Terdapat perbezaan di antara kawan dan sahabat;
Pertama, kawan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan kau berasa gembira bersamanya. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumah mu dan dengannya kau bergurau. Namun, kau tidak akan memberikan hidupmu kepada mereka kerana kadang-kala tindakan-tindakan mereka tidak dimengerti kerana kau kurang mengenali mereka.
Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cinta, bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau mengambil-berat tentang dirinya, dan kau memikirkannya ketika dia tiada di sisi mu.Sahabat adalah orang yang kau ingat ketika kau melihat sesuatu yang mereka sukai kerana kau amat mengenali mereka. Mereka adalah orang yang gambarnya kau miliki dan wajahnya selalu didalam benakmu.
Mereka adalah orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar lagu kerana mereka membuat dirimu berdiri untuk menghampiri mereka, mungkin mereka pernah memijak jari kakimu atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu. Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka mengambil berat terhadapmu.
Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak mengharapkan suatu alasan pun. Mereka berkata benar - pertama kali - dan kau melakukan hal yang sama. Kau tahu bahwa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar.
Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mentertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya. Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak.
Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis. Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri. Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang menghantarkan atau mengiringmu pada saat pernikahanmu, atau mungkin adalah orang yang kau nikahi.
*Semoga persahabatan kita semua berkekalan dunia dan akhirat.. Amin..
No comments:
Post a Comment