21 March 2009

Aduh.. Sakit Kepala...

Semalaman aku nda dapat tidur kerana di gangggu selesema yg teruk... bersin.. 'running nose'... aarggghhh..... bangun ntah jam brapa.. tercari2 ubat selesema yg boleh membantu mengurangkan 'running nose' dan terus tidur... tidur sekejap.. bangun lagi... aduhai.... pening kepala... bsuk pagi kena bangun awal untuk menguruskan tiket dan 'letter head'  big boss yg sudah habis...

Aku di kejutkan oleh suara kakak jiran sebelah rumah.. memanggil2 nama ku... kerana suaminya ingin membantu memperbaiki paip bocor di tandas yg mengganggu tingkat bawah... setelah selesai... mereka meminta izin pulang.. kepala ku terasa berdenyut2... adui.. kepala aku sakit... adik aku ati telah siap mandi dan sibuk menghiaskan diri... aku mandi dan bersiap.... kepala aku masih berdenyut2... badan aku terasa sejuk... hmm.. sah aku demam.... 

setelah siap berurusan.. aku dan ati menjamu selera di restoran Sri Melati... malas untuk mencari tempat mkn yg lain... paling hampir dan menunya sedap.. membuka selera... setelah selesai membayar harga makanan... aku mengajak ati pulang.. kerana badan aku terasa lemah... matilah... Isnin kena fly ke KL... seminggu... kalau badan lemah dan nda sihat.. macam mana... lagipun.. ati ikut sama.. kesian jugak.. first time dia ke KL... hmm... setibanya di rumah... aku menukar baju dan menelan pil demam dan 'active fast'... aku bungkus seluruh badan aku dgn selimut... kepala masih berdenyut2... gila.. sakit dan tidak selesa.. aku cuba untuk tidur... terlelap sekejap dan bangun lagi... sejuk seluruh badan aku...

walaupun gitu.. aku teringat sahabat baik ku... aku sms dan bertanyakan khabarnya... kerana kelmarin dia meng'sms' aku keadaannya yg 'kurang ok'.. aku cuba untuk sejukkan hatinya... mengharapkan dia sabar sebanyak mungkin... aku takut keadaan yg tidak di ingini berlaku... bila dia memberitahu keadaanya masih boleh di kawal.. terasa lega sedikit... tiba2.. aku menerima satu lagi sms dari seorang kwn... "sedih aku tom" katanya.... hmmm.... aku sabarkan hatinya... aku cuba sedaya upaya... bila semua nya ok... dia minta aku doakannya... sayu hatiku... dan di dalam hati... aku berdoa untuknya... untuk sahabat2 yg lain... dan jugak untuk aku... dan berharap semoga semua dugaan ini cepat berlalu....

Tahun 2009 di mulakan dgn pelbagai dugaan.. pelbagai masalah... masalah ekonomi.. masalah keluarga... percintaan.. penceraian... dan macam2 lagi.. bukan sahaja aku.. tetapi juga sahabat yg paling hampir dgn ku... tapi.. aku yakin... semuanya akan ok.. dan pastinya ada hikmah di sebaliknya... dan memanjatkan doa agar pertengahan tahun ini akan di mulakan dgn pelbagai kebaikan dan adanya sinar kebahagiaan untuk semua... Amin..

*Sykur Ya Allah... anak buah baru selamat di lahirkan kemarin Jumaat 20 Mac 2009... Mohd. Ariel Adrian namanya.. semoga ibu dan baby boy sihat... hmm... aku suka dan teruja.. nda sabar mau cium dan memeluknya... dan pada hari yg sama.. urusan pembelian rumah telah selesai... Syukur Alhamdulillah... atas kurniaan rezki yg tidak terhingga... Amin...

20 March 2009

Mengorbankan perasaan adalah satu jihad..

Aku tertarik dengan sebuah artikel dari salah satu blog yang aku baca .. aku paparkan sebahagian daripada artikel tersebut untuk dikongsi bersama... semoga apa yang di paparkan dapat kita ambil manfaat bersama.. InsyaALLAH....

Manusia adalah jenis makhluk yang ada perasaan... apabila kita menyebut perasaan.. ia adalah rasa-rasa yang bertapak di hati nurani dan sarangnya adalah hati dan daging...

Perasaan2 seperti rasa kasih, rasa benci, rasa jijik, rasa simpati, rasa marah, rasa dendam, rasa rindu, rasa malu, rasa megah, rasa sombong, rasa takut, rasa serba salah, rasa berbelah bagi dan seumpamanya.. semua perasaan ini merupakan fitrah atau tabiat semulajadi manusia.. bukan senang untuk diasuh, dididik, di sisiplinkan, diurus apa lagi di kendalikan kerana semua tabiat ini ada yang positif dan ada yang negatif.. setiap positif mau dilepaskan yang negatif pulak hendak di tahan.. melepaskan yang posotif adalah satu pengorbanan.. menahan yang negatif juga adalah satu pengorbanan...

Mengorbankan perasaan dianggap satu jihad, jihad batin.. bahkan ia lebih besar lagi daripada jihad-jihad benda2 yang lahir seperti mengorbankan tenaga, harta dan nyawa... perlu diingat utk mendapatkan keredhaan ALLAH Taala.. ia perlukan pengorbanan... tidak ada pengorbanan tidak ada keredhaan... tidak ada keredhaan adalah ‘nonsence’... tiada pengorbanan adalah angan2... tidak ada pengorbanan, tidak akan ada kejayaan untuk dunia dan akhirat... mengorbankan perasaan amat susah hendak dilakukan... sungguh perit dan sakit... sungguh tercabar dan menyusahkan... tapi ingatlah.. tidak ada pengorbanan, tidak akan ada kejayaan untuk dunia dan akhirat.

Oleh itu.. mengorbankan perasaan adalah rahsia segala kebaikan... dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih sayang, lahir kesabaran, lahir simpati, lahir pembelaan, lahir ukhwah, lahir KEREDHAAN... maka kerana itu mengorbankan perasaan itu adalah satu jihad... kerana disini nafsu terpaksa dilawan... melawan nafsu lebih besar daripada jihad dimedan perang.

Ingatlah.. tidak ada pengorbanan tidak akan ada kejayaan untuk dunia dan akhirat... Kerana itu mengorbankan perasaan amat perlu dilakukan... kalau perasaan tidak sanggup dikorbankan sifat sabar tidak akan dimiliki... apa lagi sifat REDHA... tidak sanggup mengorbankan perasaan kita akan jadi pemarah.. tolak ansur tidak akan wujud... maksudnya mengorbankan perasaan itu sangat besar ertinya di dalam kehidupan masyarakat atau di dalam kehidupan manusia... berdoalah selalu pada ALLAH taufik dan hidayah-NYA agar kita mampu mengorbankan perasaan agar segala perkara yang lahir yang kita miliki dapat kita korbankan demi KEREDHAAN ALLAH.. InsyaALLAH...

* semoga kita sentiasa di lindungi dan di berkati oleh-Nya... Amin

19 March 2009

Jeli dari gelatin / kulit babi...

Lagi email yg aku terima dari seorang kawan.. gula2 berwarna warni atau jelly yg di selaputi gula.. kenyal2.. lembut dan sedap rasanya.. Memang banyak kena jual di kedai2 runcit dan jugak pasar malam.. bas2 sekolah yg ada jual sweets / candy jenis2 ni pun ada jual dalam bas dorang.. pesan2 lah pd anak2 atau ahli keluarga dan juga teman2.. kesian diorang... temakan benda2 yg tidak sepatutnya dan haram di sisi Agama Islam.. jgn diabaikan hal2 seumpama ini..

Sudah keluar dalam Harian Metro.. tapi kita semua nda perasan atau nda tebaca.. Jelly ni banyak dijual secara sukat di Airport, kedai2 jual gula2 dan dimana2 saja pun ada.. jadi hati2 lah... bagi penggemar gula2 jelly ni.. pastikan ada logo halal ketika membelinya..

Mudah2an kita dapat mengambil perhatian..

Renungan untuk semua...

Aku menerima e-mail dari seorang kawan dan rasanya perlu aku paparkan untuk renungan dan iktibar untuk kita semua...

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita..

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI
kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepad a (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14. KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepad a anak kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15. KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17. KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

18 March 2009

Sibuk dan semakin sibuk...

Hmmm... beberapa hari ni nda dapat update blog.. kerana sibuk di opis menyiapkan kerja.. banyak benda yg perlu di buat.. lebih2 lagi sekarang ni sibuk dengan kempen PRU (Pilihan Raya UMNO).. nasib baik aku tidak terlibat seperti dahulu.. klu nda... sibuk tidak terhingga... menyiapkan buku nota setiap nama perwakilan bukan sahaja perwakilan Sabah.. tetapi seluruh Malaysia... nasib baik big boss tarik diri untuk bertanding... hehehehe...

Walau pun sibuk bekerja.. aku masih sempat menyambut betday rakan serumah sahabat baik ku semalam... mereka mengajak berkaraoke di KKBox Karamunsing... Mak ooiii... asyik karaoooookeee jak la.. teda tempat lain agaknya... aku dan ati adik ku layan... kami menyanyi.. berduet.. silih berganti... aku membawa camera aku bersama... dan tidak melepaskan peluang mengambil gambar... jurukamera bertukar2.. sekejap kafle.. sekejap aku dan kemudian ati... hahaha... pokoknya kami enjoy... sehingga mengantuk.. tup.. tup.. jam 11 malam rupanya... aku mengajak kafle pulang.. kerana hari ini kena kerja.. sampai rumah.. penat.. nasib baik masih boleh memberus gigi dan cuci muka.. sempat jugak aku menelefon Ijul.. berbual sekejap mengenai kejadian beberapa hari ni... dia banyak membantu ku... melayan karena aku walaupun dia sibuk bekerja... hahaha.. thanks Jul...

Pagi tadi sebelum ke opis.. aku dan ati singgah di PPNS (Pejabat Pembangunan Negeris Sabah) yg dulunya dikenali sebagai JPPS (Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah).. untuk mengambil Cheque bagi perbelanjaan pejabat... Syukur saja orang yg bertugas ada pagi ni... kalau tidak.. kena datang hari lain lagi... kerana kemarin petang datang ke pejabatnya.. tapi orang yg bertanggungjawab memberikan cheque tersebut keluar berlatih bermain bola jaring... hmm... ada2 saja.. pulang dgn tangan kosong dan sedikit kehampaan..

Beberapa hari ini... aku menanti panggilan untuk menandatangani perjanjian jual beli rumah... pemilik rumah masih tidak dapat meluangkan masa kerana sibuk dengan kerja di pejabat katanya... dari last week.. berbagai alasan yg di beri.. aku sabar... setiapa hari aku menelefon bila boleh menyelesaikan semua perkara yg perlu diselesaikan secepat mungkin... bank menelefon juga bertanyakan perkara yg sama...

"wahai aunty... berikanlah aku sedikit waktu mu... kita selesaikan perjanjian jual beli rumah itu.. setelah semunya ok... bank boleh menguruskan semua kewangan yg aunty perlukan untuk di pindahkan ke akaun mu.. dan aku boleh menguruskan perkara yg aku perlukan.. lebih2 lagi next week aku teda di k.k selama seminggu.. " Aunty oh aunty...

sementara menunggu aunty si pemilik rumah di berikan masa.. aku menerima panggilan dari big boss... bertanyakan Pegawai Perhubungan di mana... bila aku memberitahu dia tiada di opis.. dia menyuruh aku mencarinya... aku mendail semua nombor telefonnya.. semua di matikan... "matilah" bisik hati ku... aku mengsms big boss..

"Assalamualaikum Datuk.. nda dapat jugak call dia.. But i still trying.. tq.." text sms yg aku berikan big boss.. ringkas dan padat..

Tidak lama kemudian.. Big boss call... marah dan mengadu... aku menjawab seringkas boleh.. ntah dapat kah aku menenangkan kemarahannya... mak oii... he is in really bad mood.. and i think someone is in big trouble... dia mengarahkan aku sesuatu.. Ya Allah.. apa yg patut aku buat.. aku menelefon Jaapar.. memaklumkan setiapa percakapan big boss kepada ku... Jaapar pun tidak dapat berbuat apa2... " apa boleh buat tom.. terpaksala ko ikut cakap datuk tu.. nanti ko bagi tau ja sama dia.." katanya ringkas..

Aku jadi serbah salah... dalam masa yg sama terpaksa akur dengan kehendak Boss.. dan berharap keputusannya akan bertukar bila kemarahannya redah nanti...

Kejadian beberapa hari ini... semuanya menjadikan hari ku kelam kabut... dan yang paling menyedihkan.. awal pagi selepas solat subuh.. aku menerima sms dari salah seorang sahabat.. jugak sahabat baik ku... bila aku membaca semua apa yg terbuku di hatinya... aku jadi sedih.. air mataku mengalir.. Ya Allah... besar sungguh dugaan yg ko terima... aku menjawab smsnya.. sebenarnya aku tidak tau apa yg patut aku katakan... tapi.. aku cuba sedaya upaya ku membantunya... mudah2an saja dapat menenangkannya... aku terus berdoa minta pintu hati pasangannya dibukakan.. dan memilih jalan yg sepatutnya...

"thanks aa tom.. sory aku mengganggu ko pagi2 buta ni.. aku nda tau mengadu dgn sapa.." sms terakhir yg aku terima darinya..

Sebenarnya.. ingin saja aku ceritakan dan luahkan apa yg terjadi dengan sahabat baik ku ini.. untuk menjadi renungan dan teladan kepada semua.. tp.. aku telah berjanji untuk tidak menceritakan hal sebenarnya kepada sesiapa pun.. apa yang mampu aku buat cuma berdoa untuk kebahagiannya...

* Ya Allah.. sesungguhnya Engkau maha kaya.. maha adil lagi maha mengetauhi.. Amin..

15 March 2009

Hujung minggu yg best...

Hari Sabtu aku dan adik aku ati.. menghabiskan masa di rumah bermalasan.. berbual dan berkaraoke sambil makan mee tauhu yg ati dan zizie beli awal pagi.. mak oiii pedas gila.. nasi kuning yg ati beli untuk aku.. aku habiskan... selepas itu.. mee tauhu lagi.. selera makan aku makin bertambah.. hmmm... dlm sempadan bahaya ni...bahaya bagi perahu2 kecil... ada potensi menaikkan badan... hahaha... semua CD lagu karaoke yg baru kami beli di cuba.. mike bertukar2 tangan... berganti2 'menyumbangkan' lagu.. hahahaha... Syukur saja dapat jiran2 yg kurang ambik peduli pasal bising2 ni...

Lina sahabat baik ku sms memaklumkan aku yg dia dan adiknya serta rakan sekerjanya Mar mau bertandang ke rumah... lepak2 katanya... aku menyuruh membeli sedikit makanan... setiba mereka di rumah... berehat sekejap dan menyambung agenda berkaraoke.. aku membiarkan mereka menyumbangkan lagu.. ahseng dan lina.. berentap... sambil menikmati makanan ringan yg mereka bawa... aku melayan laptop aku.. melayan Facebook... membaca blog.. best sambil di hidangkan lagu2 yg dinyanyikan oleh mereka... hahahahah.....

Petang itu.. tuner piano menelefon kerana mau dtg kerumah.. bukan utk berkaraoke.. tetapi 'meniun' piano di rumah... 9 bulan sekali katanya... lina, ahseng dan Mar pulang pada jam 7 mlm... kerana Mar ada janji untuk kerumah kawen saudaranya.... hmmm...

Aku dan ati plan utk keluar.. makan di luar... bosan kali asyik memerap dirumah.. kami ke parkson di wawasan membeli beg Guess yg aku lihat kemarin.. kebetulan hari ini adalah 'members day'.. lawa jugak beg tu.. masalanya aku terpikat dgn dua beg.. alamak!! sukar untuk buat pilihan... ati mendesak aku memilih warna putih... warna coklat tu pon lawa jugak... sales girl tu menyarankan aku membeli kedua2nya... harganya bukan murah boss... hmm... InsayaAllah ada rezki.. warna coklat tu akan aku miliki...

Kami menjamu selera di coffebean Damai... "aku mau rasa lasagna" kata ati... sayangnya bukan rezkinya... "lasagna habis.." kata budak cofeebean tu... "hmm.. nda apalah tie.. kita try yg lain la kan... next time la.. " kata ku menyedapkan hatinya... Chicken salad jugakla yg jadi menu kami malam tu... sambil minum hot choclate dan mocha latte... aku memeriksa hp ku... ada miscall... hmm.. dari seseorang yg sangat aku kenali... aku memberitahu ati... "apa lagi yg dia mau" kata ati dengan nada kasar... "ntah... biarla dia.." kata ku.. membiarkan semuanya berlalu...

Selepas berbual2.. kami pulang...

**********************************

Ahad.. bangun lewat... bangun ja.. aku mengajak ati ke restoran kak nong di beverlly hills... kami memesan nasi ayam special dan memilih beberapa jenis kueh mueh tradisional.. semuanya kami 'tapau'.. sampai rumah ja.. terus mengadap nasi ayam baru di beli...sedap... ati pulak siap sedia dengan peralatan karaoke... menyediakan cd dan mike.. karaoke lagi.. hahahaha... teringat pulak kafle.. aku sms dia menyuruh dia dtg rumah untuk minum petang sambil menikmati kueh mueh yg baru di beli.. wajik, ondeh2, kueh lapis nescafe dan durian, kueh angkoo tausa dan bermacam2 lagi.. sedap... setibanya kafle di rumah... aku terus menghidangkan nescafe manakala kueh suda aku sediakan di meja.. sambil berkaraoke menjamu selera.. sekali sekala melayan game di laptopnya.. 'zuma..' aku turut bermain game tersebut dan kafle menjadi komposer lagu seketika mencuba lagu 'menghitung hari' sambil menekan2 piano... hahahaha... lucu... sehingga malam.. kami ke Giant untuk membeli brg dapur... bergegas kerana hampir tutup... kafle la punya pasal... dari tadi aku membawanya..tp.. dia masih melayan piano.. hahaha... nasib baik sempat... pulang dgn barang yg banyak.. dan kafle terus balik kerumahnya...
seronok rasanya hari ini... hujung minggu bersama kawan2... dan berharap.. minggu hadapan akan menjadi hujung minggu yang lebih meriah....

12 March 2009

Jangan sedih wahai sahabat ku....

Hmmm... beberapa hari ni sibuk.. update blog pun nda sempat... banyak benda yg aku mo share dengan semua... semuanya bermain2 di kepala ku... rasanya mau saja aku keluarkan apa yg aku fikirkan... ati adik aku ja yg sering dengar aku membebel-bebel di rumah.. di ofis.. dan dlm kereta ketika memandu... aku teringat kata2 arwah bapa aku.. 'berkunyanyang' setiap masa... hahahaha.... aku rindu masa aku bersama2 arwah... dia banyak mengajar aku.. mengajar tentang kehidupan, tentang percintaan, cara memasak pun arwah ajar.. pokoknya.. apa sahaja yg terlintas di fikirannnya... dia akan bercerita.. kami berbual2 di beranda dapur.. aku masih ingat lagi.. satu hari dia menyuruh ku memotong dan menyiang ikan.. dan aku memberitahunya yg aku suka sangat dengan ikan tenggiri.. rasanya sedap.. mudah di kerjakan... arwah senyum... dan kata2 inilah yg aku ingat sampai sekarang..

"Mang... (nama manja yg dia gunakan untuk memanggil aku) ko ingat ja.. satu hari nanti.. ko nda akan suka ikan tenggiri ni..."

aku kehairanan... "mengapa pulak pak" kata ku...

"ya la... ko ingat ja.. satu perkara yg kita paling suka... satu masa nanti.. itulah perkara yg paling kita nda suka.. atau benci... sukar untuk dijelaskan.. tapi itulah lumrah alam.. memang gitu tu.. ko jangan heran la.. " dia menyambung lagi...

aku cuma mampu mengangguk dan senyum... bila meningkat dewasa... kata2 itu ada betulnya.. walaupun aku masih tidak faham.. mengapa... tapi.. mungkin satu hari nanti ketidakfahaman aku ini akan terungkai..

dan aku juga teringat pesannya yg satu ini...

"Mang... satu hari nanti.. bila ko jumpa orang yg betul2 sayang dan suka ko dgn ikhlas... ingat.. jangan suka permainkan perasaan orang tu... begitu juga perasaan orang lain... jangan suka buat orang lain sakit hati... sebab.. kesalahan yg kita buat dengan Tuhan.. Allah akan ampunkan.. klu kita betul2 minta maaf.. Allah itu kan maha pengampun.. tapi.. bila kita sakitkan hati orang lain... dan orang itu tidak maafkan kesalahan kita... ko fikirla... mau ka Allah ampunkan kesalahan kita tu.. sedangkan orang lain terluka dan sakit hati disebabkan perbuatan kita.. jadi... bila berkawan.. biar ikhlas... dan jaga tingkah laku.. tiada manusia yg lari dari membuat kesilapan.. tp.. bila suda terlanjur.. jangan malu untuk minta maaf.. dan berdoa agar dimaafkan.."

kata2 arwah itulah yg selalu menjadi pegangan hidup aku.. bukan sahaja aku.. malah adik2 aku jugak begitu.. dan aku tidak hairan mengapa arwah semasa hidupnya dia disenangi dan mempunyai ramai sahabat baik.. Ya Allah... kami betul2 terasa kehilangannya.. semoga roh arwah dicucuri rahmat.. Amin

Bila.. teringat kisah arwah ni.. aku teringat dengan seorang sahabat baik ku... dan aku ada kisah yg ingin aku kongsi dgn semua mengenai perjalanan hidupnya.. yang mungkin boleh di jadikan pengajaran dan teladan.. mungkin...

Tapi.. sebelum tu.. masih terngiang2 di fikiran ku.. pasal seorang sahabat lain jugak sahabat baik ku.. walaupun aku baru mengenalinya.. tp aku yakin... dia seorang yg baik dan boleh berkongsi cerita dgn ku... dan aku tau.. kegusaran di hatinya membuatkan dia tidak senang dan sering berfikir mengenai hari esoknya... aku tidak tau.. sama ada aku mampu mengurangkan kegusaran di hatinya atau tidak.. tp.. aku cuma mampu menyampaikan apa yg aku tau.. dan apa yg telah aku alami...

Jah (bukan nama sebenar aa...) dia kini telah bertunang.. dan InsyaAllah akan mendirikan rumahtangga dalam bulan April ini... aku tau dia tidak sabar kerana telah mengikat tali pertunangan sekian lama.. dan ahli keluarganya jugak sering bertanya bila akan melangsungkan perkahwinan... setelah dia berbincang dgn tunangannya yg dia amat sayangi.. keputusan telah dipersetujui dalam masa terdekat ini.. mereka akan sah menjadi suami isteri... sebagai kawan dan yg lain2 gembira dan mendoakan mereka... tp.. bila satu masa kisah cinta sahabat lain tidak kesampaian.. dan dia sedih.. kerana apa yg telah dialami oleh sahabatnya.. juga pernah dia alami.. dia menjadi takut.. takut jika pilihannya ini adalah salah... dia sering menangis... dan berdoa mengharapkan agar pilihan hatinya adalah tepat...dalam masa yg sama.. dia takut akan ditinggalkan lagi... kerana pernah di kecewakan beberapa kali oleh org yg sama.. dia redha dan menerimanya kembali kerana terlalu sayang akannya... dia pernah bertanya kepada ku... betulkah pilihanya.. kerana dia pernah terbaca sesuatu yg telah aku tulis dlm blog ini...

"kita akan bertemu dgn orang yg salah sebelum bertemu dgn orang yg lebih tepat.."

Jah.. janganlah sedih... aku faham dgn situasi ko sekarang ni... apa yg ko fikirkan.. juga pernah terlintas difikiran ku satu masa dulu... cuma bezanya.. mungkin Allah telah tentukan yg dia adalah jodoh mu.. dengan siapa pun ko akan berkahwin... hari esok kita belum tau bagaimana jalan ceritanya.. mungkin dia akan mengulangi kesilapannya... tp.. ko yakin ka kalau ko akan berkahwin dgn orang lain selain dia.. yg ko akan bahagia dan tidak ditinggalkan.. ko fikirla... jaga dan hargai dia.. apa yg aku cuma mampu katakan.. ko sudah cuba dan berusaha sebaik mungkin untuknya.. sekarang ni ko cuma boleh tawakal dan doa ja... berdoalah sebanyak mungkin... agar jodoh kamu di panjangkan... dan pegang kata2 Abg. Nabil ni... "memang sebuah perkahwinan tidak lari dengan masalah... tp... tolak ansur dan berbincang secara baik itu perlu... jadi... semua terletak di tangan ko... dan ingat... selain jaga perhubungan suami isteri... jangan lupa jaga penampilan... agar ko sentiasa segar di matanya..." hihihihi... ( lucu jugak abg. Nabil tu kan...) tp.. ada betulnya...

Jadi Jah... jangan sedih2 lagi... kerana kami semua mendoakan kebahagian mu... ko yakin ja dgn pilihan hati mu.. jangan disesali apa yg berlaku... teruskan kehidupan... dan berdoa semoga ada sinar kebahagian untuk kita semua... Amin...

*Minta maaf sebab nda dapt chat dgn ko kemarin... aku sibuk sikit.. aku baca semua apa yg ko mau sampaikan pada ku... aku tidak marah pasal apa yg ko buat tu... aku hargai kerana ambik berat pasal aku..tp... biarla dia.. dia dgn kehidupannya.. dan aku dgn kehidupan ku... SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KEAKHIR HAYAT... AMIN..

11 March 2009

Butterfly...

Alhamdulillah... beberapa hari ni.. aku melalui kehidupan yang baik... bertemu dgn kawan2... berbual.. bersembang.... menghabiskan masa dengan berjalan2.. lepak di city Mall... nda cukup... lepak lagi di Rainforest cafe.. sehingga lewat... sayangnya hujan lebat.. terbantut planning hari tu.. ingatkan dapat pegi Pantai Dalit dan Nexus karambunai untuk mengambil gambar... akhirnya... di Rainforest jugakla.. melayan life band menyanyikan lagu dulu dan kini... sambil berbual.. kami ikut menyanyi sama lagu2 yang dinyayikan oleh penyanyi entah datangnya dari mana.. rasanya local band la tu...

