Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Nah setelah aku paparkan mengenai emosi pada paparan yg lalu... aku masih tercari-cari bagaimana dapat mengawal emosi dgn baik.. kali ini mari kita gali kembali dan fahami apa itu emosi...
Apa itu emosi!?
Emosi adalah satu keadaan dimana rohani dan fisiologikal bersekutu dengan pelbagai perasaan, pemikiran dan juga kelakuan. Ia juga menjadi penentu utama dalam permainan perasaan semulajadi manusia dan kelihatan sentiasa memainkan peranan terhadap aktiviti-aktiviti kemanusian. Oleh kerana ianya terlalu subjektif, maka agak kontroversi untuk kita mendefinisikan maksud sebenar dan bagaimana emosi boleh berlaku.
Untuk pengetahuan kita bersama, sebenarnya emosi bersangkut paut dengan perasaan kita sendiri. Emosi boleh terjadi tanpa kita sedari, seringkali terjadi mengikut rentak perasaan yang wujud ketika itu. Emosi adalah satu fenomena dimana kadang-kadang ia terkeluar dari kawalan pemikiran kita.
Siapa yang tidak pernah beremosi!? Jika benar anda tidak pernah beremosi bermakna anda dicipta tanpa hati yang mengeluarkan pelbagai bentuk perasaan. Sebenarnya ia lebih kepada bagaimana anda mengawal emosi anda dalam keadaan anda punyai kewarasan dan logikal fikiran yang mampu mengatasi emosi.
Emosi yang tidak stabil menghasilkan pelbagai rasa yang tidak menentu dan ia bergantung sejauh mana anda melayani emosi anda. Jika anda terlalu melayani emosi anda maka anda menjadi lemah, fikiran anda tidak menentu dan sentiasa tertekan.
Jadi apa yang anda harus lakukan ialah sentiasa berfikiran positif dan cuba mencari jalan atau punca setiap masalah yang menyebabkan emosi anda terganggu. Mungkin anda perlukan teman untuk meluahkan atau membicarakan tentangnya. Mungkin juga anda perlu mencari suasana yang lebih tenteram dan damai untuk anda seperti bercuti atau keluar beriadah bersama-sama teman atau keluarga.
*InsyaAllah.. aku akan cari lagi cara terbaik mengawal emosi... Semoga ada manfaatnya untuk semua...

No comments:
Post a Comment