31 May 2009

Good People come into your life for a reason....

People come into your life for a reason, a season or a lifetime. When you know which one it is, you will know what to do for that person.

When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed.

They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support, to aid you physically, emotionally or spiritually.

They may seem like a godsend and they are.
They are there for the reason you need them to be.

Then, without any wrong doing on your part or at an inconvenient time,this person will say or do something to bring the relationship to an end.

Sometimes they die.
Sometimes they walk away.
Sometimes they act up and force you to take a stand.

What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done.

The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.


Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow or learn.

They bring you an experience of peace or make you laugh.

They may teach you something you have never done.

They usually give you an unbelievable amount of joy.

Believe it, it is real. But only for a season.


LIFETIME relationships teach you lifetime lessons, things you must build upon in order to have a solid emotional foundation.

Your job is to accept the lesson, love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life. It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.


Thank you for being a part of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime.

30 May 2009

Doa...

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

29 May 2009

Rahsia Kebahagiaan..

Rahsia kebahagiaan adalah MEMUSATKAN PERHATIAN pada kebaikan dalam diri orang lain.Coz,hidup bagaikan lukisan.Untuk melihat keindahan lukisan yang terbaik sekalipun,lihatlah di bawah sinar yang terang,bukan di tempat yang tertutup.

Rahsia kebahagiaan adalah TIDAK MENGHINDARI KESULITAN .Dengan memanjat bukit,bukan menuruninya,kaki sesorang tumbuh menjadi kuat.Rahsia kebahagiaan adalah melakukan segala sesuatu bagi orang lain.Air yang tak mengalir tidak berkembang.Namun, air yang mengalir dengan bebas selalu segar dan jernih.

Rahsia kebahagiaan adalah BELAJAR DARIPADA ORANG LAIN, dan bukan mencuba mengajari mereka.Semakin kita menunjukkan,seberapa banyak kita tahu,semakin orang lain akan mencuba menemukan kekurangan dalam pengetahuan kita.

Rahsia kebahagiaan adalah KEBAIKAN HATI. Memandang orang lain sebagai anggota keluarga besar kita.Sebab,setiap ciptaan adalah milik kita.Kita semua adalah ciptaan Tuhan yang ESA. Rahsia kebahagiaan juga adalah tertawa bersama orang lain, sebagai SAHABAT dan bukan mentertawakan mereka sebagai HAKIM..

Rahsia kebahagiaan adalah TIDAK SOMBONG.Bila kita menganggap mereka penting,kita akan memiliki sahabat ke manapun kita pergi.Ingatlah bahawa musang yang paling besar akan mengeluarkan bau yang paling menyengat.

Kebahgiaan datang kepada mereka yang MEMBERI CINTANYA SECARA BEBAS, yang tidak meminta orang lain mencintai mereka terlebih dahulu.Bermurah hatilah seperti mentari yang memancarkan sinarnya tanpa terlebih dahulu bertanyakan apakah oranr-orang patut menerima kehangatannya.Kebahagiaan bererti menerima apapun yang datang, dan selalu mengatakan kepada diri sendiri " Aku Bebas Dalam Diriku"

Kebahagiaan bererti MEMBUAT ORANG LAIN BAHAGIA. Padang rumput yang penuh bunga memerlukan pohon-pohon di sekelilingnya,bukan bangunan-bangunan batu yang kaku.Kelilingilah padang hidup kita dengan kebahagiaan.

Kebahagiaan juga berasal dari MENERIMA ORANG LAIN SEBAGAIMANA ADANYA, nyatanya menginginkan mereka bukan sebagimana adanya. Betapa akn membosankan hidup ini jika setiap orang sama.Bukankah taman pun akan tampak janggal bila semua bunganya berwarna unggu?

Rahsia kebahagiaan adalah MENJAGA AGAR HATI KITA TERBUKA BAGI ORANG LAIN, dan bagi pengalaman-pengalaman hidup. Hati laksana pintu sebuah rumah.Cahaya matahari hanya dapat masuk bila mana pintu rumah itu terbuka lebar..

Rahsia kebahagiaan adalah memahami bahawa PERSAHABATAN JAUH LEBIH BERHARGA daripada barang, lebih berharga daripada berpegang pada kebenaran dalam perkara-perkara yang tidak penting.

*RENUNGKAN SETIAP RAHSIA YANG ADA DI DALAMNYA. RASAKAN APA YANG DIKATAKANYA...

28 May 2009

Jangan abaikan solat...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir.

Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.

Tak gamak ' kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" . Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak."

*Ya Allah... berikanlah rahmat dan hidaya Mu.. jadikan lah kami orang2 yang sentiasa menjaga solat... Amin..

27 May 2009

Solat Istikarah...

Assalamualaikum... hmm... sedang aku sibuk2 melayan Facebook dan blog aku.. aku terfikir satu perkara tatkala aku terbaca mengenai kebaikan surah Al-Kausar... walau pun pendek ayatnya.. tp.. kenapa kita malas utk membacanya.. bila menghafal lagu.. mudah bagi kita walaupun sepanjang mana liriknya... aku terfikir bila aku bermain piano.. walaupun sukar pada mulanya.. senang aku main bila aku cuba beberapa kali walaupun sepanjang mana note dan lagunya... Ya Allah... gangguan la ba tu kan... bila perkara kebaikan seperti batu di atas kepala.. tp.. bila perkara lainnya... seperti angin ringan dan mudah... aku terfikir kan bagus klu surah ini aku masukkan dalam kehidupan harian... mungkin sukar pada mulanya.. tp... InsyaAllah.. alah bisa tegal biasa... dan bila aku terfikir membaca surah ini dalam solat... terfikir pulak solat2 yang lain... solat sunat... solat istikarah... solat taubat.. dan macam2 lagila... bila aku taip ja perkataan 'solat' di google... semua jenis solat di sarankan.. hmm.. mudah pulak untuk mencarinya... yg penting.. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih... jadi... kita kongsi bersama niat dan doa bagi solat Istikarah ni... solat lain nnt aku post kan jugak...

Ada satu cerita yg ingin aku kongsikan mengenai solat istikarah ini... ketika mencari2 jenis2 solat di google... aku ternampak satu kisah dan terus membacanya kisah seorang gadis yg mempunyai kekasih bernama A berkenalan melalui Jodoh.net.. berkasih beberapa lama... kemudiannya berpisah kerana sedikit salah faham... kemudain gadis tersebut mencari kekasih baru yang bernama B... bercinta dan kemudianya bertunang... setelah beberapa lama bertunang dan masa utk majlis perkahwinan semakin hampir... si gadis berkenaan teringat akan kekasih lamanya si A yg telah berpisah kerana salah faham... gadis tersebut telah menyedari bahawa perpisahannya bersama A hanya kerana salah faham yg kecil sahaja... dia kini tidak dapat melupakan kekasih A nya.. tetapi masih berfikir kerana telah menjadi tunangan B... si gadis membawa hal ini kpd pengetahuan keluarganya... keluarganya menyarankan agar tetap bersama B kerana dia seorang lelaki yg baik... tapi hati si gadis telah berubah arah... dan ingin memutuskan pertunangannnya... tetapi.. sigadis tersebut meminta pendapat seseorang.. dan telah di sarankan agar melakukan solat istikarah... pada malam yg sunyi.. si gadis beristikarah.. meminta petunjuk Ilahi... keesokannya... dia tertunggu2.. ternanti2.. petunjuk yg akan Allah tunjukkan... tiada apa yg berlaku... bertanya kembali kepada org yg telah menyarankan solat Istikarah tersebut... "tiada pon'' kata si gadis... "sabar la.. solat lagi mlm ini" kata lelaki tersebut.. maka solat lagila dia pada malam itu.. keesokannya... si gadis masih tertunggu2 petunjuk... dari pagi.. hingga ke tengahari... dalam keadaan yg berharap akan petunjukNYA.. tiba2 dia telah menerima panggilan telefon dari si A dan mengatakan bahawa dia telah berumah tangga...

Jadi marilah kita bersama-sama mempelajari niat dan doa Istikirah... semoga kita mendapat petunjuk NYA.. Amin..

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.

Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah








Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah




"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan
penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar,
sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui
apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam
ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku
serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta
berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu
bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat
urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya
serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya,
kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Hikmah Surah Al-Kausar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

*Perkara yg baik kita amalkan selalu... Sebar2kan kepada kawan2... semoga kita mendapat manfaatnya...

26 May 2009

Cermin: Kehidupan Sang Helang

Helang merupakan jenis unggas yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya dapat mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40..

Ketika helang berumur 40 tahun, cakarnya mulai menua, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat karena bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyulitkan waktu terbang. Pada saat itu, helang hanya mempunyai dua pilihan: Menunggu kematian, atau mengalami suatu proses transformasi yang sangat menyakitkan suatu proses transformasi yang panjang selama 150 hari.

Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang ke atas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang di tepi jurang , berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.

Pertama-tama, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, ia harus mencabut satu persatu cakar-cakarnya dan ketika cakar yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu. Suatu proses yang panjang dan menyakitkan. Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mulai dapat terbang kembali. Dengan paruh dan cakar baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh energi!

Dalam kehidupan kita ini, kadang kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulai sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mau membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan.

Kita harus rela untuk meninggalkan perilaku lama kita agar kita dapat mulai terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan. Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar hal-hal yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah keahlian baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.

Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andalah sang penguasa atas diri anda. Jangan biarkan masa lalu menumpulkan asa dan melayukan semangat kita. Anda adalah helang-helang itu.

*Perubahan pasti terjadi... maka itu kita harus berani untuk berubah...

25 May 2009

HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang.

Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu. Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman. Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu heran,

"Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya. "Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman keheranan.

"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan. "Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. "Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu. "Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut. "Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."

"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?" "Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu." "Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin heran.

"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya..

24 May 2009

Tamparan untuk 3 pertanyaan...

aku terima email dari sahabat baik ku Lina... rasanya mcm perlu aku sebarkan untuk semua... semoga apa yg di sampaiakn dapat menambahkan keyakinan dalam diri kita... InsyaAllah..

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke

tanahair... Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari
seorang guru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak
mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak bisa.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari
saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat
yang menyakitkan untuk syaitan.

* Sampaikan kepada orang yang anda kenali dan InsyaAllah.. keredhaan Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda maklumkan...

Terima kasih sahabat..

"Sebaik-baik harta yang anda miliki adalah yang mendatangkan manfaat... seagung- agungnya ilmu yang anda miliki adalah yang meninggikan darjat... sebaik- baik rumah adalah yang memberikan keluasan dan sebaik-baik sahabat adalah yang sering menasihati anda"

*Terima kasih sahabat2 ku... semoga persahabatn kita kekal hingga ke akhir hayat.. Amin...

23 May 2009

Belajarlah dari alam....

Belajarlah dari matahari…
Adil menebarkan cahaya dan memberi kehangatan kepada semua baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga buat sikejam… kepada semua makhluk ciptaan Illahi.

Belajarlah dari bunga…
Sentiasa senyum menyebarkan haruman. Menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah, juga menggembirakan setiap mata yang memandang.

Belajarlah dari lebah…
Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat yang membara.

Belajarlah dari pokok…
Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya.

Belajarlah dari bulan..
Tenang memancarkan cahayanya kemilau dan indah buat menyuluh malam gelap.

Belajarlah dari sungai…
Tabah bergerak menuju destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang tapi tiada suatupun mampu menghalang kemaraannya.

Belajarlah dari daun yang luruh…
Sabar ketika menghadapi kesukaran. Sentiasa tersenyum menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.

Belajarlah dari hujan…
Kehadirannya dinanti-nanti buat menyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi ‘nyawa’ pada tumbuh-tumbuhan.

Lihatlah ke dalam diri, pelajari sifat-sifatnya. Alam yang dicipta Sang Penguasa Agung. Ya, belajarlah dari alam kerana kita juga sebahagian darinya…

22 May 2009

perasaanku...

Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat susah,
Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat payah,
Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat perit,

Dugaan kehidupan bersilih ganti Kadangkala membuat aku menangis.... .
Dengan segala yang terjadi.... untuk apa??? menyesali...

Kadang-kadang kita terpaksa menjadi susah
Supaya kita belajar menjadi tabah
Kadang-kadang kita terpaksa jatuh
Hanya untuk menjadi ampuh

Kadang-kadang kita terpaksa berduka
Untuk mengenal erti gembira
Kadang-kadang kita terpaksa merasa sunyi
Supaya diri lebih menghayati

Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Hanya kerana rasa benci pada diri sendiri
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Kerana aku tidak tahu apa yg aku cari

Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Kerana aku amat keliru
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Kerana aku tidak tahu mensyukuri.. .

Ya Allah Ya Tuhan ku,
Jika kepayahan ini dugaan Mu,
Jadikanlah hambamu ini lebih tabah,

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika kesedihan ini untuk menguji imanku,
Jadikanlah aku lebih mensyukuri nikmat mu....

Amin..

21 May 2009

Rahsia sedekah

Aku terbaca satu blog pasal sedekah... Katanya: "Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki" Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada 40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah.

Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya. Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta... Dalam masa yang sama kena saman polis... Lepas tu duit dia hilang... Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu.... Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia... Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas...

Tapi kita kena ingat... Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus... Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya. " (Surah al-Baqarah, ayat 272). Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish)." Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat ."

* Sekdar utk berpesan.... Semoga ada manfaatnya...

20 May 2009

Rintihan roh.....

Rintihan Roh Diriwayat kan:

“Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata:

“Wahai Tuhan ku, perkenan kan lah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuh ku yang dahulu aku berada di dalam nya.”

Maka Allah memperkenankan kepada nya. Lalu ia datang ke kubur nya dan melihat kepada nya dari jauh. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuh ku yang miskin, wahai kekasih ku. Ingatlah akan hari kehidupan mu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata:“Wahai Tuhanku, perkenan kan lah aku untuk melihat tubuh ku.”

Maka Allah memperkenan kan nya. Lalu ia datang ke kubur nya dan melihat dari jauh. Dan mengalir lah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah. Firman Allah SWT bermaksud:

“Mereka tidak dapat ber bicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.” ( An-Naba’: 38) Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan:

“Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-roh nya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumah nya seraya berkata:

“Belas kasihan lah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberi kan nya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Ada kah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang mengiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka jangan lah kalian melupakan kami dengan sebuku roti mu dan doa mu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lama nya.

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.

* Ya Allah Ya Tuhan Ku.. Engkau ampunkanlah segala perbuatan dan dosa-dosa kami...

19 May 2009

Kita...

Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh... Kita bukannya kaya untuk cakap orang lain miskin.... Kita bukannya handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome... Kita bukannya cantik untuk cakap orang lain tak lawa... Kita bukannya baik untuk cakap orang lain jahat... Kita bukannya alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang... Kita bukannya kuat untuk cakap orang lain lemah.... Kita bukannya berani untuk cakap orang lain penakut...

Tapi...

Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain... Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan... Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri... Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain... Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain... Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati... Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah... Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama...

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya... Dia Maha Mengetahui... Setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri...

Kemenangan dan kemegahan bukan shaja terletak pada kesanggupan merebahkan lawan.. tetapi dapat melawan kemarahan hati juga suatu kemenangan yang amat bererti...

18 May 2009

Nota Buat Si Pemarah..

Bohonglah jika kita kata kita tidak pernah marah... Marah merupakan suatu emosi yang subjektif dan kadangkala sukar diduga... Marah merupakan perkara biasa dalam hidup manusia tetapi menjadikan seseorang itu luar biasa adalah cara dia mengawal kemarahannya...

Pelbagai cara manusia melepaskan rasa kemarahannya .Ada yang menunjukkan dengan perubahan emosi yang ketara pada wajahnya.. Ada pula yang mengambil sikap berdiam diri sahaja... Ada yang tidur... Ada pula yang makan berlebihan tetapi yang berbahaya sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan yang serius...

Daripada Sulaiman b.Sharad r.a katanya, dua orang lelaki sedang memaki hamun... Melihatkan itu, lalu Rasulullah S.A.W bersabda:-

“Sesungguhnya aku tahu satu kalimah yang kalau dia membacanya , nescaya hilang marahnya... Kalimah itu adalah “auzubilla himinasy syaitonirrajim” yang bermaksud “Aku berselindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang terkutuk.”

Pesanan Rasulullah yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa baginda bersabda bahawa :-

“Yang bernama Pendekar itu bukanlah orang yang menjatuhkan lawan tetapi Pendekar sejati ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”

* Semoga kita sentiasa mendapat perlindungan Allah dari kejahatan Syaitan yg terkutuk...

17 May 2009

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu..

Dalam perjalanan hidup ini kita seringkali merasa kecewa... Kecewa sekali... Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan... Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria... Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa...

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran... Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa...

Hidup ini ibarat belantara... Tempat kita mengejar berbagai keinginan... Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak.. mempunyai keinginan... Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mau bisa tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi... Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau 'harus-harus' yang lain...

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang... Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar... Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita...

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh... Kadang kita tidak sedar menggarah Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mengarah Allah: "Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik... Bisa jadi Allah tidak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotori.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu... Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat... Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Allahu a'lam..

16 May 2009

15 Pintu syaitan

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita..

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beris! tigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

*Ya Allah.. jauhkan lah kami dari godaan dan gangguan Iblis dan Syaitan.. Amin..

15 May 2009

Inspirasikan Hidup Anda

Berimanlah... Kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan.... Keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengESAkan ALLAH dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah... Apa yang telah berlalu, biarlah ia berlalu dan apa yang telah pergi, biarlah binasa... Jangan anda fikirkan apa yang telah berlalu kerana ia telah pergi dan lenyap... Redhalah dengan takdir yang telah di tentukan dan rezeki yang telah di bahagi itu dengan hati yang terbuka... Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkanlah keluh kesah... Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus... Dengan mengingati ALLAH, Dzat Yang Maha Mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap...

Jangan sekali-kali mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain... Cukuplah pahala dari Dzat tempat bergantung segala makhluk.... Anda tidak perlu takut terhadap orang yang kufur, pendendam dan iri hati...

14 May 2009

Benda Yang Paling Mahal Di Dunia

Suasana kelas agak lengang... Ustaz Ahmad masih mencatat sesuatu di papan hitam..."Tajuk pelajaran kita pada pagi ini ialah Benda yang paling mahal di dunia" Kata ustaz ahmad."Ustaz macam teka teki jer". terdengar suara menyapa dari belakang kelas.Kelas mulai riuh. Ada yang tersenyum, ada yang tersengih, ada yang tertawa. Masing-masing tertanya mengapa tajuk ini yang dipilih sedangkan tajuk ini tiada langsung dalam senarai matapelajaran untuk tahun ini. Ustaz ahmad tersenyum lantas bertanya satu soalan kepada pelajar yang berada dihadapan beliau.

"Apakah agaknya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini?"
"Emas kot"Pelajar tersebut menjawab.
"Rasanya Permata berlian" .Pelajar disebelahnya pula menambah.
"Kereta Ferrari".Teriak pelajar yang lain pula.

Ustaz Ahmad hanya tersenyum. Semua mata pelajar tertumpu kepadanya, yang pasti semuanya menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut ustaz Ahmad."Benda yang paling mahal dalam dunia ini ialah Hati yang tenang". lancar sahaja jawapan dari mulut ustaz ahmad. Semuanya terdiam dan ada yang mengangguk tanda setuju.Ya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini adalah hati yang tenang.Tanyalah sesiapa pun dari penarik beca sampailah kepada raja yang memerintah negara. semua orang ingin memiliki hati yang tenang dan damai.

Mengapakah hati yang tenang menjadi benda yang paling mahal sekali di dunia?. Jawapannya kerana manusia terpaksa berbelanja besar untuk menenangkan hati mereka. Mereka tidak kisah untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk menenangkan dan mengembirakan hati. Dalam masa yang sama pelbagai cara yang dilakukan untuk mereka menenangkan hati. Ada yang pergi menuntut ilmu, ada yang pergi ke masjid, ada yang pergi melancong dan pelbagai cara lagi. itu kira boleh di terima syariah namun yang sedihnya ada yang melakukan benda-benda yang menyalahi hukum seperti mereka yang pergi ke kelab-kelab malam, mengambil dadah, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ada sebab yang membolehkannya dan pelbagai gejala-gejala sosial yang berlaku hanya satu matlamat iaitu untuk menenangkan hati. walaupun adakalanya mereka tidak sedar tujuan mereka berbuat begitu. Alasan mudah mereka ialah mereka nak enjoy atau bersuka ria atau dengan erti kata lain mereka ingin mengembirakan hati mereka. Semuanya berkait dengan hati kerana hati lah punca segalanya.Jawapan yang keduanya ialah kerana hati yang tenang juga bukan mudah untuk diperolehi. Kita mungkin mampu membeli rumah yang besar, memiliki kereta yang mahal atau mengahwini isteri yang cantik tapi belum tentu hati kita akan menjadi tenang setelah memiliki semua itu. silap-silap rumah yang kita miliki mungkin menjadi mini neraka jika kita tidak dapat mengendalikannya dengan baik. Saya membangkitkan soal hati ini kerana ianya merupakan nikmat yang sangat berharga yang dikurniakan kepada kita selain nikmat iman dan islam. Jika kita ada kereta yang mahal sudah tentu kita akan menguncinya di dalam garaj dan kalau kita ke mana-mana sudah tentu kita akan memasang dengan sistem penggera yang canggih untuk mengelakkan dari di curi orang.

Tetapi jarang kita jaga hati kita dengan sebaik-baiknya. Menjaga hati bukan seperti menjaga kereta. Hati kita tidak akan di curi secara fizikal tapi secara kita tidak sedar. Hati kita dicuri oleh nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan yang menjadi pencuri paling besar dalam diri kita dan kalau kita tidak menjaganya dengan betul-betul kita akan lihat mangsa-mangsa yang kena curi hatinya di kelab-kelab malam, di shopping-shoping complex, melepak tanpa arah tujuan dan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya orang yang bernama muslim berada.

Benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:
“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

*Ya Allah.. tenangkan la hati kami.. tetapkanlah hati kami... Amin..

13 May 2009

HIKMAT 7 AYAT

Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Mudah-mudahan ingat.. walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu...walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa... kerana sudah biasa...

Yang Terbaik Untuk Anda..

"Sebaik-baik harta yang anda miliki adalah yang mendatangkan manfaat... seagung- agungnya ilmu yang anda miliki adalah yang meninggikan darjat... sebaik- baik rumah adalah yang memberikan keluasan... dan sebaik-baik sahabat adalah yang sering menasihati anda..."

*Semoga apa yg kita lakukan mendapat manfaat kepada semua...


12 May 2009

Mengapa kita makan dengan tangan

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama:Saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua:Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga:Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.............!!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada Kelebihannya....... n satu lagi rasulullah pun makan menggunakan tangan... n sunat selepas makan kita menjilat tangan tu coz dihujung jari tu mengandungi enzim yg boleh membantu utk mempercepatkan proses pencernaan.....

11 May 2009

Mengapa mesti menjerit...

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, "Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?"

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab,

"Kerana ketika itu ia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak."

"Tapi..." guru itu balik bertanya, "lawan bicaranya berada dekatnya. Mengapa harus berteriak? Apakah ia tak dapat berbicara secara halus?"

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul menurut pertimbangan mereka. Namun tak satupun jawapan yang memuaskan. Guru lalu berkata, "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizik mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi."

Guru masih melanjutkan, "Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas. Mengapa demikian?"

Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.

Mereka nampak berfikir amat dalam namun tak satupun berani memberikan jawapan.

"Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Pada akhirnya sepatah katapun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja amatlah cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan."

Sang guru masih melanjutkan, "Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, TIDAK mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana waktu akan membantu anda."

*Mulakan hari anda dengan senyuman... :)

10 May 2009

Mimpi Nabi Muhammad SAW

"Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah menyelamatkannya.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT

09 May 2009

Atasi tekanan jiwa menurut Islam

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan samaada ketika bekerja atau pun di sebabkan tekanan2 lain yg melibatkan perasaan. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga orang lain pula menjadi mangsa..

Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah... Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah... Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan.. Antaranya ialah:

BIASAKAN DIRI BERADA DALAM KEADAAN BERWUDUK
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

BANYAKKAN SOLAT SUNAT
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

SELALU BERDOA KEPADA ALLAH
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamat. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

MENANGIS DENGAN SEPUAS HATI
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi di dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

LAKUKAN KEGIATAN LUAR SEPERTI BERSUKAN
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

AMAL DIET DENGAN DISIPLIN YANG KUAT
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

HARGAI KEBOLEHAN DIRI SENDIRI
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

CINTAI DIRI SENDIRI
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain." Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. Tak kiralah lelaki mahupun perempuan, tekanan yang diterima kadang-kala sama berat malah adakalanya berlebih-lebih pula. Harapnya, dengan pendedahan ini masing-masing dapat mengatasi tekanan yang diterima. Apatah lagi hidup zaman sekarang begitu mencabar tambahan lagi hidup di kota..

*Semoga kita dapat mengatasi semua tekanan dengan baik...

08 May 2009

RENUNGAN

Iman semut & iman manusia... siapa lagi beriman

IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia..

* Ya Allah yg maha pemberi rezki.. murahkanlah rezki kami.. Tetapkanlah Iman kami... janganlah Engkau pesongkan hati kami... Amin..

07 May 2009

Best nya.. banyak aktiviti... penat gillerr..

Assalamualaikum... alahai.. mcm lama btul aku nda menceritakan hari2 yg aku lalui... sibuk dgn aktiviti.. kelas.. kerja.. tp.. alhamdulillah... semuanya semakin baik... dan Syukur Ya Allah.. syukur dengan limpahan rezki dan kurniaan Mu.. aku melalui hari2 ku semakin baik.. dan syukur kerana Engkau kurniakan sahabat2 baru...

2 minggu berlalu.. rumah aku sunyi tanpa Adrian... balik kampung Jumaat lalu.. cuti sebulan sudah habis diisi dengan kegawatan dirumah yg agak kelam kabut dgn telatah si kecil... walaupun gitu.. aku suka.. bila si kecil pulang.. terasa rindu pulak... walaupun baru berumur sebulan.. telatahnya cukup menawan hati.. tidak sabar mau membesar.. suka mendengar kami menyanyi.. apa lagi.. aku, mamanya n ati.. berganti2 menyumbangkan lagu hanya untuk mendodoikannya.. hahaha.. lucu sekali..



Jumaat ini pulak.. giliran adik bongsu aku Mimik datang ke rumah.. mau tinggal dgn ku dan mencari kerja... sambil itu mau belajar memandu... aku sedih dengannya.. mengalami kekecewaan perasaan..di tinggalkan kekasih yg selingkuh katanya.. sedih hatiku bila mendengar ceritanya.. tp... bila dia mendengar sedikit nasihat ku dan kata2 semangat yg aku berikan padanya.. syukur dia mau bangkit.. dan belajar memperbaiki dirinya.. mungkin itulah hikmahnya bila di uji dengan dugaan yg disangka maha besar... sedangkan hikmahnya lagi besar dan mungkin itulah nikmat yg tidak terhingga... pastinya setiap kejadian membuatkan kita menjadi tabah...

Beberapa bulan ini.. selain kerja dan kelas piano.. aku sibuk dengan kelab photography.. best... "outing" bersama2 sahabat baru yg tidak kedekut ilmu mau mengajar apa sahaja mengenai dunai 'photoraphy'.. aku semakin tau.. tapi tidak lah semahir mereka.. tapi aku yakin.. aku boleh buat yg terbaik.. kebanyakan daripada ahli kelab ni adalah Cina, kadazan, dusun dan melayu bilangannya amat sedikit.. boleh dihitung dgn jari.. mungkin menjadi ahli kelab photography yg lain.. dan aku berharap agar ramai lagi budak2 melayu yg mahir dalam dunia baru aku ceburi.. daripada melakukan aktiviti yg kurang sihat..

Sabtu yg lalu.. aku buat outing sendiri.. hanya aku, ati adik ku dan lina sahabatku kami merakam potret di Nexus Karambunai.. itu adalah 'outing ' persendirian yg pertama aku buat.. dan hasilnya.. aku rasa seronok sekali.. dan bercadang utk 'outing' yg kedua pulak.. tempat sudah pun dikenal pasti.. tema jugak sudah dipilih... kali ini.. adik bongsu aku ikut sama.. aku harap kali ini apa yg dirancang berjalan dgn lancar.. Ahad pulak ada outing dgn kelab.. di Manukan/Sapi Island.. ntah dapat ka aku ikut sama... ada kelas bahasa Jepun pulak hari tu.. aku terpaksa memilih satu aktiviti yg patut aku lakukan.. hati ku seakan2 memilih aktiviti pulau yg menyeronokan sambil menambah ilmu photography.. tapi.. kelas bahasa Jepun pada hari yg sama.. aduh.. sedihnya... beginilah kehidupan.. sentiasa membuat pilihan utk hidup.. mana yg dirasakan baik.. jalan itu yg akan dipilih.. tapi.. kadangkalanya.. kita tersalah pilih jalan.. dan tidak tau untuk berpatah balik.. dan terpaksa meneruskan walaupun pahit untuk ditelan.. akhirnya.. pengorbanan perlu dilakukan... itulah realiti kehidupan.. ada yg suka dan tidak kurang dukanya..

Bagiku.. setiap perjalanan hidup yg dipilih.. ada hikmahnya.. yang penting.. bagaimana untuk meneruskan hidup tanpa menyusahkan orang lain.. dan biarla aku hidup boleh dijadikan manfaat bagi orang lain..

Kelas piano aku berjalan dgn baik.. dan aku kini boleh bermain piano dgn baik.. boleh membaca note walaupun masih tidak selancar cikgu May.. sekurang-kurangnya aku tau setiap 'dot' hitam dan kosong di dalam buku piano aku.. ada maksud tersendiri.. setiap hari aku praktis.. dan membuatkan aku semakin baik.. 'chop' perkataan good dan gambar itik yg cikgu May 'chop' kan di buku aku.. setiap kali dia mendengar aku bermain membuatkan aku lebih bersemangat.. tidak lama lagi aku beralih ke buku 2... syukurlah.. ini mungkin kerana minat music yg menebal dlm diri aku membuatkan aku cepat belajar.. InsyaAllah.. ada rezki nnt aku bercadang utk membeli gitar.. terasa lama sangat aku tinggalkan ilmu gitar yg aku tau dahulu.. bila teringat balik.. suatu masa dulu.. aku sering mendendangkan lagu classic cromok dan metallica... dengan plaking gitar yg aku rasa syiuk sekali.. apa lagi.. hujung jari aku tersasa kasar dan kadangkala membengkak... akibat kerap bermain gitar .. tapi kini.. ntah aku masi boleh bermain sebaik dulu atau tidak.. dan aku terpaksa belajar balik dan menggali kembali kebolehan yg ada.. ada diantara sahabat2 lelaki aku.. tidak percaya yg aku boleh bermain gitar.. tp.. aku ndak kisah.. sebab bermain gitar untuk diri sendiri jugak memberikan kepuasan yg tiada tandingannya..

Minggu hadapan pulak aku akan ke kuching selama empat hari.. join aktiviti Kafle sahabat baik ku.. teringat kembali sewaktu di UiTM dahulu... hai rindu rasanya.. betulah kata orang.. yang paling dekat dan terasa jauh adalah hari esok.. yang paling jauh dan terasa dekat adalah memori lalu.. tapi.. what ever we do today.. is for tomorrow not for yesterday..



*Semoga setiap apa yg kita lakukan mendapat keredaanNYA... dan semoga setiap jalan yg kita pilih mendapat petunjukNYA.. Amin..

khusyuk dalam solat..

Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat... Semoga dengan memahami bacaan... Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar
( Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya... Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.... Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,.. Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.... Sesungguhnya solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku... Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.... Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak... Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .


"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu.. "ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa... ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

* Akan aku sampaiakan walau sebaris Ayat...

06 May 2009

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur..

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)

Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Ya Allah.. hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah

Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami

Amin...

05 May 2009

KEISTIMEWAAN WANITA..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).


10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasa nya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

*Proud to be Wanita...
Blog Widget by LinkWithin