02 August 2010

Sombong....hendak kemanakah gerangannya dia...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. nah.. sedar nda sedar.. kita dekat sudah dengan bulan Ramdhan.. bila bersembang2 dgn kawan2.. rata2 semuanya nda sabar dgn kehadiran bulan yg mulia ini.. ada diantaranya suka bulan ramdhan bukan kerana hikmah dan kebaikan.. bukan pulak kerana inila masanya untuk kita mencari bukan sahaja rezki yg lebih tetapi pahala dan amalan yang lebih.. ada diantaranya lebih suka bulan Ramadhan kerana suasana bersahur yg hanya ada pada bulan ini sahaja.. malah ada yg suka suasana berbuka puasa yang boleh menjamah apa sahaja kerana bertahan dgn lapar dan dahaga seharian.. hmmm.. sebelum kita kongsi apa sebenarnya kebaikan di bulan ramadhan ini.. aku ingin berkongsi seperkara yang menarik minat aku dan menjadikan aku tersentak seketika.. ntahla.. kadang-kadang aku ni cepat sedar.. dan kadangkala aku pandai lupa balik.. mungkin bkn aku sahaja yg perlu diingtkan setiap masa.. barangkali yg lain di luar sana juga merasakan apa yg aku rasa.. semoga hasil coretan ABE DIN ini menjadikan kita sentiasa sedar dan sentiasa dekat dengan ALLAH SWT.. terima kasih ABE DIN kerana menjadikan aku salah satu sahabat mu yang sentiasa engkau kongsi dengan peringatan2 agar aku tidak jauh tersasar.. agar aku sentiasa ingat dan sentiasa diingatkan.. kita kongsi ya.. semoga ada manfaatnya.. :D


Sombong. Sebut perkataanya shj pun dah rasa m'yampah. Memang ianya adalah sebahagian drp sifat Mazmumah. Kerana disebaliknya, t'guling2 gelak Ego yg asyik m'gatakan semuanya indah. Sedangkan hadirnya, mmg tidak disukai Allah. Kelak diri sendiri, akhirnya punah ranah.

Namun, mana satukah sikap sombong yg mmg amat ketara? Adakah ianya pd sikap suka m’pamerkan k’Mewahan yg berjuta laksa? Adakah ianya pd sikap m’agungkan k’Dudukan yg tinggi b'Kasta? Adakah ianya pd seri Wajah yg t’nyata seksi Ayu jelita? Adakah ianya pd sikap angkuh Ilmu yg penuh didada? Adakah ianya pd erat genggaman Kuasa politk utk b’Maharajalela? Jadi, mana satu sikap sombong yg t’lebih Hina? Adakah salah satu dari yg di atas atau kesemuanya yg disini ada? Atau ternyata, masih lagi ada utk dibicara ?

Sebenarnya, tahap sikap sombong yg paling ketara ialah pabila seorang hamba tidak mahu m’Matuhi Arahan Tuannya, baik yg bersifat Suruhan atau Tegahan. Sebaliknya, turut m’pertikai k’Wajaran suruhan & tegahan yg diberikan kpdnya. Tenyata tidak ada sebenar-benar suruhan yg paling mulia utk diambil berat, m’lainkan m’dirikan Solat !

Amnya kini, semua orang b’gelar Islam yg waras tahu dgn k’nyataan Solat itu Tiang Agama. Jikalau kelompok Mat Rempit, Pengkid, Bohsia, Kaki Dadah, Kaki Ponteng Sekolah, Peragut & Perompak dan yg sewaktu dgnnya, mmg tak mustahil utk mrk m’perlekehkan tuntutan Solat. Bahkan, dlm jiwa mrk telah m’labelkan solat itu sebagai sesuatu yg m’yusahkan hidup mrk. Yg penting ialah berpoya-poya m’nikmati godaan dunia.

Tapi, yg aneh ibni ajaib ialah sikap m’ringankan solat ini juga turut diamalkan oleh mrk yg m’nikmati limpahan Ilmu, Pangkat, Harta, Rupa & Kedudukan. Semakin hari semakin ada sahaja alasan yg diketengahkan utk m’bolehkan mrk culas dari m’dirikan Solat.

Alasan sibuk atau "bizi" mmg sah manjang. Tak kira siang mahupun malam, hari b’kerja atau hujung minggu, mrk sibuk sokmo m’galahkan Pak Menteri. Secara bandingan, diantara Mall membeli belah, Karoke, Kopitiam, Starbucks atau KFC, rasanya lebih byk singgah tiap minggu di situ, b’banding solat jemaah di Masjid atau Surau.

Nak harapkan solat sendiri dirumah, pun kadang kala t’babas masa. Jika tak ditegur isteri atau suami atau anak atau mertua, mmg solat tu kira luput, begitu sahaja. Adakalanya, kira solat Jamak dibuat tanpa keluar berkelana. Yg amat t’serlah, solat Subuh kerap jadi mangsa, terutama sepjg ke’gilaan musim perlawanan Piala Dunia. Kenapakah yg dikatakan robohnya Tiang Agama bila solat tidak dilaksana? Bukankah, solat adalah ibadah t’penting yg perlu ditunaikan oleh seorg yg m’akui dirinya muslim & muslimat? Sehingga ketika b’perang pun tak boleh diabaikan begitu sahaja!

Kita hidup bukanlah semata2 m'mentingkan urusan dunia, sebab urusan ukhrawi adalah lebih utama
. Kehidupan dunia t'had oleh batasan Usia & Masa, dan pabila tiba saat ketikanya kita akan b'pindah ke alam yg kekal selama2nya. Semua amal p'buatan kita selama di dunia akan diminta p'tanggungjawabnya, kerana amal p'buatan tersebut sebenarnya tabungan utk dijadikan bekalan dihadapan Zat Maha Esa yg bakal m'Hakimi kita.

Dalil2 k'perluan m'nunaikan solat dlm al-Quran & Hadith mmg lah byk, tapi bg m'yakini mrk yg lebih cepat m'iyakan ajakan ke Jom Heboh & Karoke drp solat b'Jemaah & majlis Ilmu, jom kita kongsikan b'brp hujahan dari kedua sumber berkenaan :

Dalam Surah al-Ghaffir ayat 60 pula Allah m'negaskan :
“Dan Tuhan kamu berfirman: "B'Doalah kamu kpdKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang2 yg Sombong Takbur drp b'Ibadat dan b'Doa kpdKu, akan masuk neraka Jahannam dlm keadaan hina.”

Jelas kepentingan & keperluan m'dirikan solat amat dititikberatkan dlm agama Islam. Penerimaan ibadah solat itu sendiri, menerusi anugerah langsung dari Allah 'Azza wa Jalla kpd baginda Rasulullah s.a.w pd peristiwa Israk Mikraj adalah antara bukti keistimewaan amalan yg bersifat suruhan ini. Amalan solat ini dikaitkan dgn pengabdian tunduk patuh kpd-Nya.

Sebagaimana firman Allah s.w.t dlm Surah Taha ayat 14 :
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan m'lainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah Solat utk m'Ingati Daku.”

Manakala dlm surah yg sama ayat 132, Allah turut m'gaitkan kepentingan m'dirikan solat ini dgn Anugerah rezeki yg bakal diNikmati oleh hamba2-Nya yg patuh m'dirikan solat :
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu m'gerjakan Solat, dan hendaklah engkau tekun b'Sabar m'nunaikannya. Kami tidak m'minta rezeki kpdmu, (bahkan) Kamilah yg m'beri Rezeki kpdmu. Dan (ingatlah) kesudahan yg baik adalah bagi orang2 yg b'Taqwa.”

Justeru t'nyata manusia yg b'gelar paling Sombong ialah mrk yg dgn sedar dan sengaja tidak m'dirikan solat. Bahkan, mrk dinisbahkan sebagai bodoh sombong apabila bukan sahaja m'pertikaikan keperluan m'dirikan solat tetapi juga cuba m'Pengaruhi & m'Halang orang lain dari m'dirikan solat. Jika dia solat pun, tak pastilah samada Khusyuk atau sempurna tertib solat.

Mereka sengaja tidak mahu m'mahami & m'nerima hakikat Ganjaran yg bakal m'nanti di akhirat kelak, kesan daripada kesombongan mrk ini. Sedangkan, dlm al-Quran, Allah telah pun m'gariskan secara nyata kesan Musibah yg bakal mrk perolehi.

Firman Allah s.w.t dlm Surah al-Baqarah ayat 206 :
“Dan apabila dikatakan kpdnya: "Bertaqwalah engkau kpd Allah" timbulah kesombongannya dgn (meneruskan) dosa (yg dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) Neraka Jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.”

Serta pd ayat 212 surah yg sama, pula Allah memberi amaran dan m'letakan pra-syarat k'Bahagiaan yg sebenarnya.
“K'hidupan dunia (dan k'mewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pd (pandangan) orang2 kafir, sehingga mrk (b'Lagak Sombong dan) m'mandang rendah kpd orang-orang yg beriman. Padahal orang2 yg b'Taqwa (dgn imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mrk (yg kafir itu) pd hari Kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah m'beri rezeki kpd sesiapa yg dikehendakiNya dgn tidak terkira (m'nurut undang-undang peraturan-Nya).”

Dari solat Subuh hgg ke Isyak ada sebyk 17 rakaat yg perlu disempurnakan setiap hari semlm oleh setiap Muslim & Muslimat. Jadi kesemuanya ada 34 kali sujud yg b'samaan dgn 34 kali perkataan Sajadah disebut dlm al-Quran. Nilai 34 kali sujud ini adalah syarat minima p'Matuhan & p'Abdian kita kepada-Nya setiap hari.

Itu sebabnya mrk yg culas m'dirikan Solat rasa tak tenang, mudah marah, stress, tak cukup masa, ada halangan kerja, mudah kecewa & dikecewakan, lalai, tak amanah, lupa diri, sering b'dusta, ego serta anggap dunia ini ana yg punya! Sdgkan t'dpt byk hikmah dlm p'lakuan dlm solat, antaranya pabila dikau sujud.

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan Sujud, maka perbanyaklah Doa.” (Hadis riwayat Muslim)

Ganjaran bg mrk yg sanggup bangun m'hiasi mlm mrk dgn Qiamulail & b'doa dijelaskan bila Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pabila suara azan masuk m'nerobosi gegendang telinga orang yg benar2 b'Iman, mrk akan t'sentak dgn ingatan kpd Tuannya. Hati mrk amat gementar & takut serta t'bayang segala ke Maha Besaran dan ke Maha Kuasaan Allah Subhannahu wa Ta’ala. Lantas, mrk dgn hati yg penuh Tawaduk & Ikhlas m'menuhi panggilan itu utk m'dirikan Solat dgn khusyuk, m'ninggalkan segala urusan dunia utk sujud m'hadap Penciptanya.

Oeh itu, marilah kita m'ningkatkan ibadah solat, t'utamanya m'jelang Ramadhan yg sedang m'lambai mesra kedalam dakapan baraqah-Nya, dgn m'ajak anak cucu serta setiap ahli keluarga kita utk m'jadi orang yg m'perolehi janji Allah. Yakni m'nikmati k'Bahagiaan di Dunia & juga di Akhirat. Lantaran, baik buruknya anak cucu kita t'gantung kpd ikhtiar ayah ibu serta datuk nenek, m'Didik & m'Bina k'peribadian mrk menjadi hamba-Nya yg b'Taqwa.

Wallahu’alam.

Nukilan :
Din Kelate
5 Saaban 1431
17/07/2010

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin