12 January 2010

::.NIKMATILAH CINTA DLM BENTUK TERISTIMEWA.::

Sudah terlalu byk definasi diberikan terhadap cinta. Terutama filem2 hindustan, cinta telah diberikan mekap yg cukup mengasyikan.

Cinta suatu perasaan yg sukar digambarkan melalui kata2. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya. Cinta tdk dapat dipelajri tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih syg yg teragung. Manusia mmbina sahsia di muka bumi bermodalkan kasih syg dan cinta.

Cintalah segalanya bg org sdg bercinta. Cinta mnjadi jambtan penghubung kpd 2 hati yg asalnya terpisah dan saling tdk mengerti. Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia tlh ditebarkan di muka bumi dgn dibekalkan rasa cinta.

Cinta tlh menemukan kembali Adam dan Hawa. Melalui cintalah terbinanya sahsiah dan menjadikan alam ini tmpt terbaik untuk didiami. Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu nikmat ALLAH telah tercabut drpd anda, sedangkan cinta salah satu nikmat teragung ALLAH terhadap hamba2NYA.

Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda. Org yg tiada perasaan cinta adalah org yg tlh kehilangan motivasi dalamannya.

Cinta seharusnya melahirkan tindakan yg melambangkan kelembutan, kasih syg dan kebijaksanaan dlm mmbuat keputusan berhubung insan2 berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju bahagia. Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula—–sentiasa.

Saat bermula cinta adalah rasa teragung yg dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yg tiada perkataan dpt menceritakannya. Tatkala itu cinta benar2 menjadi motivasi yg terhebat. Andai lautan api direntangkan di tgh2 masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu bermotivasi dan perlu bukti. Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta.

Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yg indah dan sukar digambarkan dgn perkataan. Manusia yg beruntung adalah manusia yg meniti di atas cinta, memperoleh cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran ILAHI. Biar tinggi martabat cinta, ada cinta yg seolah2 tlh hilang keramatnya.

Adakalanya cinta yg suci dan penuh makna itu menjadi barang terbuang, berciciran di mana-mana; di lorong2 di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila mlm telah melabuhkan tirainya. Manusia2 durjana berebut-rebut mengutip bunga cinta yg berkeliaran dan bersinpang siur itu. Harga diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yg tidak mengenal iman dan kehormatan.

Entah mana silapnya cinta yg sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi pemusnah. Cinta hadir drpd keterampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yg benar2 jatuh cinta dan mencintai seorang wanita akan menunjukkan sikap,penampilan serta gerak laku yg sentiasa meyakinkan insan yg dicintainya itu.

Cinta tidak harus dinodai oleh pelakuan2 kejam, tdk bermoral dan juga yg mencarik kesucian cinta itu sendiri. Sebagai mana cinta bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah penghujungnya. Namun setelah anda memiliki cinta pasangan anda.. dan memiliki keyakinannya, haruskah anda melukainya..haruskah anda mengecewakannya.

Sebagai manusia yg di gelar al- insan didalam al-quran..yg bermaksud pelupa..mmg tdk lepas dr melakukan kesilapan. Manusia selalu leka dgn nikmat yg diberi. Andai anda tlh menodai kesucian cinta anda..bertanggungjawablah..haruskan anda melangkah pergi meniggalkan pasangan anda..tanpa secebis rasa kemanusiaan.

Saat itulah bygkan lah betapa dahulu anda mengkehendaki cintanya. Ingatlah..saat bermula cinta adalah rasa yg terindah dlm hidup manusia..tetapi saat berakhir cinta adalah rasa yg amat menyakitkan..dan derita yg tdk berkesudahan.

Maka hargailah pasangan anda... yakinilah dia insan terbaik yg telah ditentukan buat anda.

Allahualam...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin