Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
salam ceria untuk semua.. alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana hari ini aku masih diberi kesempatan untuk bernafas.. melihat.. mendengar dan berkata2.. hari ini jugak Engkau berikan kesempatan bertemu adik2 aku.. keluarga aku dan masih mendengar suara ibuku walaupun melalui corong telefon.. terima kasih jugak Ya Allah kerana hari ini engkau berikan rezki yg tidak terhingga dan masih diberi kesempatan untuk ketawa walaupun aku masih teringat akan pemergian adik ku menemuiMU.. ya Allah semoga Engkau ampunkan dosa2 arwah adik ku dan bapaku.. luaskan kuburan mereka ya Allah.. lepaskalah mereka dari siksaan kubur.. dan golongkan mereka dalam org2 yang beriman.. Amin..
Seperti biasa hari ini.. aku ingin berkongsi sedikit perkara yang mungkin boleh menyedarkan kita ketika kita lupa.. atau mungkin mengingatkan kita kepada ahli keluarga terutama kedua ibu bapa dan anak2.. semoga apa yg disampaikan menjadi ikhtibar dan ada manfaatnya kepada kita semua.. InsyaAllah..
Jelasla bahawa barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah... Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya...
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan... Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium...
" Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
*Semoga kita sentiasa saling sayang menyayangi di antara satu sama lain.. kerana Allah menyayangi hamba2Nya yang suka berkasih sayang.. :)
No comments:
Post a Comment