07 May 2009

khusyuk dalam solat..

Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat... Semoga dengan memahami bacaan... Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar
( Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya... Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.... Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,.. Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.... Sesungguhnya solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku... Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.... Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak... Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .


"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu.. "ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa... ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

* Akan aku sampaiakan walau sebaris Ayat...

06 May 2009

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur..

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)

Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Ya Allah.. hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah

Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami

Amin...

05 May 2009

KEISTIMEWAAN WANITA..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).


10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasa nya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

*Proud to be Wanita...

04 May 2009

10 Rahsia Kekuatan Cinta...

1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal
yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati dalam diri mereka?".

3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?"dan bukan Apa yang akan aku dapat?".

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan

"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur,
hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi
dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.

Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula.

Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

03 May 2009

Perbaiki Diri.. Jadikan hari ini lebih baik dari sebelumya...

Selama di dunia.. kita masih boleh memperbaiki diri kita... Kita jadikan hari ini lebih baik dari hari kemarin dan menjadikan hari esok menjadi lebih baik dari hari ini..

"Barang siapa yang hari ini sama saja dengan kemarin, merugilah dia. Jika hari ini lebih buruk dari kemarin, dia celaka... Dan beruntunglah bila hari ini lebih baik dari kemarin." (HR Bukhari)

AKU MAU JADI YANG TERBAIK.... BANTULAH AKU....

Seorang penyair mengatakan:

"Segala kebaikan Allah walau lama Laksana kerdipan mata yang menangis...
Betapa banyak kemudahan datang setelah keputus-asaan.. Dan betapa banyak keputus-asaan datang setelah kesungguhan... Maha Suci Dzat yang selalu memaafkan walau kita selalu bersalah.. Dia selalu memaafkan hamba-Nya walau mereka bersalah... Dia yang memberi kepada orang yang bersalah.. Dan keagungan-Nya tidak menghalangi-Nya untuk memberi kepada orang yang bersalah…"

Dalam kitab Musnad Ahmad, Rasulullah saw bersabda:

"Ya Allah, aku memohon kepada Mu dengan setiap nama yang Engkau miliki.. Engkau menamakan diri Mu dengannya, atau Engkau menyimpannya dalam ilmu ghaib di sisi Mu, atau Engkau menurunkannya di dalam kitab Mu, atau Engkau mengajarkannya kepada salah seorang hamba pilihan Mu, jadikanlah Al-Quran sebagai penawar hatiku, cahaya dadaku, penglipur laraku dan penghilang kesedihan dan kegelisahan ku."

*Ya Allah berlah kami rahmat dan hidaya Mu.. semoga hari ini dan hari2 mendatang lebih baik dari kemarin dan sebelumnya... Amin..

02 May 2009

Di Mana boleh mendapat Teman Sejati...

Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan... Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperoleh di dunia ini... sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita... Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar...

Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda... Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu... Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua... Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan...

Memiliki persahabatan yang jujur dalam erti kata sebenar adalah nikmat kehidupan... Namun ia sebenarnya sukar diperoleh secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar... Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata... maka dia akan mengecapi kemanisan iman...

Sabda baginda:

Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman... (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang.. tidak dia cintainya kecuali kerana Allah... (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka (riwayat al-Bukhari dan Muslim)...

Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya... Manisnya iman.. hanya pemiliknya dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukannya... Dalam tiga ciri tersebut.. baginda s.a.w. menyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah... akan terasalah manisnya iman... Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham... Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?

Pastinya kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredaan Allah... Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah... atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah... Apabila perasaan yang seperti itu terbina... kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah... Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta...

*Semoga persahabatan kita semua di berkati Allah SWT.. Amin

01 May 2009

Bila Allah membuka hatinya...

Al kisah pada tahun lepas... ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam"..

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT menuju ke Akhirat ...AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

*dipetik dari blog yg aku tidak kenali... kisah yg boleh di jadikan pedoman... semoga apa yg tersirat dapat di jadikan teladan... Amin..

30 April 2009

Renungan Bersama...

Kepada yang masih SINGLE... Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN... Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY/PLAYGIRL... Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI... Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA... Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI... Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI... Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta... Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak untuk dicintai olehmu.... Biarkan dia pergi dan lupakan saja dia.... carilah cinta yang BARU!

*Semoga berbahagia dan tabah menempuhi hidup baru...

29 April 2009

Adakah dirimu hanya kawan atau sahabatku?

Terdapat perbezaan di antara kawan dan sahabat;

Pertama, kawan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan kau berasa gembira bersamanya. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumah mu dan dengannya kau bergurau. Namun, kau tidak akan memberikan hidupmu kepada mereka kerana kadang-kala tindakan-tindakan mereka tidak dimengerti kerana kau kurang mengenali mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cinta, bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau mengambil-berat tentang dirinya, dan kau memikirkannya ketika dia tiada di sisi mu.Sahabat adalah orang yang kau ingat ketika kau melihat sesuatu yang mereka sukai kerana kau amat mengenali mereka. Mereka adalah orang yang gambarnya kau miliki dan wajahnya selalu didalam benakmu.

Mereka adalah orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar lagu kerana mereka membuat dirimu berdiri untuk menghampiri mereka, mungkin mereka pernah memijak jari kakimu atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu. Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka mengambil berat terhadapmu.

Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak mengharapkan suatu alasan pun. Mereka berkata benar - pertama kali - dan kau melakukan hal yang sama. Kau tahu bahwa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar.

Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mentertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya. Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak.

Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis. Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri. Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang menghantarkan atau mengiringmu pada saat pernikahanmu, atau mungkin adalah orang yang kau nikahi.

*Semoga persahabatan kita semua berkekalan dunia dan akhirat.. Amin..

Semuanya akan menjadikan kamu tabah..

Ketahuilah oleh mu..

Jika kau merasa lelah dan tidak berdaya dari usahamu yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah SWT sudah menghitung air matamu..

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja.
Allah SWT sedang menunggu bersamamu..

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah SWT sudah punya jawabannya..

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.
Allah SWT dapat menenangkanmu..

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk bertanya khabar.
Allah SWT selalu berada disampingmu..

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak..

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas..
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan..
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan..
Allah SWT sedang berbisik kepadamu..

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah SWT telah memberkahimu..

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.
Allah SWT telah tersenyum padamu..

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..

Ingat dimanapun kita atau kemanapun kita menghadap.
Allah SWT Maha Mengetahui..

*Yakinlah Allah sentiasa bersama kita.. Semoga kita tabah menghadapi semua dugaanNya.. Amin

28 April 2009

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?

Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?

Begitu juga para sahabat nabi... mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu...

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran... Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya... Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah... Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya...” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”

Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya...” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir... Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia...”

Wallahu’alam...

27 April 2009

Kenapa masih belum berumahtangga...

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahawa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, bererti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh Tuhan.. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya.. sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana Tuhan Maha Mengetahui... Apabila Tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya.. bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu...

Mungkin selepas ini.. ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

*Kepada yg sudah berumahtangga.. semoga berbahagia.. kepada yg sedang merancang... semoga tertunai segalanya.. kepada yg masih mencari.. semoga bertemu dgn seseorang yg dikehendaki... bagi yang belum merasai nikmat bercinta... semoga tabah menghadapi dugaanNya... pokoknya... Semoga Allah memberikan rahmat dan hidayaNYA kepada kita semua... Amin..

26 April 2009

Kita dilahirkan dengan...

Kita dilahirkan dengan dua mata di depan.. jadi seharusnya kita melihat yang ada di hadapan...

Kita lahir dengan dua telinga.. satu kiri dan satu di kanan sehingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah... Mendengar pujian mahupun kritikan.. dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar...

Kita dilahirkan dengan otak tersembunyi di kepala... semiskin manapun kita... kita tetap kaya... Kenapa? Kerana tidak seorang pun dapat mencuri isi otak kita... Yang lebih berharga dari segala permata yang ada...

Kita dilahirkan dengan dua mata.. dua telinga.. namun cukup dengan satu mulut.. Kerana mulut tadi adalah senjata yang tajam... yang dapat melukai... memfitnah... bahkan boleh membunuh... Jadi.. lebih baik sedikit bicara... tapi banyak mendengar dan melihat...

Kita dilahirkan dengan satu hati... yang mengingatkan kita... Untuk menghargai dan memberikan cinta dan kasih dari dalam lubuk hati... Belajarlah untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai... tetapi jangan pernah sekali mengharapkan orang lain mencintai anda dengan cara dan sebanyak yang sudah anda berikan...

Berikanlah cinta tanpa mengharapkan balasan... maka anda akan menemukan bahawa hidup ini terasa menjadi lebih indah...

* Cinta itu Indah... hiasilah keindahan cinta itu dengan menyukurinya...

Mengapa wanita suka menangis... huhuhuhu

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Wahai ibu.. Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita".. kata sang ibu kepadanya.."Aku tidak mengerti".. kata anak itu...
Ibunya hanya memeluknya dan berkata.. "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya... "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan"... hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya...

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa... tetap ingin tahu mengapa wanita menangis... Akhirnya ia menghubungi Tuhan.. dan ia bertanya... "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita.. ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa... Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun.. harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"..

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan.. bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan nya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya.. tetapi kadang menguji kekuatan nya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya.. Aku memberinya air mata untuk dititiskan... Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya.. susuk yang ia tampilkan.. atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya.. kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.."


*Sebarkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini.. Jika Anda lakukan.. Anda akan menambah harga diri wanita! sebarkan ini juga kepada kaum lelaki.. supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata tetapi selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik...

25 April 2009

Kisah cawan yg cantik...

Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka... Kemudian mata mereka tertumpu kepada cawan yang cantik...

"Lihat cawan itu..." kata si nenek kepada suaminya...

"Kau betul, inilah cawan tercantik yang pernah aku lihat..." ujar si datuk.

Pada ketika mereka mendekati cawan itu... tiba-tiba cawan yang dimaksud berkata:

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik... Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna... Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, "Belum!"

Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. "Stop! Stop!" teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. "Panas ! Panas!" Teriakku dengan kuat. "Stop ! Cukup!" Teriakku lagi. Tapi orang ini berkata, "Belum!" Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.

Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. "Stop! Stop! Aku berteriak. Wanita itu berkata, "Belum!" Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya. "Tolong! Hentikan penyiksaan ini!" Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.

Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku.

Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran: Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi "CANTIK".

Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita... Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup.. jangan kecil hati.. kerana Tuhan sedang membentuk anda... Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai... Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat)...

*Semoga kita sentiasa tabah dan sabar menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini. Dan bersabarlah untuk menjadi CANTIK.....

24 April 2009

Terima kasih teman...

Khas untuk semua teman-teman ku...

KAWAN..

Bukan "1"

tapi berjuta.....

Bukan untuk diguna

tapi untuk dijaga......

Bukan untuk dimusuhi

tapi untuk disayangi.......

Bukan untuk sementara

tapi untuk selamanya.......

Bukan untuk dilupakan

tapi untuk diingati........

Bukan untuk ditingalkan

tapi untuk dirindui........

Bukan hanya disini

tapi dimana-mana.......

Bukan setakat ini

tapi hingga ke hujung nyawa......


* Terima kasih teman... segala jasa dan budi kalian tidak akan aku lupakan... hanya doa kesejahteraan dan kebahagiaan kalian yg dapat aku berikan.. semoga kita terus berkawan dunia dan akhirat... Amin..

Kisah Sebatang Bambu...

Sebatang bambu yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani... Batang bambu ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang bambu lainnya... Suatu hari datanglah sang petani yang empunya pohon bambu itu... Dia berkata kepada batang bambu, "Wahai bambu, maukah engkau ku pakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku?"

Batang bambu menjawabnya, "Oh tentu aku mau bila dapat berguna bagi engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu."

Sang petani menjawab, "Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku... Akhir sekali aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar... Apabila itu semua sudah selesai, engkau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang ku tanam dapat tumbuh dengan subur."

Mendengar hal ini, batang bambu lama terdiam.. , kemudian dia berkata kepada petani, "Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses itu, Tuan?"

Petani menjawab batang bambu itu, "Wahai bambu, engkau pasti kuat melalui semua itu, karena aku memilihmu justru karena engkau yang paling kuat dari semua batang pada rumpun ini. Jadi tenanglah."

Akhirnya batang bambu itu menyerah, "Baiklah, Tuan.. Aku ingin sekali berguna bagimu... Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau kehendaki."

Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang bambu indah yang dulu hanya menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan berbuah banyak.

Pernahkah kita berfikir bahawa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin Allah sedang memproses kita untuk menjadi indah di hadapan-Nya?

Sama seperti batang bambu itu, kita sedang ditempa, Allah sedang membuat kita sempurna untuk di pakai menjadi penyalur berkat... Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagi-Nya. Tapi jangan kuatir, kita pasti kuat karena Allah tidak akan memberikan beban yang tidak mampu kita pikul... Jadi maukah kita berserah pada kehendak Allah, membiar kan Dia bebas berkarya di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagi-Nya?

Seperti batang bambu itu, mari kita berkata, "Ini aku wahai Allah, perbuatlah sesuai dengan yang Kau kehendaki."....

*Semoga kita lagi tabah mengharungi dugaan di masa akan datang.. Amin...

21 April 2009

Ubat Hati Penawar Jiwa...

Mensyukuri nikmat dan sabar ketika ditimpa musibah pengukur darjat keimanan

FIRMAN Allah yang bermaksud: "Allah maha berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya." � (Surah al-Mulk, ayat 1-2)

Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah. Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hambanya.

Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar." � (Maksud al-Hadis)

Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan.

Firman Allah yang bermaksud: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah maha mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta," � (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.

Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati." � (Surah al-Haysr, ayat 2)

Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka.

Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan. Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang.

Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.

Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.

Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati.

Bersyukur kepada Allah dan membilang nikmatnya

Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmatnya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin." - (Surah Luqman, ayat 20)

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya." � (Surah Ibrahim, ayat 34)

Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata: "Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat." � (Surah an-Namlu, ayat 20)

Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.

Musibah menghapuskan dosa

Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan .

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya." � (Maksud al-Hadis)

Bersabar tanda kemenangan

Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." � (Surah al-Hadid, ayat 23)

Berdoa dan memohon pertolongan hanya kepada Allah

Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan.

Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting. Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.

Membaca al-Quran

Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan fahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.

Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.

Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.

* Semoga apa yg telah disampaikan akan menjadi pedoman dan semoga kita mendapat keredaan Allah SWT.. terima kasih yg tidak terhingga kepada penulis iaitu Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan Pahang dan Ketua Wanita JIM Pahang, boleh dihubungi di e-mel: wanitajim0@yahoo.com... semoga kita mendapat hati dan jiwa yg tenang... Amin...

20 April 2009

Ubat Penenang Hati..

Ibnu Qayyim pernah menegaskan bahawa dalam hati itu terdapat kekalutan yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan mengadap kepada Allah..

Dalam hati itu terdapat sifat liar yang tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan berjinak-jinak dengan Allah

Dalam hati itu terdapat rasa dukacita yang tidak mungkin dihapuskan kecuali dengan merasa gembira dengan ma'rifat terhadapNya dan juga benar dalam bermuamalah dengannya..

Dalam hati itu terdapat perasaan keluh kesah yang tidak mungkin ditenangkan kecuali dengan berkumpul dan menumpukan diri kepadanya..

Dalam hati itu terdapat kegolojohan dan penyesalan yang tidak mungkin dipadamkan kecuali dengan redha dengan perintah, larangan dan qada' Allah dan menahan sabar menghadapi perkara tersebut sehinggalah ke masa pertemuan denganNya..

Dalam hati itu terdapat rasa kepapaan yang tidak mungkin disekat kecuali dengan perasaan kasih dan penyerahan diri kepadaNya, berterusan berzikir dan kebenaran keikhlasan kepadaNya.. Jika dikurniakan dunia dan segala kandungannya kepada hati yang dihidapi perasaan papa maka ia tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut...

Ubat hati ada lima perkaranya:-

1. Baca Quran dan maknanya

2. Solat malam dirikanlah

3. Berkumpullah dengan orang saleh

4.Perbanyakkanlah berpuasa

5. zikir malam perpanjangkan

*Semoga kita mendapat ketenangan dalam hidup... Amin..

12 April 2009

Rahsia disebalik huruf pertama nama anda...

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
ARamah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
BSelalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
CRamah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
DPendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
EPandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
FPunya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
GKerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
HMudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
ISuka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
JRamah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
KPandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
LRamah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
MPandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
NBaik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
OSerba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
PPandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.
QSetia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
RPendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
SPandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
TSangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
USuka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
VTutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
WRamah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
XBudi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
YPendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
ZPandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri..

    Welcome to my home Adrian.....

    Alhamdullillah... Meriah sekali di rumah... bila potek and baby boynya tinggal di rumah selama sebulan... mem juga turut sama.. ini kerana husbandnya telah di pindahkan ke Kota Kinabalu... seminggu sudah berada di rumah... rumah aku jadi kelam kabut jadinya.. hahahaha.. almaklumlah Adrian baru berapa minggu umurnya... ramai pengunjung datang kerumah hanya kerana mau melihat Adrian... setiap malam mesti ada saja yg datang... kalau bukan kakak2 aku.. keluarga sebelah papanya pulak..  

    Aku suka bau baby... wangi... tp.. beberapa hari Adrian menangis ntah kenapa... menangis tanpa henti.. mungkin belum biasa dgn suasana rumah yg baru di lihatnya... tp.. malam tu kami risau.. lebih2 lagi yg tinggal di rumah hanya aku, ati, mama dan papa adrian... mem tidur dirumah kakak aku di kinarut.. kelam kabut kami jadinya... call sana.. call sini... bertanyakan apa yg patut di buat.. apa tidaknya kami semua tiada pengalaman... lebih2 lagi Adrian anak pertama potek.. hahahaha... keputusan akhir yg kami ambik adalah membawa Adrian ke klinik... rupa2nya kembung perut kerana masuk angin... setelah mengambil ubat.. kami pulang... setibanya di rumah... Syukur Adrian boleh tidur.. lega hati sedikit...

    Selama seminggu ini jugakla aku menghabiskan masa di rumah.. hari kerja aku menyiapkan kerja aku seawal mungkin... kerana tidak sabar pulang rumah... jam 5 petang ja... aku bergegas pulang... hanya kerana mau melihat dan bermain2 dgn si baby yg cute dan cerewet itu.. hahahaha... dan yang paling merisaukan kami sekeluarga.. mama adrian melihat bonjolan di lehernya... sedih dan risau jadinya.. potek menelefon kakak aku dan dia menyarankan untuk membawanya ke Klinik Luyang... hari itu jugak kami membawanya ke klinik... doktor memeriksa dan mengesahkan bahawa bonjolan tersebut adalah 'muscle' yang membengkak akibat kesilapan nurse sewaktu menariknya keluar dari rahim mamanya... Doktor mengajar mengurut dgn cara yg betul.. agar bonjolan tersebut berkurangan.. setiap hari si mama akan mengurut dan mengalihkan kepalanya ke kanan agar 'muscle' kembali kepada asal... yg sedihnya.. setiap kali selepas di urut Adrian akan menangis... sedih dan sayu hatiku.. apa lagi papa dan mamanya...  tp.. tiada siapa yg patut di persalahkan... apa yg patut di lakukan adalah berdoa agar Adrian cepat sembuh dan tidak mengalami apa2 yang tidak diingini....

    *Ya Allah ya Tuhan kami.. jauhkan lah kami dari segala malapetaka.. lindungilah kami dari gangguan Iblis dan syaitan... jauhkanlah Adrian dari sebarang penyakit... sembuhkanlah dia dan semoga dia sentiasa dalam keadaan sihat dan baik2 belaka.. Amin...

    02 April 2009

    KL ooo KL....

    Assalamualaikum... hmmm... terasa lama btul nda update blog ni... apa tidaknya seminggu berada di KL stay dekat Bukit Bintang pulak tu... mak oii...punyalah bz tempat tu... apa punya nama hotel tu aa... lupa la pulak... Corona Inn.. ok jgk la hotel tu.. murah n selesa... aku sebilik dgn adik aku ati.. boy .. dan andy... hotel jgn carilah masa ni.. semua full... perhimpunan UMNO la katakan... tp.. KL ni memang nda penah sunyi.. pelancong asing jgn critala.. org puteh, org arab, Nigeria, Jepun, dan macam2 lagila.. Walaupun aku sering ke sana.. tetapi perubahan tetap ada... Selama seminggu kami di sana.. aku melayan karena ati.. almaklumlah first time dia pijak Ibu Negara Malaysia ni... shopping berabis... sampai ja hotel.. terus p cari makan... masalah ckit area bukit bintang ni kalau bab makan... semua chinese food.. yg aku pasti tidak halal.. ada gerai makanan melayu yg berhampiran.. tapi malangnya betul2 berhadapan dgn restoran cina.. asap dari dapur mereka betul2 melalui gerai makanan masakan melayu di hadapan restoran mereka.. terasa lain pulak tekak aku jadinya.. jalan di hadapan sedikit... makan di restoran masakan arab... memesan makanan yg ntah.. pelik2 namanya.. hahahaha... kerana lapar aku order ja apa yg aku rasa sebutan dia sedap... bila makanan sampai.. mak ooiii.. banyaknya.... pelayan arab memaklumkan kami yg org arab akan makan berkilo2.. hahahaha... besar jgk selera dorang kan.. hahaha... ati n lain2 tapau makanan mereka dan hanya makan sepiring dan share 3 orang.... lucu...

    Setelah selesai membayar harga makanan yg di pesan... dgn harga yg membuka mata.. "mahal jugak..." kata ku... "macam makan di hotel.." kata Hamna rakan sekerja.. hahaha... kami semua ketawa... dan terus balik ke hotel untuk berehat.... 

    Keesokan harinya... kami berjalan2 di sekitar bukit bintang... Pavilion.. Star Hill... Lot 10.. banyak barang yg sudah di beli.. atik biasala menghabiskan masanya di kedai2 make-up.. Bobbi Brown.. Mac.. mahal jugak alat2 make-up ni.. nda sangka pulak semahal itu... 3 jenis barang sahaja pun harga sudah mencecah RM400 - RM600.. almaklumlah.. aku nda pernah beli barangan make-up2 ni.. hahahaha... aku lebih berminat dgn pakaian, beg, kasut dan jam tangan... hahahahaha...

    Selama seminggu.. aku dan boy membawa ati ketempat2 yang selalu aku ceritakan padanya.. KLCC.. Mid Valley.. Pavillion.. dan macam2 lagila.. makan di tempat kegemaran aku.. apa lagi Nandos dan The Loaf huhuhu.. hahahah... memang menyelerakan... berbaloi rasanya ke KL... perjalanan kali ini aku menghabiskan masa dgn shopping...beg dan purse Paris Hilton dan Momoe menjadi pilihan.. harganya berpatutan dan cute.. namun begitu aku sempat membeli jaket jeans Guess.. dan aku sangat berkenan btul2 sesuai di badan aku.. hahahaha... dan t'shirt pastinya tidak akan aku lupakan.. kemana sahaja aku mesti membelinya...

    Yang lucunya.. setelah beberapa hari menghabiskan masa di Sungei Wang... rupa2nya.. banyak restoran hahal yg superb... nasi ayam hailam... sedap gila rasanya.. beberapa hari jamuan istimewa kami adalah nasi ayam... hahaha... bila terasa penat.. kami akan mencuba karipap 'besar' inti telur rebus... dan kalau tidak menghabiskan masa di Gloria Jeans & Coffee... semuanya berhampiran dgn penginapan kami... dan memerhati setiap pengunjung yg lalu lalang.. macam2 ragam dan fesyen.. seronok melihatnya..

    Pulang ke Sabah dgn penerbangan awal jam 7.30 pagi... kena bangun seawal jam 4 pagi untuk bersiap dan bergerak ke KLIA... mengantuk gila... setibanya di K.K.. Ijul sudah menunggu dan menghantar kami pulang... sampai rumah.. berehat dan 'pengsan' sehingga malam.. hahahaha... bila tersedar jam sudah menunjukkan jam 9.45 mlm.. aku mengejutkan boy dan ati.. membawa mereka ke City Mall.. makan nasi ayam dan mengahabiskan masa berbual2... best sekali... dan pulang rumah ntah jam brapa...

    01 April 2009

    Pesanan pendek untuk semua...

    Aku menerima e-mail dari sahabat baik ku... hmm.. rasanya boleh dijadikan pesanan di kala kita lupa dan sering mempersoalkan mengapa Allah tidak mengabulkan doa ku.. dan adakalanya kita terfikir hidup ini tidak adil bagi ku... dan pesanan pendek ini adalah jawapannya... InsyaALLAH..

    Bila Allah cepat makbulkan Doamu.. Maka DIA Menyayangimu.. Bila DIA Lambat Makbulkan doamu.. Maka DIA Ingin Mengujimu.. Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu.. Maka Dia merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

    Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.


    *Sampaikan la pesanan ini kepada semua teman2 dan keluarga.. mungkin pesanan ini dapat memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.. Mudah2an Amin..
    Blog Widget by LinkWithin