10 March 2010

Kenapa hati tidak bahagia...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhandulillah.. syukur ya Allah kerana masih di beri kesempatan untuk mengahrungi hari-hari yg indah.. terima kasih Ya Allah.. hari ini degan izinMu aku dapat berkongsi sedikit ilmuMu untuk di jadikan pengajaran.. atau setidak2nya di jadikan bahan bacaan yg mudah2an ada manfaatnya kepada semua..

seperti biasa.. aku ingin berkongsi sedikit panduan atau mungkin sedikit penyataan mengapa hati kita tidak bahagia.. semoga dengan apa yg telah di paparkan hari ini menjadikan kita faham dan menjadikan hati kita lega dan melepaskan segala perkara yg tidak diredhai.. semoga ada manfaatnya.. :)

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Apabila kita telah mencapai umur aqil baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atib..

Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua... Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati... Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas...


9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia... Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung...

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.. yang inginkan semua perkara yg baik ada pada dirinya..

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain2. dari dirinya... Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah seelok2nya dikongsi bersama atau didermakan) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil... Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak... lagipun org tamak selalu rugi...

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyna time keja banyak.. tetap maintain 'vogue' walau keja bertimbun atas meja.. ngehehehe)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseora ng paling tidak tenang... Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji... Sentiasa berlakun-lakun di depan orang... Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada.. nauzubillahi minzalik..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita... kalau dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya... Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu... bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.
Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati...

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. jadikk.. sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.. andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya...

Wallahualam

* Semoga kita terhindar dari sifat2 mazmumamah.. dan semoga Allah sentiasa merahmati kita agar tidak tergolong dalam manusia yg memiliki hati yg tidak bahagia.. InsayaAllah.. Amin.. :)

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin