01 July 2009

JIWA POSITIF dan HIDUP BERTUHAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hari ini aku ingin berkongsi dgn apa yg telah aku baca.. aku sangat tertarik dengan satu artikel yg telah di tulis oleh 'Fuad Latif' yang mengamalkan JIWA POSITIF dan HIDUP BERTUHAN.. aku sangat setuju dgn apa yg telah di katakan oleh beliau.. bukan kerana setelah aku baca artikelnya aku baru mengenali Tuhan.. tidak.. tetapi apa yg telah beliau tulis sedikit sebanyak menambahkan lagi keyakinan dan membantu utk mendekati Tuhan.. dan hari ini kebanyakan apa yg telah dia cuba utarakan sedikit sebanyak aku praktikan dalam hidup aku.. seperti sentiasa berkomunikasi dengan Allah... apa sahaja yg aku ingin lakukan sama ada baik atau buruk aku akan berkomunikasi denganNYA.. aku meminta izin apa sahaja yg aku ingin lakukan.. aku cuba sedaya upaya untuk berkomunikasi walau pun menggunakan ayat-ayat tidak formal.. aku cuba walaupun aku kadang2 terlupa..

Artikel yg telah di tulis oleh encik Fuad Latif ini banyak menyedarkan bukan sahaja aku tetapi banyak pihak.. dan aku kongsi apa yg telah aku baca.. semoga kita semua mendapat manfaatnya.. dan mengamalkan JIWA POSITIF dan HIDUP BERTUHAN..

Dahulu saya risau apabila diri menghadapi masalah. Tertekan dan gelisah. Kadang kala sehinggakan saya begitu jahil dengan menyalahi Allah dengan sesuatu masalah yang ditimpakan ke atas saya. Disamping tertekan, kepala ini juga ligat mencari jalan penyelesaian. Namun selalunya cukup sukar untuk menemukan jalan penyelesaian kerana diri ini inginkan penyelesaian yang segera. Akhirnya kepala makin pening. Migrain. Perasaan marah mula timbul pada sesiapa pun.

Itu dahulu.. Beberapa tahun yang dulu sebelum mengenali JIWA POSITIF dan HIDUP BERTUHAN yang sebenar. Apakah puncak cinta? Bagaimana kita mengetahui bahawa diri kita telah berada di puncak cinta?

Saudara,Semasa kita bercinta dengan pasangan kita, kita bermula dengan kenal mengenali. Kemudian suka menyukai. Kemudian barulah timbul perasaan cinta secara perlahan-lahan. Hari demi hari. Puncak cinta berada ketika diri bukan sahaja tidak boleh melupakan pasangan walau sesaat pun, tetapi sehingga tahap sanggup berkorban apa sahaja. Rela menyerahkan jiwa dan raga.

Disebabkan oleh kita hidup berTuhan, maka untuk membenarkan penyerahan secara total kepada pasangan iaitu penyerahan jiwa dan raga, maka sudah pasti kita gembira dan bersetuju untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri yang sah. Ketika ini kita berada di puncak cinta dan berterusan berada di puncak cinta. Kita sanggup menyerahkan segala-galanya kepada pasangan kita.

Harta kita adalah harta bersama. Suka dan duka adalah perasaan bersama. Cita-cita dan impian adalah misi dan visi bersama. Semuanya menjadi hak bersama. Suami sanggup berkorban apa sahaja demi isteri tercinta. Isteri juga sebegitu. Jiwa dan raga, zahir dan batin diserahkan kepada pasangan kerana diri sudah berada di puncak cinta.

Tetapi bagaimana pula puncak cinta kita dengan Allah? Adakah kita telah merasai puncak cinta dengan Allah setelah kita bersama Allah sejak dari rahim ibu lagi sehingga kini? Aduh! Sudah beberapa dekad kita hidup, tapi kita masih belum berada di puncak cinta dengan Allah.

Puncak cinta dengan Allah apabila kita yakin 100% dengan Allah. Kita menyerahkan 100% segala-galanya pada Allah. Segala-galanya kerana Allah. Kita sanggup berkorban demi untuk Allah.

Apakah kita sudah mencapai puncak cinta Allah? Bagaimana jika masalah datang kepada kita? Resah? Gelisah? Tertekan?

Diri kita lebih suka mengadu kepada pasangan dan kawan-kawan apabila mempunyai masalah. Seharusnya Allah adalah tempat pertama kita mengadu. Kita harus yakin bahawa setiap masalah itu datangnya daripada Allah dan HANYA ALLAH YANG MAMPU MENYELESAIKAN masalah kita. TIDAK ADA YANG LAIN.

Bagaimana jika tiba-tiba di pertengahan bulan, duit belanja di bank telah habis? Apatah lagi duit yang tinggal di dalam poket? Adakah kita akan jadi tidak keruan? Apakah kita sudah lupa bahawa segala apa yang ada di langit dan di bumi dan di antarnya adalah milik Allah? Apakah kita lupa sehinggakan tidak akan bergerak satu zarah pun tanpa izin Allah?

