02 August 2009

Memberi Pujian..

Segala PUJI bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian Alam.
Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.
Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.

Kita akan melafazkan segala puji bagi Allah SWT sekurang-kurangnya 17 kali di dalam Al-Fatihah dan 17 kali ketika iktidal di dalam solat 5 waktu sehari semalam. Malah kita melafazkannya berulang kali ketika berzikir. Kita melafazkannya lagi setelah kita makan, setelah kita diberi kejayaan, setelah kita mendapat berita yang baik dan sebagainya.

Namun sejauh mana ’segala puji bagi Allah SWT’ meresap ke dalam jiwa kita? Di kala kita mengungkapkan kata-kata tersebut, adakah kita memahami sebenarnya kata puji itu bermakna, SELURUH PUJIAN DAN SELURUH APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI BESERTA ISINYA ADALAH LAYAK DAN MILIK HANYA UNTUK ALLAH SWT.

Jika semuanya adalah milik Allah, maka apa lagi yang berhak menjadi milik manusia? Sedarilah bahawa kita MANUSIA TIDAK MEMILIKI APA-APA.

Nah! Di sini kita mampu mendidik diri kita dan juga sahabat-sahabat kita agar memuji diri dan mereka dengan kata-kata pujian yang mengingati Allah. Sekurang-kurangnya diri kita dan mereka tidak terlalu bangga sehingga riak, lupa diri, takabur, sombong, hebat, ego dan sebagainya apabila menerima sesuatu kejayaan daripada Allah.

Hayati iktidal kita setelah kita bangun dari rukuk dengan merasakan bahawa diri kita tidak punya apa-apa kerana segala-galanya adalah milik Allah SWT.

Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.
Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.

***

Di masa kita biasa memuji seseorang kerana kehebatan mereka dengan kata-kata, “hebatnya kamu”, marilah kita tukarkannya kepada, “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu kehebatan”.

Ketika memuji kecantikan, “cantiknya kamu”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu cantik”.

Ketika memuji kejayaan, “tahniah kerana berjaya”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu kejayaan”.

Ketika memuji kepandaian, “pandainya kamu”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menjadikan kamu pandai”.

Ketika memuji kebaikan, “baiknya kamu”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu sifat kebaikan”.

Ketika memuji rakan yang telah berubah, “Alhamdulillah kamu telah berubah”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan hidayah kepada kita”.

Beranikan diri untuk mengungkapkannya kepada sahabat kita ketika mereka menerima sesuatu daripada Allah SWT. Mengapa kita bimbang untuk mengatakan sedemikian? Sedangkan ia adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua yang percaya bahawa TIDAK ada Tuhan melainkan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin