19 May 2010

AKU dan DIA..

Bismillahirrahmaanirrahim…

Ya Allah jika aku jatuh cinta.. cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu.. agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin.. jika aku jatuh hati.. izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana... jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu…Ya Rabbul Izzat... jika aku rindu.. rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu…

Ya Allah.. jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah.. jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu… AMIN.. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Yang Dicari.. walau bukan putera raja tapi biarlah putera agama.. Yang diimpi biarlah tak punya rupa.. asal sedap dipandang mata.. Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani.. asalkan sihat rohani sempurna hati..

Yang diharap bukan jihad pada semangat.. asal perjuangannya ada matlamat yang datang tak perlu srikandi dengan silam yang gemilang.. kerana hamba rijal dengan silam yang kelam..

Dan yang akan terjadi.. andai tak sama kehendak hati.. aku redha ketetapan illahi... Ya Allah terima kasih.. aku bersyukur kepadaMu.. semoga AKU dan DIA istiqamah dalam perjalanan ini…… AMIN

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai.. anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembali penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.. Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu.. dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza...

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta itu memilih untuk pergi.. tiada siapa yang harus dipersalahkan.. relakanlah cinta itu pergi... Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi… dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti... Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa.. kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia... cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri.. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…

"tidak semua yang kita impikan jadi kenyataan.. tidak semua cinta akan kekal selamanya.. kekadang ada yang akan putus ditengah jalan.. tapi percayalah bahawa cinta sejati tetap wujud walaupun mengambil masa yang lama untuk diperolehi…ingatlah wahai teman sekali kita gagal dalam percintaan tak bermakna kita akan gagal untuk selamanya…yang penting kita tetap percaya akan kewujudannya…dan juga jangan lah terlalu memperhambakan diri kepada cinta."

* Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita berdua.. semoga doa dan harapan kita di makbulkan... semoga kita kekal hingga keakhir hayat.. InsyaAllah.. Amin.. :)

18 May 2010

Sekiranya kita di takdirkan bersama..

Seorang yang bernama lelaki..

Andainya satu hari nanti Kita ditakdirkan bersama... Melayari bahtera kehidupan.. Usah kau mimpi selaut sutera kehidupan.. Usah kau igau kasih sayang menggunung tinggi.. Juga usah kau harapkan Kesempurnaan yang mutlak dari diriku..

Akuilah hakikat yang tersurat Aku bukan SITI KHADIJAH Mahupun permata SITI FATIMAH.. Aku bukannya SITI AISYAH Mahupun UMMUL MUKMININ yang lain Bukan juga RABIATUL ADAWIYAH Wanita suci terpuji.. Juga tak mampu mencapai martabat SITI MARYAM.. MARSHITA… ataupun UMAIYAH..

Kau yang bernama lelaki Mengertilah dengan waras keislaman.. Aku hanya wanita akhir zaman.. Cuba mempertahankan maruah Serta kesucian diri Sebagai MUSLIMAH Berlandaskan garisannya… Kau yang bernama lelaki Demi keranaNya semata-mata.. Tak ku tagih apa-apa darimu.. Bukan ku pinta harta yang menggunung tinggi.. Cuma ku pohon sebuah pengertian Kasih sayang suci.. Bahawa AKU adalah amanah untuk diri Mu..

Sekiranya kita di takdirkan bersama.. AMIN :)

17 May 2010

RENUNGkAN untuk SEKETIKA...

Mari kita renungkan bersama ya..

1. Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah.

Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah... Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

2. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

3. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

4. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

5. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

6. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

7. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

8. Orang-orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

9. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia itu.

10. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

11. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

12. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

13. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

14. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

15. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

16. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

17. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Ingatlah.. kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita...

INGAT!!! KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA..

16 May 2010

kisah tauladan

Assalamualaikum...

nahh.. seperti biasa kita kongsi kisah tauladan ini.. semoga ada manfaatnya.. ;)

Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan, sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya...

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu... Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu... Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu... Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku, tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan, padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka... Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan, apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi... Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu...

15 May 2010

kucing dan kita adalah sama..

Mari kita kongsi bersama.. kita fikir2kan dan renung2kan.. semoga ada manfaatnya.. :)

Rasa nya semua orang tahu makanan kegemaran kucing ialah ikan. Tapi pernah tak kita tengok kucing memancing atau membeli ikan di pasar. Emm memang tak pernah kan?

kalau ada, pasti berita ini menjadi berita yang tehangat di pasaran. Kerana mana mungkin kucing boleh memancing….jadi apa yang kucing lakukan untuk mendapatkan ikan yang diidam-idamkannya?

Kucing akan menggesel-geselkan dirinya kepada tuannya, dan cuba memanjakan dirinya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya, kucing akan diberikan ikan sebagai santapan nya.

Begitulah juga dengan kita ini. Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka kita kena dekati TUAN kita. Siapa TUAN kita? Tuan kita ialah ALLAH SWT.

Kita mesti kenali,dekati dan cubalah ‘bermanja’ kepada-NYA. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita pasti mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan kita dapat tanpa belas ihsan dan rahmat daripada TUAN kita. Kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin TUAN kita.

Lihatlah bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Walau mungkin kucing dapat ikan, tapi tuannya tidak redha, marah dan bengang padanya.

Jika itu yang terjadi..… apakah ada gunanya???

14 May 2010

mari kita berdoa sama2 ya..

Bismillahi Rahmani Rahim..

Ya Allah maafkan aku kerana selama ini aku selalu mendahuluiMu dan menentangMu dengan selalu mengutamakan usahaku ya Allah. Aku sering mendahului fikiran dan kemahuan serta kekuatanku ya Allah. Selalu merungut sehingga kekadang aku merasakan Engkau tidak mahu mengikut segala kehendakku ya Allah. Kekadang aku kecewa dengan ketentuanMu ya Allah.
Ya Allah, ampuni aku kerana aku seringkali melupakan diriMu ketika aku membuat pilihan di dalam kehidupan ini ya Allah. Aku membuat pilihan hanya menggunakan nafsuku tanpa meminta petunjuk daripadaMu ya Allah. Aku terlupa bahawa setiap apa yang berlaku adalah datangnya dari diriMu ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku kerana aku seringkali berasakan akulah yang berusaha di dalam kejayaan yang aku miliki ini ya Allah. Aku berasakan pencapaian aku pada hari ini adalah kerana hasil penat lelah usaha aku ya Allah. Aku berasakan bahawa kehebatan diri akulah penyebab kepada apa yang aku miliki pada hari ini ya Allah. Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua kekuatanku akan aku padamkan dan akan aku ganti dengan kekuatanMu yang menghendaki aku untuk hidup lebih baik dan lebih baik.

Ya Allah, ampuni diriku ya Allah. Aku kini sedar bahawa semua kehendakku akan aku padamkan dan akan aku gantikan dengan kehendakMu yang menghendaki aku untuk menerima segala ketentuanMu ya Allah. Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku telah sedar bahawa semua usaha aku ini adalah di atas kehendak diriMu ya Allah. Aku tidak berdaya untuk memiliki apa-apa usaha pun ya Allah.

Aku akan mengikuti kehendakMu untuk berjaya ya Allah, untuk hidup senang dan untuk hidup yang lebih baik. Aku sangat sedar ya Allah, selama ini aku memilih untuk hidup miskin sedangkan Engkau menyatakan bahawa Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Aku akan mengikuti kehendakMu untuk aku terus bernafas ya Allah. Engkau menghendaki jantung aku terus berdegup ya Allah. Engkau terus menghendaki mata aku untuk terus melihat ya Allah. Engkau tetap menghendaki telinga aku untuk terus mendengar ya Allah. Engkau sentiasa menghendaki mulut aku untuk terus bercakap, makan dan merasa makanan ya Allah.

Engkau menghendaki aku mampu bersolat, Engkau menghendaki agar aku bersedekah, berzakat, melakukan kebaikan kepada semua orang. Engkau mengkehendaki aku bekerja, bersahabat, berkongsi ilmu, berkeluarga dan segala-galanya ya Allah. Engkau mengkehendaki aku memiliki kereta, rumah, kerja dan banyak lagi nikmat yang Engkau berikan ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku mencari ilmuMu sehingga ke tahap yang lebih tinggi ya Allah.

Engkau mengkehendaki untuk aku berkongsi tentang kebesaranMu ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku memiliki rasa cinta dan berada dekat dengan diriMu semakin hari semakin dekat ya Allah. Engkau mengkehendaki aku hidup penuh dengan ketenangan ya Allah. ya Allah Aku RELA untuk hidup senang ya Allah. Aku RELA untuk hidup dengan penuh kejayaan ya Allah. Aku RELA mengikuti apa sahaja kehendakMu ya Allah. Aku PASRAH untuk hidup tenang ya Allah. Aku REDHA untuk terus mencari ilmuMu ya Allah. Aku redha, pasrah dan rela untuk terus bernafas ya Allah.

Untuk itu ya Allah senangkanlah aku ya Allah, berjayakanlah aku ya Allah dan baikkanlah hidup aku Ya Allah.. amin ya Allah ya rabbbal a’lamin.

Semoga kita tersedar daripada lamunan yang panjang dengan doa di atas. Amin

*Terima kasih En. Fuad Latif yang banyak menyedarkan diri ku.. Terima Kasih Allah..

*Aku sangat suka doa ni.. :)

13 May 2010

Sayangi bayi anda..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

nahh.. mari kita kongsi info ni.. penting jgk ni.. bkn ble buat main2.. ingatkan apa yg aku selalu buat ni.. nda memudaratkan.. rupa2nya.. bahaya pulak bagi bayi dan kanak2 kecil.. kita kongsi ya.. smeoga ada manfaatnya.. :)

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan... Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


sbs



Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.

2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.

3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

sebarkan dan maklumkan kepada semua teman2 dan ahli keluarga.. agar kita tidak menyesal d kemudian hari.. semoga ada manfaatnya..

Hadist mengatakan..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

12 May 2010

Khusyuk Solat..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

wahhh.. terasa lama benar aku tidak menulis dan berfikir setiap ayat yg perlu aku muatkan ke dlm blog nie.. hahaha.. ini disebabkan rutin harian dan kerja yang berlambak menjadikan aku sangat sibuk ditambah lagi dengan kejadian-kajadian yg tidak d sangka yg menjadikan aku akur dan sentiasa redha dengan apa yg Allah takdirkan terhadap ku.. dan aku bersyukur dan terima kasih ya Allah kerana sentiasa memberi kan aku kekuatan.. tunjukkan aku jalan dan sentiasa buat aku tersenyum dan ketawa.. maka hari ini tika aku masih d beri peluang untuk berkongsi sedikit maklumat yg aku dapat dari seorang teman.. apa lg kalau bukan melalui e-mail..

Mari kita lihat dan renungkan adakah kita tau akan tanggungjawab kita terhadapNya.. dan adaka mungkin setiap 5 waktu yg kita lakukan benar2 mengikut tertib dan syaratnya.. seperti jugak aku.. aku tidak tau kesempurnaan yg aku lakukan setiap 5 waktu berlalu setiap hari.. dan tekadang aku pandai LUPA dan MALAS melakukannya.. ya Allah.. betapa jahilnya aku.. aku mau menjaganya.. aku mau sentiasa tidak meninggalkannya.. dan aku masih cuba untuk menjaga dan memelihara kesempurnaanya.. ya Allah.. bantula kami.. jadikan kami org2 yg sentiasa menjaga solat kami.. menjadikan kami sentiasa dekat padaMu.. Ingat padaMu dan sentiasa dibawah naungan dan lindunganMu.. semoga setiap apa yg kami lakukan Engkau sentiasa memberikan rahmat dan hidayaMu.. Amin..

Aku sentiasa teringat kata2 ustaz ketika aku d sekolah menengah dahulu.. ketika itu aku masih blm pandai dan tau wudhuk dan solat yg betul.. beliau sering menyatakan bahawa "bagi mendapatkan sembahyang yg sempurna semestinya wudhuk adalah permulaannya.." tahukah teman-teman salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk...

Berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang...

Seorang sahabat pernah bertanya kepada nabi, Bagaimanakah cara untuk kita khusyuk dalam solat, JAWAB Nabi ialah dengan memastikan kesempurnaan ketika mengambil wuduk.

Perkara yang kita perlu ambil berat ketika berwudhuk ialah dengan memastikan air yang kita ambil sampai keseluruh anggota yang disyaratkan dalam rukun wuduk... Cuba kita perhatikan ketika hari jumaat, berdiri seketika dibelakang orang ramai yang sedang mengambil wudhuk di masjid, bermacam macam cara..

*Membasuh muka bahagian hadapan muka sahaja, Air tidak sampai ke bahagian pipi yang berhampiran cuping telinga keseluruhannya.

*Membasuh tangan hanya menggunakan air paip yang mengalir sahaja, tidak meratakannya keseluruh tangan, celah celah jari, belakag siku, Pulak tu dengan membuka air paip yang deras dan membazir sahaja.. Perlu diingat bahawa air wudhuk yang kita ambil bukan bertujuan membasuh seperti mebasuh pinggan atau membasuh kain atau ketika mandi, Yang disyaratkan sebenarnya adalah meratakan (Menyampaikan) Air keseluruh anggota yang disyaratkan shj.

Pada suatu ketika nabi pernah menegur sahabat ketika mengambil wuduk dengan menggunakan air yang banyak, Maka bertanya oleh sahabat itu. Wahai nabi, adakah dalam pemengambilan air wuduk juga berlaku pembaziran,

Jawab Nabi : YA... Sekalipun kamu sedang berada di atas sungai yang sedang mengalir.. (Hadis Soheh)

*Membasuh kaki juga sama ceritanya, air tidak diratakan sehingga ke pergelangan atas buku lali, Kadang2 kalau kita perhatikan betul2 kita akan menggeleng kepala sendiri bilamana orang yang kita sedang perhatikan itu adalah yang sudah ada pangkat haji, megenekan pakaian jubah dan berserban... Mengucap kita dibuatnya... Sama samalah kita lihat semula dalam diri kita adakah selama ini wuduk kita serta seluruh anak isteri di bawah tanggungjawah kita sah sempurna, insyaallah...

*Semoga ada manfaatnya.. :)

11 May 2010

Doaku....... buatmu sahabat..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Ya Allah...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..

Ya Muhaimin...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ..Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu..Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..

Ya Allah...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu..

Ya Allah ...
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak.. Insya-Allah..

AMIN..
Blog Widget by LinkWithin