Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Nahhhh... setelah meminta izin dari empunya coretan yg mengelarkan dirinya Din Kalate ini.. maka hari ini seperti biasa kita kongsi apa yg ingin disampaikan oleh sahabat facebook ku ini.. penyampaian yg menarik menjadikan aku terpanggil untuk memaparkannya untuk tatapan bersama dan berkongsi cerita yg boleh d manfaatkan.. menyedari akan betapa pendeknya hidup kita d dunia.. dengan waktu yg begitu singkat.. pasrahka kita.. kita sering bertanya.. apa yg aku DAPAT dalam kehidupan yg pendek ini.. tapi kita lupa untuk bertanya pada diri kita sendiri.. apa yg kita BERI semasa hayat yg ada bagi memenuhi kehidupan yg amat singkat.. Ya Allah.. terkadang aku lupa.. dan ada kalanya aku ingat.. mungkin inilah perlunya kita mempunyai sahabat bukan sahaja untuk menangis dan ketawa bersama tetapi jugak untuk saling mengingati di kala kita lupa.. sahabatku.. ketika ini aku ingat dan hari ini aku bukan sahaja ingin kita semua tahu dan ingat tujuan sebenar kita dalam mengharungi saat2 yg amat singkat.. dan jgn lupa ingatkan aku ketika aku lupa kerana aku amat memerlukannya.. InsyAllah... terima kaih Ya Allah.. :)
Happy Birthday. Ungkapan ceria spontan bagi meraikan kedatangan tarikh keramat lanjutan usia. Setiap orang mempunyai pilihan & citarasa tersendiri bagi menyambut saat manis ini, yg memberi kelangsungan waktu dalam meneruskan tugasan sebagai seorang Insani. Ada yang memilih untuk meraikan direstoran atau kelab2 esklusif dengan teman istimewa, ada yang sekadar menyambut ala kadar dengan kawan2 sekuliah & sepejabat, manakala ada yang memperuntuk sedikit bajet untuk memyempurnakan majlis doa selamat bersama keluarga & jiran tetangga. Apa pun pilihan, yang penting penambahan usia mewajarkan saat penghormatan yang tersendiri.
Terdapatkah hikmah yang tersirat disebalik limpahan jambakan bunga, madah ucapan & kotak2 hadiah itu? Adakah setiap penghormatan tersebut mampu meningkatkan jati diri dikau sebagai Insani yang beriman, bersyukur & bertaqwa atas lanjutan usia mu? Dan yang lebih penting, ada kehadiran mu di alam fana ini masih lagi mampu menyumbang secara positif kepada orang2 disekitar hidup mu?Barulah terserlah kewajaran dikau menerima penghormatan tersebut.
Bagaikan seorang pelakun filem, watak dikau perlu ada kekuatan tersendiri yang mampu menyokong peranan watak2 lain bagi menghidupkan plot skrip yang telah dinukilkan. Hanya dengan cara itu sahaja, barulah filem itu mampu menerjah skala box office. Tapi jika, dikau seorang yang kaku & tak mampu menghayati watak yang diberikan (yakni, gagal melaksanakan amanah & tanggung jawab sebagai seorang hamba Allah yang bertaqwa), hadir mu tiada memberi sebarang makna kepada filem tersebut.
Oleh itu, sewajarnya langkah terbaik hari tarikh lahir mu ialah memulai dengan solat & sujud Syukur. Selepas solat Dhuha & berzikir atas kesyukuran kelangsungan usia mu, ziarah lah ke perkuburan. Sedekahlah al-Fatihah, Ya Siin, tahlil, zikrulah serta ucapkan Salam sejahtera ke atas para penghuni rumah ini (kubur) dari kalangan Mukminin dan Muslimin, sesungguhnya dikau insya Allah, pasti akan menyusuli mereka semua. Pohon keselamatan daripada Allah untuk diri kamu & juga untuk mereka semua.
Lantaran, kubur sebenarnya adalah sebaik2 lokasi untuk kita menghargai lanjutan usia yang telah diberikan kepada Pencipta kita. Ayuh, bertadabur dan muhasabah diri mu sejenak, atas tingkah laku mu sepanjang 365 hari yang telah berlalu. Imbangi sendiri pencapaian yang engkau boleh banggakan dengan apa juga yang wajar dikau kesali. Hanya cara ini, baru dikau dapati hayati hikmah yang tersirat kenapa Allah lanjutkan usia mu.
Memang sebagai seorang Insani, sifat kerinduan dan keinginan untuk dimanjai dan dihargai adalah fitrah manusia. Dambaan rasa ini pasti akan lebih terasa jika penghormatan itu diberi oleh orang yang tersayang. Tetapi yakin lah, yang tetap mencintai & menyayangi dikau sepanjang masa adalah Allah dan hadiah yang menunggu buat hambaNya yang beriman & bertaqwa ialah bukan sebarangan hadiah, tetapi syurga yang kekal abadi.
Oleh itu, selagi hayat dikandung badan, tingkatkan usaha untuk mendekat diri mu kepada kecintaan & rahmatNya. Selain daripada meningkatkan ibadah & amal bagi manfaat diri sendiri, dikau juga perlu tambahkan usaha & ikhtiar untuk membantu orang2 disekeliling mu, terutama nya mereka yang masih lagi terkapai-kapai mencari jalan menuju Cinta Hakiki milikNya.
Sewajarnya bilangan yang boleh dibanggakan ialah bukan disebalik lambakan jambakan bunga, madah ucapan & kotak2 hadiah tapi bilangan jiwa yang kita bantu dengan ikhlas bagi mengelak rasa kecewa & marah dengan taqdir Illahi, mengeratkan silaturahim antara sahabat & ahli keluarga, memberi kemaafan atas kesilapan yang berlalu, mengelak runtuhnya mahligai perkahwinan, mengelak dari terus karam dalam perzinaan, lalai dalam menyempurnakan ibadah, gagal mensyukuri rahmatnya, terbuka mata hati untuk menghargai sumber ilmunya, menerima dengan redha ketentuan hidup & anugerah yang telah dimilikinya, bersikap jujur & ikhlas dengan diri sendiri, memelihara keselamatan & kehidupan anak2 yatim dan pelbagai nilai-nilai yang mampu meningkatkan tahap Iman & Taqwa setiap orang yang kita cintai serta sayangi. Sesungguhnya, itu semua adalah sebaik-baik hadiah untuk kita bawa ke akhirat. Semoga setiap orang dari kita mampu merebut peluang ini sebelum tiada lagi tarikh lahir untuk kita sambut. Amiin.
Wassalam
Din Kelate
http://www.facebook.com/din.kelate
Harga YAHUDI, Harga MUJAHID
4 years ago
No comments:
Post a Comment