Belajarlah dari matahari…
Adil menebarkan cahaya dan memberi kehangatan kepada semua baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga buat sikejam… kepada semua makhluk ciptaan Illahi.
Belajarlah dari bunga…
Sentiasa senyum menyebarkan haruman. Menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah, juga menggembirakan setiap mata yang memandang.
Belajarlah dari lebah…
Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat yang membara.
Belajarlah dari pokok…
Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya.
Belajarlah dari bulan..
Tenang memancarkan cahayanya kemilau dan indah buat menyuluh malam gelap.
Belajarlah dari sungai…
Tabah bergerak menuju destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang tapi tiada suatupun mampu menghalang kemaraannya.
Belajarlah dari daun yang luruh…
Sabar ketika menghadapi kesukaran. Sentiasa tersenyum menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.
Belajarlah dari hujan…
Kehadirannya dinanti-nanti buat menyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi ‘nyawa’ pada tumbuh-tumbuhan.
Lihatlah ke dalam diri, pelajari sifat-sifatnya. Alam yang dicipta Sang Penguasa Agung. Ya, belajarlah dari alam kerana kita juga sebahagian darinya…
No comments:
Post a Comment