Komunikasilah dengan Allah memohon agar jiwa ini mendapat rasa CINTA kepada Allah. Komunikasilah pada Allah jika ada masalah yang menimpa. Dan percaya dan yakinlah bahawa Allah akan memberikan jalan penyelesaian kepada masalah kita tadi. Kita berserah pada Allah dan berusaha. Usaha itu juga adalah ilham dari Allah. Di situlah jalan penyelesaian yang Allah tunjukkan kepada kita.

“Ya Allah, Tuhan yang memiliki langit dan bumi dan di antaranya. Apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya tunduk dan patuh pada diriMu sama ada suka atau terpaksa ya Allah. Hebatnya diriMu Allah. Aku hamba yang lemah. Hamba yang tidak mempunyai kekuatan. Hamba yang tidak tahu menyelesaikan masalah yang datang. Ya Allah, Engkaulah yang memberikan masalah kepada diriku. Hanya Engkau yang tahu jalan penyelesaiannya ya Allah. Ya Allah, aku kekeringan duit ya Allah. Ilhamkanlah aku jalan bagaimana untuk aku mencari duit dan rezeki ya Allah. Tunjukilah aku kemahiran yang aku ada ini kepada jalan yang boleh aku gunakan untuk mencari rezeki ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya tidak ada lain melainkan Engkau yang mampu memberikan rezeki kepada diriku dan keluargaku ya Allah. Ya Allah yang memiliki segala rezeki dari dulu sehingga bila-bila. Hanya Engkau Tuhan yang mengatakan jadi dan sesuatu itu pasti terjadi.”

***Komunikasi atau doa tidak semestinya formal. Luahkan segala-galanya apa yang difikir, dilihat, didengar dan dilakukan tidak kira di mana berada dan bila-bila masa.
Jika kita benci atau marah pada seseorang, kita komunikasi sahaja dengan Allah.

Contoh isteri terasa dengan suami:

Contoh 1:“Ya Allah, aku terasa dengan suamiku ya Allah. Aku penat-penat masak tapi dia sikit pun tak nak puji aku ya Allah. Walaupun aku tau seharusnya aku tidak mengharapkan pujian tapi perasaan aku sekarang ini hendak sangat dipuji. Ilhamkanlah pada dia untuk memujiku ya Allah. Supaya sejuk hati aku ini ya Allah.”

Contoh 2:“Ya Allah aku penat buat kerja tapi suami aku seronok tengok TV ya Allah. Dia tak kesiankan pada aku ke ya Allah. Ya Allah timbulkanlah semangat dalam diri suamiku untuk menolong aku ya Allah. Aku pun penat juga. Aku pun nak tengok TV juga. Tapi dia tak nak tolong aku kemas rumah ni ya Allah.”

Contoh suami terasa dengan isteri:

Contoh 1:“Ya Allah, aku penat balik kerja ni, dia tak nak langsung sambut aku ya Allah. Aku tau dia juga penat balik kerja, tapi aku perlu disambut ya Allah. Aku nak isteri aku ni gembirakan aku ya Allah.’

Contoh 2:“Ya Allah, aku tegur isteri aku ni, tapi dia tak nak dengar ya Allah. Dia lawan lagi cakap aku ya Allah. Ya Allah geramnya aku ya Allah. Geramnya aku. Ya Allah sabarkanlah hati aku ni ya Allah. Sejukkanlah hati aku ni ya Allah. Walaupun dia tak nak dengar sekarang, Kau masukkanlah apa yang aku tegurkan itu ke dalam hati dia ya Allah. Moga-moga suatu masa nanti dia sedar ya Allah.”

Saudara boleh cakap apa sahaja dengan Allah walaupun perkara negatif. Allah itu MAHA POSITIF. Apabila kita mengadu dan bercakap perkara-perkara negatif, Allah akan mencampakkan positif ke dalam hati kita. Kerana itu jika kita mengadu pada Allah ketika marah, inshaAllah dengan cepatnya marah kita akan reda dan hilang.

Jika kita berada di puncak CINTA dengan Allah, pasti selepas kita mengadu pada Allah, kita tidak akan memikirkan lagi perkara tersebut. Kita yakin bahawa Allah akan membantu kita. Di sinilah konsep penyerahan secara total (Total Surrender).

Komunikasi yang paling mudah adalah TUKARKAN ‘MIND CHAT” KITA KEPADA KOMUNIKASI DENGAN ALLAH. Setiap saat kita akan mind chat ketika berada di beta. Maka daripada kita bercakap dengan diri sendiri, bukankan lebih baik kita berkomunikasi apa yang difikirkan dengan Allah?

*sentiasa bercerita pada Allah setiap apa yg kita lalui samada susah atau pun senang dan bermohonlah pada Allah apakah jalan yg terbaik utk kita ambil.. InsyaAllah semuanya akan menjadi lebih baik..

sumber: fuadlatif.com

1 comment:

Blog Widget by LinkWithin