05 August 2009
Kerana Allah sentiasa ada di samping kita..
Sang ayah membeli 2 buah tiket pertunjukan, untuk dirinya dan anaknya. Pada hari pertunjukan, satu jam sebelum konser dimulai, kursi telah terisi penuh, sang ayah duduk dan putranya tepat berada di sampingnya. Seperti layaknya seorang anak kecil, anak ini pun tidak betah duduk diam terlalu lama, tanpa sepengetahuan anaknya, ia menyelinap pergi. Ketika lampu gedung mulai diredupkan, sang ayah terkejut menyadari bahwa putranya tidak ada di sampingnya. Ia lebih terkejut lagi ketika melihat anaknya berada dekat panggung pertunjukan, dan sedang berjalan menghampiri piano yang akan dimainkan pianis tersebut. Didorong oleh rasa ingin tahu, tanpa takut anak tersebut duduk di depan piano dan mulai memainkan sebuah lagu, lagu yang sederhana, twinkle2 little star.
Operator lampu sorot, yang terkejut mendengar adanya suara piano mengira bahwa konser telah dimulai tanpa aba-aba terlebih dahulu, dan ia langsung menyorotkan lampunya ke tengah panggung. Seluruh penonton terkejut, melihat yang berada di panggung bukan sang pianis, tapi hanyalah seorang anak kecil. Sang pianis pun terkejut, dan bergegas naik ke atas panggung. Melihat anak tersebut, sang pianis tidak menjadi marah, ia tersenyum dan berkata "Teruslah bermain", dan sang anak yang mendapat ijin, meneruskan permainannya. Sang pianis lalu duduk, di samping anak itu, dan mulai bermain mengimbangi permainan anak itu, ia mengisi semua kelemahan permainan anak itu, dan akhirnya tercipta suatu komposisi permainan yang sangat indah. Bahkan mereka seakan menyatu dalam permainan piano tersebut. Ketika mereka berdua selesai, seluruh penonton menyambut dengan meriah, karangan bunga dilemparkan ke tengah panggung.
Sang anak jadi GR (Gede Rasa), pikirnya "Gila, baru belajar piano sebulan saja sudah hebat!" Ia lupa bahwa yang disoraki oleh penonton adalah sang pianis yang duduk di sebelahnya, mengisi semua kekurangannya dan menjadikan permainannya sempurna.
Apa implikasinya dalam hidup kita ? Kadang kita bangga akan segala rencana hebat yang kita buat, perbuatan-perbuatan besar yang telah berhasil kita lakukan. Tapi kita lupa, bahwa semua itu terjadi karena Allah SWT ada di samping kita. Kita adalah anak kecil tadi, tanpa ada Allah SWT di samping kita, semua yang kita lakukan akan sia-sia. Tapi bila Allah SWT ada di samping kita, sesederhana apapun hal yang kita lakukan hal itu akan menjadi hebat dan baik, bukan saja buat diri kita sendiri tapi juga baik bagi orang di sekitar kita. Semoga kita tidak pernah lupa bahwa ada Allah SWT di samping kita.
04 August 2009
KELEMAHAN (BUKAN GAGAL) LAW OF ATTRACTION (LoA) @ HUKUM TARIKAN
Mari kita kongsi apa yg telah diterangkan oleh En. Fuad Latif... mengenai LoA (Law of Attraction).. Semoga ada manfaatnya... :)
Saya telah mengamalkan LoA sejak awal tahun 2005 selepas saya dan isteri serius belajar mendalami kehebatan otak manusia. Kami mengamalkannya dan tidak menafikannya ia sesuatu yang baik. Kemudian barulah munculnya ‘The Secret’ bercerita tentang LoA ini.
Namun malangnya, LoA tidak mampu memberikan perubahan besar dalam diri anda jika anda tidak mempunyai semangat yang kuat. Lalu persoalan muncul iaitu bagaimana dalam keadaan tidak bermotivasi, kita ingin dapatkan semangat yang kuat?
LoA tidak memberitahu kita banyak perkara tentang frekuensi otak kita. Tidak menerangkan langsung tentang apa itu frekuensi beta, theta, delta dan sebagainya. Tidak memahamkan kita tentang konsep fikiran di mana sesuatu perubahan itu mesti datang daripada keyakinan untuk melakukannya, percaya boleh melakukannya dan semuanya datang daripada berfikir.
Tidak menerangkan dan cuba memahamkan kita proses dari segi sains bagaimana otak berfikir, menyimpan ingatan dan sebagainya. Ia perlu difahami agar dapat mengetahui kenapa kita perlu fikir positif dan mana datangnya frekuensi yang dapat menarik dan berubah persekitaran.
Konsep LoA adalah mesti berfikir positif dan visualisasi. Simple. Tetapi bagaimana untuk befikir positif? LoA percaya jika kita cuba berfikir positif berulang-ulang kali, akhirnya diri kita akan percaya boleh lakukannya dan akhirnya kita akan lakukannya.
Kelemahan PertamaSaya ingin bertanya dan mungkin mencabar LoA (maaf). Ubahkan mereka yang tegar merokok kepada tidak merokok dalam jangka masa singkat. Bagaimana seorang perokok yang tidak langsung ada perasaan ingin berhenti merokok ingin menggunakan LoA? LoA memerlukan perokok memikirkan bahawa dia hendak berhenti merokok. Namun perokok ini tidak langsung ada keinginan ini. Lalu bagaimana?
Kelemahan KeduaLoA memerlukan kita memikirkan perkara yang kita hendak sahaja. Jangan fikir perkara kita tidak mahukan. Jangan fikir kegagalan. Jangan fikir takut. Jangan fikir negative. Jauhkan diri dari orang yang sentiasa dengki dengan kita. Dan sebagainya.MasalahnyaBagaimana untuk memikirkannya kalau hati kita tidak mampu? Ingat, hati adalah naluri di mana fikiran tidak mampu mengawalnya. Tetapi hati mampu mengawal fikiran dan seluruh tubuh kita. Kalau kita sentiasa teringat perkara negative, persoalan baru wujud, bagaimana nak lupakannya sedangkan kita asyik teringat.
LoA dari segi sainsnya adalah frekuensi yang kita rambatkan akan mempengaruhi orang atau benda sekiling. Dan ini akan menjadikan setiap yang anda fikirkan mampu menjadi realiti. Namun sejauh mana anda percaya pula tentang hukum Qada’ dan Qadar Allah.
Ingat!! Jika anda mampu mempengaruhi orang atau benda sekeliling pun, jika Allah kata tidak ada rezeki atau apa yang anda inginkan tidak akan anda perolehi, ANDA TETAP AKAN GAGAL. Jadi memahami konsep berTuhan adalah lebih tepat berbanding LoA. LoA bukan tidak baik, cuma ia ada kelemahan.
Kelemahan KetigaLoA memerlukan kita melakukan visualisasi atau pembayangan. Membayangkan anda menjadi senang atau kaya. Membayangkan anda berjaya. Membayangkan anda berada di dalam keadaan tenang. Membayangkan anda memandu kereta mewah. Pelbagai perkara perlu dibayangkan untuk memastikan otak anda merambatkan frekuensi yang mampu mengubah persekitaran anda mengikut frekuensi yang anda rambatkan.
MasalahnyaBagaimana anda ingin bayangkan sesuatu yang tidak pernah anda rasakan? Bagaimana rasa jadi kaya? Bagaimana memandu kereta mewah sedangkan anda tidak pernah rasakan? Bagaimana nak bayangkan anda berada di dalam keadaan bahagia, tenang dan sebagainya sedangkan anda tidak pernah merasakannya? Bagaimana nak bayangkan anda memiliki rumah banglo sedangkan anda tidak pernah memilikinya?
Dalam keadaan begini, anda sebenarnya mencipta satu lagi stress pada diri anda. Anda cuba sedaya upaya untuk berfikir di dalam pembayangan tadi. Anda fikir macam-macam dan anda membebankan otak kiri anda di dalam hal ini. Ingat, setiap apa yang anda fikirkan, anda membebankan otak kiri. Walaupun anda bayangkan sesuatu yang berbentuk seni. Memanglah otak kanan yang mengawal seni atau ketenangan namun jika anda cuba bayangkan ketenangan ini, anda sebenarnya menggunakan otak kiri. Bukan kanan.
RingkasnyaKita tidak boleh memaksa sesuatu perkara untuk berubah jika kita tidak mahu berubah. Ia akan gagal. Perubahan perlu berjalan dengan fikiran positif dan hati yang inginkan perubahan tersebut. Untuk sesetengah perkara, LoA tidak mampu mengatasinya kerana ia hanya fokus kepada fikiran. TIDAK KEPADA HATI atau PERASAAN. Jika fikiran dan hati bercanggah, BOLEHKAH BERLAKU PERUBAHAN?
LoA dikembangkan dan diolahkan oleh barat. Mereka tidak memahami konsep hidup berTuhan. Mereka tidak mampu mengaitkan hukum Qada’ dan Qadar dengan LoA. Inilah kelemahan LoA.
Cuba fahami firman Allah:ALLAH SWT telah berfirman: (Maksudnya) “(Iaitu) Pada hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap ALLAH dengan hati yang bersih/selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).” (as-Syu’ara; 88-89).
Firman Allah jelas menunjukkan bahawa hamba yang berguna adalah hamba yang datang mengadapNya dengan HATI yang sejahtera. Bukan fikiran yang sejahtera. LoA tidak menggunakan asas ini.
MAKA KITA SEBENARNYA PERLU MERUBAH HATI KITA. Maknanya kita perlu rasa ingin berubah dahulu. Kita mesti yakin setiap masalah adalah datang daripada Allah dan penyelesaiannya adalah daripada Allah juga. Bagaimana perlu mengubah HATI? Mudah….sangat-sangat mudah. Anda tidak perlu habiskan duit pergi ke mana-mana seminar atau bengkel motivasi pun. SENTIASALAH BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH DALAM APA JUA PERKARA.
Bagaimana berkomunikasi dengan Allah? Untuk permulaan, lakukan seperti di bawah:
Anda sedang baca artikel saya, anda beritahu Allah. Ya Allah, aku tengah baca artikel yang fuad tulis ni ya Allah.Anda sedang bersembang dengan kawan, beritahu Allah. Ya Allah, aku tengah sembang dengan kawan aku ni ya Allah.Anda sedang makan, minum, bawa kereta, kerja dan sebagainya. Setiap apa yang anda lakukan, bersembanglah dengan Allah sepertimana anda bersembang dengan kawan-kawan atau orang lain.
Inilah dikenali sebagai hidup berTuhan. Segala-galanya bersama Allah. Allah sentiasa menemani kita. Mohon keizinan Dia. Baca artikel saya yang bertajuk MINTA IZIN PADA TUHAN WALAUPUN MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK BAIK.
Fahami konsep hidup berTuhan sepenuhnya. Selarikan hati dan fikiran. Sentiasalah berkomunikasi dengan Allah dan anda dapat memahami hidup anda dengan sebenar-benarnya.
Hindarkan motivasi yang membebankan fikiran kita seperti contoh biasa yang kita dengar….
untuk berjaya kita kena tahu sikap dan sifat orang berjaya. Kita mesti mempunyai sikap dan sifat tersebut dan barulah kita boleh berjaya. MENGARUT!!. Persoalannya bagaimana kita nak bawa diri kita, hati kita dan fikiran kita memperolehi sifat dan sikap tersebut? Ini sepatutnya pakar-pakar motivasi dalam negara ini fikirkan. Dan caranya mesti ke arah hidup berTuhan kerana teknik seperti LoA mempunyai kelemahan.
Jika ingin tahu, saya boleh ceritakan sepenuhnya konsep bagaimana hidup berTuhan mampu merubah diri anda dengan sebenar-benarnya. Konsep yang mudah difahami. Tidak perlu amalan itu ini. Fahami saja hidup berTuhan, dan pastinya ANDA TIDAK AKAN MENCARI APA JUA TEKNIK MOTIVASI ATAU MANA-MANA PAKAR MOTIVASI UNTUK BERUBAH.
Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita akan dikembalikan. Wassalam
*Sumber/dipetik: fuadlatif.com
03 August 2009
Cinta dan Khusyuk
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Kita tidak pernah mencipta rasa cinta,
tetapi kita hanya menerima rasa cinta tersebut.
Kerana itu di dalam laman web ini, saya sentiasa menyarankan untuk selalu berdoa agar Allah berikan kepada kita rasa cinta padaNya. Kita tidak mampu menciptakan rasa cinta itu tetapi ia adalah kurniaan Allah SWT lalu kita memohon untuk mendapatkannya.
Begitulah dengan khusyuk di dalam solat.
Kita tidak menciptakan rasa khusyuk solat,
tetapi kita memasuki dan menerima rasa khusyuk tersebut.
Kita hanya mendapatkannya,
bukan menciptakan rasa khusyuk itu.
Perasaan khusyuk tidak mungkin mampu kita perolehi jika kita tidak memiliki KESEDARAN dan KEPERCAYAAN bahawa sebenarnya ketika solat, kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
(Fahami, hayati dan rasai makna Ihsan).
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.
(QS: Thaha 20:14)
Khusyuk di dalam solat itu mudah.
Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu
(QS: Al-Baqarah 2:185)
Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan).
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya.
(QS Asy Syams 91:8).
Lalu bagaimana untuk memiliki KESEDARAN dan KEPERCAYAAN itu? Bagaimana mengharapkan agar Allah mengilhamkan kepada kita taqwa dan bukannya fujur? Kita mestilah ingat Allah agar Allah ilhamkan ketaqwaan dan bukannya menjadikan jiwa kita tertutup rapat, keras membatu dan gelap gelita (fujur).
Mintalah pada Allah, komunikasilah denganNya di dalam setiap apa yang kita lakukan, fikirkan, rasakan dan semuanya agar kita sentiasa ingat Allah.
Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)
Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
(QS: Al-Insyiqaaq 84:6)
Kita bersolat setiap hari 5 waktu, tetapi kita masih memiliki masalah jiwa (penyakit a’in). Kita masih berasa hebat dan merasakan orang lain tidak hebat. Kita sentiasa berasa taksub, dengki, megah, sombong, riak, ego, takabur dan lain-lain sifat mazmummah.
Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
(QS: Al-Ankabuut 29:45)
Berapa ramai orang yang solat namun hanya mendapat letih dan penat.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
********
Adakah solat itu suatu keperluan atau kewajipan? Siapa sebenarnya yang memerlukan solat? Allah atau kita?
Jangan jadikan solat itu semata-mata hanya kewajipan.
Jadikanlah solat itu satu keperluan (di dalam solat itu ada hikmah untuk di miliki) untuk diri kita disamping
ia merupakan satu kewajipan yang perlu kita lakukan.
Maka yang memerlukan solat itu sebenarnya adalah kita. Jika kita melakukan solat kerana kewajipan semata-mata, ia seolah-olah seperti Allah yang memerlukan solat. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat. Jika manusia tidak memuji Allah sekalipun, Allah tetap Maha Hebat dan Maha Berkuasa. Tidak sedikit pun menjejaskan pujian ke atas Allah.
Masalah utama kenapa kita solat 5 waktu sehari semalam, namun kita masih berasa solat itu sangatlah berat. Ini kerana kita tidak pernah atau jarang sekali mengecapi nikmat solat.
Solat itu lebih baik daripada tidur.
Ini menunjukkan bahawa solat itu merupakan istirehat untuk umat islam di mana ia lebih baik daripada istirehat tidur. Tetapi mengapa masih tidak kita kecapi? Mengapa terasa penat dan letih ketika melakukan solat? Ini kerana kita gagal mendapatkan rasa khusyuk di dalam solat.
*******
Adakah saudara belum pernah merasai nikmat khusyuk di dalam solat? Saya tidak mampu memberikan rasa khusyuk tersebut tetapi inshaAllah (dengan izin Allah) saya boleh bantu bagaimana untuk memasuki dan menerima rasa khusyuk tersebut.
Sesungguhnya khusyuk di dalam solat itu sangat mudah. Tidak seperti yang telah banyak diperkatakan di mana khusyuk di dalam solat mesti dicapai dengan pelbagai syarat yang awalnya sudah menjadikan solat itu berat.
Analogi: Jika saya mampu dan sentiasa merasai nikmat air kopi, namun sesungguhnya saya tidak mampu menceritakan betapa nikmatnya air kopi tersebut kepada mereka yang belum pernah merasakannya.
Tetapi saya hanya mampu memberitahu dan mengajar bagaimana membuat air kopi dan cara terbaik untuk meminumnya agar sesiapa pun dapat merasai nikmat air kopi sepertimana saya serta mereka yang lain dapat merasai kenikmatan air kopi tersebut (dengan izin Allah).
*********
Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) Segala binatang Yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang meyakininya. dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki Yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang mahu menggunakan akal fikiran. itulah ayat-ayat penerangan Allah Yang Kami bacakan kepadamu (Wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka Dengan perkataan Yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaannya (Mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
(QS: Al Jaatsiyah 45:3-6)
*Sumber: FuadLatif.com
02 August 2009
Memberi Pujian..
Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.
Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.
Kita akan melafazkan segala puji bagi Allah SWT sekurang-kurangnya 17 kali di dalam Al-Fatihah dan 17 kali ketika iktidal di dalam solat 5 waktu sehari semalam. Malah kita melafazkannya berulang kali ketika berzikir. Kita melafazkannya lagi setelah kita makan, setelah kita diberi kejayaan, setelah kita mendapat berita yang baik dan sebagainya.
Namun sejauh mana ’segala puji bagi Allah SWT’ meresap ke dalam jiwa kita? Di kala kita mengungkapkan kata-kata tersebut, adakah kita memahami sebenarnya kata puji itu bermakna, SELURUH PUJIAN DAN SELURUH APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI BESERTA ISINYA ADALAH LAYAK DAN MILIK HANYA UNTUK ALLAH SWT.
Jika semuanya adalah milik Allah, maka apa lagi yang berhak menjadi milik manusia? Sedarilah bahawa kita MANUSIA TIDAK MEMILIKI APA-APA.
Nah! Di sini kita mampu mendidik diri kita dan juga sahabat-sahabat kita agar memuji diri dan mereka dengan kata-kata pujian yang mengingati Allah. Sekurang-kurangnya diri kita dan mereka tidak terlalu bangga sehingga riak, lupa diri, takabur, sombong, hebat, ego dan sebagainya apabila menerima sesuatu kejayaan daripada Allah.
Hayati iktidal kita setelah kita bangun dari rukuk dengan merasakan bahawa diri kita tidak punya apa-apa kerana segala-galanya adalah milik Allah SWT.
Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.
Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.
***
Di masa kita biasa memuji seseorang kerana kehebatan mereka dengan kata-kata, “hebatnya kamu”, marilah kita tukarkannya kepada, “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu kehebatan”.
Ketika memuji kecantikan, “cantiknya kamu”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu cantik”.
Ketika memuji kejayaan, “tahniah kerana berjaya”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu kejayaan”.
Ketika memuji kepandaian, “pandainya kamu”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menjadikan kamu pandai”.
Ketika memuji kebaikan, “baiknya kamu”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu sifat kebaikan”.
Ketika memuji rakan yang telah berubah, “Alhamdulillah kamu telah berubah”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan hidayah kepada kita”.
Beranikan diri untuk mengungkapkannya kepada sahabat kita ketika mereka menerima sesuatu daripada Allah SWT. Mengapa kita bimbang untuk mengatakan sedemikian? Sedangkan ia adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua yang percaya bahawa TIDAK ada Tuhan melainkan Allah SWT.
01 August 2009
Redha, Pasrah dan Berserah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Syukur YA Allah kerana hari ini aku masih diberikan peluang untuk berkongsi cerita yg mungkin boleh dijadikan pedoman atau mungkin boleh dijadikan teladan bukan sahaja bagi diri aku.. tetapi mungkin bagi sesiapa sahaja di luar sana.. terima kasih Ya Allah kerana telah menggerakkan hatiku untuk membuka satu artikel yg telah ditulis oleh 'Fuad Latif' sedikit sebanyak menyedarkan aku tentang 'Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan'.. semoga segala usaha beliau mendapat rahmat dan hidayahMU.. dan terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku sahabat-sahabat baru yang baik hati.. terima kasih yang tidak terhingga kepadaMu Ya Allah kerana memberikan rezki kepadaku... sesungguhnya Engkau maha Pemurah dan Pemberi Rezki...
Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.
(QS: Shaad 38:82-83)
“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah”.
Ungkapan yang sering kita lafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita. Namun sejauh mana kita benar-benar berserah dengan takdir yang menimpa itu? Adakah ia sekadar di bibir tetapi tidak sampai ke jiwa kita ungkapan pasrah, redha dan berserah.
Dahulu, walaupun saya tahu jika wang atau harta saya hilang merupakan takdir Allah SWT, namun agak sukar untuk menerima sepenuh hati. Perkataan ‘tapi’ selepas mengaku menerima takdir (aku terima takdir…tapi…) sering terucap apabila menunjukkan kekesalan dengan kehilangan atau apa jua musibah yang berlaku ke atas saya. Terima kasih Allah kerana telah menunjukkan saya jalan bagaimana untuk redha, pasrah dan berserah kepadaMu.
Ketahuilah bahawa Iblis tidak mampu menyesatkan kita bilamana kita menjadi hamba yang berserah. Kita wajib berserah di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Malah jika jiwa tidak benar-benar berserah pada Allah SWT di dalam solat, pasti khusyuk solat gagal dimiliki. Apatahlagi jika kita tidak berserah di dalam seluruh kehidupan kita. Bagaimana kita akan menghadapi sakaratul maut di dalam keadaan tidak berserah pada Allah SWT.
Bilakah masanya yang membuatkan diri kita benar-benar redha, pasrah dan berserah? Pastinya apabila kita mengetahui di saat ini sesuatu yang akan berlaku di masa akan datang. Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu yang akan menimpa kita kerana kita telah pun tahu akan sesuatu itu di saat ini.
Jika kita telah tahu kita akan gagal peperiksaan sedangkan keputusan sebenar belum pun keluar, pasti kita akan redha dan bersedia ketika mengambil keputusan peperiksaan. Mereka yang dihukum gantung sampai mati seharusnya berasa lebih redha dan bersedia untuk mati kerana mereka telah tahu masa kematian mereka walaupun yang mematikan mereka adalah Allah SWT bukanlah tali gantung itu.
Namun kebanyakan kita tidak mampu mengetahui apakah yang akan berlaku di masa hadapan kecuali mereka yang benar-benar dekat dengan Allah SWT. Maka seharusnya kita mesti menjadi orang yang dekat dengan Allah untuk mendapat ilham rasa mengetahui sesuatu di masa hadapan kita. Apabila kita dekat dengan Allah SWT, Allah SWT akan mengilhamkan kita dengan taqwa sehingga kita dapat mengetahui getaran rasa dengan jelas sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan kita.
Bagaimana untuk dekat dengan Allah SWT? Kita perlu berserah. Lalu persoalannya bagaimana untuk berserah?
Saya telah lama mempraktikkan doa mengikut doa solat istikharah. Bentuk doa solat istikharah merupakan doa yang benar-benar mempunyai kepasrahan dan penyerahan segala ketetapan kepada Allah SWT. Jika saudara semua membaca doa-doa yang ada di dalam laman web saya, semuanya berbentuk seperti doa solat istikharah.
Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita telah pasrah, redha dan berserah dari awal lagi semasa kita berdoa.
Doalah seperti doa solat istikharah. Ia sesekali tidak membuatkan diri kita berfikir negatif dengan menyebutkan ‘jika sesuatu itu gagal’ tetapi kita berserah pada Allah seandainya sesuatu itu tidak memberikan kebaikan kepada diri kita, maka kita redha, pasrah dan berserah kepada Allah untuk sesuatu yang lebih baik.
Doa solat istikharah:
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.
Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.
Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (di sini, orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.
Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku”
(HR. al-Bukhari)
Secara ringkasnya, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah apabila:
1. Kita memohon agar Allah SWT makbulkan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.
2. Kita memohon agar Allah SWT jauhkan kita dengan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan bahaya atau keburukan untuk agama, kehidupan, diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.
Maka jika sesuatu itu tidak dimakbulkan, kita telah awal-awal lagi bersedia bahawasanya apa yang kita minta itu tidak memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah.
Ingatlah sekali lagi firman Allah SWT:
Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.
(QS: Shaad 38:82-83)
31 July 2009
Emosi : Bagaimana Anda Mengawalnya!?
Nah setelah aku paparkan mengenai emosi pada paparan yg lalu... aku masih tercari-cari bagaimana dapat mengawal emosi dgn baik.. kali ini mari kita gali kembali dan fahami apa itu emosi...
Apa itu emosi!?
Emosi adalah satu keadaan dimana rohani dan fisiologikal bersekutu dengan pelbagai perasaan, pemikiran dan juga kelakuan. Ia juga menjadi penentu utama dalam permainan perasaan semulajadi manusia dan kelihatan sentiasa memainkan peranan terhadap aktiviti-aktiviti kemanusian. Oleh kerana ianya terlalu subjektif, maka agak kontroversi untuk kita mendefinisikan maksud sebenar dan bagaimana emosi boleh berlaku.
Untuk pengetahuan kita bersama, sebenarnya emosi bersangkut paut dengan perasaan kita sendiri. Emosi boleh terjadi tanpa kita sedari, seringkali terjadi mengikut rentak perasaan yang wujud ketika itu. Emosi adalah satu fenomena dimana kadang-kadang ia terkeluar dari kawalan pemikiran kita.
Siapa yang tidak pernah beremosi!? Jika benar anda tidak pernah beremosi bermakna anda dicipta tanpa hati yang mengeluarkan pelbagai bentuk perasaan. Sebenarnya ia lebih kepada bagaimana anda mengawal emosi anda dalam keadaan anda punyai kewarasan dan logikal fikiran yang mampu mengatasi emosi.
Emosi yang tidak stabil menghasilkan pelbagai rasa yang tidak menentu dan ia bergantung sejauh mana anda melayani emosi anda. Jika anda terlalu melayani emosi anda maka anda menjadi lemah, fikiran anda tidak menentu dan sentiasa tertekan.
Jadi apa yang anda harus lakukan ialah sentiasa berfikiran positif dan cuba mencari jalan atau punca setiap masalah yang menyebabkan emosi anda terganggu. Mungkin anda perlukan teman untuk meluahkan atau membicarakan tentangnya. Mungkin juga anda perlu mencari suasana yang lebih tenteram dan damai untuk anda seperti bercuti atau keluar beriadah bersama-sama teman atau keluarga.
*InsyaAllah.. aku akan cari lagi cara terbaik mengawal emosi... Semoga ada manfaatnya untuk semua...
30 July 2009
Mati?? kita sudah sedia atau belum...
Mari kita kongsi cerita benar dari negara jiran seperti yg diceritakan.. semoga kita sentiasa mengingati dan sedar setiap pesanan yg disampaikan.. Amin..
Pengalaman mati suri seperti yang dialami Aslina,telah pula dirasakan banyak orang. Seorang peneliti dan meraih gelar doktor filsafat dari Universitas Virginia Dr Raymond A Moody pernah meneliti fenomena ini. Hasilnya orang mati suri rata-rata memiliki pengalaman yang hampir sama.
Masuk lorong waktu dan ingin dikembalikan ke dunia.
Catatan ini dilengkapi pula dengan penjelasaninstruktur ESQ Legisan Sugimin yang mengutip Al-Quran yang menjelaskan orang yang mati itu ingin dikembalikan ke dunia, serta penelusuran melalui internet tentang Dr Raymond. Bagi pembaca yang ingin mengetahui perihal Dr Raymond dapat membuka situs www.lifeafterlife. com dan hasil penelitian Raymond tentang mati suri dapat dibaca di buku Life After Life.
Aslina adalah warga Bengkalis yang mati suri 24 Agustus 2006 lalu. Gadis berusia sekitar 25 tahun itu memberikan kesaksian saat nyawanya dicabut dan apa yang disaksikan ruhnya saat mati suri.
Sebelum Aslina memberi kesaksian, pamannya Rustam Effendi memberikan penjelasan pembuka. Aslina berasal dari keluarga sederhana, ia telah yatim. Sejak kecil cobaan telah datang pada dirinya. Pada umur tujuh tahun tubuhnya terbakar api sehingga harus menjalani dua kali operasi. Menjelang usia SMA ia termakan racun. Tersebab itu ia menderita selama tiga tahun. Pada umur 20 tahun ia terkena gondok (hipertiroid).Gondok tersebut menyebabkan beberapa kerusakan pada jantung dan matanya. Karena penyakit gondok itu maka Jumat, 24 Agustus 2006 Aslina menjalani check-up atas gondoknya di Rumah Sakit Mahkota Medical Center (MMC)Melaka Malaysia. Hasil pemeriksaan menyatakan penyakitnya di ambang batas sehingga belum bisa dioperasi. ''Kalau dioperasi maka akan terjadi pendarahan,' 'jelas Rustam. Oleh karena itu Aslina hanya diberi obat. Namun kondisinya tetap lemah. Malamnya Aslina gelisah luar biasa, dan terpaksa pamannya membawa Aslina kembali ke Mahkota sekitar pukul 12 malam itu. Ia dimasukkan ke unit gawat darurat (UGD), saat itu detak jantungnya dan napasnya sesak.Lalu ia dibawa ke luar UGD masuk ke ruang perawatan. ''Aslina seperti orang ombak (menjelang sakratulmaut, red). Lalu saya ajarkan kalimat thoyyibah dan syahadat. Setelah itu dalam pandangan saya Aslina menghembuskan nafas terakhir,'' ungkapnya. Usai Rustam memberi pengantar, lalu Aslina memberikan kesaksiaanya.
''Mati adalah pasti. Kita ini calon-calon mayat, calon penghuni kubur,'' begitu ia mengawali kesaksiaanya setelah meminta seluruh hadirin yang memenuhi Grand Ball Room Hotel Mutiara Merdeka Pekanbaru tersebut membacakan shalawat untuk Nabi Muhammad SAW. Tak lupa ia juga menasehati jamaah untuk memantapkan iman, amal dan ketakwaan sebelum mati datang. ''Saya telah merasakan mati,'' ujar anak yatim itu. Hadirin terpaku mendengar kesaksian itu. Sungguh, lanjutya, terlalu sakit mati itu.
Diceritakan, rasa sakit ketika nyawa dicabut itu seperti sakitnya kulit hewan ditarik dari daging, dikoyak. Bahkan lebih sakit lagi. ''Terasa malaikat mencabut (nyawa, red) dari kaki kanan saya,''. Di saat itu ia sempat diajarkan oleh pamannya kalimat thoyibah. ''Saat di ujung napas, saya berzikir,'' ujarnya. ''Sungguh sakitnya, Pak, Bu,''ulangnya di hadapan lebih dari 300 alumni ESQ Pekanbaru.
Diungkapkan, ketika ruhnya telah tercabut dari jasad, ia menyaksikan di sekelilingnya ada dokter, pamannya dan ia juga melihat jasadnya yang terbujur. Setelah itu datang dua malaikat serba putih mengucapkan Assalaimualaikum kepada ruh Aslina. ''Malaikat itu besar, kalau memanggil, jantung rasanya mau copot,gemetar,'' ujar Aslina mencerita pengalaman matinya.Lalu malaikat itu bertanya: ''siapa Tuhanmu, apa agamamu, dimana kiblatmu dan siapa nama orangtuamu. "Ruh Aslina menjawab semua pertanyaan itu dengan lancar. Lalu ia dibawa ke alam barzah. ''Tak ada teman kecuali amal,'' tambah Aslina yang Ahad malam itu berpakaian serba hijau.
Seperti pengakuan pamannya, Aslina bukan seorang pendakwah, tapi malam itu ia tampil memberikan kesaksian bagaikan seorang muballighah. Di alam barzah ia melihat seseorang ditemani oleh sosok yang mukanya berkudis,badan berbulu dan mengeluarkan bau busuk. Mungkin sosok itulah adalah amal buruk dari orang tersebut.
Aslina melanjutkan. ''Bapak, Ibu, ingatlah mati,''sekali lagi ia mengajak hadirin untuk bertaubat dan beramal sebelum ajal menjemput. Di alam barzah, ia melanjutkan kesaksiannya, ruh Aslina dipimpin oleh dua orang malaikat. Saat itu ia ingin sekali berjumpa dengan ayahnya. Lalu ia memanggil malaikat itu dengan ''Ayah''. ''Wahai ayah bisakah saya bertemu dengan ayah saya,'' tanyanya. Lalu muncullah satu sosok.Ruh Aslina tak mengenal sosok yang berusia antara 17-20 tahun itu. Sebab ayahnya meninggal saat berusia 65 tahun. Ternyata memang benar, sosok muda itu adalah
ayahnya. Ruh Aslina mengucapkan salam ke ayahnya dan berkata: ''Wahai ayah, janji saya telah sampai.'' Mendengar itu ayah saya saya menangis. Lalu ayahnya
berkata kepada Aslina. ''Pulanglah ke rumah, kasihan adik-adikmu. '' ruh Aslina pun menjawab. ''Saya tak bisa pulang, karena janji telah sampai''.
Usai menceritakan dialog itu, Aslina mengingatkan kembali kepada hadirin bahwa alam barzah dan akhirat itu benar-benar ada. ''Alam barzah, akhirat, surga dan
neraka itu betul ada. Akhirat adalah kekal,'' ujarnya bak seorang pendakwah.
Setelah dialog antara ruh Aslina dan ayahnya. Ayahnya tersebut menunduk. Lalu dua malaikat memimpinnya kembali, ia bertemu dengan perempuan yang beramal
shaleh yang mukanya bercahaya dan wangi. Lalu ruh Aslina dibawa kursi yang empuk dan didudukkan di kursi tersebut, disebelahnya terdapat seorang perempuan yang menutup aurat, wajahnya cantik. Ruh Aslina bertanya kepada perempuan itu. ''Siapa kamu?'' lalu perempuan
itu menjawab.''Akulah (amal) kamu.''
Selanjutnya ia dibawa bersama dua malaikat dan amalnya berjalan menelurusi lorong waktu melihat penderitaan manusia yang disiksa. Di sana ia melihat seorang laki-laki yang memikul besi seberat 500 ton, tangannya dirantai ke bahu, pakaiannya koyak-koyak dan baunya menjijikkan. Ruh Aslina bertanya kepada amalnya. ''Siapa manusia ini?'' Amal Aslina menjawab orang tersebut ketika hidupnya suka membunuh orang.
Lalu dilihatnya orang yang yang kulit dan dagingnya lepas. Ruh Aslina bertanya lagi ke amalnya tentang orang tersebut. Amalnya mengatakan bahwa manusia tersebut tidak pernah shalat. Selanjutnya tampak pula oleh ruh Aslina manusia yang dihujamkan besi ke tubuhnya. Ternyata orang itu adalah manusia yang suka berzina. Tampak juga orang saling bunuh, manusia itu ketika hidup suka bertengkar dan mengancam orang lain.
Dilihatkan juga pada ruh Aslina, orang yang ditusuk dengan 80 tusukan, setiap tusukan terdapat 80 mata pisau yang tembus ke dadanya, lalu berlumuran darah, orang tersebut menjerit dan tidak ada yang menolongnya. Ruh Aslina bertanya pada amalnya. Dan dijawab orang tersebut adalah orang juga suka membunuh. Ada pula orang yang dihempaskan ke tanah lalu dibunuh. Orang tersebut adalah anak yang durhaka dan tidak mau memelihara orang tuanya ketika di dunia.
Perjalanan menelusuri lorong waktu terus berlanjut.
Sampailah ruh Aslina di malam yang gelap, kelam dan sangat pekat sehingga dua malaikat dan amalnya yang ada disisinya tak tampak. Tiba-tiba muncul suara orang mengucap : Subnallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar.
Tiba-tiba ada yang mengalungkan sesuatu di lehernya. Kalungan itu ternyata tasbih yang memiliki biji 99 butir.
Perjalanan berlanjut. Ia nampak tepak tembaga yang sisi-sisinya mengeluarkan cahaya, di belakang tepak itu terdapat gambar kakbah. Di dalam tepak terdapat batangan emas. Ruh Aslina bertanya pada amalnya tentang tepak itu. Amalnya menjawab tepak tersebut adalah husnul khatimah. (Husnul khatimah secara literlek berarti akhir yang baik. Yakni keadaan dimana manusia pada akhir hayatnya dalam keadaan (berbuat) baik,red).
Selanjutnya ruh Aslina mendengarkan azan seperti azan di Mekkah. Ia pun mengatakan kepada amalnya. ''Saya mau shalat.'' Lalu dua malaikat yang memimpinnya melepaskan tangan ruh Aslina. ''Saya pun bertayamum, saya shalat seperti orang-orang di dunia shalat,''
ungkap Aslina. Selanjutnya ia kembali dipimpin untuk melihat Masjid Nabawi. Lalu diperlihatkan pula kepada ruh Aslina, makam Nabi Muhammad SAW. Dimakam tersebut
batangan-batangan emas di dalam tepak ''husnul khatimah'' itu mengeluarkan cahaya terang. Berikutnya ia melihat cahaya seperti matahari tapi agak kecil. Cahaya itu pun bicara kepada ruh Aslina. ''Tolong kau sampaikan kepada umat, untuk bersujud di hadapan Allah.''
Selanjutnya ruh Aslina menyaksikan miliaran manusia dari berbagai abad berkumpul di satu lapangan yang sangat luas. Ruh Aslina hanya berjarak sekitar lima meter dari kumpulan manusia itu. Kumpulan manusia itu berkata. ''Cepatlah kiamat, aku tak tahan lagi di sini Ya Allah.'' Manusia-manusia itu juga memohon. ''Tolong kembalikan aku ke dunia, aku mau beramal.''
Begitulah di antara cerita Aslina terhadap apa yang dilihat ruhnya saat ia mati suri. Dalam kesaksiaannya ia senantiasa mengajak hadirin yang datang pada pertemuan alumni ESQ itu untuk bertaubat dan beramal shaleh serta tidak melanggar aturan Allah. Setelah kesaksian Aslina, instruktur Pelatihan ESQ Legisan Sugimin yang telah mendapat lisensi dari Ary Ginanjar (pengarang buku sekaligus penemu metode Pelatihan ESQ) menjelaskan bahwa fenomena mati suri dan apa yang disaksikan oleh orang yang mati suri pernah diteliti
ilmuan Barat. Legisan mengemukakan pula, mungkin diantara alumni ESQ yang hadir pada Ahad (24/9) malam itu ada yang tidak percaya atau ragu terhadap kesaksian Aslina. Tapi yang jelas, lanjutnya, rata-rata orang yang mati suri merasakan dan melihat hal yang hampir sama.
''Apa yang disampaikan Aslina, mungkin bukti yang ditunjukkan Allah kepada kita semua", ujarnya.
Legisan menjelaskan penelitian oleh Dr Raymond A Moody Jr tentang mati suri. Raymond mengemukakan orang mati suri itu dibawa masuk ke lorong waktu, di sana ia melihat rekaman seluruh apa yang telah ia lakukan selama hidupnya. Dan diakhir pengakuan orang mati suri itu berkata: ''Dan aku ingin agar aku dapat kembali dan membatalkan semuanya.''
Menanggapi kesaksian Aslina yang melihat orang-orang berteriak ingin dikembalikan ke dunia dan ingin beramal serta penelitian Raymond yang menyebutkan ''aku ingin agar aku dapat kembali dan membatalkan semuanya,'' Legisan mengutip ayat Al-Quran Surat Al-Mu'muninun (23) ayat 99-100:
Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata:''Ya, Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia).''(99) . Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan. (100).
Sebagai penguat dalil agar manusia bertaubat, dikutipkan juga Quran Surat Az-Zumar ayat 39: ''Dan kembalilah kamu kepada Tuhan-Mu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).''
Usai pertemuan alumni itu, Aslina meminta nasehat dari Legisan. Intruktur ESQ itu menyarankan agar Aslina senatiasa berdakwah dan menyampaikan kesaksiaannya saat mati suri kepada masyarakat agar mereka bertaubat dan senantiasa mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Setelah acara, banyak di antara alumni yang bersimpati dan ingin membantu pengobatan sakit gondoknya. Para hadirinpun menyempat diri untuk berfoto bersama Aslina.
Semoga pembaca dapat mengambil pelajaran dari kesaksiaan tersebut.
Nb : Bagikan cerita ini kepada semua orang, agar mereka mendapat hikmahnya dari cerita ini. Ternyata hidup ini hanya sementara, dan hanya amal serta hati yang bersih yang menuntun kita menuju jalan kehadapan Illahi.
*Ya Allah.. jadikanlah aku hambaMu yg sentiasa menjaga solatku, memperbanyakkan amalku, menambahkan amal sedekah ku.. jadikanlah aku hambaMu yg sentiasa beriman kepadaMU, mengingatiMu setiap waktu agar aku tidak menyesal di kemudaian hari.. Aminnn....
29 July 2009
Kekuatan Kata - Kata
Sedangkan pria yang lain harus berbaring lurus di atas punggungnya. Setiap hari mereka saling bercakap-cakap selama berjam-jam. Mereka membicarakan istri dan keluarga, rumah, pekerjaan, keterlibatan mereka di ketentaraan, dan tempat-tempat yang pernah mereka kunjungi selama liburan.
Setiap sore, ketika pria yang tempat tidurnya berada dekat jendela di perbolehkan untuk duduk, ia menceritakan tentang apa yang terlihat di luar jendela kepada rekan sekamarnya. Selama satu jam itulah, pria ke dua merasa begitu senang dan bergairah membayangkan betapa luas dan indahnya semua kegiatan dan warna-warna indah yang ada di luar sana.
"Di luar jendela, tampak sebuah taman dengan kolam yang indah. Itik dan angsa berenang-renang cantik, sedangkan anak-anak bermain dengan perahu-perahu mainan. Beberapa pasangan berjalan bergandengan di tengah taman yang dipenuhi dengan berbagai macam bunga berwarnakan pelangi. Sebuah pohon tua besar menghiasi taman itu. Jauh di atas sana terlihat kaki langit kota yang mempesona. Suatu senja yang indah."
Pria pertama itu menceritakan keadaan di luar jendela dengan detil, sedangkan pria yang lain berbaring memejamkan mata membayangkan semua keindahan pemandangan itu. Perasaannya menjadi lebih tenang, dalam menjalani kesehariannya di rumah sakit itu. Semangat hidupnya menjadi lebih kuat, percaya dirinya bertambah.
Pada suatu sore yang lain, pria yang duduk didekat jendela menceritakan tentang parade karnaval yang sedang melintas. Meski pria yang ke dua tidak dapat mendengar suara parade itu, namun ia dapat melihatnya melalui pandangan mata pria yang pertama yang menggambarkan semua itu dengan kata-kata yang indah.
Begitulah seterusnya, dari hari ke hari. Dan, satu minggu pun berlalu. Suatu pagi, perawat datang membawa sebaskom air hangat untuk mandi. Ia mendapati ternyata pria yang berbaring di dekat jendela itu telah meninggal dunia dengan tenang dalam tidurnya. Perawat itu menjadi sedih lalu memanggil perawat lain untuk memindahkannya ke ruang jenazah.
Kemudian pria yang kedua ini meminta pada perawat agar ia bisa dipindahkan ke tempat tidur di dekat jendela itu. Perawat itu menuruti kemauannya dengan senang hati dan mempersiapkan segala sesuatunya. Ketika semuanya selesai, ia meninggalkan pria tadi seorang diri dalam kamar.
Dengan perlahan dan kesakitan, pria ini memaksakan dirinya untuk bangun. Ia ingin sekali melihat keindahan dunia luar melalui jendela itu. Betapa senangnya, akhirnya ia bisa melihat sendiri dan menikmati semua keindahan itu. Hatinya tegang, perlahan ia menjengukkan kepalanya ke jendela di samping tempat tidurnya. Apa yang dilihatnya? Ternyata, jendela itu menghadap ke sebuah TEMBOK KOSONG!!!
Ia berseru memanggil perawat dan menanyakan apa yang membuat teman pria yang sudah wafat tadi bercerita seolah-olah melihat semua pemandangan yang luar biasa indah di balik jendela itu. Perawat itu menjawab bahwa sesungguhnya pria tadi adalah seorang yang buta bahkan tidak bisa melihat tembok sekalipun.
"Barangkali ia ingin memberimu semangat hidup" kata perawat itu.
Renungan :
Kita percaya, setiap kata selalu bermakna bagi setiap orang yang mendengarnya. Setiap kata, adalah layaknya pemicu, yang mampu menelisik sisi terdalam hati manusia, dan membuat kita melakukan sesuatu. Kata-kata, akan selalu memacu dan memicu kita untuk menggerakkan setiap anggota tubuh kita, dalam berpikir, dan bertindak.
Kita percaya, dalam kata-kata, tersimpan kekuatan yang sangat kuat. Dan kita telah sama-sama melihatnya dalam cerita tadi. Kekuatan kata-kata, akan selalu hadir pada kita yang percaya.
Kita percaya, kata-kata yang santun, sopan, penuh dengan motivasi, bernilai dukungan, memberikan kontribusi positif dalam setiap langkah manusia. Ujaran-ujaran yang bersemangat, tutur kata yang membangun, selalu menghadirkan sisi terbaik dalam hidup kita.
Ada hal-hal yang mempesona saat kita mampu memberikan kebahagiaan kepada orang lain. Menyampaikan keburukan, sebanding dengan setengah kemuraman, namun, menyampaikan kebahagiaan akan melipatgandakan kebahagiaan itu sendiri.
28 July 2009
Minta Izin Dengan Allah Walaupun Melakukan Perkara Tidak Baik
Bila terbaca satu artikel di blog Fuad Latif.. terkejut besar juga bila terlihat tajuknya.. bila aku amati dan baca kesemunya.. MasyaAllah.. barulah aku tau.. apa pun yg dilakukan mintalah keizinan Allah.. begitu besar kurniaan Allah.. walaupun menyalahkanNYA ketika menghadapi musibah.. Allah tetap baik pada kita.. ada yg mengatakan Allah tidak adil.. mengapa aku dibuat begini... tetapi Allah tetap memberikan apa yg diperlukan oleh hamba-hambanya.. Ya Allah.. sungguh besar maknaMU.. besar sungguh kurniaanMu.. baiknya Engkau Ya Allah.. sedangkan kita.. berfikir yg bukan-bukan pasal DIA.. buruk sangka terhadapNYa.. Ya Allah ampunilah kami... sesungguhnya Engkau maha Pengampun..
