28 August 2010

Menangislah Kerana Allah...

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh..

nukilan yg indah yg menjadi peringatan untuk kita semua.. kita kongsi bersama nukilan seorang sahabat dr facebook.. terima kasih Abe Din.. terima kasih kerana menjadikan aku sebahagian sahabatmu yg sentiasa dikongsi segalan peringatan, teguran dan kebaikan yg perlu untuk meperingati diri aku sendiri.. semoag setipa usaha dan kebaikan mu di rahmati Allah.. dan semoga segala urusan mu dipermudahkan olehNYA.. amin..


Air Mata & Menangis adalah lambang insan yang lemah & tidak berdaya, dan yang kerap diperlambangkan adalah kaum Hawa. Dari satu segi, ada juga kebenarannya. Lantaran, pada sesetengah wanita, menangis adalah sifat kelemahannya serta senjata ampuh yang sanggup dia pergunakan untuk mencapai apa jua hajat dihatinya. Jadi, adakah benar menangis hanya hak & keistimewaan wanita sahaja. Pastinya, tidak kan? Lantaran, selain daripada berpuasa, keupayaan menangis adalah salah satu cara pengurusan Nafsu yang berkesan, tanpa kira jantina.

Sepanjang11 bulan yang telah pun berlalu, kita telah mencipta pelbagai alasan & memberi kewajaran untuk meleraikan air mata kita. Dari sedih sebab pertama kali berpisah dengan ibu bapa tinggal dikolej, beg tangan diragut, kereta kesayangan kita dicalar anak, lipstick kegeemaran kita patah dimainkan anak, beg LV kita rosak, kekasih kita di"tackle bestfriend", kita kena tikam belakang rakan sekerja, bos yang suka gatal, stress tempat kerja, bos bagi notis berhenti kerja 24 jam, kita miss projek yang dikejar, kereta baru kita ditarik bank, kita sah nikah tap itak pernah disentuh, kita nikah sah & disentuh tapi turut kerap kena penampar& terajang, pasangan kita curang, pasangan yang dijodohkan & kita sayangi sepenuh hati mati terlebih dahulu, suami kita minta kahwin lagi, kita masih menunggu jodoh yang tak kesampaian, tiket balik raya habis, kita kena cah keting peringkat cawangan, thumbdrive assignment kena sapu, habis hard disk kena serangan virus dan sebagainya.

Bag kita, tiap kejadian yang kita lalui berlatar belakangkan kecewa, sedih, marah, ditipu, dikhianati, difitnah, ditindas, ditinggalkan, diambil kesempatan wajar untuk kita merajuk berpanjangan dengan ditemani air mata agar reda sebak didada. Paling tidak pun, ada antara kita yang menangis bagaikan nak rak pabila menonton cerita sedih Hollywood, Korea, Jepun atau Bollywood, sedangnya ianya hanyalah ilusi jalan keluar ("escapism illusion").

Jadi, persoalannya sejak 11 bulan yang lalu, berapa kalikah kita guna nikmat air mata & perasaan pilu sedih yang diberi-Nya untuk kita hadir menangis pada-Nya. Amat tinggi nilai tiap titik air mata mu yang gugur bercucuran kerana-Nya. Berbahagialah buat para sahabat yang menegaskan kerap. Ucapan tahniah & sekuntum senyuman daku hadiahkan atas kenyataan mekarnya gugusan kuntuman iman dikamar hati mu kerana tawaduk pada-Nya.

Akan tetapi, kesedihan yang tidak terduga ingin ku kongsikan bagi para sahabat yang tak mampu mengiyakan kenyataan di atas. Alangkah rugi jiwa mu, jika tak mampu menzahirkan lempiasan perasaan pilu pada yang Haq. Namun, usahlah dikau bermuram durja kerana dengan izin & kehendak-Nya jua, dikau kini hadir menatap bait-bait bicara rasa ini, agar dikau pun mampu menangis pada-Nya. Zat yang Maha Mengasihani diri mu sepanjang masa, meskipun saat dikau lupa pada-Nya. Zat yang telah Mencipta diri mu dengan segala kesempurnaannya, meskipun dikau kerap menyalahguna anugerah langsung-Nya itu kepada diri mu.

Dalam kita melayari kehidupan, memang kita diberi kesempatan untuk mencari ilmu & kemahiran sebagai pelengkap usaha & ikhtiar, yang kita perlukan bagi mencapai sesuatu hajat yang kita inginkan. Namun begitu, sepanjang jalan itu dek keyakinan yang tinggi menjulang awan & Ego yang besar tak terhingga, kita melihat tiap ujian yang hadir hanya sekadar mecabar keupayaan diri kita semata-mata. Bahkan, ada diantara kita turut mempersoalkan, kenapakah kita terus ditimpa ujian bertali arus dalam kehidupan ini?

Sebenarnya, tak kiralah siapa diri kita ini, baik peguam, doktor, ingenuer, masjitret, usahawan korporat, usahawan kecilan, cik kerani, cik misi, tukang masak, tukang kebun, pelajar, Professor, Dato', Tan Sri, Tun Seri dan sebagainya, semuanya hanyalah label sahaja. Bagaikan label dibelakang baju kita jua. Pada sisi-Nya, tiap orang daripada kita adalah sama aje, tanpa ada bedanya diantara yang berpangkat, berharta, berilmu, tinggi, rendah, kurus, gemuk, muka hensem, tubuh seksi dan sebagainya. Beda yang dicari-Nya, bagi memisahkan antara yang benar & bathil, hanyalah Taqwa pada-Nya tanpa berbelah bahagi.

Justeru, Taqwa adalah sebaik-baik pakaian bagi seorang insani & Air Mata adalah penghias utama ciri-ciri Taqwa itu. Lantaran sifat orang yang bertaqwa ialah dia takut dengan sepenuh hati pada kemurkaan-Nya, azab-Nya yang mengejutkan & hilangnya nikmat sementara yang diberi-Nya, buat seketika didunia ini. Dengan rendah diri, dia kembali kesisi-Nya untuk memohon petunjuk, perlindungan & pengharapan atas segala usaha yang telah dilakukannya. Oleh itu, bagi menzahirkan keTaqwaan itu, dia akan memilih untuk mematuhi segala suruhan dari-Nya dan meninggalkan segala tegahan yang diperintah-Nya. Pada setiap ketika, dia senantiasa waspada & khuatir, jika dia mengabaikan apa jua suruhan & tegahan berkenaan. Inilah sebenarnya skima jawapan disebalik setiap ujian yang hadir dalam kehidupan kita.

Lantaran, kekhuatiran & kegusaran inilah yang menyebabkan jiwanya mudah tersentuh tatkala sujud berteluku pada-Nya. Sambil bermunajat dia memohon keampunan & keredhaan-Nya, memuji asma-Nya serta Zikrullah, membaca & menghayati kalam dari-Nya, pasti dia akan menangis sepenuh hati. Segala apa yang ada kaitan dengan-Nya akan dijagai dengan sesempurna mungkin, sebagaimana sewajarnya tuntutan seorang hamba menjaga amanah Tuannya.

Anehnya, masih ada diantara kita yang bongkak sombong, pantang ditegur & diberi nasihat. Bukan sahaja tentang perkara-perkara yang memang menjadi kewajiban seorang Islam, seperti tauhid, solat, puasa, tatacara pakaian, tatacara pergaulan dan sebagainya. Baginya, usah disentuh prinsip peribadi, jika ingin berkawan dengannya. "You go my way, I go my way!", adalah ungkapan keramatnya. Dia lupa asas agama adalah nasihat menasihati. Tanpa amanah untuk berkongsi ingatan ini, lama kelamaan tembok agama akan roboh hingga menelanjangi insani itu sendiri dalam kehinaan.

Adakah kita ingat, kita mampu langsaikan segala dosa yang lalu cam kita lunaskan kompaun parking & bil merah TNB? Adakah kita ingat, tanpa memohon keampunan & beribadah pada-Nya terlebih dahulu, kita tetap akan dapat menikmati anugerah Lailatul-Qadr? Adakah kita ingat, kehadiran kita pada malam anugerah tahunan Lailatul-Qadr nanti, boleh dibeli seperti bayar tol, beli top-up ataubeli tiket wayang aje? Atau boleh "order on-line" cam tiket AirAsia & MAS? Masya-Allah, bukan hanya untuk menerima anugerah itu susah tapi tak mustahil, bahkan untuk hadir sebagai jemputan VVIP pada 10 malam terakhir untuk memburu Lailatul-Qadr itu sendiri pun penuh dengan dugaan. Tidak percaya, nant ikita masing2 tengok, adakah diri kita, antara yang tersenarai sebagai dif jemputan yang hadir.

Justeru itu, memandangkan kini kita sedang memasukki fasa Kedua Ramadhan, dimana Allah Yang Maha Pemurah menawarkan pengampunan pada hamba-Nya, kecuali dosa syirik. Marilah kita hiasi malam Ramadhan, dengan membawa hati kita semakin rapat pada-Nya, tanpa banyak alasan & karenah. Benamlah Ego kita buat sementara, kerana pabila kita meninggalkan Ramadhan kali ini, tiada jaminan lagi adakah kita mampu bersua kembali dengan dakapan baraqah-Nya sekali lagi. Jika tak, dah lama ler syarikat insuran buat pakej ekslusif Ramadhan sebagai pelaris perniagaannya.

Sebagai memudahkan kita menangis pada-Nya, marilah kita bermula dengan guna nikmat "flash-back" yang diberinya, untuk membangkit rasa menyesal segala atas kesilapan & kesalahan kita dimasa lampau. Bermula dengan kekerapan kita dengan sengaja meninggalkan solat, ponteng puasa, mencuri sesama saudara, mengkianati amanah dan sebagainya. Hati kita kena dididik & diajar untuk menangis kerana-Nya, setelah sekian lama hanya menangis kerana makhluk-Nya.

Sambil kita sujud berzikir kepada-Nya, imbas kembali berapa banyakkah sudah kita bayar nikmat Dia yang menjaga kita dalam kandungan dengan selamat serta diberi segala cukup sifat dengan sempurnanya. Lantaran, semenjak kita dewasa, yang kita balas hanyalah jasa & pengorbanan ibu ayah aje yang telah membesar & mendidik kita menjadi insan yang berakhlak & berjaya. Sejak dari itu, yang kita duk kalut bayar adalah loan PTPN, kad kredit, sewabeli kereta & rumah aje.

Paling tidak pun, sedarlah dari tidur mu yang panjang wahai sahabat yang dikasihi Illahi, bahawa diri kita sebenarnya sedang mengesot-esot, saban hari, meninggalkan kekasih kita Ramadhan. Kini, hanya ada 20 hari lagi untuk kita bermesraan dalam belaian & dakapan baraqah-Nya. Jika, hakikat kita akan pergi meninggalkan kekasih, mungkin buat selama-lamanya pun, kita tak mampu menangis teresak-esak, maka wajarlah kita bersedih untuk 11 bulan yang akan datang. Alangkah baiknya, jika didunia ini dikau mampu menangis teresak-esak hingga bergetar sekujur tubuh mu, sebelum paluan Malaikat Munkar Nakir jatuh pada jasad mu bertalu-talu, atas kedegilan dikau tawaduk tunduk patuh pada-Nya didunia ini.

Akhirkata, marilah kita manfaatkan kehadiran Ramadhan kali ini dengan membawa hati kita kembali pada-Nya, sambil menangis dengan penuh keikhlasan & pengharapan agar diampuni segala dosa yang kita lakukan & dirahmati kita dengan pengampunan-Nya. Supaya kita bebas dari bahana ancaman api Neraka-Nya serta dirahmati-Nya dengan anugerah Syurga yang kekal abadi. Insya-Allah.

Wallahu'allam..

Nukilan:

Din Kelate
10 Ramadhan 1431
20 Ogos, 2010

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin