Keesokan harinya.. kami bersiap2 untuk pergi kerja... Lina mengambil cuti beberapa hari.... dia mengambil keputusan untuk menghabiskan masanya di ofis aku... pagi itu.. kami bertolak ke ofis lambat.. dan singgah di Damai untuk bertemu dangan lawyer bagi menandatangani dokumen mengenai pembelian rumah.. setelah selesai... kami menjamu selera di restoran yg berhampiran...
Setibanya di ofis... aku menyiapkan kerja aku.. terasa banyak kerja pulak... semua mengenai projek yang perlu di pohon dan perlu di hantar kepada big boss dahulu untuk dipersetujui sebelum di hantar kepada pihak yg sepatutnya... Lina dan ati masing2 melayari internet.. ntah apa yg di cari... tidak lama kemudian Dboy datang... kami berbual bual.. sambil dia mengajar aku menggunakan camera aku... mengajar aku segalanya.. cara menggunakannya, setting, dan macam2 lagi.. sehinggalah mengedit gambar... dia menyuruh ku mencatatnya... dan semua yg aku catit dan aku simpan sebaiknya untuk dijadikan panduan di kala aku lupa... terima kasih banyak2 Dboy...
Jam menunjukkan jam 5.oo petang... hmmm.. masa untuk pulang.. kami mengambil keputusan untuk minum2 di Rainforest Cafe.. lagi pulak aku ingin menunjukkan kepada Dboy tempat ni sesuai untuk lepak2 dan mengambil gambar... kami memesan minuman dan makanan... berbual2 dan mengambil gambar.. Kafle tidak dapat turut serta kerana ada seminar di Dewan Maksak... Ati pulak ada kelas pada jam 7.oo mlm... tinggal la aku, Dboy dan Lina... Dboy banyak mengajar aku menggunakan camera baru aku.. cuba mengambil gambar dan membandingkan perbezaan 'setting' setiap fungsi yg ada pada camera tersebut... perbezaan menggunakan 'lens' dan 'flash light'.. aku kini mempunyai basic sedikit dan ingin menambah koleksi yg ada.. mungkin perlunya 'lens' seperti yg dimiliki oleh Dboy... terasa seronok.. dalam masa yg sama lina juga menambah ilmu pasal camera dan tidak ketinggalan untuk mencuba mengambil gambar disetiap sudut...
Dalam masa yg sama.. kami berbual2 mengenai kisah silam pasal kekecewaan.. mengimbas kembali kenangan silam semasa belajar di University... mengingati kembali saat2 pertemuan sehingga menjadi sahabat baik setelah habis belajar... kami seronok dan ketawa.. melupakan masalah yg ada...
dalam banyak2 perkara yg dibualkan.. aku tersentuh dengan satu cerita yg telah Dboy kongsikan bersama2 ku dan Lina... kisah seorang temannya.. yang mempunyai kekasih hati yg telah lama dibina... pada suatu masa.. si lelaki terjumpa dgn seorang perempuan yang cantik dan lawa di pandangan matanya... dalam diam dia telah menduakan kekasihnya.. tanpa pengetahuan yg satu lagi dia sering bertemu dan menghantar kekasih barunya pergi dan pulang kerja.. tanpa mengetahui dan syak perkara yg sebenar... betul lah kata org.. sepandai pandai tupai melompat.. akhirnya jatuh ke tanah juga.. sehinggalah pada suatu masa.. kedua2 sang kekasih mengetahui bahawa mereka telah di duakan... dan meminta lelaki berkenaan memilih salah seorang diatara mereka... dalam keadaan serbah salah.. kekasih lama telah di pilih.. dan kekasih baru pergi membawa diri... walau bagaimana pun.. sang pencinta masih tidak dapat melupakan kekasih barunya yg telah membawa hati... dan masih menyebut2 namanya.. sehinggalah yg seorang lagi menyedari hal tersebut.. dan mengambil keputusan untuk pergi membawa diri jauh dari pandangan matanya... kerana yakin kekasihnya tidak dapat melupakan kekasih barunya...
pada suatu ketika.. lelaki tersebut sedar akan kesilapannya... dan memujuk kekasih lamanya... berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.. berjanji untuk menyayanginya sepenuh hati.. dan tidak akan menyebut nama yg satu lagi.. bersaksikan senaskah Al-quran.. tapi malangnya... bagi si kekasih.. dia sudah terlambat... dan tidak dapat menerimanya lagi... kerana sedar akan kekurangan diri... baginya.. walaupun dia sedar yg dia tidak cantik dan lawa.. tetapi ada hati yang perlu di jaga... kini dia melepas kedua2nya... terlepas atas kesilapan yg di sangka kecil baginya.. tapi mempunyai impak yg boleh membuatkan dia membuka mata... pepatah orang tua2.. tamak selalunya rugi telah menyedarkannya.. bahawa kerana ketamakkannya... dia hilang segala-galanya... kini dia hidup keseorangan ntah sampai bila... Hanya Tuhan sahaja yg tahu... mungkin baginya.. itulah balasan yg setimpal untuknya.. Wallahualam...
Setelah habis berbual.. kami pulang kerana keesokan harinya Dboy akan pulang ke KL dengan penerbangan malam.. berjanji untuk berjumpa lagi... Lina terpaksa tidur di rumah kerana Ahseng adiknya tidak dapat mengambilnya kerana berjumpa dgn kawan untuk menghilangkan rasa kecewanya... malam itu.. kami berbual2 lagi sehingga tidak sedarkan diri... apa yang aku tahu... alarm bebunyi membangunkan aku untuk solat subuh...
* Aku cuma mampu mengatakan apa yg telah aku ceritakan dapat di kongsi bersama untuk menjadi iktibar kepada kita... semoga teman Dboy telah belajar atas kesilapan yg telah dilakukan dan bertemu dgn seseorang dan akan menjaga hatinya...
Harga YAHUDI, Harga MUJAHID
4 years ago
No comments:
Post a Comment