alhamdulillah syukur".. aku sering tertanya apa maksud 786 dalam Islam.. dan pernah ternampak dalam movie Bollywood yg dilakonkan oleh hero kegemaranku ShahRukh Khan yg di penjara kerana kesalahan mencintai seorang wanita hindu yg di lakonkan oleh Priety Zinta.. dalam penjara tersebut Shah Rukh Khan di panggil dengan nama '786' yg di anggap suci... dan hari ini.. segala persolan mengenai nombor ini telah terbungkai.. terima kasih yg tidak terhingga kepada saudara AlFaisal empunya 'Demi Pena".. semoga segala usaha saudara AlFaisal diberkati Allah SWT dan mendapat keredaanNYA... Amin

*saya menulis artikel ini bukanlah bertujuan menyerang secara peribadi mana-mana pihak tetapi untuk menjelaskan sesuatu bagi menghilangkan kekeliruan dan mengharap keredhaan-Nya. yang baik dari Allah dan yang buruk natijah dari kelemahan saya sebagai hamba-Nya namun tiap satu kejadian itu tetap dari Allah.

Dalam saya melayari forum-forum baru-baru ini, saya tak sangka sehingga hari ini masih ada yang terkeliru mengenai angka 786 yang dikatakan membawa maksud Basmalah (Bismillahi-Rahmani-Rahim). Dalam forum sebuah kumpulan penyanyi remaja yang agak dikenali dewasa ini, penggunaan 786 sebagai penggati Basmalah masih dipertahankan. Kasihan melihat sesetengah mereka yang tidak banyak ilmu agama disuruh rujuk pada sebuah website kumpulan anti hadis mengenai 786. Dengan ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan sekadar kemampuan agar tiada dari kita tertipu lagi terutamanya golongan remaja yang dewasa ini mungkin semakin kerap dimomokkan dengan angka tersebut.

Asal-Usul Angka 786

Agak perlu untuk kita lihat dari mana asal-usul angka 786 ini.Nombor 786 ialah jumlah beberapa nilai dari huruf-huruf basamalah. Cara mengiraan ini dikenal dengan kaedah Abjad, itu memberi nilai-nilai arithmetik kepada huruf-huruf tersebut. Menurut Dr. Muzammil H. Siddiqi, bekas Presiden ISNA, ia dicipta pada Abad ke 3 Hijrah semasa zaman Abbasiyyah, dan banyak digunakan dinegara-negara Pakistan dan India.[1] Perkara yang sama juga turut dinyatakan dalam sebuah laman web anti-hadis, yang saya rasa tak perlulah saya sertakan URL-nya memandangkan ia sesat lagi menyesatkan.


Cara pengiraanya : (berapa kali huruf didarab dengan nilai huruf)

ب (1 kali * 2 = 2)
س (1 kali * 60 = 60)
م (3 kali * 40 = 120)
ا (3 kali * 1 = 3)
ل (4 kali * 30 = 120)
ه (1 kali * 5 = 5)
ر (2 kali * 200 = 400)
ن (1 kali * 50 = 50)
ح (2 kali * 8 = 16)
ي (1 kali * 10 = 10)

Jumlahnya = 2+60+120+3+120+5+400+50+16+10 = 786

Menurut laman tersebut juga ada menyatakan, menggantikan Basmalah dengan angka 786 adalah bertujuan mengelakkan menulis Basmalah dan ayat Quran lain di atas kertas biasa.

(to avoid writing the name of Allah or the Qur'anic ayah on ordinary papers.)

Bid’ah Angka 786 Menggantikan Basmalah.

Dalam ibadah dan urusan agama Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah sebaik-baik ikutan dan panduan.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]


Kita dilarang menambah-nambah atau mereka-reka sesuatu yang tak diperkenalkan Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam dalam urusan agama kerana setiap bid'ah yang melibatkan ibadah dan urusan agama adalah terlarang.

Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:

Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat. [2]

Dalam satu lagi hadis yang hampir serupa dijelaskan lagi:

dan setiap kesesatan itu tempatnya kelak di dalam neraka. [3]

من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو ر

Barangsiapa siapa yang mengamalkan sesuatu perkara yang bukan mengenai perkara kami [e.g. Islam], akan ditolak [4]

Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:
Sesungguhnya aku hanyalah manusia, apabila aku memerintahkan kalian sesuatu berkenaan agama kalian maka berpeganglah kalian dengannya dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu daripada pandangan persendirian maka aku hanyalah seorang manusia. [5]

Dan berkata Ibnu Mas'ud :
"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Seperti kita kekal maklum Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam tak pernah pun menggantikan kalimah Basmalah dengan apa-apa nombor. Begitu juga generasi salaf. andai ianya baik sudah tentu diperjelaskan penggunaan nombor pengganti kalimah Basmalah. Penjelasan bahawa kalimah tersebut diganti kerana nak memelihara kesuciannya (ditulis di kertas-kertas, disentuh orang bukan Islam etc.) adalah tidak masuk akal kerana kalau benar mengapa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam sebagai contoh tauladan kita masih mengutuskan surat mengandungi ayat Quran pada surat baginda buat Heraclius.[2] Tidakkah baginda risau akan ayat Quran yang diutuskan pada bukan Muslim?

"Nombor 786 tetap bermakna 786 dan tiada lebih dari itu. Apabila Allah swt atau Nabi saw mengajar kita sesuatu, mereka melakukan dengan cara yang paling jelas, jauh dari teka-teki dan nombor-nombor misteri. Semua usaha yang dilakukan oleh orang-orang Islam bagi mengira huruf dan menhubungkannya dengan nombor tiadalah apa didalamnya tetapi membazir masa. Adakala mereka melakukan dengan tujuan baik bagi menunjukkan agama kita hebat. Sesungguhnya agama amat hebat, dan ia tidak memerlukan cara yang salah ini". [6]

Fatwa negeri Johor Darul Takzim

Keputusan fatwa negeri Johor Darul Takzim mengenai Hukum mempercayai dan menyakini bahawa angka 786 adalah bermaksud Bismillahi Rahmani Rahim menyatakan yang ianya adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam syariah serta akhlak Islam.

Juga dinyatakan perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T. Semua diminta untuk menghentikan kepercayaan dan penggunaannya serta merta. [7]

Kesimpulan

Dalam setiap urusan agama hendaklah berpandukan sumber Al-Quran dan Hadis yang Sahih. Mengantikan ayat-ayat suci dengan angka-angka nyata tak membawa apa-apa makna dan faedah malah dalam pngkhususan hukum bacaan Al-Quran pembaca yang hanya menyebut angka-angka tidak memperolehi apa-apa manfaat dari bacaannya. Setiap kali muncul sesuatu yang dirasakan aneh rujuklah dari mana sumbernya kerana musuh-musuh Islam dan Dajjal-Dajjal sentiasa berusaha menyesatkan pemahaman umat Islam. Agama yang dibawa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah syumul dan tak perlu lagi tokok tambah perkara yang sia-sia dalam urusannya.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi Deen bagimu.

[Al-Maidah 5:3]

Wallahua’lam

alFaisal
Cyberjaya
22 Ogos 2005

-------------------------------------------------------------------------------

[1] 2. Dr. Muzammil H. Siddiqi. Can the Number "786" Substitute for the Basmallah? url : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=78709

[2] Diriwayatkan oleh Saidina Irbadh Bin Sariah (r.a) , sbg mana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam sunannya, Kitab As-Sunnah, Bab Luzum As-Sunnah, Hadis 4596, at-Tirmizi (no. 2676). Disahihkan Ibn Hajr di dalam Takhreej Ahaadeeth Ibn ul-Haajib (1/137).

[3] Diriwayatkan oleh an-Nasaa'ee (1/224) dari Jaabir bin Abdullaah dan disahkan sahih oleh Shaikh ul-Islam Ibn Taymiyyah in Majmu' al-Fatawa (3/58).

[4] Riwayat Muslim 1718, dari hadith A'isyah (r.h).

[5] Hadis dari Rafi bin Khadji radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2362. (Kitab al-Fadail, Bab Kewajipan Mengikuti Rasulullah dalam Urusan Agama dan Bebas Mengikut Fikiran Sendiri dalam Urusan Lain). Terdapat juga hadis senada dari Musa bin Talha radiallahu-anhu, Sahih Muslim – no:2361.


[2] Rujuk

surat

baginda pada Heraclius dalam Sohih Bukhari, Volume 1, Book 1, Number 6

[6] 1. Shikeh Muhammad Salih Al-Munajjid. The number 786 means 786 and nothing more url : http://63.175.194.25/index.php?ln=eng&ds=qa&lv=browse&QR=259&dgn=3

[7] Fatwa Negeri Johor Darul Takzim http://ii.islam.gov.my/e-fatwa/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=410

29 June 2009

HUKUM MEMBACA DAN MENYENTUH KITAB SUCI AL-QURAN KETIKA HAID

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG


I. HUKUM MEMBACA AL-QURAN

Ulamak bersepakat bahawa wanita haid harus berzikir dengan beristighfar, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan lain-lain. Adapun membaca (tilawah) al-Quran, mereka berbeza pandangan.