Dalam entri fuad latif.. ini yang dia ceritakan.. dan mari kita kongsi apa yg diterangkan oleh beliau..
Allah mempunyai sifat +ve yang saturated. Apa maknanya? Allah MAHA SEMPURNA. Campaklah kepadanya apa jua perkara buruk atau jahat, Allah tetap akan sempurna. Jelasnya begini. Jika kita melakukan kebaikan pada seseorang, sudah pasti orang itu akan suka pada kita. Jika ibu bapa, mereka akan sayang kita. Jika suami atau isteri juga begitu. Pada kawan-kawan pun sama.
Tetapi jika kita mengata, mengutuk, marah, maki, caci dan sebagainya.. orang yang sayang kepada kita akan berubah. Dari suka kepada benci atau sekurang-kurangnya tidak suka.Tetapi Allah tidak begitu. Jika kita tidak mengikut perintahNya, jika kita mempersoalkan apa yang Allah takdirkan dan sebagainya, tidak sedikit pun kurangnya rasa kasih sayang Allah pada kita. Allah tetap memberi rezeki kepada kita. Tetap mengurniakan pelbagai nikmat seperti diizinkan untuk terus bernafas, makan minum dan seumpamanya. Begitu +venya Allah. Jika kita campakkan -ve pada Allah, Allah tetap terus +ve.
Allah adalah Pencipta kita. Segala apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya adalah milik Allah. Namun pernahkah kita meminta izin pada Allah untuk menggunakan sesuatu milik Allah. Walaupun pada fizikalnya adalah milik kita seperti rumah, kereta malah anak-anak atau isteri. Tetapi pada hakikatnya semua itu milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Pernahkah kita meminta izin untuk meminjam semua itu dari Allah?
Ceritanya begini.
Pernah seorang lelaki mempunyai jiwa super didatangi sahabat yang kuat minum arak. Kawan yang ketagih arak ini langsung tidak ingin berubah. Amat sukar jika sudah ketagih arak. Lelaki jiwa super cuba untuk merubahnya.
“kamu minta izin pada Allah sebelum minum arak”, kata lelaki jiwa super. Sahabatnya terkejut kerana kenapa dia perlu minta izin pada Allah sedangkan dia ingin minum arak. Tetapi akur untuk mencubanya. Sejak hari itu, sahabat itu sentiasa meminta izin pada Allah setiap kali minum arak.
“Ya Allah, aku meminta izin untuk minum arak ini”, lalu sahabat itu meminum arak. Setiap masa apabila minum arak, pasti keizinan dari Allah dimintanya.
Sebulan berlalu. Sahabat berjumpa semula dengan lelaki jiwa super. Sahabatnya bertanya.
“Saya sudah berubah. Tidak lagi minum arak. Alhamdulillah. Saya ingin bertanya. Bagaimana semua ini boleh berlaku? Saya minta izin pada Allah untuk melakukan perkara tidak baik, namun Allah beri pada saya kekuatan dan menghilangkan ketagih saya minum arak”, sahabat ingin tahu.
“Allah itu Maha +ve. Campaklah apa pun perkara sama ada +ve atau -ve pada Allah, namun Allah tetap +ve. Tetap sayangkan hambaNya. Dia tahu perkara yang baik dan niat yang baik dalam diri hambaNya. Kerana itu Dia bukakan hati kamu dan menolong kamu untuk mencapai hajat kamu untuk tidak lagi mahu minum arak”, lelaki jiwa super menjawab.
Untuk permulaan ini, marilah kita minta izin pada Allah untuk lewat mengerjakan solat waktu. Bukankah ini sering kita lakukan? Solat dihujung waktu. Kita minta izin kepada Allah segini…
“Ya Allah ya Tuhanku. Aku mohon nak siapkan kerja ni dulu sebelum solat. Lepas siap kerja ini, aku akan solat. Benarkanlah aku untuk solat lambat ya Allah”
atau
“Ya Allah, aku nak tengok TV dulu ya Allah. Lepas ni baru aku solat. Seronok cerita ni ya Allah. Kalau aku solat, nanti terlepas pula ya Allah”
InshaAllah, lama-kelamaan, jika diamalkan anda pasti akan lihat perubahan yang besar. Allah akan masukkan satu perasaan yang membuatkan kita rasa sentiasa ingin solat tepat pada waktunya. InsyaAllah..
Semoga memiliki jiwa super. Ameen
27 July 2009
Bersyukur kerana itu yang paling baik..
Sebenarnya, anugerah Allah adalah tidak terbatas merangkumi perkara-perkara baik, perkara-perkara yang indah dan pengalaman. Segalanya adalah mencukupi bagi semua makhlukNya, sentiasa cukup! selama ini kita telah tertipu, kita telah dipengaruhi oleh pendapat yang tidak benar yang mengajar kita bahawa hidup ini penuh derita, sengsara dan sumber-sumber yang terhad. Hakikat yang sebenarnya ialah kehidupan kita serba cukup dan kita mampu memiliki apa yang kita mahukan.
Hasan al Bashri ditanya tentang rahasia zuhudnya. Ia menjawab:
“Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah qalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."
Ramai dari kita berfikiran bahawa siapa kita, apa yang kita ada, apa yang kita lakukan adalah tidak mencukupi. Ini adalah satu pendapat yang silap. Kita telah belajar tentang Hukum Tarikan, dan bilamana kita masih secara tanpa kita sedari, masih beranggapan bahawa kita masih belum bercukupan dalam hidup, kita masih lagi menarik frekuensi ketidakcukupan kedalam hidup kita.
Jika kita merasakan bahawa diri kita tidak sempurna, ini adalah betul dan benar, tetapi jika kita merasakan bahawa apa yang kita miliki tidak masih tidak cukup, maka kita akan berterusan menerima keadaan ketidakcukupan.
Maka inilah masanya untuk kita menyedari hakikat bahawa kita adalah dalam keadaan sentiasa cukup. Kita mesti mengakui bahawa diri kita pada saat ini adalah cukup sempurna sebagai manusia dalam konteks kesempurnaan seorang hamba. Kita cukup sempurna, sebagaimana diri kita sekarang ini. Sekiranya kita tidak mahu mengakui hakikat ini, kita akan sentiasa merasa tidak puas hati dengan apa yang kita ada dan hati kita akan menjadi susah untuk bersyukur dan mensyukuri nikmatNya.
“Barang siapa yang mengira lenyapnya kasih sayang Allah dari ketetapan (Qadar) Allah, maka yang seperti ini adalah kerana dangkalnya pandangan iman.”
Menduga duga tentang pemberian Allah, terutama berburuk sangka kepada-Nya atas nikmat nikmat-Nya adalah perbuatan dosa. Seorang hamba dilarang menduga bahawa Allah telah mengurangi kasih sayang dan pemberian-Nya kerana sesuatu bencana yang sedang dialami oleh si hamba.
Jadi, bilakah kita akan merasa berpuashati? Bilakah kita akan bersyukur? Adakah setelah kita dapat menurunkan berat badan sebanyak 10kg? Atau setelah memiliki wang simpanan sebanyak RM1 juta? Atau setelah menemui pasangan kekasih yang ideal? Apakah selagi kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, kita tidak mahu bersyukur? Bagaimana kita membuat ukuran untuk berasa puashati dengan hidup dan seterusnya bersyukur?
Kita tidak perlu menunggu sehingga segala impian kita tercapai untuk dapat menikmati dan menghayati rasa kecukupan dalam hidup ini kerana jika kita berfikiran begini, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan ini dan kita tidak akan berupaya untuk berasa ikhlas dalam mengucapkan syukur kita kepada Allah.
Apa kata jika kita selarikan fikiran dan perasaan kita dengan rasa serba cukup? Kamu adalah sempurna sebagai seorang manusia, kamu adalah seorang yang mempunyai segalanya dari segi rohaniah, jiwa dan semangat, yang membolehkan kamu untuk memiliki apa yang kamu inginkan dalam kehidupan kamu dan mencapai cita2 dan matlamat hidup kamu.
Kamu ada segalanya yang kamu perlukan dalam jiwa kamu, untuk mendapatkan pekerjaan yang kamu sukai, pasangan yang kamu impikan, dan juga cita2 kamu. Kamu sentiasa mepunyai segala yang kamu perlukan. Berpuashati dan bersyukurlah dengan apa yang kamu telah miliki sekarang ini. Katakan pada dirimu
"Aku berpuashati dengan apa yang aku telah miliki, dengan segala yang telah dikurniakan Allah kepada ku selama ini, Kasih sayang, kebahagiaan, perlindungan keselamatan segalanya ada padaku, anugerah dari Allah yang Maha Kaya Raya, Maha Suka Memberi, Maha Pemurah, Maha sebaik-baik pelindung”
Mulakan dari sekarang, pada saat ini, dengan apa yang telah ada pada kita pada saat ini. Tetapkan matlamat kita, kenalpasti apa yang kita inginkan, yakini bahawa kita pasti akan dapat mencapai matlamat dan apa jua impian kita dan cuba rasakan bahawa kita telah pun mencapainya.
Allah telah berfirman : "Aku mengkabulkan semua doa, mintalah padaKu, jangan minta pada yang lain, nescaya akan Aku makbulkan."
Apabila kita memohon dengan penuh HusnulDzon, dengan hati yang penuh rasa syukur kerana telah dapat menghayati rasa cukup dalam hidup, Insya Allah, doa kita akan cepat dimakbulkan. Kerana inilah, kita perlu memahami Hukum Kecukupan, bukan sahaja memahami Hukum Tarikan.
"Jika Allah mengabulkan doamu maka Dia mencintaimu, Jika Allah belum mengabulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu, Jika Allah tidak mengabulkan doamu, maka Dia merencanakan sesuatu yang lebih baik untukmu."
Firman Allah: "Ini adalah kuniaan Tuhanku untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau sebaliknya dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya kembali kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah." (An-Naml-40)
Manusia itu diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian, sesempurna kesempurnaan seorang manusia yang diberi tugas besar sebagai Khalifah dimuka bumi ini, maka Allah telah membekalkan kepada manusia keistimewaan2 dan kelebihan berbanding dengan makhluk Allah yang lain.
Antara keistimewaan dan kelebihan kita yang dibekalkan Allah adalah bumi ini diciptakan serba cukup mewah . Kita perlu menselarikan fikiran dan perasaan kita dengan keadaan persekitaran kita didunia ini yang pada hakikat sebenarnya adalah serba cukup dan mewah.
Hayatilah apa yang Allah mengingatkan kita tentang Law of Abundance dalam surah Ibrahim, Ayat 31-34:
Allah telah menciptakan langit dan bumi, menurunkan air hujan dari langit, dengannya dikeluarkan buah-buahan yang boleh menjadi rezeki bagi kamu. Ia memudahkan bagi kamu kapal untuk belayar dilautan dengan perintahNya dan memudahkan kamu menggunakan sungai dan memudahkan untuk kamu matahari dan bulan yang terus beredar atau di sungai-sungai. Semuanya itu dengan perintahNya. Allah memudahkan bagi kamu dengan putaran malam dan siang. Dia memberikan kamu setiap perkara yang kamu pohon. Kiranya kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah tidaklah terkira, tetapi manusia itu zalim dan ingkar tidak berterima kasih.
Kita dihidupkan dalam satu keadaan dimana diri kita ini adalah bersambung dengan aliran tenaga. Apabila kita telah membuat keputusan untuk merubah cara minda kita berfikir kepada sentiasa cukup, maka kita telah menarik tenaga2 sentiasa cukup itu dalam hidup kita. Kecukupan/kesempunaan bukan bermakna hanya cukup-cukup, tetapi mewah dan tidak putus-putus. Segala yang kamu inginkan, kamu boleh perolehi dengan jumlah yang maksima.
Kita boleh lihat bukti dengan melihat beberapa manusia yang kita selalu panggil dengan gelaran manusia cemerlang, yang mana mereka ini sebenarnya faham akan apa itu Hukum Kecukupan dan Hukum Tarikan. Kerana itu, kita dapat melihat, mereka hidup dalam keadaan yang mereka impikan. Penuh kasih sayang, Pasangan yang sempurna, Anak-anak yang membahagiakan dan berjaya, Kerjaya yang mereka minati, ekonomi yang stabil, dan juga gaya hidup yang bersih, gembira, taqwa dan penuh kesyukuran. Air muka yang sentiasa tenang dan bersih.
Kita sebenarnya selalu mengikutkan hawa nafsu yang memang tidak pernah merasa puas, tetapi cepat muak. Selalu tidak pandai untuk menghayati apa yang kita perolehi, tidak bersyukur dan kadangkala tidak perasan dengan nikmat yang ada dihadapan kita. Oleh sebab inilah, maka kita berterusan hidup dalam keadaan sering tidak cukup, merungut dan tidak puas hati, kerana secara kita tidak sedari, mengikut Hukum Tarikan, kita akan sentiasa menarik frekuensi serba tidak cukup dan tidak puashati dalam hidup kita.
Kebahagiaan yang sebenarnya bukanlah diukur dari berapa banyak wang yang kamu ada, atau berapa besar rumah kamu, atau berapa mahalnya kereta kamu, tetapi kebahagiaan yang sebenarnya adalah apabila kamu betul-betul merasakan kebahagian pada hati kamu dengan apa yang telah kamu miliki, dan juga apabila kamu mendapati hati kamu berasa tenang, aman dengan apa yang kamu ada pada hari ini. (tidak merasakan lagi aku perlu itu, perlu ini, baru aku boleh senyum). Apabila kita telah berjaya mengajar diri kita untuk mendapat kebahagiaan dalaman (jiwa/rohani) barulah kita dapat menarik kebahagiaan material (luaran ) kedalam kehidupan kita (semak Hukum Tarikan dan frekuensi positif)
Maka, terapkan dalam hati kita sekarang ini, Aku syukur dan bahagia dengan apa yang Allah kurniakan padaku selama ini, “I have plenty” . Bersyukurlah dan berbanggalah dengan apa yang kamu ada dan dengan pencapaian kamu sekarang, maka dari situ, kamu akan dapat menambahkan lagi apa yang kamu belum capai.
Firman Allah: "Sesungguhnya, kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia telah bersyukur bagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha kaya lagi Terpuji." (Luqman:12)
Bagaimanakah caranya untuk membebaskan diri kita dari prasangka tidak cukup dan membawa diri kita kearah menghayati Hukum Kecukupan? Ada beberapa langkah yang mudah, yang tidak memerlukan masa atau wang anda, cuma perlukan perubahan pada sikap anda.
1. Hargailah dan Syukurilah setiap sesuatu yang kamu miliki. Ia tidak semestinya harta dan material, ia juga mencakupi kesihatan kamu, usia kamu yang masih hidup hingga hari ini, setiap hari masih ada makanan untuk kita makan, masih ada orang yang mahu menegur kita, masih ada orang yang mengucapkan “selamat pagi, atau salam sejahtera, atau assalamualaikum”. Syukurilah segala nikmat Allah dari sekecil-kecil yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tak dapat kita sebut kan satu persatu akan nikmat Allah pada makhluknya yang bernama MANUSIA ini.
Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara2 yang kamu tidak miliki, tetapi, luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk bersyukur sekurang2nya pada 5 perkara yang kamu perolehi pada hari itu. Ketika memikirkan 5 perkara ini, hayatilah betul2 dan rasainya kedalam perasaanmu.
Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali, yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak2 itu tidak menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak2 itu?
Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu, mengucapkan terima kasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya? Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada kanak2 itu?
Begitulah perbandingan antara Tuhan dan hamba-hambanya. Firman Allah:
“Barang siapa yang mensyukuri nikmatKu, maka Aku akan menambahkan lagi nikmat Ku kepadanya”
Oleh itu bersyukurlah, berterima kasihlah, dan Allah akan menambahkan lagi apa yang kamu ada.
Jika dalam Hukum Tarikan, kita belajar bahawa mewujudkan keinginan itu amat penting, maka dalam Hukum Kecukupan, kita mempelajari bahawa Mensyukuri dan Menghargai nikmat itu amat penting. Kedua dua perkara ini saling berkait antara satu dengan yang lain.
2. Wujudkan suatu persekitaran, kekuatan atau vakum pada diri kita, dimana semua perkara yang baik sahaja berada disekeliling kita.
Jangan isikan hidup kita dengan perkara2 yang sebenarnya kita tidak betul2 perlukan. Ini adalah pembaziran. Walau pun kamu seorang jutawan, tidak bermakna kamu boleh membazir. Ingat! Membazir adalah sifat syaitan dan perlu dijauhi.
Tanya diri kamu setiap kali kamu keluar untuk berbelanja, apakah barangan yang ingin kamu beli itu, benar2 kamu perlukan atau tidak. Kecukupan bukan bermakna diri kita penuh dengan barangan 2 yang kita tidak perlukan. Kecukupan dalam hidup adalah dengan mencari dan memperolehi perkara2 dan pengalaman yang benar2 berguna untuk diri kamu yang benar2 kamu. Contohnya, kadangkala kita membeli sesuatu barangan kerana kita diberitahu oleh kawan, bahawa kita perlu ada barangan tersebut, mungkin bagi kawan kita, barangan itu memang berguna untuk dirinya, tetapi tidak pada kita. Maka elakkanlah perkara ini dari berlaku. Kenalpasti keinginan kamu!
Mulakan membersihkan persekitaran peribadi kamu, bilik kamu dari benda2 yang tidak digunakan lagi atau yang tidak kamu perlukan. Isikan wardrobe kamu dengan pakaian2 yang relevan dan kamu perlukan, yang memang tidak akan kamu pakai, sedekahkan pada orang yang memerlukannya. Kemas meja kamu dari nota-nota atau kertas yang lebih merupakan sampah sahaja. Kemaskini dokumen2 kamu dengan sistem fail yang tepat dan kemas. Bersihkan longkang dirumah kamu, atau kosongkan tong sampah kamu. Berdisiplinlah dengan hidup ini. Buang semua cara berbelanja yang membazir. Bebaskan pemikiran , cara bercakap, apa yang kamu percaya, tindakan2 kamu, yang selama ini berasaskan tidak cukup dan tidak puas.
3. Bersedekah dan berderma. Jadilah seorang yang pemurah. Kita sentiasa inginkan agar Allah menunjukkan sifat PemurahNya pada kita, tetapi adakah kita seorang yang pemurah dengan kemampuan diri yang ada pada kita? Dalam Islam ” Satu sedekah ganjarannya adalah Sepuluh kali ganda” maksudnya setiap satu sedekah yang ikhlas dari kita, maka Allah akan membalas balik dengan sepuluh kali ganda dari apa yang kita sedekah. Dalam Hukum Tarikan, amalan bersedekah amat disarankan kerana dengan bersedekah, kita menghantar frekuensi bahawa kita mempunyai lebihan wang, maka kita menarik tenaga kecukupan pada diri kita. Sedekah juga mengajar hati kita menjadi bersih, ikhlas, dan dapat menghayati dan memahami kesusahan orang lain. Maka jadilah dermawan..senyum juga satu sedekah. Bersedekahlah dengan apa yang anda miliki, tak semestinya wang, anda juga boleh berdoa untuk kesejahteraan orang lain, menyedekahkan tenaga dan sebagainya dengan ikhlas.
Rezeki dalam bentuk apa juapun adalah tenaga, sebagaimana yang kita semua faham bahawa seluruh alam ini termasuk diri kita adalah terdiri dari zarah-zarah atom yang merupakan tenaga. Tenaga bergetar dan bergerak dalam satu aliran-aliran yang tersendiri. Cuba kita lihat pergerakkan udara (angin) dalam sebuah bilik yang tertutup, hanya tingkapnya sahaja yang terbuka. Kebarangkalian untuk angin mengalir masuk melalui tingkap adalah amat sedikit walaupun masih ada cukup udara dan oksigen. Sekarang, kita buka pintu bilik itu, anda akan dapat rasakan angin bertiup mula masuk melalui tingkap itu dan keluar melalui pintu kerana sudah ada aliran untuk udara keluar masuk. Begitu juga lah dengan rezeki dan kecukupan diri kita. Rezki akan datang melimpah ruah andainya kita sedia berkongsi apa yang kita perolehi (bersedekah/murah hati) dengan orang lain. Tidak semestinya wang, ilmu juga jika dismpan, tidak diamalkan dan tidak disampaikan, ianya tidak akan bertambah malah menjadi semakin malap.
4. Maafkan semua perkara yang menyakitimu. Bebaskan hatimu dari dendam. Apabila kamu masih menyimpan kemarahan, tak kira atas alasan apa pun, sebenarnya, kamu hanya menyakiti dirimu, bukan menyakiti orang yang kamu marahi. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari semalam, dimana hari kita berasa disakiti, ini hanya akan menyulitkan kita untuk maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang baik. jadi.. Let it go..let it go…release it..let it go…
Antara cara terbaik untuk menghilangkan kemarahan, ialah menulis sepucuk surat, atau senarai yang kamu boleh tulis segala apa yang kamu marahkan dalam hidup kamu selama ini. Tulis lah semuanya, hingga kamu akan dapat merasakan kemarahan kamu telah pun berpindah keatas kertas itu..dan kemudian, bakarlah kertas itu.
Maafkan sesiapa yang telah melukakan kamu, bersalah denganmu .Luangkanlah dalam 10 minit sehari dengan mengucapkan:
“Aku maafkan dan bebaskan ……………dan aku harap mereka bahagia dan mereka akan pergi dari ku.”
Praktikkan cara-cara ini, semoga anda akan dapat menukar minda anda kepada manusia yang berfikiran Serba Cukup, maka dengan mengamalkan Hukum Kecukupan ini, semoga Hukum Tarikan yang anda amalkan akan mudah dimenifestasikan. Semoga kita semua beroleh Rahmat dan Petunjuk dari Allah S.W.T sentiasa. Ingatlah, hidup ini adalah indah, apabila kita benar2 bersyukur. Segala terletak pada hati/perasaan dan fikiran/minda kita. Kita harus melihat pemberian Allah dengan mata rohani, sehingga mampu merasakan kekayaan rohani yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah. Keselamatan, kesehatan, ketenangan, keyakinan iman dan banyak lagi lainnya adalah kekayaan rohani yang sangat mahal harganya. Allah Ta’ala tidak pernah melupakan hamba hamba-Nya, manusialah yang lupa kepada-Nya. Karena sedikit sekali manusia yang bersyukur kepada pencipta-Nya.
Sabda Rasullullah S.A.W : Pada anggota manusia itu, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka akan baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan daging itu adalah hati/perasaan.
WALLAHUAKLAMUBISSAWAB
*Semoga hati kita bebas dari perkara-perkara yang tidak baik.. dan sentiasa bersih dan tenang.. InsyaAllah.. Amin..
26 July 2009
Mari kita positifkan jiwa kita... :)
Selalunya kata orang.. orang yang berjaya hatinya bersih.. sejauh mana bersih hatinya hanya Allah yg tahu.. tetapi bagi kita yg mungkin menganggap kurang berjaya tidak semestinya tidak mempunyai hati yang bersih.. ini menunjukkan 'berjaya' yang dimaksudkan adalah orang-orang yang berjaya mengawal perasaannya.. emosinya.. perlakuannya bukan sahaja dihadapan orang lain tetapi tentunya dihadapan Allah SWT.. hati yang bersih adalah hati yang terisi dengan sikap yang baik-baik dan akhlak yang baik... Untuk membersihkan hati, kita perlu sentiasa memaafkan semua orang sebelum kita masuk tidur, lafazkan di dalam hati.
Apabila hati bersih, kita akan jadi mudah tersenyum, optimis, bersemangat dan bermotivasi. Ada beberapa lagi kesan daripada memaafkan orang lain, antaranya :
~ Menenangkan fikiran
~ Menyembuhkan tanda-tanda awal penyakit
~ Mencantikkan wajah
~ Menaikkan seri muka
~ Mudah menarik hidayah daripada Allah
25 July 2009
Bagai mana mengawal marah..
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki... Kenapa kita mesti marah?? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair :
"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi... Istirehatkan hati dari kata-kata 'Barangkali' dan 'Kalau'... Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita... Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepadaAllah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un."
Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu... Ahnaf menjawab :
" Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas... Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais... Menjerit - jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia... Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman..
"Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu. Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais binAsim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah... Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah... Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya... Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali... Hatinya tidak terasa dia " tuan"kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah... Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali... Kita mesti ubati hati kita... Kita kita mesti membuangkan rasa rasa"ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah:
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segal atindak-tanduk kita.. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita...
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina...
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi...
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah..
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahiminas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan...
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara..
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur... Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur..
Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah... Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi... Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang...
*Mudah-mudahan kita boleh menghilangkan rasa marah dan sentiasa memaafkan sesiapa sahaja termasuklah diri kita sendiri... InsyaAllah..
24 July 2009
Bersin dan Menguap, Ada apa sebenarnya?
عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (( إن الله يحب العطاس ويكره التثاؤب، فإذا عطس فحمد الله فحق على كل مسلم سمعه أن يشمته، وأما التثاؤب فإنما هو من الشيطان فليرده ما استطاع، فإذا قال: ها، ضحك منه الشيطان )) صحيح البخاري في الأدب 6223
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta'alaa anhu, Rasulullah bersabda, "Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu dari syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu. Dan apabil seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa karenanya". Shahih Bukhari, 6223.
Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut.
Rasulullah bersabda:
(( إذا عطس أحدكم فليقل الحمد لله، وليقل له أخوه أو صاحبه: يرحمك الله، فإذا قال له يرحمك الله فليقل: يهديكم الله ويصلح بالكم )) صحيح البخاري في الأدب: 6224
Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum (HR. Bukhari, 6224)
Dan para doktor di zaman sekarang mengatakan, "Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahwa otak dan tubuh orang tersebut membutuhkan oksigen dan nutrisi; dan karena organ pernafasan kurang dalam menyuplai oksigen kepada otak dan tubuh. Dan hal ini terjadi ketika kita sedang kantuk atau pusing, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian. Dan menguap adalah aktivitas menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!! Karena mulut bukanlah organ yang disiapkan untuk menyaring udara seperti hidung. Maka, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai jenis mikroba dan debu, atau kutu bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh. Oleh karena itu, datang petunjuk nabawi yang mulia agar kita melawan "menguap" ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan punggung tangan kiri.
Bersin adalah lawan dari menguap yaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka akan terkuras dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba' (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan. Oleh karena itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaithan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh. Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap (Lihat Al-Haqa'iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155)
23 July 2009
Roda Kehidupan
"Itu lambang manusia yang telah matang dalam meresapi asam garam kehidupan. Itu perlu kita jadikan cermin. Ketika bernasib baik, sesekali perlu kita sadari bahwa satu ketika kita akan mengalami nasib buruk yang tidak kita harapkan. Dengan demikian kita tidak terlalu bergembira sampai lupa bersyukur kepada Allah. Ketika nasib sedang buruk, kita memandang masa depan dengan tersenyum optimis. Optimis saja saya kira tidak cukup, kita harus mengimbangi optimisme itu dengan kerja keras." "Apa alasan saya untuk optimis, sedang saya sadar nasib saya sedang jatuh dan berada di bawah."
"Alasannya ialah iman, kerana kita yakin akan pertolongan Allah."
"Hikmah selanjutnya?"
"Orang yang terkenal, satu ketika harus bersedia untuk dilupakan, orang yang diatas harus bersedia mental untuk turun ke bawah... Orang kaya, satu ketika harus bersedia untuk miskin."
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
*Semoga ada manfaat bg kita semua... Amin






