Jika kita tidak bahagia, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak bahagia. Jika kita malas, sebenarnya kita yang memilih untuk malas. Jika kita tidak kaya, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak kaya. Jika kita tidak pandai, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak pandai. Jika kita banyak masalah, sebenarnya kita yang memilih untuk banyak masalah.
Mahu bahagia atau tidak adalah pilihan. Yang penting itu harus memiliki kesedaran yang tertinggi bahawa bahagia itu hanya dapat diperolehi daripada Allah SWT. Full stop.
Maka terpulang kepada kita samada mahu pilih bahagia atau tidak di dalam membuat pilihan. Jika mahu bahagia, mudah saja, sentiasa memastikan diri berada dekat dengan Allah SWT. Ingat dan berserah pada Allah SWT sahaja. Tidak perlu yang lain awalnya kerana yang lain PASTI akan menyusul apabila jiwa ini ingat dan berserah pada Allah SWT. Jadinya nanti tidak ada paksaan di dalam beribadah.
Ibadah yang menyusul itu dilakukan kerana benar-benar ikhlas kerana diilhamkan Allah SWT dengan Taqwa terus masuk ke dalam jiwa. Allah menggerakkan segala-galanya.
Yang berbezanya, kita beribadah tapi lupa dan tidak berserah pada Allah. Lalu ibadah yang kita lakukan adalah kerana selain daripada Allah SWT. Kita beribadah kerana kita ingat untuk jadi kaya, kerana ingat hidup kita yang tertekan dan lain-lain.
SALAH? Tidak salah tetapi jika kita ingat dan berserah pada Allah SWT terlebih dahulu, semua itu akan menyusul. Allah pasti menggerakkan kita untuk beribadah. Ibadah kita khusyuk. Pasti kualitinya tinggi sekali. Lalu pasti apa yang kita mohon diperkenankan. Ingin jadi kaya, ingin hidup tenang dan lain-lain, tidak menjadi masalah lagi.
Yang perlu diingat adalah Allah yang memberikan kekayaan, Allah yang memberikan kita hidup tenang, Allah yang memberikan segala-galanya. Inilah kesedaran yang tertinggi.
Apabila kita bekerja dengan khusyuk, kekayaan akan datang. Bila kita hidup dengan jiwa yang positif, ketenangan pasti hadir. Kerana hidup kita adalah kehidupan yang diserahkan kepada Allah SWT.
Kita berserah dan pasrah untuk dinafaskan. Berserah dan pasrah untuk mengangkat kaki dan tangan untuk bekerja. Berserah dan pasrah untuk berfikir. Berserah dan pasrah segalanya mengikut kehendak Allah SWT.
Berserah dan pasrah itu bukan “ambil mudah”. Jika ambil mudah, bimbang kita tidak mahu bernafas sedangkan kita perlu bernafas.
Ingat dan berserah pada Allah SWT menanamkan rasa cinta pada Allah SWT. Ibadah yang dilakukan hasil gerakan yang digerakkan Allah SWT pasti ibadah yang bercahayakan keikhlasan. Kualitinya sangat tinggi. Ia pasti menjadi ibadah yang terbaik di sisi Allah SWT kerana dilakukan mengikut kehendak Allah SWT.
Ingat dan berserah sahaja pada Allah. Untuk mudah mengingati dan berserah pada Allah, komunikasilah dengan Allah SWT.
Maka, terpulang samada ingin bahagia atau tidak. Ia pilihan kita. Walaupun kebahagiaan itu milik Allah dan hak Allah untuk menentukan kita bahagia atau tidak, namun sebagai hambaNya, kita hanya mampu melakukan tuntutan (yang dijelaskan oleh Al-Quran dan Sunnah) untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Tuntutan itu adalah ingat dan berserah pada Allah SWT.
*Semoga kita dapat memilih yg terbaik...
sumber: fuadlatif.com
No comments:
Post a Comment