Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya su ngguh megah. Semua kawan-kawan dankeluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut..
Suatu acara yang luar biasa dan su ngguh mengesankan. kedua mempelai begitu anggun
dan gagah dalam persalinan yang indah. Setiap pasang mata yang memandang setuju
mengatakan bahawa mereka su ngguh- su ngguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si su ami berkata kepada isterinya:
Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita su kai dari pasangan kita.
Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan
perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".
Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka su kai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik
kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya",
kata su ami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka
su rat ...
Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia su kai mengenai diri isterinya, ia
memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...
"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.
Lalu si su ami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".
Dengan su ara perlahan isterinya berkata, "Saya tidak mencatat se su atupun di atas kertas saya. Bagi saya abang su dah sempurna, dan saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang... Abang adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya..Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dengan Abang ..."
Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ..... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.
Dia kemudian tertunduk dan menangis ...
P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?...
Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki...
Wallahualam
*Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYAALLAH.. :)
No comments:
Post a Comment