Semasa menghabiskan masa di City Mall dengan Kafle... aku terjumpa jam tangan Fossil yg sangat cute dan unik.. aku berkenan dan terus membelinya... lawa... aku suka.. malam tu jugak aku terus memakainya.. hmm... aku suka mengumpul jam tangan yg unik2...aku ada beberapa buah jam tangan dari pelbagai jenama.. ODM, Swatch, Adidas, Guess, Roxy dll.. dan kini bertambah lagi dengan adanya Fossil.. terasa puas bila memakainya.. dan aku juga berkenan dgn satu jam tangan yg pernah aku lihat sewaktu berjalan2 dengan adik ku.. tp.. harganya mahal sedikit.. dan aku terpaksa menyimpan hasrat untuk memilikinya sementara waktu.. bila ada rezki nanti.. InsayAllah.. aku akan mendapatkannya... unik dan menarik.. kecil.. tipis.. dan berbentuk 'butterfly'... hmmm... cute.. nda sabar rasanya... heheheh..

*Syukur ya Allah.. kerana Engkau berikan nikmat yg tidak terhingga.. dan aku bersyukur atas apa yg telah Engkau berikan pada ku... semoga aku, ahli keluarga ku dan sahabat2 ku.. di tambahkan dan murahkan rezki... Amin..

08 March 2009

Duka di dalam suka.. Ending

Jumaat... Hari terakhir Dboy bersama-sama kami.. tp.. sayangnya.. Dboy sms lina yang dia akan ke Labuan awal pagi bersama Mat.. terbantut la program hari ni... kami ke ofis seperti biasa.. lewat lagi.. hahaha.. Syukur boss faham dgn keadaan ku... di bagi peluang utk aku memulihkan semangat dan mencari kekuatan... dia nda kisah aku kerja lewat.. yg penting kerja aku disiapkan mengikut tempohnya...

tiba di ofis... aku, lina n ati... membuat hal masing2... aku siapkan kerja.. ati dengan youtube pasal makeup dan lina layan lagu dan internet di meja kerja aku... aku siapkan kerja di bilik bos...
seperti biasa bos.. teda.. dan klu ada apa2 aku akan call dan dia akan dtg ke ofis... begitulah rutin kerja kami... kadang2 free.. kadang2 kerja belambak untuk disiapkan hingga ke subuh... kadang2 teda hari cuti... tp.. aku sudah biasa dengan keadaan ini... outsation tidak menentu... hmmm...


sedar nda sedar... jam menunjukkan 3.oo petang... lina masih menunggu Ahseng mengambilnya untuk pulang... kerana ada majlis kawen keluarga katanya... sambil menanti kehadiran Ahseng... Lina dan Ati keluar sekejap mencari makan... pulang ke ofis dengan plastik yg berisi dengan pelbagai jenis roti... kami minum petang... tidak lama kemudian... Ahseng muncul... dan mengajaknya minum dahulu sebelum pulang... lagi pulak kena tunggu Sidar adiknya dari mengambil test komputer JPJ... Lina dan ati kembali kemeja komputer... aku dan Ahseng bercerita panjang... menyambung cerita kisah cintanya... aku jadi pendengar setianya.. kadang aku selitkan kisah ku.. agar dia tau yg dia tidak keseorangan menerima nasib yg sama...

Bila mendengar kisahnya... aku teringat kembali kekecewaan ku.. tp.. dalam masa yg sama aku menjadi lagi tabah dari sebelumnya... hmmm... aku menarik nafas panjang... dalam diam aku juga sedar yg aku tidak keseorangan..

aku sedih melihat Ahseng... dia sedih... kesakitan yg dialaminya.. seperti apa yg aku rasa... dia menceritakan segalanya.. bagaimana dia masih mengambil berat tentang keadaan kekasihnya yg kini bukan lagi miliknya... menjenguknya di rumah tanpa pengetahuannya.. melihat dia keluar dan dipimpin oleh orang lain... sedih tapi redha dengan ketentuan Ilahi... sentiasa menelefon bertanyakan khabar walaupun dia bukan lagi siapa2 di mata perempuan yg masih lagi dinanti dan dicintai... betullah.. tiada siapa yg boleh menafsir bagaimana dan apa cinta itu sebenarnya.. sehinggalah dia merasa sendiri kehebatannya.. mengalami sendiri perasaan di lamun cinta sehinggalah mengetahui kekecewaan kerana cinta... yang pastinya besar sungguh makna cinta bagi mereka yg menghargai dan ikhlas terhadap pasangannya...

Bila Ahseng menceritakan bagai mana dia mengubati kelukaannya.. melupakan kekecewaannya... dia mengumpul kekuatan untuk mengeluarkan apa yg terbuku di hatinya... seperti katanya yg sering terngiang2 di fikiran ku..

"bila aku berkorban segalanya.. mengubatinya di kala dia kecewa.. mengajarnya berjalan dan mengangkatnya untuk terbang... bila dia telah bisa terbang dengan sendirinya... dia tidak membawa aku terbang bersamanya..."

Ya Allah... menusuk di kalbu ku kata2nya.... aku seakan mau menangis.. kerana aku faham maksudnya... tapi aku gagahi dan mengangguk tanda setuju apa yang di katakannya...

Aku cuma mampu berkata... "sabar la Seng... kuatkan semangat... buktikan padanya yg ko lebih baik dari yang lain yg menjadi pilihannya... buktikan yg dia rugi kerana meninggalkan mu... jangan buat perkara yg boleh menjadikan ko lemah di matanya.. dan jangan biarkan dia berkata.. "nasib baik aku tidak memilih mu..'' lantaran melayan kekecewaan mu.. dan ko kelihatan tidak berguna di matanya dan merasa bersyukur kerana meninggalkan mu.. bangun dan buktikan.. dan aku yakin ko boleh lakukannya..."

Sebenarnya kata2 itu.. bukan sahaja untuknya.. tetapi jugak untuk mengingatkan aku.. agar aku lebih kuat dan tabah... InsyaaAllah...

* Ya Allah... aku yakin setiap kejadian ada hikmahnya.. dan aku memohon agar Engkau kuatkan semangat kami.. jangan la Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yg telah Engkau bebankan kepada orang2 yg terdahulu daripada kami.. Wahai Tuhan kami.. janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yg kami tidak terdaya memikulnya.. dan maafkanlah kesalah kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat dan hidaya kepada kami... Amin..

Lagi kisah duka di dalam suka...

Keesokan harinya.. kami bersiap2 untuk pergi kerja... Lina mengambil cuti beberapa hari.... dia mengambil keputusan untuk menghabiskan masanya di ofis aku... pagi itu.. kami bertolak ke ofis lambat.. dan singgah di Damai untuk bertemu dangan lawyer bagi menandatangani dokumen mengenai pembelian rumah.. setelah selesai... kami menjamu selera di restoran yg berhampiran...

Setibanya di ofis... aku menyiapkan kerja aku.. terasa banyak kerja pulak... semua mengenai projek yang perlu di pohon dan perlu di hantar kepada big boss dahulu untuk dipersetujui sebelum di hantar kepada pihak yg sepatutnya... Lina dan ati masing2 melayari internet.. ntah apa yg di cari... tidak lama kemudian Dboy datang... kami berbual bual.. sambil dia mengajar aku menggunakan camera aku... mengajar aku segalanya.. cara menggunakannya, setting, dan macam2 lagi.. sehinggalah mengedit gambar... dia menyuruh ku mencatatnya... dan semua yg aku catit dan aku simpan sebaiknya untuk dijadikan panduan di kala aku lupa... terima kasih banyak2 Dboy...

Jam menunjukkan jam 5.oo petang... hmmm.. masa untuk pulang.. kami mengambil keputusan untuk minum2 di Rainforest Cafe.. lagi pulak aku ingin menunjukkan kepada Dboy tempat ni sesuai untuk lepak2 dan mengambil gambar... kami memesan minuman dan makanan... berbual2 dan mengambil gambar.. Kafle tidak dapat turut serta kerana ada seminar di Dewan Maksak... Ati pulak ada kelas pada jam 7.oo mlm... tinggal la aku, Dboy dan Lina... Dboy banyak mengajar aku menggunakan camera baru aku.. cuba mengambil gambar dan membandingkan perbezaan 'setting' setiap fungsi yg ada pada camera tersebut... perbezaan menggunakan 'lens' dan 'flash light'.. aku kini mempunyai basic sedikit dan ingin menambah koleksi yg ada.. mungkin perlunya 'lens' seperti yg dimiliki oleh Dboy... terasa seronok.. dalam masa yg sama lina juga menambah ilmu pasal camera dan tidak ketinggalan untuk mencuba mengambil gambar disetiap sudut...

Dalam masa yg sama.. kami berbual2 mengenai kisah silam pasal kekecewaan.. mengimbas kembali kenangan silam semasa belajar di University... mengingati kembali saat2 pertemuan sehingga menjadi sahabat baik setelah habis belajar... kami seronok dan ketawa.. melupakan masalah yg ada...

dalam banyak2 perkara yg dibualkan.. aku tersentuh dengan satu cerita yg telah Dboy kongsikan bersama2 ku dan Lina... kisah seorang temannya.. yang mempunyai kekasih hati yg telah lama dibina... pada suatu masa.. si lelaki terjumpa dgn seorang perempuan yang cantik dan lawa di pandangan matanya... dalam diam dia telah menduakan kekasihnya.. tanpa pengetahuan yg satu lagi dia sering bertemu dan menghantar kekasih barunya pergi dan pulang kerja.. tanpa mengetahui dan syak perkara yg sebenar... betul lah kata org.. sepandai pandai tupai melompat.. akhirnya jatuh ke tanah juga.. sehinggalah pada suatu masa.. kedua2 sang kekasih mengetahui bahawa mereka telah di duakan... dan meminta lelaki berkenaan memilih salah seorang diatara mereka... dalam keadaan serbah salah.. kekasih lama telah di pilih.. dan kekasih baru pergi membawa diri... walau bagaimana pun.. sang pencinta masih tidak dapat melupakan kekasih barunya yg telah membawa hati... dan masih menyebut2 namanya.. sehinggalah yg seorang lagi menyedari hal tersebut.. dan mengambil keputusan untuk pergi membawa diri jauh dari pandangan matanya... kerana yakin kekasihnya tidak dapat melupakan kekasih barunya...

pada suatu ketika.. lelaki tersebut sedar akan kesilapannya... dan memujuk kekasih lamanya... berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.. berjanji untuk menyayanginya sepenuh hati.. dan tidak akan menyebut nama yg satu lagi.. bersaksikan senaskah Al-quran.. tapi malangnya... bagi si kekasih.. dia sudah terlambat... dan tidak dapat menerimanya lagi... kerana sedar akan kekurangan diri... baginya.. walaupun dia sedar yg dia tidak cantik dan lawa.. tetapi ada hati yang perlu di jaga... kini dia melepas kedua2nya... terlepas atas kesilapan yg di sangka kecil baginya.. tapi mempunyai impak yg boleh membuatkan dia membuka mata... pepatah orang tua2.. tamak selalunya rugi telah menyedarkannya.. bahawa kerana ketamakkannya... dia hilang segala-galanya... kini dia hidup keseorangan ntah sampai bila... Hanya Tuhan sahaja yg tahu... mungkin baginya.. itulah balasan yg setimpal untuknya.. Wallahualam...

Setelah habis berbual.. kami pulang kerana keesokan harinya Dboy akan pulang ke KL dengan penerbangan malam.. berjanji untuk berjumpa lagi... Lina terpaksa tidur di rumah kerana Ahseng adiknya tidak dapat mengambilnya kerana berjumpa dgn kawan untuk menghilangkan rasa kecewanya... malam itu.. kami berbual2 lagi sehingga tidak sedarkan diri... apa yang aku tahu... alarm bebunyi membangunkan aku untuk solat subuh...

* Aku cuma mampu mengatakan apa yg telah aku ceritakan dapat di kongsi bersama untuk menjadi iktibar kepada kita... semoga teman Dboy telah belajar atas kesilapan yg telah dilakukan dan bertemu dgn seseorang dan akan menjaga hatinya...

Duka di dalam suka...

Rabu lalu.. Lina plan untuk berkaraoke dgn member2 lain.. yg pentingnya... planning ni adalah untuk meyambut kedatangan sahabat baik kami.. Dboy dari KL... malam tu Lina, Dboy, Kafle, Aresz, Ahseng adik lina, aku dan ati adik aku melepaskan tension dan bersukaria di KKBox Karamunsing... menyanyi sambil menikmati hidangan buffet yang di sediakan oleh KKbox... sambil menyanyi kami tangkap gambar untuk di jadikan kenang2an.. sambil itula jugak Dboy mengajar aku menggunakan camera D90nya.. sayangnya aku tidak membawa camera aku bersama... sambil mengajar.. Dboy juga bertanya khabar aku dan cerita sedih yg aku alami beberapa bulan ini...

Dboy menerangkan yg aku dan 'dia' memang tidak ngam.. dia memberitahu lina sejak dulu lagi... mungkin jugak... ibunya jugak mempunyai pendapat yg sama yg aku memang tidak 'ngam'.. tidak 'ngam' di mana pun aku tidak tau... mereka rapat dgn aku dan mengenali 'dia' sejak dulu lagi mungkin mereka perasan atau mungkin memang kami tidak sepadan.. ntahlah... apa yg aku tau.. aku sayang padanya.. dan aku dibutakan pasal hal itu semua... yang pentingnya.. sekarang Allah telah tunjukkan sesuatu yg boleh aku jadikan pengajaran... Amin...

Tetapi yg sedihnya... bila aku mengetahui ada di antara kami juga mengalami kisah yg sama.. Ahseng di tinggalkan kekasih yang disayangi... Ya Allah.. apa jadi dgn dunia sekarang ni... di manakah semua manusia-manusia yg Engkau ciptakan yang jujur dan setia... seperti yg selalu aku katakan pada lina dan kawan2 yg lain... sekarang ni 'musim mengawan'... hahahaha.... aku cuma mampu mengatakan padanya.. sabar ja la... ada hikmah disebaliknya...

Dia menceritakan sedikit mengenai bagaimana bermulanya cerita berakhirnya kisah cintanya... tapi.. aku yakin... jauh di sudut hatinya.. dia masih mengharapkan kekasihnya sedar akan kesilapannya dan pulang kepangkuannya... dia jugak risau akan keadaan kekasihnya yang kini jauh melencong dari landasan jalan yg sebenarnya.. dia sedih dan risau.. takut akan keadaan yg tidak diingini berlaku... Ya Allah... walaupun telah di sakiti.. tetapi masih mengambil berat dan ingin membimbingnya kepangkuan jalan... walaupun dia sedar yg dia bukan lelaki yang diharap2kan ataupun seorang lelaki yang baik.. namun.. dia masih boleh membezakan baik dan buruknya sesuatu perkara... dan masih bertahan agar kekasihnya tidak jauh tersesat... dan pastinya dia ikhlas... aku hairan.. dan aku sedih sekali... mengapa perempuan itu tidak sedar yg adanya seorang lelaki yg ingin menyanyanginya dan menghargainya.. menyintai semua kekurangannya... perasaan itu tidak jauh sama seperti yang aku hadapi dan rasa... betapa sakitnya.. betapa sedihnya... tetapi yang pastinya... aku yakin.. ada kebahagian yg akan di janjikan di masa akan datang... Bersabarla...

Setelah puas menyanyi dan mengambil gambar kami pulang.. dan berjanji untuk berjumpa lagi sebelum Dboy pulang ke KL.. Lina pulang bersama2 ku... dia telah berjanji untuk tidur di rumah.... malam itu.. kami berbual2 sehingga jam 3 subuh.. menceritakan semua apa yg terpendam.. semua masalah.. percintaan.. keluarga.. dan kekurangan diri.... terasa seronok... terkenang kisah lama.. semasa di asrama... satu perkara yg menjadi topik perbualan kami pada malam itu... mengenai kisah "butterfly in my stomach"... hahahaha.... kami ketawa terkehkeh... menceritakan perasaan jatuh cinta... seperti di awang2an... tetapi betulka perasaan ini... Wallahualam... yang pastinya.. aku tertarik dgn seseorang... ntah kenapa... aku biarkan perasaan itu berlarutan.. dan tidak mahu mengambil keputusan yg terburu2 kerana takut menghadapi kekecewaan yg sama...

* Dalam diam aku memohon petunjuk sama ada perasaan ini hanya untuk menutupi kekecewaan... hanya untuk melupakan kisah cinta yg tidak kesampaian... atau pun.. perasaan yg datangnya dari hati yg ingin menyayanginya dgn seikhlasnya...

Bersambung.....

04 March 2009

Ya Allah.. Tabah kan hatiku...

Alhamdulillah.. setelah melalui Hari Sabtu dan Ahad yg membosankan.. aku cuti pada hari Isnin kerana kurang sihat sedikit... aku dan adik ku menghabiskan masa menonton tv dan bercerita.. sepanjang aku melalui hari-hari yang mencabar.. dia lah adik yg menjadi sahabat baik ku yg mendengar dan melayan setiap keluhan dan apa yg terbuku di hatiku.. aku luahkan semuanya padanya.. dia menjadi pendengar setiaku... selain itu.. adik2 aku di kampung sering menelefon dan menghantar sms untuk bertanyakan khabar.. terutamanya potek dan helly... helly adik lelaki ku yg sangat manja dan keras kepala.. tetapi.. dia sering menghantar sms mendoakan kebahagian ku dan menyuruh aku sabar.. aku ingat sms yg satu ini..

"Amin... sabar ja ko kak.. modal sabar la yg paling besar untuk kakak"..

terima kasih Leh.. aku tau kamu semua menyokong aku.. begitu jugak teman2 ku... tidak putus2 bertanyakan khabar.. bertandang kerumah.. ucap selamat malam... betapa aku sungguh bertuah kerana dianugerahkan keluarga dan kawan2 yg memahami dan menyayangi aku... Syukur Ya Allah...

Petang Isnin.. hati aku bedebar2 bila hp aku berdering.. dan aku amati nombor yg tertera.. aku kenal nombor itu.. aku bertanyakan adik aku.. patut ka aku menyambutnya.. "terpulang pada ko tom.." katanya..

tidak lama kemudian.. hp aku berbunyi.. ada sms... aku buka dan baca... sms dari org yg sangat aku kenali.. bertanyakan resumenya... aku reply.. belum sempat aku menghantar... hp aku terus berbunyi.. dan dia menelefon.. aku menyambutnya.. dan dia bertanya mengenai resumenya yg aku buatkan untuknya dahulu.. seingat aku.. aku suda pindahkan kedalam thumb drivenya.. dan dia mengatakan bahawa file resume tidak di temui oleh kakaknya.. aku memberitahunya yg aku tidak ingat dan tidak tahu... dia bertanya lagi.. "macam mana tu aa.." ntah kenapa aku sedih.. dan aku ada menyimpan satu salinan di dalam kereta... aku menyuruh dia dtg untuk mengambil salinan yg ada pada ku.. sebenarnya.. aku tidak tahu apa yg ingin Allah tunjukkan kepada ku.. adikku menyarankan agar aku membuang sahaja salinan terakhir resumenya yg aku simpan di ofis.. kerana aku bukanlah siapa2 lagi baginya.. dan aku tidak kena mengena lagi dengannya.. tapi.. aku bawa pulang resume berkenaan dan menyimpannya di bonet kereta.. aku memberiahu adikku.. kenapa perlu dibuang.. mungkin ada gunanya nanti..

tidak lama kemudian.. dia menelefon lagi.. bertanyakan necktienya pulak.. hmm... aku tersenyum... seingat aku.. aku tidak menyimpan necktienya.. yg pastinya.. barangnya semua berada di rumahnya.. jawapan yg sama aku bagi padanya.. aku maklumkan jugak yg semua barang2 berada di rumahnya.. aku menyuruh dia mencarinya di almari dan laci bajunya... "tiada pulak" katanya.. hmmm... aku menyuruhnya dtg kerumah untuk mencari necktienya...

setibanya di rumah.. di menelefon mengatakan yg dia sudah berada d luar rumah.. di segan katanya... aku membuka pintu dan meyuruhnya masuk.. sayu hatiku melihat keadaannya... kurus.. gelap sedikit.. tidak teratur.. dia memberitahuku yg dia baru sahaja memotong rambutnya... aku tersenyum...

aku membawa dia ke kereta.. kerana semua barang2 kepunyaannya aku packing sebulan yg lalu untuk dikembalikan padanya.. kerana aku tahu barang2 berkenaan masih di perlukan olehnya.. dan aku meletakkannya di bonet kereta.. setelah memberikan semua barang kepunyaannya... dia bercerita mengenai pengalamannya bekerja di kawasan pendalaman... aku cuma tersenyum.. dan mengatakan "iya?!" dan "ooo.." "baguslah.. ko kerja suda" kata ku lagi... walaupun kerja hanya menggantikan org lain.. tapi.. pengalaman sekejap itu memang bermakna...

