Hidup di muka bumi ini.. kita sering dilanda ujian, dugaan, masaalah, yang kita kenali dengan nama musibah... Selalu juga kita mendengar nasihat dari teman-teman dan sesiapa jua yang menggalakkan kita supaya bersabar, seperti ungkapan ini:
"Bersabarlah, ini ujian dari Allah, ada hikmah disebaliknya…."
Bagaimanakah biasanya respon kita tatkala mendengar ungkapan ini? Apakah reaksi atau pun respon dari diri kita sendiri apabila ditimpa musibah? Rata-rata masyarakat sekarang, samada yang memberikan nasihat, atau yang menerima nasihat, tidak memahami konsep ungkapan tersebut dari persepsi yang positif. Malah ada yang memandang negatif atau pun meluat apabila dinasihati supaya bersabar dengan musibah yang melanda. Secara tak langsung, kita sebenarnya menyalahkan takdir ataupun lebih tepat lagi telah bersangka buruk dengan Allah.
” Hikmah apa?!! Apa hikmahnya? Nak bersabar macamana lagi? Sampai bila nak bersabar? Aku mana ada kesabaran lagi dalam jiwaku!!! Kenapa aku ditakdirkan menerima perkara semacam ini?…Aku tak sanggup menderita lagi!!!…dan bermacam-macam lagi rungutan.
Firman Allah dalam Hadis Qudsi :
''Barang siapa yang bersangka buruk padaKu, nescaya Aku akan menuruti (memenifestasikan) sangkaan-sangkaan buruk hamba-hambaKu itu."
Mengapakah Allah amat melarang kita dari bersangka buruk (negative thinking) padaNya dalam apa keadaan sekalipun? Walaupun sedang ditimpa musibah?
APAKAH ITU MUSIBAH
Dalam hukum Tarikan, kita mempelajari bahawa fikiran negative akan menarik tenaga berfrekuensi negative kembali kepada kita. Firman Allah dalam hadis Qudsi tadi telah pun membuktikan Hukum Tarikan ini. Tetapi, bagaimanakah untuk tetap bersangkabaik walaupun kita sedang mengalami satu situasi yang kita rasakan amat sulit untuk kita bersabar dan tetap bersangka baik.
Disini, amat penting untuk kita memahami dari sudut positif tentang sesuatu musibah yang menimpa. Kita ambil contoh:
Seorang lelaki yang mengalami sakit pada dadanya. Dia kemudiannya datang berjumpa doktor untuk meminta rawatan dan pertolongan. Setelah diperiksa, maka dia disahkan menghidap penyakit jantung dan perlu dibedah. Ketika dibedah, doktor akan melalukan perkara-perkara yang kita nampak kejam seperti membelah dada pesakit, darah yang memercik, dan segalanya yang kelihatan mengerikan. Tetapi, mengapakah kita membenarkan perkara ini berlaku tanpa ada rasa marah pada doktor? Mengapakah kita boleh bersabar menunggu sehingga pembedahan selesai, sehingga luka-luka sembuh dan akhirnya jantung pesakit itu berjaya diubati, malah pesakit tersebut berterima kasih pada doktor itu. Ini adalah kerana kita memahami bahawa doktor tersebut bukannya berlaku kejam atau sengaja hendak menyeksa pesakit tersebut. Sebaliknya doktor itu bertujuan untuk merawat dan menolong pesakit tersebut, tetapi terpaksa melalui proses pembedahan yang menyakitkan.
Maka cuba kaitkan senario diatas dengan musibah atau masalah yang melanda diri kita. Bukankah kita sendiri bersetuju dan selalu mengungkapkan : Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari kelemahan manusia…
Benar!! Allah hanya memberikan yang terbaik sahaja pada hamba-hambaNya. Maka marilah kita ubah persepsi kita terhadap apajua permasaalahan diri yang menimpa kita selama ini kepada ‘proses perawatan/pembaikan’ dari Allah.
Hanya Allah yang Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita, maka kadangkala, Allah ingin memberikan sesuatu kepada kita, tetapi diri kita tidak bersedia untuk menerima kebaikan yang Allah berikan kepada kita tanpa melalui proses ‘pembaikan/perawatan’ terlebih dahulu. Kita selalu mendengar ungkapan: Apabila Allah ingin memberikan kebaikan kepada hamba-hambaNya, Dia akan memulakan dengan musibah..
Maka sekarang kita lebih faham dan nampak dari persepsi yang berbeza tentang musibah, dan mula memahami apakah maksudnya ‘ada hikmah disebaliknya…’
Waulahualam Misawab..
*Semoga kita tabah menghadapi setiap musibah kerana ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya...
Sumber: Taalidi

No comments:
Post a Comment