Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. sampai jgk aku berpuasa hari keenam ni.. terima kasih kerana masih memberikan kesempatan untuk meneruskan puasa ya Allah.. semoga bulan Ramadhan kali ini aku masih berkesempatan meneruskan hingga ke hari terakhir.. sapa tau mungkin ini adala bln ramadhan yg terakhir bg aku.. ya la fitrah manusia itu pelupa.. sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.. marilah sama-sama kita saling-memperingati antara satu sama lain.. semoga kita beroleh Rahmat & Keberkatan dalam bulan yang mulia ini..
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
Adz-Dzaariya : 55
nah.. beberapa hari aku nda dpt meng'update' blog aku dek demam yg tiba2 menyerang sehingga hari kelima kita berpuasa.. syukur alhamdulillah aku masih bertahan untuk meneruskan puasa aku hingga waktu berbuka.. hari pertama berpuasa jak aku rasa mcm mau pengsan dan mau muntah.. keadaan aku yg agak teruk sedikit memaksa aku berjumpa doktor setelah berbuka pada hari itu.. kalau ndaaaa sah aku masih ampai2 di katil hingga hari ini.. huhu
tapi apa yg bestnya.. walau pn nda sihat aku masih berkeinginan memasak untuk berbuka pada hari kedua berpuasa.. ini gara2 buku resepi yg baru aku beli bersama2 moon.. yg lucunya aku memasak seawal jam 2 ptg.. potong bwg.. kisar sana kisar sini.. rebus sana goreng sini.. mata berselang seli.. sekejap ke periuk belanga sekejap ke buku resepi sekejap lg ke bahan2 yg di perlukan.. hahahaha.. duduk bediri duduk bediri aku jawabnya.. keaadaan dapur mcm tongkang pecah.. hahahahaha setelah selesai memamsak dgn hasil yg aku rasakan memuaskan (bg aku la) hhihihi maka terciptala lauk ayam masak sambal hijau.. (apa tidaknya semua lada dan cili guna yg bewarna hijau).. tauhu + tempe sambal.. kuih bom ubi manis (nda pernah2 ni buat kuih.. hihihihi) dan sayur tumis.. nghehehehe
tepat jam 5.45 ptg aku dan helly adik aku begerak ke laundry utk berbuka puasa bersama2 adik aku boy dan pekerja sana.. sms azizi minta dia msk nasi.. dan dlm hati aku berdoa harap2 masakan aku ni buleh kena terima oleh tekak durang.. jgn jadi mcm ayam msk merah yg aku msk time sahur.. cantik d mata.. tp.. rasanya nauzubillah.. hahaha boy n ely ckp "pelik rasanya" hahahaha
time berbuka.. semuanya diam menjamah juadah berbuka puasa.. bila aku rasa.. hmm.. bolehlaaaa.. cuma masin sedikit.. almaklumlah puasa.. hehehe dlm hati semangat mo msk utk keesokn hari pula.. hehehe
p/s: semangat2 pn.. ubat jgn lupa.. hehehe
----------------------------------------------------------------------------------------------
puasa hari ketiga.. (3 Ramadhan) - Jumaat 13 Ogos 2010
hmmmm.. wlupn dlm keadaan yg nda sihat.. aku gagahi dan lawan jgk agar aku dpt berpuasa.. nasib baik sblm tidur dan time sahur aku rajin sedikit mkn ubat.. klu ikutkan hati.. mau jak aku biar ubat tu dan tidak mau d telan.. hihihihihi
aku ingat kan setelah mkn ubat.. aku boleh p kerja seperti biasa.. rupanya tidak.. Allah mau aku berehat d rumah agaknya.. tp dgn perangai yg nda pandai ddk diam ni.. otak aku ligat berfikir.. mau buat apa yah seharian d rumah.. nahh... buku resepi jadi sasarannya.. hahahaahha.. belek punya belek.. akhirnya aku pilih ayam sambal kicap, ikan goreng dan sambal mangga muda, sayur kacang tumis jadi pilihan.. kali ini aku tekad gunakan garam sedikit sahaja.. setelah memulakan acara potong memotong.. rebus merebus.. goreng mengoreng.. ahirnya semua siap.. hmm.. "not bad" detik hati ku.. mcm bangga sikitla jgk kan.. almaklumlah org yg kurang tau pasal masak2 ni.. tiba2 boleh menyiapkan beberapa jenis masakn.. syukur Alhamdulillah.. dgn izin Allah dan berkat buku resepi.. hihihihihihi
setelah memsk beberapa hari.. aku rasa letih sekali.. dgn msk sahurnya lagi.. barula aku tau penat lelah org memasak ni.. syukur alhamdulillah aku bknla org yg suka memilih mknn.. atau cerewet bab mkn ni.. asal ada jak aku tibai.. ehhhhh.. mestilah yg halal punya... nghehe
-----------------------------------------------------------------------------------------
puasa hari keempat... (4 Ramadhan) - Sabtu 14 Ogos 2010
sedar nda sedar suda empat hari kita berpuasa.. dan ini bermakna suda empat hari aku melayan keaadaan aku yg kurang sihat.. dgn sakit kepala yg teramat sgt.. mau muntah.. sejuk2.. dan mcm lagila.. tapi aku gagahi jugak untuk meneruskan puasa.. alhamdulillah Allah masih mengizinkan aku untuk berpuasa.. Terima Kasih ya Allah.. :D
hari ini adalah hari yg paling best sekali.. apa tidaknya seawal jam 9.00 pagi hp aku berdering.. rupa2nya Clement dari syraikat Fook Loi rupanya.. "Amoi.. bila dtg sini??" aku jawab "oo.. ada suda?? bah kejap lg aku p sana k.. aku tunggu kereta ambik aku dulu" "ok ok.. jumpa nnt.." clement mengakhiri perbualan telefon kami.. aku tersenyum.. terus bersiap.. dalam hati.. kejap lagi aku berjumpa boyfriend aku.. si KADIR HJ DINA.. hihihihi nama ini la yg aku selalu war2kan di facebook aku.. dan mereka menganggap mmg betullah si KADIR ini nama bf aku.. hahahahaha.. walhal si KADIR ini adalah nama kereta baru aku.. hihihihihi ramai yg tertipu.. minta maaf banyak2 ya semua sahabat2ku.. teda niat untuk menipu.. aku hanya mau menceriakan fb aku.. dan sedar nda sedar aku langsung tidak menyebut bahawa si KADIR ini adalah nama org.. jadi jgn salah faham tau.. hhihihi
jauh di sudut hati aku.. aku menyukuri segala nikmat yg Allah anugerahkan kepada ku.. Ya Allah.. sesungguhnya Engkau sgt baik ya Allah.. terima kasih dgn rezki dan nikmat yg Engkau berikan kpd ku.. aku mohon ya Allah jika apa yg Engkau berikan kepada ku ini adalah merupakan BALA kepada ku.. aku rela dan redha ya Allah agar Engkau menariknya semula.. dan jika apa yg Engkau berikan ini adalah merupakan ANUGERAH MU kpd ku ya Allah.. aku berterima kasih dan bersyukur yg tidak terhingga.. dan aku mohon yaAllah.. janganlah Engkau jadikan aku org yg riak.. sombong dan angkuh dgn setiap apa yg Engkau anugerahkan kpd ku.. jauhkan aku dari sifat2 yg Engkau tidak sukai ya Allah.. kerana aku takut.. aku sombong dgn nikmat yg Engkau berikan sedangkan apa yg ada di bumi dan di langit termasuklah apa yg ada padaku ya Allah adalah MIILIK MU.. sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas setiap apa yg Engkau miliki..
itu la sebenarnya KADIR yg aku maksudkan.. dan hari ini dgn rasa syukur dan gembira aku bawalah si Kadir ronda2 kk sambil membeli juadah berbuka.. hehehehe dan apa yg menariknya hari ini juga adalah merupakan hari lahir org yg aku sayang.. setelah menelefon dan mengambilnya d rumah.. kami berjalan2 sambil mencari sticker utk si kadir dan ke IP (Indah Permai) membeli juadah berbuka bersama sahabat2nya Dgun dan Lana.. setelah semuanya beres.. aku menghantarnya dan sahabat2nya balik kerumah.. aku ke laundry seperti biasa untuk berbuka bersama adik2 aku.. :D
dan hari ini jugak adalah hari yg sama abg ipar aku mengambil kereta barunya.. Honda city klu nda silap.. tp sayangnya.. dgn tidak semena2.. dia terlibat dgn kemalangan mujur dia tidak apa2.. cuma kereta baru beberapa saat yg kemek.. hmmm.. apa ble buat abg Man.. sabar jak la.. mesti ada hikmanya..
dan malam itu.. aku sempat merancang sedikit kejutan untuk org yg aku syg.. hihihihi terima kasih kepada Dgun sahabatnya yang menjadikan kejutan itu lebih menarik.. dia menelefon aku mengucapkan terima kasih.. syukurla kalau semua gembira.. Semoga Allah sentiasa memberikan mu kegembiraan setiap masa.. dan mendapat rahmat dan hidaya dariNYA selain peroleh kesihatan yg berpanjgn dan rezki yg murah.. Amin.. :D
-----------------------------------------------------------------------------------------------
puasa kelima (5 Ramadhan) - Ahad 15 Ogos 2010
Hari kelima.. demam aku makin menjadi2.. ini lah akibatnya kalau lupa mkn ubat.. ntah rasanya aku sengajakan utk tidak mengambil ubat tu.. ya lah konon2nya aku rasa aku suda sihat.. rupanya.. aku tertipu oleh andaian aku sendiri.. huhuhu perasaan yg kurang enak menyebabkan aku tidak msk untuk berbuka seperti yg aku suda rancang.. dan hari ini aku menyuruh helly membeli mknn untuk berbuka dan sekaligus dihantar ke laundry.. aku pulak menemankan adik aku ati berbuka di city mall.. kesian dia tiada kwn utk berbuka bersama-sama.. setelah berbuka.. aku mengambil ubat agar demam aku tidak berterusan.. nahhh.. makanya tom.. rajin2 mkn ubat.. :D
baru sebentar tadi.. Azizi membuat panggilan dr Laundry.. "kak tom.. hari ini aku keluar ya.. makcik aku meninggal.. nnt minta tolong hantar durg balik ya" "innalillahi wainnailaihi rojiunn.. boleh2.. ko balikla" kata ku.. Ya Allah.. sesungguhnya mmg benar Engkau amat berkuasa atas sesuatu yg Engkau kehendaki.. suda tiba masa untuk macik azizi.. masa untuk kita pulak?? Waullahualam.. Semoga roh allayarhama diberkati dan dicucuri rahmat oleh Allah swt serta di golongkan dlm org2 yg beriman.. Amin..
Semoga kita dapat menghabiskan bulan ramadhan yg penuh dgn baraqah ini..
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.
(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)
tadi pagi.. dlm perjalanan ke ofis.. aku terdengar satu perkara yg telah dibincangkan dalam radion IKIM klu nda silap aku.. mereka membicarakan mengenai pentingnya solat di bulan Ramadhan ini.. diantara isi yg jelas adalah..
Solat adalah perkara pertama yg akan di hisab di akhirat nnt.. perkara pertama yg akan di soal.. setiap amalan baik yg kita lakukan di bualan puasa ini tidak bermakna jika kita tidak solat..
lebih kurang begitula isi pantinya.. kalau ada yg kurang mmg adalah dr kesilapan aku.. setelah mengamati perbincangan tersebut.. jadi mmg rugila kita jika kita tidak menjaga solat.. apa lg di bln puasa ini.. takut kalau2 semua amalan baik kita tidak sempurna atau mungkin tidak di terima.. Ya Allah.. ruginya aku..
Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.
(Hadis riwayat Muslim)
InsyaAllah.. di entri akan dtg.. aku akan mencari keistimewaan mengerjakan solat dan kebaikan2 solat (kalau aku jumpa la) aku akan postkan untuk panduan kita semua.. InsyaAllah.. semoga ada manfaatnya.. :D
Ya Allah, tunjukilah aku ke dalam golongan orang yang Engkau telah berikan petunjuk, sejahterakanlah aku ke dalam golongan orang yang Engkau telah berikan kesejahteraan, sayangilah aku ke dalam golongan orang yang telah Engkau sayangi, berkatilah aku ke dalam golongan orang yang telah Engkau berkati, hindarilah aku dari segala bahaya yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan, Sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau lindungi dan tidak akan menjadi mulia orang yang Engkau musuhi... Aminn...
No comments:
Post a Comment