25 August 2010

Fadhilat Ramadhan..

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...

hmm.. beberapa hari aku nda dpt menjenguk blog ni sebab sibuk yg teramat sgt dan masa pulak mcm terasa sgtla pendek.. apa tidaknya.. dengan menghabiskan masa menyiapkan keja di ofis.. balik kena singgah beli juadah utk berbuka lg.. trus pergi ke laundry untuk berbuka dgn adik2 lg.. yg nda bestnya dlm perjalanan ke laundry tu jammed nya nauzubillah.. nasib baik ada kesabaran yg maha luar biasa.. kalau tidak.. nda taulah apa jd mengamuk sendiri2 la jawabnya tu.. hihihihi

dan hari ini maksudnya masuk hari ke 15 kita berpuasa.. tp sygnya.. aku tdk dpt meneruskan puasa akibat masalah yg tdk dpt dielakkan.. huhuhu namun begitu.. Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan.. masih ada ruang utk berkongsi perkara2 kebaikan.. dan masih dipermudahkan dalam segenap urusan.. terima kasih ya Allah.. dalam entri kali ini aku masih mau berkongsi tentang fadhilat ramadhan.. sesungguhnya bulan ramadhan yg penuh berkah ini mempunyai fadhilat yg banyak sekali.. maksudnya.. beruntung la kita kerana masih berkesempatan untuk bertemu dan merasai bulan seribu kebaikan.. itu blm lagi di campur dgn malam lailatul qadar.. kebaikan berterawih belum kira lagi.. bertuahnya kita..

dalam mengenangkan kebaikan dan fadhilat ramadhan ini.. aku terkenang akan adik aku yg tidak berkesempatan bertemu dan merasai nikmat akan bulan penuh dgn pahala ini.. sedihnya aku ya Allah.. rupa2nya ramdhan tahun 2009 adalah bulan yg terakhir utknya.. semoga Engaku sentiasa beria rahmat keatas rohnya dan di tempatkan dlm org2 yg beriman.. Amin.. dan ini sekaligus menjadikan aku sentiasa beringat bahawa bila2 sahaja Engkau akan menarik aku dr dunia ni.. sempat kah aku bertemu bulan ramadhan yg akan datang.. sempat ka aku merasai kebaikan2 bln ini di masa akan datang.. ya Allah hanya Engkau yg maha mengetauhi.. sesungguhnya aku hanya mampu untuk memohon kepada MU.. memohon belas kasihan Mu ya Allah.. agar Engkau masih mau untuk aku meneruskan dan berjumpa ramadhan di tahun2 akan datang.. bkn sahaja untuk tahun berikutnya.. menghabiskan puasa tahun ini saja belum tau.. apa lagi bertemu untuk tahun hadapan pulak.. hhmmm... hanya Allah yg dapat menentukan kesempatan yg bagaimana yg ada untuk aku.. Ya Allah... sesungguhnya Engkau maha berkuasa ke atas ku..

dengan kesempatan yg ada ini.. aku ingin berkongsi sedikit sebanyak anatara hadith2 yang menerangkan kebaikan2 dan fadhilat bulan ramadhan.. semoga dgn adanya fadhilat ini kita dapat memahami dgn lebih jelas akan erti ramdhan yg sebenar seterusnya kita cuba untuk memperbaiki selagi ada kesempatan dan semoga kita mendapat rahmat dariNya.. Amin.. semoga ada manfaatnya.. :D


Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin