Assalamualaikum..
Mari kita kongsi apa yg telah diterangkan oleh En. Fuad Latif... mengenai LoA (Law of Attraction).. Semoga ada manfaatnya... :)
Saya telah mengamalkan LoA sejak awal tahun 2005 selepas saya dan isteri serius belajar mendalami kehebatan otak manusia. Kami mengamalkannya dan tidak menafikannya ia sesuatu yang baik. Kemudian barulah munculnya ‘The Secret’ bercerita tentang LoA ini.
Namun malangnya, LoA tidak mampu memberikan perubahan besar dalam diri anda jika anda tidak mempunyai semangat yang kuat. Lalu persoalan muncul iaitu bagaimana dalam keadaan tidak bermotivasi, kita ingin dapatkan semangat yang kuat?
LoA tidak memberitahu kita banyak perkara tentang frekuensi otak kita. Tidak menerangkan langsung tentang apa itu frekuensi beta, theta, delta dan sebagainya. Tidak memahamkan kita tentang konsep fikiran di mana sesuatu perubahan itu mesti datang daripada keyakinan untuk melakukannya, percaya boleh melakukannya dan semuanya datang daripada berfikir.
Tidak menerangkan dan cuba memahamkan kita proses dari segi sains bagaimana otak berfikir, menyimpan ingatan dan sebagainya. Ia perlu difahami agar dapat mengetahui kenapa kita perlu fikir positif dan mana datangnya frekuensi yang dapat menarik dan berubah persekitaran.
Konsep LoA adalah mesti berfikir positif dan visualisasi. Simple. Tetapi bagaimana untuk befikir positif? LoA percaya jika kita cuba berfikir positif berulang-ulang kali, akhirnya diri kita akan percaya boleh lakukannya dan akhirnya kita akan lakukannya.
Kelemahan PertamaSaya ingin bertanya dan mungkin mencabar LoA (maaf). Ubahkan mereka yang tegar merokok kepada tidak merokok dalam jangka masa singkat. Bagaimana seorang perokok yang tidak langsung ada perasaan ingin berhenti merokok ingin menggunakan LoA? LoA memerlukan perokok memikirkan bahawa dia hendak berhenti merokok. Namun perokok ini tidak langsung ada keinginan ini. Lalu bagaimana?
Kelemahan KeduaLoA memerlukan kita memikirkan perkara yang kita hendak sahaja. Jangan fikir perkara kita tidak mahukan. Jangan fikir kegagalan. Jangan fikir takut. Jangan fikir negative. Jauhkan diri dari orang yang sentiasa dengki dengan kita. Dan sebagainya.MasalahnyaBagaimana untuk memikirkannya kalau hati kita tidak mampu? Ingat, hati adalah naluri di mana fikiran tidak mampu mengawalnya. Tetapi hati mampu mengawal fikiran dan seluruh tubuh kita. Kalau kita sentiasa teringat perkara negative, persoalan baru wujud, bagaimana nak lupakannya sedangkan kita asyik teringat.
LoA dari segi sainsnya adalah frekuensi yang kita rambatkan akan mempengaruhi orang atau benda sekiling. Dan ini akan menjadikan setiap yang anda fikirkan mampu menjadi realiti. Namun sejauh mana anda percaya pula tentang hukum Qada’ dan Qadar Allah.
Ingat!! Jika anda mampu mempengaruhi orang atau benda sekeliling pun, jika Allah kata tidak ada rezeki atau apa yang anda inginkan tidak akan anda perolehi, ANDA TETAP AKAN GAGAL. Jadi memahami konsep berTuhan adalah lebih tepat berbanding LoA. LoA bukan tidak baik, cuma ia ada kelemahan.
Kelemahan KetigaLoA memerlukan kita melakukan visualisasi atau pembayangan. Membayangkan anda menjadi senang atau kaya. Membayangkan anda berjaya. Membayangkan anda berada di dalam keadaan tenang. Membayangkan anda memandu kereta mewah. Pelbagai perkara perlu dibayangkan untuk memastikan otak anda merambatkan frekuensi yang mampu mengubah persekitaran anda mengikut frekuensi yang anda rambatkan.
MasalahnyaBagaimana anda ingin bayangkan sesuatu yang tidak pernah anda rasakan? Bagaimana rasa jadi kaya? Bagaimana memandu kereta mewah sedangkan anda tidak pernah rasakan? Bagaimana nak bayangkan anda berada di dalam keadaan bahagia, tenang dan sebagainya sedangkan anda tidak pernah merasakannya? Bagaimana nak bayangkan anda memiliki rumah banglo sedangkan anda tidak pernah memilikinya?
Dalam keadaan begini, anda sebenarnya mencipta satu lagi stress pada diri anda. Anda cuba sedaya upaya untuk berfikir di dalam pembayangan tadi. Anda fikir macam-macam dan anda membebankan otak kiri anda di dalam hal ini. Ingat, setiap apa yang anda fikirkan, anda membebankan otak kiri. Walaupun anda bayangkan sesuatu yang berbentuk seni. Memanglah otak kanan yang mengawal seni atau ketenangan namun jika anda cuba bayangkan ketenangan ini, anda sebenarnya menggunakan otak kiri. Bukan kanan.
RingkasnyaKita tidak boleh memaksa sesuatu perkara untuk berubah jika kita tidak mahu berubah. Ia akan gagal. Perubahan perlu berjalan dengan fikiran positif dan hati yang inginkan perubahan tersebut. Untuk sesetengah perkara, LoA tidak mampu mengatasinya kerana ia hanya fokus kepada fikiran. TIDAK KEPADA HATI atau PERASAAN. Jika fikiran dan hati bercanggah, BOLEHKAH BERLAKU PERUBAHAN?
LoA dikembangkan dan diolahkan oleh barat. Mereka tidak memahami konsep hidup berTuhan. Mereka tidak mampu mengaitkan hukum Qada’ dan Qadar dengan LoA. Inilah kelemahan LoA.
Cuba fahami firman Allah:ALLAH SWT telah berfirman: (Maksudnya) “(Iaitu) Pada hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap ALLAH dengan hati yang bersih/selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).” (as-Syu’ara; 88-89).
Firman Allah jelas menunjukkan bahawa hamba yang berguna adalah hamba yang datang mengadapNya dengan HATI yang sejahtera. Bukan fikiran yang sejahtera. LoA tidak menggunakan asas ini.
MAKA KITA SEBENARNYA PERLU MERUBAH HATI KITA. Maknanya kita perlu rasa ingin berubah dahulu. Kita mesti yakin setiap masalah adalah datang daripada Allah dan penyelesaiannya adalah daripada Allah juga. Bagaimana perlu mengubah HATI? Mudah….sangat-sangat mudah. Anda tidak perlu habiskan duit pergi ke mana-mana seminar atau bengkel motivasi pun. SENTIASALAH BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH DALAM APA JUA PERKARA.
Bagaimana berkomunikasi dengan Allah? Untuk permulaan, lakukan seperti di bawah:
Anda sedang baca artikel saya, anda beritahu Allah. Ya Allah, aku tengah baca artikel yang fuad tulis ni ya Allah.Anda sedang bersembang dengan kawan, beritahu Allah. Ya Allah, aku tengah sembang dengan kawan aku ni ya Allah.Anda sedang makan, minum, bawa kereta, kerja dan sebagainya. Setiap apa yang anda lakukan, bersembanglah dengan Allah sepertimana anda bersembang dengan kawan-kawan atau orang lain.
Inilah dikenali sebagai hidup berTuhan. Segala-galanya bersama Allah. Allah sentiasa menemani kita. Mohon keizinan Dia. Baca artikel saya yang bertajuk MINTA IZIN PADA TUHAN WALAUPUN MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK BAIK.
Fahami konsep hidup berTuhan sepenuhnya. Selarikan hati dan fikiran. Sentiasalah berkomunikasi dengan Allah dan anda dapat memahami hidup anda dengan sebenar-benarnya.
Hindarkan motivasi yang membebankan fikiran kita seperti contoh biasa yang kita dengar….
untuk berjaya kita kena tahu sikap dan sifat orang berjaya. Kita mesti mempunyai sikap dan sifat tersebut dan barulah kita boleh berjaya. MENGARUT!!. Persoalannya bagaimana kita nak bawa diri kita, hati kita dan fikiran kita memperolehi sifat dan sikap tersebut? Ini sepatutnya pakar-pakar motivasi dalam negara ini fikirkan. Dan caranya mesti ke arah hidup berTuhan kerana teknik seperti LoA mempunyai kelemahan.
Jika ingin tahu, saya boleh ceritakan sepenuhnya konsep bagaimana hidup berTuhan mampu merubah diri anda dengan sebenar-benarnya. Konsep yang mudah difahami. Tidak perlu amalan itu ini. Fahami saja hidup berTuhan, dan pastinya ANDA TIDAK AKAN MENCARI APA JUA TEKNIK MOTIVASI ATAU MANA-MANA PAKAR MOTIVASI UNTUK BERUBAH.
Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita akan dikembalikan. Wassalam
*Sumber/dipetik: fuadlatif.com

Assalamualaikum Encik Fuad, sy berminat nak tahu ilmu yg tuan share di sini
ReplyDeleteWhatssapp : 016-7947132
Saya yatie
ReplyDeleteEmail : pembangunanmindasetta96@gmail.com