Bismillah Hirahman Nirahim... Assalamualaikum..
Mari kita kongsi tips untuk menjadi cantik dan menjaga kecantikan.. hihihihi.. untuk mendapatkan wajah selalu segar.. berseri-seri.. dan cantik.. cucilah muka paling minimum sebanyak 5 kali sehari iaitu dengan air wudhu.. jangan dikeringakan dengan benda lain seperti tuala, tisu, kain dan seangkatan dgnnya.. biarkan menitis dan kering sendiri.. lalu ambillah sejadah.. solat.. erdikir dan berdoa...
Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab kerut di wajah, perbanyaklah ‘olah raga’. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dll, cukup dengan memperbanyak sholat. Dengan sholat bererti kita menggerakan seluruh tubuh... tumpukan semua keluh kesah kita pada Zat Yang Maha Tahu - Allah SWT dengan dzikir dan doa...
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyum. Tidak hanya di bibir tapi di hati juga. Katakan pada diri sendiri anda adalah cantik dan tidak memerlukan segala macam operasi plastik... Tidak lupa membisikan ‘kata kunci’
“Allahumma kamaa hassanta khalqii fahassin khuluqii” “Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaq ku” (HR. Ahmad).
Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak dipakai menyombongkan diri atau takbur...
Agar tubuh langsing, cantik dan mulus, lakukan diet yang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, air putih.
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Insya Allah………
*Semoga kita sentiasa cantik berseri-seri bukan sahaja di mata manusia jugak di mata Allah.. Amin
Harga YAHUDI, Harga MUJAHID
4 years ago
No comments:
Post a Comment