Dia mengajak ku makan di Mc donald.. dan aku menukar pakaianku.. bila aku keluar aku lihat dia sudah bersedia di depan tangga dengan kereta myvi ku... dia memberitahu ku yg dia ada interview keesokan hari jam 9.oo pagi.. aku menyuruhnya datang awal... dan dia minta sedikit tips mengenainya.. aku mengajarnya sedikit.. cara masuk.. duduk dan cara bercakap... aku melarangnya membuat perkara seperti menggaru kepala.. dan cara bercakap yg kelihatan seolah2 orang bijak pandai... dia ketawa... kerana dia tahu itulah tabiat buruknya... aku jugak memberitahu soalan2 yang selalu di utarakan.. dan dia perlu menjawabnya... aku bukanlah banyak pengalaman menjadi interviewee atau interviewer.. tetapi aku ramai kwn yg selalu jd interviewer dan menceritakan kepada ku soalan2 yg sering di utarakan kepada calon2 pekerja mereka... dari tingkah laku dan air mukanya sahaja.. aku tahu dia sangat risau dan nervous... aku meredakan kerisauannya dengan mengatakan... "ko sudah berusaha.. dan tawakal ja.. ko yakin.. InsyaAllah ada rezki ko dapatla kerja tu.." dia mengangguk tanda setuju... aku jugak memaklumkan padanya yg semua kawan2 datang ke rumah bertanyakan khabar.. dia diam.. aku juga memberitahunya kawan baiknya datang dan kami bercerita panjang... dia diam kerana dia tahu.. sahabat baiknya yg satu ini.. tidak pernah bercerita panjang dengan ku.. dia bertanya apa yg kami bualkan.. setelah aku menceritakan perbualan kami dengan sahabat baiknya.. dia diam dan berkata.. "kalau ada jodoh.. nda kan kemana.." aku diam dan tersenyum... aku tukar topik dan dia tidak berhenti bercakap dan bercerita mengenai semua perkara sehinggalah jam 12.00 tengah malam... dan dia menghantar ku pulang...

setibanya di rumah.. dia pulang.. dan aku sempat mengucapkan Good Luck.. tidak lama kemudian.. dia menelefon mengucapkan terima kasih dan Good Nite.. aku cuma mampu berkata "ok dan Good Nite".. jauh di sudut hatiku.. aku berdoa..

"Ya Allah.. berikan aku kekuatan untuk menempuhi semua dugaanMu.. tabahkan hatiku.. kuat kan semangat ku.. jadikan aku orang yang sabar.. dan aku mohon Ya Allah... berilah aku petunjuk dan jalan keluar dalam apa jugak situasi yang melibatkan diriku dan orang lain.. Ya Allah.. jauhkan lah aku dari dia.. dan memohon padaMu biarla aku melupakannya.. Amin Ya Rabbil Alamin.." aku menangis sehingga keesokan harinya... aku sedih dan sayu.. aku tidak tahu mengapa... yang pastinya aku berdoa lagi semoga hari esok lebih baik dari hari sebelumnya...

keesokan harinya.. celcom memaklumkan melalui sms bahawa ada miscall dari nombornya di waktu pagi dan petang.. mungkin ada hikmahnya kenapa dia tidak dapat menelefon aku.. sedangkan hp aku tidak dimatikan.. mungkin kerana doa semalam.. Wallahualam...

*Allah tunjukkan sesuatu perkara yang pastinya ada kebaikan di sebaliknya...

01 March 2009

Hari Sabtu yg membosankan...

Beberapa hari ni.. aku tidak kemana2.. aku habiskan hari sabtu dan ahad aku memerap dan bermalasan di rumah.. menelaah sedikit '33 rahsia merakam gambar menarik dgn hanya mengetahui asas fotografi' oleh Noorizam Sabran yang aku download secara percuma di Internet atas nasihat Dboy kwn aku... di rumah aku sendirian kerana adik aku ada kursus solekan... membaca buku cerita "Inside My Heart" hadiah dari seorang kwn Fara namanya... terasa bosan.. aku practise bermain piano pulak... task kali ini susah sedikit dari sebelumnya.. ya lah.. cikgu May pon ada bg tau... makin susah.. makin best dan makin mahir... aku cuba dan terus cuba... temponya lari sedikit...

Petang Jumaat.. aku sempat bertemu sahabat baik ku.. Mustafa.. ada hal d Maybank Karamunsing katanya.. balik hari tu jugak.. flight jam 8.30 mlm.. dapat lah aku jumpa... janji jumpa di tempat biasa... makan2 dan bercerita... bertanyakan khabar dan apa yg akan di lakukan seterusnya... sayang Kafali tiada sbb kursus di Shah Alam... aku seronok bila berjumpa Mus... sebab setiap kali bercerita dia akan menyelitkan sesuatu yg boleh aku ambik untuk di jadikan pengajaran... walau pon cerita kosong dan cerita kisah lalu.. tp... cerita itulah yg membuatkan kami ketawa terkeh kekeh... dan menjadikan kami semua rapat dan akan menghubungi sesama sendiri untuk bertanyakan khabar apa lagi jika dalam masalah... best rasanya dapat kawan yg memahami.. dan aku beruntung... Syukur Alhamdulillah...

Aku menghubungi kfle melalui sms... dia di Sabah suda rupanya... hmm.. tengah update blog katanya... dia mengajak aku chat di YM.. tp.. ntah kenapala line kali buat hal pulak.. cannot sign la pulak... nda apalah...

Aku ingat mo ajak dia keluar.. jumpa di starbuck.. tp.. tingukla macam mana... biar dia rehat dulu... mungkin dia penat... malam ni mungkin ble jumpa dia mo tanya kejadian yg membuatkan dia nervous dan berdebar2 di Shah Alam semasa kurusus hari tu... hahahaha.. mesti ada cerita best yg boleh di kongsi... nda sabar rasanya mo dengar dari mulutnya sendiri... apalah la agaknya???

*Harap2 hari esok lebih baik dari sebelumnya... Amin..
Blog Widget by LinkWithin