Suasana kelas agak lengang... Ustaz Ahmad masih mencatat sesuatu di papan hitam..."Tajuk pelajaran kita pada pagi ini ialah Benda yang paling mahal di dunia" Kata ustaz ahmad."Ustaz macam teka teki jer". terdengar suara menyapa dari belakang kelas.Kelas mulai riuh. Ada yang tersenyum, ada yang tersengih, ada yang tertawa. Masing-masing tertanya mengapa tajuk ini yang dipilih sedangkan tajuk ini tiada langsung dalam senarai matapelajaran untuk tahun ini. Ustaz ahmad tersenyum lantas bertanya satu soalan kepada pelajar yang berada dihadapan beliau.
"Apakah agaknya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini?"
"Emas kot"Pelajar tersebut menjawab.
"Rasanya Permata berlian" .Pelajar disebelahnya pula menambah.
"Kereta Ferrari".Teriak pelajar yang lain pula.
Ustaz Ahmad hanya tersenyum. Semua mata pelajar tertumpu kepadanya, yang pasti semuanya menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut ustaz Ahmad."Benda yang paling mahal dalam dunia ini ialah Hati yang tenang". lancar sahaja jawapan dari mulut ustaz ahmad. Semuanya terdiam dan ada yang mengangguk tanda setuju.Ya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini adalah hati yang tenang.Tanyalah sesiapa pun dari penarik beca sampailah kepada raja yang memerintah negara. semua orang ingin memiliki hati yang tenang dan damai.
Mengapakah hati yang tenang menjadi benda yang paling mahal sekali di dunia?. Jawapannya kerana manusia terpaksa berbelanja besar untuk menenangkan hati mereka. Mereka tidak kisah untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk menenangkan dan mengembirakan hati. Dalam masa yang sama pelbagai cara yang dilakukan untuk mereka menenangkan hati. Ada yang pergi menuntut ilmu, ada yang pergi ke masjid, ada yang pergi melancong dan pelbagai cara lagi. itu kira boleh di terima syariah namun yang sedihnya ada yang melakukan benda-benda yang menyalahi hukum seperti mereka yang pergi ke kelab-kelab malam, mengambil dadah, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ada sebab yang membolehkannya dan pelbagai gejala-gejala sosial yang berlaku hanya satu matlamat iaitu untuk menenangkan hati. walaupun adakalanya mereka tidak sedar tujuan mereka berbuat begitu. Alasan mudah mereka ialah mereka nak enjoy atau bersuka ria atau dengan erti kata lain mereka ingin mengembirakan hati mereka. Semuanya berkait dengan hati kerana hati lah punca segalanya.Jawapan yang keduanya ialah kerana hati yang tenang juga bukan mudah untuk diperolehi. Kita mungkin mampu membeli rumah yang besar, memiliki kereta yang mahal atau mengahwini isteri yang cantik tapi belum tentu hati kita akan menjadi tenang setelah memiliki semua itu. silap-silap rumah yang kita miliki mungkin menjadi mini neraka jika kita tidak dapat mengendalikannya dengan baik. Saya membangkitkan soal hati ini kerana ianya merupakan nikmat yang sangat berharga yang dikurniakan kepada kita selain nikmat iman dan islam. Jika kita ada kereta yang mahal sudah tentu kita akan menguncinya di dalam garaj dan kalau kita ke mana-mana sudah tentu kita akan memasang dengan sistem penggera yang canggih untuk mengelakkan dari di curi orang.
Tetapi jarang kita jaga hati kita dengan sebaik-baiknya. Menjaga hati bukan seperti menjaga kereta. Hati kita tidak akan di curi secara fizikal tapi secara kita tidak sedar. Hati kita dicuri oleh nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan yang menjadi pencuri paling besar dalam diri kita dan kalau kita tidak menjaganya dengan betul-betul kita akan lihat mangsa-mangsa yang kena curi hatinya di kelab-kelab malam, di shopping-shoping complex, melepak tanpa arah tujuan dan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya orang yang bernama muslim berada.
Benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:
“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
*Ya Allah.. tenangkan la hati kami.. tetapkanlah hati kami... Amin..
i would like to share it..
ReplyDeletemay I??