19 May 2010

AKU dan DIA..

Bismillahirrahmaanirrahim…

Ya Allah jika aku jatuh cinta.. cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu.. agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin.. jika aku jatuh hati.. izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana... jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu…Ya Rabbul Izzat... jika aku rindu.. rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu…

Ya Allah.. jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah.. jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu… AMIN.. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Yang Dicari.. walau bukan putera raja tapi biarlah putera agama.. Yang diimpi biarlah tak punya rupa.. asal sedap dipandang mata.. Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani.. asalkan sihat rohani sempurna hati..

Yang diharap bukan jihad pada semangat.. asal perjuangannya ada matlamat yang datang tak perlu srikandi dengan silam yang gemilang.. kerana hamba rijal dengan silam yang kelam..

Dan yang akan terjadi.. andai tak sama kehendak hati.. aku redha ketetapan illahi... Ya Allah terima kasih.. aku bersyukur kepadaMu.. semoga AKU dan DIA istiqamah dalam perjalanan ini…… AMIN

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai.. anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembali penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.. Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu.. dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza...

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta itu memilih untuk pergi.. tiada siapa yang harus dipersalahkan.. relakanlah cinta itu pergi... Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi… dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti... Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa.. kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia... cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri.. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…

"tidak semua yang kita impikan jadi kenyataan.. tidak semua cinta akan kekal selamanya.. kekadang ada yang akan putus ditengah jalan.. tapi percayalah bahawa cinta sejati tetap wujud walaupun mengambil masa yang lama untuk diperolehi…ingatlah wahai teman sekali kita gagal dalam percintaan tak bermakna kita akan gagal untuk selamanya…yang penting kita tetap percaya akan kewujudannya…dan juga jangan lah terlalu memperhambakan diri kepada cinta."

* Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita berdua.. semoga doa dan harapan kita di makbulkan... semoga kita kekal hingga keakhir hayat.. InsyaAllah.. Amin.. :)

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin