Alhamdulillah.. Terima kasih YA Allah.. puasa hari yg kelapan ini Engkau masih mau untuk aku berkongsi seperkara yg tidak kurang pentingnya bg aku.. dan hari ini d bulan yg mulia ini.. marila kita sama-sama beringat bahawasanya terdapat segelintir org tua yg tidak mempunyai anak untuk mendoakan mereka.. terdapat jugak anak2 yg telah kehilangan ibu bapa dan mau melihat dan mendoakan mereka selagi hayat ada.. aku selalu terlihat pasal isu2 pembuangan bayi di kaca tv.. di entri sebelumnya jugak aku ada postkan mengenai hal ini termasukla data2 dan statistik pembuangan bayi setiap negeri.. ya Allah.. begitu singkat kah pemikiran mereka?? apa mereka tidak kasihan melihat bayi sekecil itu di biar.. di buang dan diletakkan ntah di mana-mana.. jgn ceritala sapa yg akan jumpa terlebih dahulu.. samada manusia atau pn haiwan.. yg tertanam rasanya blm dikira.. klu terjumpa masukla dlm data.. yg tidak??!! ya Allah.. jauhkan la aku.. ahli keluarga ku.. sahabat-sahabat ku dr melakukan perkara yg terkutuk ini.. peliharala kami ya Allah.. hindarilah kami dr maksiat.. jadikanlah kami hamba2MU yg sentiasa menyayangi zuriat kami dan ibu bapa kami.. semoga Engkau sentiasa memberi rahmat dan hidayahMu kepada kami.. Amin..
bercerita pasal anak2 yg terbuang ni sebenarnya bkn perkara tunjang yg ingin aku kongsi hari ini.. aku teringat akan kata2 Dr. Fadillah Kamsah.. antaranya yg aku ingat adalah.. "doakan ibu bapa kamu atau org tua kamu setiap hari.. InsyaAllah Allah akan murahkan rezki yg berlipat ganda untuk kita.." hhmmm.. mudah rupanya untuk mendapatkan rezki yg banyak.. nda perlulah baca2 mentera.. atau tangkal2 pelaris jualan ka.. atau mcm2 lg la.. cukup sekadar mendoakan org tua kita.. ibu bapa kita.. yg masih ada ataupun suda tiada.. senang kan?? (peringatan utk diri sendiri sebenarnya.. hihihihi)
Nahhh.. Hari ini aku ingin berkongsi mengenai doa ibu bapa.. aku selalu berfikir bagaimana kah doa yg terbaik utk mereka.. guna bahasa melayu ka?? bahasa arab ka?? kan ada doa khusus utk ibu bapa.. (seperti dlm youtube diakhir entri ini..) Syukur alhamdulillah dgn adanya kemudahan internet.. mudah jgk aku mencarinya.. dan sekarang ini adalah menjadi tugas kita mendokan kesejahteraan org tua kita.. semoga kita tergolong dlm anak yg soleh.. Amin.. semoga ada manfaatnya.. :D
Rasulullah SAW pernah bersabda :
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu.. ( tak kira masih hidup atau telah tiada )" nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2... tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita.. termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua.. akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.
Kesimpulannya:
Bagi yang berniaga tidak perlu ada ilmu pelaris... Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal..
rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya... tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita..
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, di pejabat.. waktu makan siang.. pagi.. petang.. siang atau malam.. dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)
Caranya :
''YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu.. sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin.."
(Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)
Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman... Amin
Ada jugak yg mengamalkan doa yg panjang.. seperti ini..
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka.. Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka danLembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku.. jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku... Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu...
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita... Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita... Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah... Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya... Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan
mendoakannya... Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Astagafirullah al'adzim.. wahai ibunda dan bapa ku.. ampunkanlah dosa-dosa anakmu ini...
Maaf tp mohon copy yer doa. Tq
ReplyDelete