Imam Abu Hanifah, Ahmad dan asy-Syafi’iy di dalam salah satu riwayat darinya berpendapat haram bagi wanita haid membaca al-Quran. Dalil mereka:

1. Hadis yang diriwayat dari Ibn Umar RA dari Nabi SAW, baginda telah bersabda maksudnya: “Orang yang berjunub dan wanita haid tidak harus membaca sedikitpun daripada al-Quran”. Riwayat Abu Daud, al-Tirzimi dan Ibn Majah.

2. Qias kepada orang yang berjunub. Kebanyakan ulamak berpendapat orang yang berjunub haram membaca al-Quran berdasarkan apa yang diriwayat oleh Ali RA, beliau berkata maksudnya: ”Rasulullah SAW keluar selepas menunaikan hajatnya (hadas kecil), lalu membaca al-Quran dan makan daging bersama dengan kami. Tiada suatupun yang menghalangnya dari membaca al-Quran kecuali junub”.

Menurut riwayat al-Tirmizi : ”Rasulullah SAW membacakan al-Quran kepada kami dalam semua keadaan selagi mana baginda tidak dalam keadaan junub”. Mereka berkata, junub adalah hadas. Haid pula lebih besar hadasnya kerana wanita yang datang haid tidak boleh berpuasa selagi darah tidak berhenti. Sedangkan orang yang berjunub boleh berpuasa. Wanita haid juga tidak boleh menunaikan solat dan tidak boleh disetubuhi. Maka apa yang tidak harus dilakukan oleh orang yang berjunub kerana hadasnya, orang yang didatangi haid lebih-lebih lagi tidak harus.

Imam Malik, berpendapat orang yang didatangi haid tidak haram membaca al-Quran tetapi haram bagi orang yang berjunub. Alasannya ialah hari-hari haid adalah lama. Sekiranya wanita haid ditegah membaca al-Quran kita bimbang ia akan lupa. Salah satu riwayat dari Imam asy-Syafi’iy dan satu riwayat dari Imam Ahmad juga berpendapat tidak haram. Pendapat ini turut dipersetujui oleh Imam Ibn Taimiyah. Beliau telah mengemukakan beberapa dalil. Anataranya:

1. Tidak ada satu dalil pun, sama ada al-Quran atau as-Sunnah yang menegah wanita haid membaca al-Quran. Hadis yang diriwayatkan dari Ibn Umar adalah tidak sahih di sisi semua ahli Hadis kerana Hadis tersebut diriwayatkan oleh Ismail bin ’Iyasy dari Musa bin ’Uqbah dari Nafi’ dari Ibn Umar. Hadis-hadis Ismail dari Ahli Hijaz banyak berlaku kesilapan.

2. Ramai wanita yang datang haid pada zaman Nabi SAW. Sekiranya haram bagi mereka membaca al-Quran seperti solat tentulah Nabi SAW akan menerangkannya kepada umatnya serta diajar oleh Ummahat al-Mukminin dan perkara ini pastinya diketahui oleh ramai orang. Oleh kerana tiada larangan, sedangkan kedatangan haid seringkali berlaku ketika hayat baginda, nyatalah ia tidak haram.

Imam Al-Bukhariy berkata: menurut pendapat Ibrahim, tidak mengapa wanita haid membaca al-Quran. Beliau juga berpendapat orang berjunub juga tidak mengapa membaca al-Quran. Sesungguhnya Nabi SAW berzikir mengingati Allah dalam semua keadaan. Ummu ’Atiyyah berkata: ”Kami diperintahkan membawa wanita haid keluar (ke tempat solat hari raya).

Mereka ikut bertakbir dan berdoa dengan para jamaah”. Imam Ibn Hajar mengulas kata-kata al-Bukhari di atas bahawa maksud al-Bukhari ialah haid dan janabah (junub) tidak menghalang ibadah dan sah bagi mereka beberapa ibadah badaniyah seperti zikir dan lain-lain. Oleh kerana membaca al-Quran adalah satu zikir, maka ia adalah sama dengan zikir yang lain. Sekiranya membaca al-Quran itu ta’abbud, maka ia memerlukan dalil khusus mengenainya.

Tetapi tidak ada satu Hadis pun yang sahih (di sisi Imam al-Bukhariy) mengenai larangan membacanya ketika haid dan junub. Meskipun terdapat Hadis-hadis yang dijadikan dalil oleh pihak lain, kebanyakan Hadis-hadis itu boleh diberbahaskan atau boleh ditakwil. Lantaran itu Imam al-Bukhariy dan Imam-imam lain seperti at-Tobariy, Ibn al-Munzir dan Daud az-Zohiriy yang berpendapat harus membacanya berpegang kepada Hadis yang bermaksud: ”Nabi SAW berzikir mengingati Allah dalam semua keadaan”. Zikir adalah umum, meliputi membaca al-Quran dan lain-lain. Hanya uruf sahaja yang membezakannya.

II. HUKUM MENYENTUH KITAB SUCI AL-QURAN

Jumhur berpendapat wanita haid dan orang yang berjunub tidak harus menyentuh al-Quran dan membawanya. Dalil mereka ialah:

1. Firman Allah SWT bermaksud:
”Bahawa sesungguhnya itulah Al-Qur'an yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan). Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci. Al-Qur'an itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.” [Al-Waqi’ah : 77-80]

Imam an-Nawawiy berkata, di dalam ayat di atas Allah SWT menyifatkan ’Qur'an itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam’. Ini jelas menunjukkan ia merujuk mushaf yang ada pada kita, bukan yang berada di Luh Mahfuz.

2. Hadis yang diriwayat dari Abi Bakr bin Muhammad bin ’Amru bin Hazm dari ayahnya dari datuknya, bahawa Nabi SAW telah menulis sepucuk surat kepada penduduk Yaman. Antara kandungan surat itu tertulis: ”Tidak menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci”. Riwayat al-Athram dan ad-Daruqutniy.

Ketika mengulas Hadis ini, Imam asy-Syaukaniy berkata: Hadis ini menunjukkan bahawa mushaf tidak boleh disentuk kecuali orang yang suci. Tetapi ungkapan orang yang suci mengandungi banyak makna. Kadang-kadang ungkapan itu bermaksud orang yang beriman seperti firmanNya yang bermaksud: ” Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya orang musyrik itu najis,.......” [At-Taubah : 28] Di dalam sepotong Hadis Nabi SAW berkata kepada Abu Hurairah maksudnya: ”Mukmin itu tidak najis”.

Makna lain bagi ungkapan orang yang suci ialah orang yang tidak berhadas sama ada hadas kecil atau hadas besar dan orang yang di badannya tiada najis sama ada najis hissiy (najis yang nyata) atau najis hukmiy (najis yang tidak nyata). Ungkapan yang mengandungi pelbagai pengertian tidak boleh diputuskan pengertian mana yang mesti dipegang tanpa dalil lain yang menyokongnya. Dalam bab ini telah berlaku persepakatan ulamak bahawa tidak harus bagi mereka yang berhadas besar menyentuh al-Quran. Yang tidak selari dengan persepakatan ini hanyalah Daud az-Zohiriy.

Walaubagaimana pun ulamak Mazhab Malikiy mengecualikan guru dan pelajar. Mereka berkata harus bagi guru dan pelajar menyentuh dan membawa al-Quran. Ulamak Mazhab Hanafiy berkata harus menyentuh al-Quran yang diletak di dalam sarungnya.

28 June 2009

Senaman Yoga Haram

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.

sumber: Berita Harian

27 June 2009

Selawat...


Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

" Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali "

26 June 2009

Khasiat Surah Al-Fatihah...

SURAH Al-Fatihah itu mempunyai khasiat yang banyak sekali. Di antara khasiat-khasiatnya adalah:

1. Untuk menjaga keselamatan diri
Jika surah Al-Fatihah itu dibaca satu kali dan surah ikhlas berserta surah Mu'awwidzatain (Al-Falaq dan An-Naas) sewaktu akan tidur. Maka akan terjaga dari segala yang dibenci selain mati.

2. Supaya bahagia dan selamat
Khasiat surah Al-Fatihah lagi, jika anda baca sebanyak 41 kali setelah solat sunat qabliyah Subuh (sebelum solat fardhu Subuh) secara terus menerus, maka jika anda ingin pangkat keduniaan, Insya-Allah dapat berhasil, jika fakir dapat kaya, jika punya hutang dapat membayar, jika sakit dapat sembuh, jika lemah menjadi kuat, jika merantau dapat mulia dan ditakuti musuh, dicintai semua orang baik lelaki ataupun wanita, semua ucapannya dipercayai masyarakat dan diselamatkan dari segala bencana.

3. Supaya banyak kebaikan dan hilang kesusahannya
Jika surah Al-Fatihah itu dibaca 7 kali setiap selesai solat fardhu. Maka diberi banyak kebaikan dan dihilangkan kesusahannya baik urusan dunia mahupun akhirat.

4. Dimudahkan rezekinya dan berhasil maksudnya.
Jika dibaca 20 kali setiap selesai solat fardhu secara terus menerus (tanpa berkata-kata). Maka orang yang membaca itu dimudahkan rezekinya, dijaga dari segala yang membahayakan, dimuliakan orang dan berhasil maksudnya.

5. Sebagai ubat dari segala penyakit
Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a. Ketika Sayyidina Hassan bin Ali r.a. sakit, lalu Rasulullah SAW membaca surah Al-Fatihah pada air sebanyak 40 kali. Kemudian air itu disapukan ke muka Hassan bin Ali, disapukan kepalanya, tapak kaki dan tangannya. Maka segera sembuh dengan berkat pertolongan Allah.

6. Untuk menghilangkan kerisauan
Termasuk khasiat surah Al-Fatihah lagi adalah, jika ditulis pada piling lalu dilebur dengan air dan diminumkan kepada orang yang hatinya risau atau gelisah, maka Insya-Allah dapat sembuh.

7. Untuk melepaskan tali ikatan musuh
Surah Al-Fatihah juga mempunyai khasiat lagi. Iaitu jika ada orang yang dirantai lalu dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 121 kali dengan hati yang khusyuk. Kemudian ditiup pada kalung tadi sebanyak 10 kali, maka Insya-Allah dapat lepas.


PERHATIAN
Segala tulisan untuk dilebur dan minum hendaklah ditulis dengan tinta misik za'faran yang
mana anda boleh dapatkannya di kedai runcit India (India Muslim)

25 June 2009

9 jenis syaitan..

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang
yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.


3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat
dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg
ada minuman keras).


5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan
glamour etc.


6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk
ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri,
isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

*Ya Allah jauhkanlah kami dari gangguan dan godaan Iblis dan Syaitan yang di rejam.. Amin

24 June 2009

Manfaat Sedekah...

KEMATIAN BISA DIUNDUR

Kematian memang di tangan Allah. Maka ada satu hal yang bisa membuat kematian menjadi sesuatu yang bisa ditunda, yaitu kemauan bersedekah, kemauan berbagi dan peduli.

SUATU hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabiyallah Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”

“Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”

“Ada apa dia datang menemuimu?”
“Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan pernikahannya besok pagi.”

“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai besok pagi.” Habis berkata seperti itu, Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabiyallah Ibrahim. Hampir saja Nabiyallah Ibrahim tergerak untuk rriemberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabiyallah Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.

Esok paginya, Nabiyallah Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap bisa melangsungkan pernikahannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabiyallah Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.

Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabiyallah Ibrahim bertanya kepada Malaikat Kematian, apakah dia berbohong tempo hari sewaktu menyampaikan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi? Malaikat Kematian menjawab bahwa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.

“Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Saudara-saudaraku, pembaca “Kajian WisataHati” dimanapun Anda berada, kematian memang di tangan Allah. justru itu, memajukan dan memundurkan kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad shalla `alaih bahwa sedekah itu bisa memanjangkan umur. jadi, bila disebut bahwa ada sesuatu yang bisa menunda kematian, itu adalah…sedekah.

Maka, tengoklah kanan-kiri Anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila Anda menemukan ada satu-dua kesusahan tergelar. maka sesungguhnya Andalah yang butuh pertolongan. Karena siapa tahu kesusahan itu digelar Allah untuk memperpanjang umur Anda. Tinggal apakah Anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur Anda.

Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui kapan ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam kondisi apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memperpanjang umur, melainkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.

Mudah-mudahan Allah berkenan memperpanjang umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar ampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian datang.

Sampai ketemu di pembahasan berikutnya. Insya Allah, kita masih membahas “sedikit tentang menunda umur, tapi kaitannya dengan kesulitan-kesulitan hidup yang kita hadapi “.

Salam, Yusuf Mansur.
Salam Wisata Hati.

“Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan” (An-Nisaa: 78)

*Semoga kita semua kaya hati.... dan di jadikan seorang yg pemurah.. Amin..

23 June 2009

Basuh Jilatan Anjing Dengan Sabun, Ganti Tanah

Assalamualaikum... ketika sedang membaca satu forum soal jawab pasala agama... aku ternampak satu soalan yg rasanya aku pun pernah terfikir sama ada membersihkan jilatan anjing boleh menggunakan sabun atau tidak... dan inilah jawapan yg telah diberikan...

Soalan: Adakah suruhan Rasulullah membersihkan jilatan anjing dengan tanah (samak) adalah suatu pilihan? maksud saya, boleh jugakah digunakan ditergent/sabun menggantikan tanah kemudian diikuti basuhan 6 kali?

adakah maksudnya zaman Nabi tiada ditergent maka nabi menyuruh menggunakan tanah?

-minta ustaz betulkan jika kefahaman saya ni salah dari tafsiran hadis dan fiqh.

Syukran

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Syarak menaskan untuk menyucikan jilatan anjing hendaklah dibasuh dengan air 7 kali dan salah satunya bersama tanah.

Ada khilaf ulama bolehkah ditukar tanah dengan bahan cucian lain seperti sabun. Ada ulama tidak membenarkannya, kerana jenis basuhan jenis ini termasuk dalam perkara ‘taabbudi’ (yang tidak ditaakul oleh akal).

Ada sebahagian ulama Hanabilah yang membenarkan menggunakan sabun dan bahan cucian lain, jika payah untuk mendapatkan tanah atau penggunaan tanah boleh merosakkan bahan yang dibasuh.

Walaubagaimana pun, pendapat pertama yang tidak membenarkan lebih kuat, lebih berpegang kepada nusus, dan lebih menyelamatkan.

Syeikh Utsaimin menghujahkan kekuatan pendapat ini dengan beberapa asas:

1) Syarak menaskan penggunaan tanah, maka wajib diikuti arahan syarak.

2) Pada zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam terdapat penggunaan bahan cucian lain selain tanah, seperti Usynan (sejenis tumbuhan), yang digunakan untuk cucian. Tetapi baginda tidak mengisyaratkan kepada bahan tersebut.

3) Kemungkinan pada tanah terdapat material yang berfungsi menghapuskan kuman yang terdapat pada jilatan anjing.

4) Tanah adalah bahan cucian selain air. Kerana ia boleh digunakan untuk tayammum ketika ketiadaan air.

Maka, penggunaan tanah adalah wajib untuk basuhan jilatan anjing, dan tidak boleh ditukar kepada bahan lain, kecuali jika ketiadaan tanah. (Syarh Mumti’ 1/292)

Wallahu A’lam.

22 June 2009

Bagaimana Menyempurnakan Niat Dalam Sembahyang

Terdapat setengah orang yang terlalu susah untuk menyertakan niatnya semasa takbîratul ihrâm, sehinggalah berulang-ulang kali mengangkat takbir. Kadang-kadang sampai imam ruku dulu barulah dia dapat menyempurnakan niatnya.

Ada pula setengah orang itu seperti orang bermain bunga silat ketika mengangkat takbîratul ihrâm. Perbuatan seperti ini boleh menjejaskan kesahîhan dan kesempurnaan ibadat sembahyangnya, kiranya sebutan kalimat takbîratul ihrâm iaitu “Allahu Akbar” melebihi daripada harakat yang dibenarkan iaitu tidak melebihi empat belas harakat (tujuh alif). Kemudian, dari segi pergerakan tanganya boleh jadi melebihi had yang dibenarkan iaitu tiga kali pergerakan.

Keadaan seumpama ini berlaku disebabkan oleh penyakit was-was yang berpunca daripada gangguan syaitan. Seseorang akan berasa was-was dengan perbuatan yang dilakukan sama ada sudah sempurna atau belum.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa sunat bagi orang yang terkena was-was pada setiap kali berwudhu’, sembahyang dan lain-lain, dia membaca sebab syaitan itu apabila mendengar kalimat zikir ini dia akan lari menjauhkan diri. Selain daripada itu kalimat juga adalah induk segala zikir.

Para ulama juga mengatakan, bahawa ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan penyakit was-was ialah dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah.

As-Sayyid al-Jalil Ahmad bin Abu al Hawari berkata:

“Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani tentang was-was yang menimpaku. Lalu dia berkata: “Apabila kamu ingin menghilangkannya daripada dirimu, maka apabila sahaja kamu merasa was-was itu datang, bergembiralah kerana apabila engkau bergembira was-was itu akan terputus daripadamu. Tidak ada sesuatu yang paling dibenci oleh syaitan daripada kegembiraan orang yang beriman. Jika engkau bersedih hati tentulah was-was itu akan bertambah-tambah lagi menyerang dirimu.”

Menurut riwayat yang shahîh daripada Imam Bukhari dan Imam Muslim ada disebutkan, bahawa manusia itu senantiasa tertanya-tanya. Dari pertanyaan siapakah yang menjadikan makhluk ini, sampailah kepada : Siapa pula yang menjadikan Allah ? Maka barangsiapa menemukan hal semacam itu, hendaklah dia membaca :

Maksudnya : “Aku beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya.”

Al-Ustaz Abu al-Hasan as-Syazali pernah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya amalan yang boleh menangkis atau menolak was-was dan lintasan-lintasan fikiran yang tidak baik, dia mengatakan kepada mereka, bahawa barangsiapa yang merasa hal yang seumpama itu, maka letakkanlah tangan kanannya di atas dadanya, sambil mengucapkan :

Ertinya : “Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa, yang Maha Suci daripada kekurangan, yang Maha menciptakan sekalian makluk dan yang Maha Melakukan (apa yang dikehendakiNya)”.

Dibaca sebanyak tujuh kali. Kemudian dibaca pula :

Tafsirnya : “Jika Dia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu ( dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.”

(Surah Ibrahim : 19-20)

Amalan tersebut bolehlah dilakukan sebelum seseorang mengangkat takbîratul ihrâm.

Demikianlah di antara amalan-amalan dan do’a-do’a yang boleh diamalkan ketika diserang perasaan was-was ataupun lintasan-lintasan pemikiran yang tidak baik.

Apabila penyakit was-was sudah hilang, mak dipelajari pula cara menyempurnakan niat ketika takbîratul ihrâm.

Menyebut satu persatu di dalam hati “Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur empat rakaat tunai/qadha’ mengikut imam/menjadi imam kerana Allah Ta’ala” tidaklah dituntut untuk menghadirkan niat itu satu persatu ke dalam hati sebagaimana contoh di atas, iaitu bermula dari kalimat ’sahaja aku’ sehingga ‘kerana Allah Taala” tidaklah dituntut untuk menghadirkan niat itu satu persatu ke dalam hati sebagaimana contoh di atas, iaitu bermula dari kalimat ’sahaja aku’ sehingga ‘kerana Allah Taala. Yang dituntut hanyalah qashd (aku sembahyang), ta’aruddh (fardhu) dan ta’yin (Zuhur, Ashar dan sebagainya).

Adapun niat imam atau makmum ketika takbîratul ihrâm hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang selain daripada Jumaat tidaklah disyaratkan, bahkan hanya disunatkan.

Jika seseorang makmun tidak berniat mengikut imam ketika takbîratul ihrâm pada sembahyang fardhu selain daripada fardhu Jumaat, dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, ketika ruku’ umpamanya. Akan tetapi makruh dia berbuat begitu dan dia tidak mendapat pahala berjemaah melainkan setelah dia berniat mengikut imam.

Begitu juga dengan imam yang tidak berniat mejadi imam ketika takbîratul ihrâm atau ketika mengerjakan rukun yang lain, walaupun tidak membatalkan sembahyang tetapi tidak beroleh pahala berjemaah.

Manakala niat “Kerana Allah Ta’ala” juga tidak disyaratkan, bahkan hanya disunatkan sahaja. Namun tidak menjadi kesalahan untuk menghadirkan kesemuanya ke dalam hati jika mampu berbuat begitu.

Untuk lebih jelasnya, apabila seseorang hendak mengerjakan sembahyang Zuhur umpamanya, hendaklah dia menumpukan betul-betul dan menghadirkan dalam hatinya ataupun mengarahkan kemahuannya bahawa dia akan mengerjakan sembahyang fardhu Zuhur (qashd, ta’arrudh dan tayin) sebelum dia mengangkat takbîratul ihrâm. Maka ketika itu sunat menyebut lafaz niatnya dengan lidah, iaitu :

Dalam pada itu. dihadirkan ke dalam hatinya atau diarahkan kemahuan di dalam kalbunya makna lafaz niat yang diucapkannya, iaitu : “Aku sembahyang fardhu Zuhur”. Apabila telah hadir di dalam hatinya, maka tatkala itu ucapkan dengan lidahnya: “Allahu Akbar”, sambil dikekalkan makna lafaz niat itu di dalam hati, dalam jangka jarak mengucapkan “Allahu Akbar”.

Bagi sembahyang fardhu Jumaat ditambah satu lagi, iaitu berniat menjadi imam atau menjadi makmum. Sebagai contoh :

Ertinya :“Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat menjadi makmum”.

Jika tidak diniatkan menjadi imam atau menjadi makmum ketika takbîratul ihrâm, nescaya tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.

Bagi sembahyang Qashar, perkara-perkara yang manjadi tuntutan yang mesti disertakan ketika takbîratul ihrâm ialah qashad (aku sembahyang) ta’arrudh (fardhu), ta`yin (Zuhur) dan qasar.

Maka apabila keempat-empat perkara tersebut disatukan jadilah seperti berikut :

Ertinya : “Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur qashar.”

Sementara bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat ketika takbîratul ihrâm dua perkara, iaitu qashad (aku sembahyang) ta’yin (sunat Hari Raya Adhha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).

Termasuk juga dalam perkara ini, menentukan qabliyah dan ba’diyah dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sunat Zuhur, Maghrib dan ‘Isya, seperti dinyatakan dalam niat : “Sunat Zuhur qabliyah/ba’diyah.

Adapun sunat Subuh dan `Ashar tidaklah disyaratkan menentukan qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut tidak terdapat padanya melainkan sunat qabliyah sahaja.

Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbîratul ihrâm satu perkara sahaja iaitu qashad. Umpamanya seseorang berniat ketika mengangkat takbîratul ihrâm (Allâhu Akbar) : “Sahaja aku sembahyang”.

Begitulah kaedah bagi menyempurnakan niat di dalam sembahyang untuk panduan agar kita dapat menyempurnakan niat itu dengan betul dan akan terhindar daripada berasa was-was terutamanya ketika takbîratul ihrâm.

~ source: al-Hadaf ~

21 June 2009

Kuliah Subuh..

Motivasi al-Quran: Hidup sempit jika tolak tazkirah
oleh: Ustaz Zain Hashim


Tazkirah adalah satu pendekatan yang dianggap penting bagi menyampaikan mesej agama kepada manusia. Ia bertujuan memberi kesedaran tentang hakikat tanggungjawab diri manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi, iaitu mengajak manusia seluruh nya kepada yang makruf (perkara-perkara yang baik menurut pandangan Allah) dan mencegah mereka dari melaku kan yang mungkar dan keji.

Peranan serta fungsi tazkirah tidak boleh dipertikai kan sejak wujud nya Nabi Adam a.s. di dunia ini hinggalah ia diperhebat serta dikemaskini oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Berdasarkan Sirah Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah berjaya melaksana kan tugas nya sebagai seorang nabi dan rasul dengan menyampai kan mesej daripada Allah iaitu sebagai penguasa (khalifah) dengan memastikan tazkirah sebagai wadah atau pendekatan yang cukup berkesan hingga ramai di kalangan mereka pada waktu itu yang beraliran jahiliyah bertukar kepada Islam. Ini semua hasil penerimaan mereka terhadap tazkirah yang disampaikan oleh baginda. Bagi mereka yang menolak tazkirah seperti Abu Lahab dan Abu Jahal, mereka menemui kesudahan riwayat hidup mereka dengan mati dalam kesesatan dan dimasuk kan dalam api neraka Allah di akhirat.

Sehubungan itu, Allah menjelas kan menerusi ayat 124 hingga 127 surah Taha yang bermaksud: “Sesiapa yang berpaling (menolak) daripada peringatan-Ku (Allah, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpun kan nya pada hari Kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah dia, Wahai Tuhanku, mengapa Engkau menghimpun kan aku dalam buta, padahal aku dahulu (di dunia) adalah orang celik dapat melihat? Allah berfirman: Demikianlah, telah datang kepada mu ayat-ayat peringatan Kami, tetapi kamu melupakan nya (menolak), dan begitu pula pada hari ini (Kiamat) giliran kamu pula dilupakan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguh nya azab di akhirat itu lebih dahsyat dan kekal (tanpa berhenti).

Jelas daripada penjelasan ayat di atas, memberi kita panduan dan pedoman berguna, bahawa Allah SWT akan menghukum manusia yang ada dalam perasaan hati mereka rasa sombong untuk tidak menerima tazkirah (peringatan) yang boleh memotivasi kan nya menjadi manusia terbaik di sisi Allah SWT.

Justeru, apabila kita menyingkap kepada peninggalan sejarah generasi silam, kita dapati mereka yang berjaya bergelar ulama adalah mereka yang terdidik dengan menerima tazkirah sebagai alat memajukan mereka sebagai manusia yang sanggup berkorban untuk agama..

20 June 2009

Berapa lama kita dikubur?

Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan Menyeberangi kawasan lampu merah Karet. Baju merahnya yang kebesaran melambai lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang es krim Sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicipi, sementara tangan kirinya mencengkram ikatan sabuk celana ayahnya. Yani dan ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan dan kemudian duduk di atas seonggok nisan.

“Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1905:20-01-1965″
“Nak, ini kubur nenekmu mari kita berdo’a untuk nenekmu” Yani melihat wajah ayahnya, lalu menirukan tangan ayahnya yang mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo’a untuk neneknya…

“Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya yah.” Ayahnya mengangguk sembari tersenyum sembari memandang pusara Ibu-nya.
“Hmm, berarti nenek sudah meninggal 36 tahun ya yah…” kata Yani berlagak sambil matanya menerawang dan jarinya berhitung.
“Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 36 tahun … ” Yani memutar kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana. Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut “Muhammad Zaini : 19-02-1882 : 30-01-1910″

“Hmm.. kalau yang itu sudah meninggal 91 tahun yang lalu ya yah” jarinya menunjuk nisan disamping kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengelus kepala anak satu-satunya.
“Memangnya kenapa ndhuk ?” kata sang ayah menatap teduh mata anaknya.
“Hmmm, ayah khan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa di neraka ” kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. “Iya kan yah?”
Ayahnya tersenyum, “Lalu?”
“Iya .. kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 36 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 36 tahun nenek senang di kubur …. ya nggak yah?”
Mata Yani berbinar karena bisa menjelaskan kepada ayahnya pendapatnya. Ayahn ya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas …..
“Iya nak, kamu pintar,” kata ayahnya pendek.

Pulang dari Pemakaman, ayah Yani tampak gelisah di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya … 36 tahun … hingga sekarang …kalau kiamat datang 100 tahun lagi ….136 tahun disiksa .. atau bahagia di kubur …. Lalu ia menunduk … meneteskan air mata …
Kalau ia meninggal .. lalu banyak dosanya … lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti ia akan disiksa 1000 tahun? Innalillaahi wa inna ilaihi rooji’un … air matanya semakin banyak menetes…..Sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan ..kalau 2000 tahun lagi ? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur .. lalu setelah dikubur? Bukankah akan lebih parah lagi? Tahankah? Padahal melihat adegan preman dipukuli massa ditelevisi kemarin ia sudah tak tahan?

Ya Allah …ia semakin menunduk .. tangannya terangkat keatas..bahunya naik turun tak teratur…. air matanya semakin membanjiri jenggotnya ….. Allahumma as aluka khusnul khootimah berulang kali di bacanya doa itu hingga suaranya serak … dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan bambu… dibetulkannya selimutnya. Yani terus tertidur …tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya .. arti Sebuah kehidupan… dan apa yang akan datang di depannya…

*Laailaha Illallah.. Cerita ini menyedarkan aku.. sedih rasanya... apakah amalan aku akan di terima... apakah amalan2 yg telah aku lakukan... Ya Allah banyaknya dosa ku.. Ampunkanlah kami ya Allah...

Tak Sesulit yang Anda Bayangkan..

Di sebuah ladang terdapat sebongkah batu yang amat besar. Dan seorang petani tua selama bertahun-tahun membajak tanah yang ada di sekeliling batu besar itu. Sudah cukup banyak mata bajak yang pecah gara-gara membajak di sekitar batu itu. Padi-padi yang ditanam di sekitar batu itu pun tumbuh tidak baik.

Hari ini mata bajaknya pecah lagi. Ia lalu memikirkan bahwa semua kesulitan yang dialaminya disebabkan oleh batu besar ini. Lalu ia memutuskan untuk melakukan sesuatu pada batu itu. Lalu ia mengambil linggis dan mulai menggali lubang di bawah batu.

Betapa terkejutnya ia ketika mengetahui bahwa batu itu hanya setebal sekitar 6 inchi saja. Sebenarnya batu itu bisa dengan mudah dipecahkan dengan palu biasa. Kemudian ia menghancurkan batu itu sambil tersenyum gembira. Ia teringat bahwa semua kesulitan yang di alaminya selama bertahun-tahun oleh batu itu ternyata bisa diatasinya dengan mudah dan cepat.


*Kita sering ditakuti oleh bayangan seolah permasalahan yang kita hadapi tampak besar, padahal ketika kita mau melakukan sesuatu, persoalan itu mudah sekali diatasi. Maka, atasi persoalan anda sekarang. Kerana belum tentu sebesar yang anda takutkan, dan belum tentu sesulit yang anda bayangkan.

19 June 2009

Kisah Gadis Kecil dan Hasan Al Bashri

Sore itu Hasan al-Bashri sedang duduk-duduk di teras rumahnya. Rupanya ia sedang bersantai makan angin. Tak lama setelah ia duduk bersantai, lewat jenazah dengan iring-iringan pelayat di belakangnya. Di bawah keranda jenazah yang sedang diusung berjalan gadis kecil sambil terisak-isak. Rambutnya tampak kusut dan terurai, tak beraturan.

Al-Bashri tertarik penampilan gadis kecil tadi. Ia turun dari rumahnya dan turut dalam iring-iringan. Ia berjalan di belakang gadis kecil itu. Di antara tangisan gadis itu terdengar kata-kata yang menggambarkan kesedihan hatinya. “Ayah, baru kali ini aku mengalami peristiwa seperti ini.” Hasan al-Bashri menyahut ucapan sang gadis kecil, “Ayahmu juga sebelumnya tak mengalami peristiwa seperti ini.”

Keesokan harinya, usai salat subuh, ketika matahari menampakkan dirinya di ufuk timur, sebagaimana biasanya Al-Bashri duduk di teras rumahnya. Sejurus kemudian, gadis kecil kemarin melintas ke arah makam ayahnya. “Gadis kecil yang bijak,” gumam Al-Bashri. “Aku akan ikuti gadis kecil itu.”

Gadis kecil itu tiba di makam ayahnya. Al-Bashri bersembunyi di balik pohon, mengamati gerak-geriknya secara diam-diam. Gadis kecil itu berjongkok di pinggir gundukan tanah makam. Ia menempelkan pipinya ke atas gundukan tanah itu. Sejurus kemudian, ia meratap dengan kata-kata yang terdengar sekali oleh Al-Bashri. “Ayah, bagaimana keadaanmu tinggal sendirian dalam kubur yang gelap gulita tanpa pelita dan tanpa pelipur? Ayah, kemarin malam kunyalakan lampu untukmu, semalam siapa yang menyalakannya untukmu? Kemarin masih kubentangkan tikar, kini siapa yang melakukannya, Ayah? Kemarin malam aku masih memijat kaki dan tanganmu, siapa yang memijatmu semalam, Ayah? Kemarin aku yang memberimu minum, siapa yang memberimu minum tadi malam?

Kemarin malam aku membalikkan badanmu dari sisi yang satu ke sisi yang lain agar engkau merasa nyaman, siapa yang melakukannya untukmu semalam, Ayah?” “Kemarin malam aku yang menyelimuti engkau, siapakah yang menyelimuti engkau semalam, ayah? Ayah, kemarin malam kuperhatikan wajahmu, siapakah yang memperhatikan tadi malam Ayah? Kemarin malam kau memanggilku dan aku menyahut penggilanmu, lantas siapa yang menjawab panggilanmu tadi malam Ayah? Kemarin aku suapi engkau saat kau ingin makan, siapakah yang menyuapimu semalam, Ayah? kemarin malam aku memasakkan aneka macam makanan untukmu Ayah, tadi malam siapa yang memasakkanmu?”

Mendengar rintihan gadis kecil itu, Hasan al-Bashri tak tahan menahan tangisnya. Keluarlah ia dari tempat persembunyiannya, lalu menyambut kata-kata gadis kecil itu. “Hai, gadis kecil jangan berkata seperti itu. Tetapi, ucapkanlah, “Ayah, kuhadapkan engkau ke arah kiblat, apakah kau masih seperti itu atau telah berubah, Ayah?

Kami kafani engkau dengan kafan yang terbaik, masih utuhkan kain kafan itu, atau telah tercabik-cabik, Ayah? Kuletakkan engkau di dalam kubur dengan badan yang utuh, apakah masih demikian, atau cacing tanah telah menyantapmu, Ayah?”

“Ulama mengatakan bahwa hamba yang mati ditanyakan imannya. Ada yang menjawab dan ada juga yang tidak menjawab. Bagaimana dengan engkau, Ayah? Apakah engkau bisa mempertanggungjawabkan imanmu, Ayah? Ataukah, engkau tidak berdaya?”

“Ulama mengatakan bahwa mereka yang mati akan diganti kain kafannya dengan kain kafan dari sorga atau dari neraka. Engkau mendapat kain kafan dari mana, Ayah?”

“Ulama mengatakan bahwa kubur sebagai taman sorga atau jurang menuju neraka. Kubur kadang membelai orang mati seperti kasih ibu, atau terkadang menghimpitnya sebagai tulang-belulang berserakan. Apakah engkau dibelai atau dimarahi, Ayah?”

“Ayah, kata ulama, orang yang dikebumikan menyesal mengapa tidak memperbanyak amal baik. Orang yang ingkar menyesal dengan tumpukan maksiatnya. Apakah engkau menyesal karena kejelekanmu ataukah karena amal baikmu yang sedikit, Ayah?”

“Jika kupanggil, engkau selalu menyahut. Kini aku memanggilmu di atas gundukan kuburmu, lalu mengapa aku tak bisa mendengar sahutanmu, Ayah?” “Ayah, engkau sudah tiada. Aku sudah tidak bisa menemuimu lagi hingga hari kiamat nanti. Wahai Allah, janganlah Kau rintangi pertemuanku dengan ayahku di akhirat nanti.”

Gadis kecil itu menengok kepada Hasan al-Bashri seraya berkata,”Betapa indah ratapanmu kepada ayahku. Betapa baik bimbingan yang telah kuterima. Engkau ingatkan aku dari lelap lalai.”

Kemudian, Hasan al-Bashri dan gadis kecil itu meninggalkan makam. Mereka pulang sembari berderai tangis.

Sumber: Mutiara Hikmah dalam 1001 Kisah (Al-Islam)

*Ya Allah Ya Tuhan Ku.. yang maha pengasih lagi maha pengampun... Ampunkanlah segala dosa-dosa dan perbuatan arwah bapa ku... Engkau luaskanlah kuburanya Ya Allah.. lepaskan dia dari siksaan kubur... golongkan dia dalam orng2 yang beriman... Amin Ya Rabbil Alamin..

Solat Taubat Penjernihan Jiwa

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

Untuk pembacaan lanjut tentang taubat — http://nurjeehan.wordpress.com/tag/taubat/

———————————————————–

*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

*Semoga taubat kita diterima.. Amin..

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

18 June 2009

Jangan Berkahwin Kerana.. (untuk yg bujang sahaja.. hehehe)

1. Harta
Tidak ada gunanya hidup harta banyak tetapi tanpa cinta.. harta boleh dating dan pergi setiap saat. "Cinta" yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.

2. Perasaan Asmara
Rasa tertarik, simpati, merupakan asmara yang sering disalah erti sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan diuji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.

3. Rupa Saja
Kecantikan yang diluar memang indah,
tapi dapat luntur termakan umur.
Utamakanlah kecantikan yang di dalam.

4. Belas Kasihan
memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidakboleh menjadi dasar perkhawinan.
belas kasihan boleh luntur, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar perkhawinan adalah kasih, bukan kasihan

5. Untuk Kepuasan Seks Sahaja
Memang seks suci dan penting dalam hubungan suami isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari perkhawinan. Seks hanyalah salah satu bahagian dari perkhawinan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.

6. Paksaan Keluarga
Seorang anak harus Berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal perkhawinan, kalau mereka memang salah dan anda benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.

7. Desakan Usia
Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan, orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita). Banyak orang akhimya "yang penting ada." Jauhilah tindakan tersebut.
Sabar dan yakinlah bahwa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk anda. Jangan takut kehabisan jatah dan kadaluarsa.

8. Untuk Membalas Jasa
Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas, tapi jangan dengan perkhawinan.

9. Jangan Berkhawin Kerana inginkan Anak

Agar Mudah Mengerjakan Solat malam

Pertama, jangan banyak makan dan minum

Salah seorang ahli ibadah mengatakan, “Wahai para hamba, janganlah kalian banyak makan, kerana kalian akan banyak minum, lalu kalian akan tidur, sehingga akan terhalang daripada mendapat banyak kebaikan, dan kalian pun akan mendapat kerugian yang besar. seterusnya, kalian akan banyak menyesal menjelang kematian!”

Inilah pesan yang begitu bernilai. Ya, jangan kita banyak makan agar tidak menghalang kita dari solat malam. Mari kita lakukan, dan tunjukkan tanggungjawab sepenuhnya. Jangan anda fikir ini urusan yang ringan

Kedua, jangan terlalu memeras tenaga di waktu siang

Antara perkara yang akan membantu anda untuk mengerjakan solat malam adalah, janganlah berlebihan dalam menggunakan tenaga diwaktu siang semasa bekerja. anda mungkin akan mengatakan, “Ini adalah kata – kata yang sangat Ideal! Sebab pekerjaan ini bukanlah pilihan sendiri. pekerjaan di waktu siang itu merupakan pekerjaan yang berat. dengan nasihat ini, anda sedang meminta kami untuk melakukan sesuatu yang mustahil!”

Ya, anda boleh katakan begitu wahai saudaraku. namun, cubalah meluangkan sedikit masa untuk tidur sekejap di waktu siang serta jangan lupakan niat dan matlamat.

Saya gembira, anda telah menyambut hangat faktor – faktor penolong ini dan mulai berusaha merealisasikannya.

Ketiga, hindari maksiat

Ini merupakan faktor penolong yang paling penting. salah seorang Tani’in mengatakan, “Janganlah kalian berbuat maksiat kepada Allah di waktu pagi, nescaya kalian akan mampu mengerjakan solat malam.”

Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah juga mengatakan, “Saya terhalang melakukan solat malam selama lima bulan akibat sebuah dosa yang saya lakukan.” Beliau pun ditanya, “Dosa apakah itu?”. Beliau menjawab, “Saya melihat seseorang sedang menangis, kemudian saya katakan, ‘Ini adalah orang yang riya’!’ ”

Sesungguhnya dosa umpama tali yang mengikat manusia. Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan, istigfar, dan taubat.

Keempat, lakukan dengan bertahap

Ini juga merupakan faktor yang tidak kurang pentingnya dengan yang sebelum ini. Janganlah anda kerap menghidupkan semangat yang sekejap dengan mengatakan, “Saya akan mengerjakan solat sepanjang malam setiap hari!”. Tetapi jadikanlah semangat dan motivasi anda ini sebagai semangat yang seimbang dan teratur. Berwaspadalah pada pintu penipuan syaitan. Semangat yang teratur merupakan gerbang menuju perlaksanaan ibadah ini dengan jayanya. mulailah dengan dua rakaat ringan sebelum tidur dan terus tekunlah mengerjakannya selama sebulan. Sehingga tidak ada hari yang dilalui tanpa mengerjakannya. Lalu tambahlah sedikit, dan seterusnya tambahlah setahap, demi setahap lagi.

Hayatilah, saudaraku “Agama itu mudah. Selamilah ia dengan lembut.” (HR. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra)

(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

17 June 2009

Solat tahajjud dari perspektif perubatan

"Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktutidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut.

Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning. Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )


IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka.

Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."

"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow
Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.

*Semoga hati kita diringankan untuk mengerjakan kebaikan... InsyAllah..

16 June 2009

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak (qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajjud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam..

15 June 2009

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi. Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

1) Bilangan Waktu : tidak terhad
2) Waktu malam - selepas tidur sebelum subuh.

Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud

Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Baca ketika sujud terakhir - 3 kali


Maksudnya:
Ya Allah, masukkanlah aku dengan kebenaran dan kleluarkanlah aku dengan kebenaran
dan kurniakan aku kekuasaan yang dapat menolong.


"Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."

14 June 2009

Ujian dan cobaan..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Aduh.. sakitnya kepala ku.. bangun pagi dan mo besiap untuk ke opis.. Ya Allah.. berdenyut-denyut kepala.. tapi aku gagahi jugak... kerana kewajipan kerja dan ada perkara yg perlu aku selesaikan di opis... ini gara-gara tidur lewat semalam.. pulang lambat dari majlis sederhana meraikan hari jadi Kak Jayn.. sahabat baik ku jugak... setelah pulang lebih kurang jam 11.45 malam.. bersiap untuk tidur.. tetapi aku tidak tidur lagi kerana melayan rancangan tv yang lucu sekali... hahaha.. biasalah Adam Sandler.. siapa yg nda kenal kenakalannya.. mata aku rasa berat sekali.. tup..tup jam satu lebih suda... Astagafirullah Al-adzim... lewat bangun lah ni... bangun pagi ja.. itulah yg aku dapat.. sakit kepala.. tapi.. terfikir jugak ujian Allah mungkin.. apalagi sebelum ini aku telah memaparkan sedikit cerita mengenai sahabat ku yg ditimpa musibah.. aku mengharapkan agar apa yang aku paparkan ini boleh dijadikan iktibar dan menguatkan semangat bukan sahaja dia.. atau aku sendiri.. tetapi orang lain di luar sana.. dan pagi ini aku terus kemeja komputer ku.. dan mencari lagi sumber mengenai ujian dan cobaan-cobaan yg Allah beri kepada hamba-hambanya... dan hasilnya aku telah menemukan penjelasan dan coretan yg tidak kurang panjangnya dari "ahmadiamrun'' dan "adinda" dan mencari lagi di forum-forum soal jawab dan persoalan agama.. aku telah menggabungkannya dan menambah sedikit jika perlu.. kerana isi pantinya memang jelas dan pastinya... persoalan ku sedikit sebanyak terjawab lebih-lebih lagi Al-Quran ada jawapannya...

Persoalan utama yg terfikir.. ntah sedar atau tidak.. pernahkah kita merasa diuji oleh Allah... Kita cenderung mengatakan kalau kita ditimpa kesusahan maka kita sedang mendapat cubaan dan ujian dari Allah... jarang sekali kalau kita dapat rezeki dan kebahagiaan kita teringat bahawa itupun merupakan ujian dan cubaan dari Allah...

Hidup ini pada hakikatnya adalah ujian dari Allah SWT... Kekayaan, kemiskinan, kematian, kesabaran, musibah dan segala macam cubaan lainnya tidak akan lepas begitu saja dalam kehidupan seseorang... Allah sebagai pemberi ujian, tidak akan membebani hamba-Nya tanpa menyiapkan balasan, baik ganjaran yang baik maupun buruk... Semua proses ini bermula kepada satu hal.. yakni menguji sikap keimanan kita kepada Sang Pencipta Alam...

Ada diantara kita yang tak sanggup menghadapi ujian itu dan boleh jadi ada pula diantara kita yang kuat menghadapinya. Al-Qur'an mengajarkan kita untuk berdo'a:

"Ya Tuhan kami, jangnlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya..."(QS 2: 286)

Do'a tersebut lahir dari sebuah kepercayaan bahawa setiap dari kehidupan kita merupakan cobaan dari Allah... Kita tidak mampu menghindar dari ujian dan cobaan tersebut, yang boleh kita buat adalah agar cobaan tersebut sanggup kita hadapi dan jalani... Cobaan yang datang ke dalam hidup kita boleh jadi berupa rasa takut, rasa lapar, kurang harta dan lainnya.

Bukankah kerana alasan takut lapar ada diantaranya sanggup berbunuhan hanya kerana persoalan beberapa ratus ringgit sehinggakan ada yang berani dan sanggup menyeleweng dan menerima jutaan ringgit dengan cara yg salah.. Bukankah kerana rasa takut akan kehilangan pekerjaan.. jawatan.. ada diantaranya yg sanggup membuat perkara yg kurang enak dan dilarang agar bertahan pada 'posisinya' malah ada yg bertujuan untuk lebih meningkat ke "kerusi" yg lebih empuk... Bukankah kerana takut kehabisan harta kita jadi tidak mau mengeluarkan zakat dan sedekah....

Ada yg bertanya.. benarkah kesabaran sebahagian dari ujian..... apakah ketika sabar tidak boleh menangis.. adakah kalau menangis belum dikatakan sabar... dan persoalan begini sebenarnya pernah terlintas difikiran ku.. dan jawapannya adalah..

Iya.. kesabaran merupakan bahagian dari ujian, misalnya apakah kita sabar dalam menghadapi musibah dan takdir Allah yang menyakitkan? itu merupakan ujian juga untuk kita...

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan." (QS. Al Anbiya’ 21:35)

Fitrah manusia.. menangis jika mendapat kesenangan... atau jika tertimpa musibah... wajar lah kita menangis ketika ditimpa musibah... asalkan jangan berlebih-lebihan... kerana Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang berlebihan.

"....Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan" [QS Al A'Raaf:31]

Al-Qur'an melukiskan secara luar biasa cobaan-cobaan tersebut... Allah berfirman:

"Dan Sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (QS 2: 155)

Menarik sungguh kerana Allah menyebut orang sabarlah yang akan mendapat berita gembira. Jadi bukan orang yang menang atau orang yang gagah.... tapi orang yang sabar! Biasanya kita akan cepat-cepat berdalih, "yah..sabar kan ada batasnya..." Atau lidah dan hati kita berbisik, "sabar.. sabar... nda apa kalau tidak dapat yg itu.. bukan rezki.." (sambil mengusap2 dada)
Selalunya manusia dipenuhi dengan kebenaran-kebenaran yang ia ciptakan sendiri... Kemudian Allah menjelaskan siapa yang dimaksud oleh Allah dengan orang sabar pada ayat di atas:

"(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un". (Qs 2: 156)

Ternyata, begitu mudahnya Allah melukiskan orang sabar itu... Bukankah kita sering mengucapkan kalimat "Inna lillahi...." terutamanya ketika mendengar orang mennggal dunia atau sesiapa yg ditimpa masalah.. Orang sabarkah kita? hmmm.. Andai kata kita mau merenung makna kalimat Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un maka kita akan tahu bahawa sukar sekali menjadi orang yang sabar... maksud kalimah itu adalah :

"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali."

Kalimat ini ternyata bukan sekadar kalimah biasa... Kalimah ini mengandungi pesan dan kesedaran tauhid yang tinggi... Setiap musibah, cobaan dan ujian itu tidaklah berarti apa-apa karena kita semua adalah milik Allah; kita berasal dari-Nya, dan baik suka maupun duka, diuji atau tidak, kita pasti akan kembali kepada-Nya. Ujian apapun itu datangnya dari Allah, dan hasil ujian itu akan kembali kepada Allah... Inilah orang yang sabar menurut Al-Qur'an!

Ikhlaskah kita bila kereta yang kita beli dengan susah payah hasil keringat sendiri tiba-tiba hilang... atau relakah kita bila mendapat sesuatu keuntungan yang sudah didepan mata... tiba-tiba tidak jadi diberikan kepada kita... malah diberikan kepada saingan kita pulak...

Berubah menjadi dengki kah kita bila melihat jiran kita membeli perabot baru, kereta baru atau 'pacar' baru.... hahahaha.. Bolehkah kita mengucap perlahan-lahan dengan penuh kesedaran, bahawa semuanya dari Allah dan akan kembali kepada Allah... Kita kan diciptakan dari tanah dan akan kembali menjadi tanah.... Bila kita mampu mengingat dan menghayati makna kalimat tersebut, ditengah ujian dan cobaan yang menerpa kehidupan kita, maka Allah menjanjikan dalam Al-Qur'an:

"Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

Bersikap sabar itu memang tidak mudah, kadang-kadang aku sendiri tidak sabar jika menghadapi suatu masalah atau persoalan... apalagi masalah yang berat... tapi itulah ujian, ujian atas keimanan kita...

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (QS. Al-’Ankabut : 2-3)

Bersabar itu bukan bererti tidak berbuat apa-apa.. kerana Allah SWT memerintahkan kita untuk selalu berusaha semaksima mungkin... Bersabar pun tidak mengenal kata batas akhir, kerana ia akan selalu ada sehinggalah nyawa meninggalkan raga kita...

Banyak orang yang mengatakan bahawa "kesabaran itu ada batasnya".. malah aku juga pernah berkata demikian.. padahal sabar itu tidak terbatas kerana setelah sabar bermaksud ada tawakal...

"Apakah kalian sudah beriman??? sebelum AKU memberi mu ujian..... ujian itu akan datang sesuai dengan kadar keimanan kita"..

Kalau kadar keimanan kita tinggi, bererti ujian yang akan diberikan juga berat... seperti kata orang.. makin tinggi pohon, makin banyak kena angin..... dan aku yakin.. semakin berat dan besar kesusahan yg kita dapat.. semakin 'cantik' hasilnya kita dimasa akan datang... pastinya Allah menyukai dan menyayangi orang-orang diberikan ujian.. setelah itu dia bersabar...

Dalam sebuah hadis Allah berkata: "Siapa yang tidak rela menerima ketentuanKu... silakan keluar dari bumiKu!" Subhanallah..... "inna lillahi wa inna ilaihi raji'un"

*Semoga kita sentiasa dilindungi dan digolongkan dalam orang-orang yang sabar... Amin..

13 June 2009

Sesukar mana pun.. pasti ada jalannya..

Bismillahirahaman Nirahim... Assalamualaikum..

Aduhai... mengapa yah.. setiap masalah yg kita hadapi pastinya membuatkan kita rasa 'down' pulak.. terasa dunia ini gelap gulita.. kita jadi rasa murung.. kecewa.. sedih.. dan bla..bla..bla.. Hai... dunia.. ada yg menganggap dunia ini tidak adil.. dan bg yg bercinta.. seakan dunia ini ana yg punya.. hihiihi.. lucu... tapi.. bila mengenangkan masalah seorang teman.. aduh.. sedihnya sahabat ku.. kecewa.. berduka.. menangis.. (hmmm.. mcm yg pernah aku rasa jak ni...) hihihihi... tp.. apa yg mampu aku katakan sabar... sabar.. dan terus bersabar.. kerana ada hikmahnya wahai sahabat ku... yakin jak.. kerana semua org pernah merasanya.. cuma mungkin cerita yg berbeza.. tp.. pokok pangkalnya yah sama.. (ish.. mcm bahasa tanah seberang ja yg aku pakai ni.. antam jak la.. aku tiru cara bahasa kiyai dr negara jiran di astro oasis.. heheheh) semuanya melibatkan hati dan perasaan.. sakitnya tetap terasa di hati.. di jantung.. dan di kalbu...

aku teringat kata2 sahabat ku.. sapa lg klu bukan kafle.. sakit hati... jauh hati.. segala penyakit hati.. pokok pangkalnya semua kesakitan itu paling terasa sakitnya adalah di hati... maka hati ubatnya adalah ayat2 Al-Quran.. dan dia memang betul.. bila terasa hati sakit.. semacam di tusuk2 jarum... bacalah dan berzikirlah.. IsnyaAllah.. semuanya akan okey... trust me!!

Wahai sahabat ku.. ingatlah.. hidup tidak memberikan apa yang kita inginkan.. hidup ini tidak seperti yg kita impikan atau idamkan.. tetapi... semuanya akan berubah jika kita sentiasa melihatnya dari sudut yg baik2.. sudut positif.. bersyukur dengan apa yg ada.. terima hakikat yg kita perlu berbagi kebahagiaan dengan semua makhluk Allah.. adilkah klu kita jak yg sentiasa rasa gembira.. semua yg kita ingin kan kita perolehi.. sedangkan org lain jugak memerlukannya.. mungkin kita perlu untuk mengikis perasaan tamak di hati.. kita berkongsi.. hari ini kita merasa dirundung malang.. bsuk lusa.. orang lain pulak.. terkadang aku terfikir.. hidup ini umpama 'subject ekonomi'.. ada kos lepasnya... tidak semua yg kita mau kita boleh dapat sewenangnya... sedangkan kemampuan kita hanya sedikit.. mampukan kita memiliki kereta mewah yg kita idamkan sedangkan kita hanya ada sedikit sumber kewangan... dan terpaksa dipilih pulak sama ada mau kereta mewah atau pun rumah tersergam indah... yah.. orang kaya sudah tentu boleh memperolehinya.. tp.. pernah kah kita terfikir.. org kaya yg memiliki kesemua yg kita mahukan.. bahagiakah mereka.. tenangkah hidupnya... dan sekali lagi kita menghadapi pilihan sama ada kekayaan atau kebahagiaan.. dan pastinya hukum ekonomi lagi yg perlu diguna iaitu.. kos lepas... sepertinya memilih positif dan negatif..

Wahai sahabat ku.. Kita semua mengalami perasaan negatif seperti itu setiap hari... apa yang perlu di lakukan dalam situasi seperti ini.. apa yang perlu di lakukan ketika hidup seolah-olah neraka bagi kita dan semuanya tidak terjadi seperti yang diharapkan... apakah kita perlu mengunci diri sendiri di dalam kamar dan mulai menangis.. menangis.. dan terus menangis...

Apakah perasaan negatif atau positif ini datang untuk sekali-sekali dan kemudian pergi setelah 5 atau 10 minit dan kita kemudiannya kembali ke kehidupan yg sebenarnya.. dan bila di kehidupan nyata kita cuba untuk menendang yang buruk dan berjuang dengan masalah dengan keberanian untuk mendapatkan perasaan positif..

Lihatlah sahabat ku.. ada dua pandangan yang mempertimbangkan segala sesuatu perkara... Salah satunya adalah Positif dan kedua adalah Negatif... apapun yang kita lakukan, besar atau kecil, keduanya memiliki pandangan yang baik dan buruk... terpulang kepada kita bagaimana melihat sesuatu perkara tersebut... kita dapat bereaksi positif atau negatif pada masalah yg kita hadapi... bila bereaksi positif pada masalah.. maka kita akan menemukan jalan yg sangat mudah untuk menyelesaikan masalah... di posisi lain, jika kita bereaksi negatif pada masalah.. maka kita akan berakhir dengan kegelisahan dan depresi (tension)... Jadi reacting positif pada setiap aspek kehidupan akan membantu kita untuk memilih hidup bahagia...

Ada hikmahnya.. mengapa apa yg kita inginkan tidak datang kepada kita.. aku ingin berkongsi cerita seseorang.. seperti yg diceritakannya... dulu ketika dia memiliki semuanya maksudnya kekayaan.. dia merasa senang.. masalah kewangan tidak pernah timbul.. sentiasa sibuk mencari dan mengumpul harta... pada satu masa dia telah calonkan untuk menjadi 'Yang Berhormat (YB)' di satu kawasan di Sabah.. sibuk dengan berkempen.. memancing undi.. dan dlm masa yg sama menguruskan kewangannya.. lupa seketika tanggungjawab menjadi ketua keluarga.. anak2 dibiarkan seketika.. kerana baginya.. anak2nya sudah besar.. boleh berfikir.. si isteri pulak dirasakan faham akan tanggungjawabnya... dan ntah kenapa setelah penamaan calon.. namanya tercicir.. tapi baginya di 'sengajakan' untuk ditukar dengan calon lain yg mungkin ada kepentingan.. mungkin... sedangkan harta dan kewangannya sudah habis dibelanjakan untuk berkempen.. memancing undi... menyiapkan poster.. baju.. dan segalanya.. kata orang tinggal lekat ja lagi... pekerja sudah ada.. yg telah digajikan juga suda.. walaupun kerja sepatutnya belum habis... 'bukan rezki' katanya... lama jugak dia memulihkan kekecewaan.. dengan sumber kewangan yg kian berkurangan... tanah dan jentera lain telah dijual untuk perbelanjaan berkempen.. apa lagi dia memang seorang pemimin pilihan di kawasannya.. apa kan daya.. apa yg dirancang semuanya tidak menjadi.. kerana Allah yg menentukan...

Bulan berganti bulan.. tahun berganti tahun... dia makin melupakan peristiwa pahit baginya.. apa lagi.. hidup perlu diteruskan kerana perlu menyara anak bini... teman2 rapat dahulu kini hilang satu persatu... yg menyokong kini semakin kurang... Allah tidak menakdirkannya menjadi YB.. tapi.. bila dia menceritakannya kepada ku... ini katanya...

"Inilah hikmahnya tom.. aku pindah dan memulakan hidup baru.. ketika dulu aku lupa tanggung jawabku.. sehinggakan anak2 ku terbiar.. isteriku merasa jauh hati... tapi syukur kerana aku tidak terlambat... memperbaiki keadaann.. aku tidak sesenang dulu.. tapi.. rezki Allah ada dimana2.. syukur aku masih mampu berusaha mencari sesuap nasi.. walaupun pernah jatuh.. dan kini anak2 ku belajar dgn baik.. isteriku membantu dgn menjual kuih muih.. kini Alhamdulillah.. aku mula dari bawah.. dan hasilnya semakin baik... kalau lah aku menjadi YB dulu.. ntahlah apa jadi dengan anak2 dan isteri ku.. mungkin aku senang kerana ada nama.. tapi.. bahagia kah aku.. apa lagi dulu aku selalu melakukan perkara yg terlarang kerana ingin mengambil hati sesetengah pihak.. kini hatinya tenang.. tidak perlu memikirkan masalah org lain.. memikirkan menangkah aku dlm pemilihan tu nanti.. berapa ramai lagi yg akan membenci ku.. dan adakah yg menyokong aku seikhlasnya.. sapa kawan dan sapa lawan.. dan syukur Ya Allah.. kerana masih diberikan kesedaran dan kesempatan.."

Itulah ceritanya kepada ku... hikmah yg tersembunyi... disebalik kejadian yg dirasakan tidak adil baginya.. dan kejadian ini mengingatkan aku dengan kata2 sahabat ku ketika aku dirundung masalah dahulu...

"Kita sering nampak derita hari ini.. tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari.. jadi belajarlah untuk meghargai apa yg kita miliki hari ini.. kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya.. jika semuanya telah tiada..."

Kita selalunya merasakan hidup penuh dengan masalah, atau apakah kita tahu bagaimana untuk menghadapi masalah hidup dan membuatkannya indah dan menyenangkan setiap hari... sukar memang sukar.. tidak semudah yg kita kata.. seperti yg pernah aku katakan dulu.. "cakap senanglah.. buat bukannya mudah".. tapi.. apa salahnya kita cuba.. kerana hidup perlu diteruskan.. sesukar mana pun.. hidup tetap akan berjalan... dan kita tetap menghadapinya.. jadi.. mau tidak mau.. KITA MESTI PILIH.. (mcm iklan bank la pulak) tp.. itulah hakikatnya.. pilih untuk terus merasa sakit atau mau untuk mengubatnya..

Ada diantara kita dan sebagian besarnya.. orang yang tidak senang adalah orang-orang yang tidak suka diri sendiri dan orang lain... Sangat penting untuk kita untuk mencapai kebahagiaan... dan perlunya kita mengenali dan memaafkan diri sendiri dan jugak orang lain.. Kita harus kuat.. bukan sahaja dari segi fizikalnya.. tetapi mentalnya...

Ingatlah Allah tidak sahaja memberikan kita rasa ketakutan dan kesedihan.. tetapi berbagai rasa kebahagiaan.. rasa syukur.. dan rasa berterima kasih bukan sahaja pada sang pencipta.. tetapi pada diri kita sendiri.. kerana sebenarnya kita kuat.. tapi tidak mengakuinya.. kerana kita boleh hidup bahagia... tapi membiarkannya.. nikmati hidup kita setiap hari kerana kita tidak tahu bila berakhirnya hidup kita... jangan fikirkan perasaan sakit sahaja kerana kita ada hak untuk hidup bahagia.. buang.. tendang.. dan segalanya semua perkara buruk dan fikiran negatif dari fikiran kita.. InsyaAllah.. semuanya akan baik2 belaka... kerana kita yg membuat keputusan untuk memilih hidup.. sama ada bahagia dan menikmati perjalanan kehidupan... atau sebaliknya..

Sahabatku.. pesanan dari sahabat mu ini... I KNOW U CAN DO IT... TRUST ME!!

*If peace is really what u want.. then u will choose peace.. The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams...
Blog Widget by LinkWithin