Hmmm... beberapa hari ni nda dapat update blog.. kerana sibuk di opis menyiapkan kerja.. banyak benda yg perlu di buat.. lebih2 lagi sekarang ni sibuk dengan kempen PRU (Pilihan Raya UMNO).. nasib baik aku tidak terlibat seperti dahulu.. klu nda... sibuk tidak terhingga... menyiapkan buku nota setiap nama perwakilan bukan sahaja perwakilan Sabah.. tetapi seluruh Malaysia... nasib baik big boss tarik diri untuk bertanding... hehehehe...
Walau pun sibuk bekerja.. aku masih sempat menyambut betday rakan serumah sahabat baik ku semalam... mereka mengajak berkaraoke di KKBox Karamunsing... Mak ooiii... asyik karaoooookeee jak la.. teda tempat lain agaknya... aku dan ati adik ku layan... kami menyanyi.. berduet.. silih berganti... aku membawa camera aku bersama... dan tidak melepaskan peluang mengambil gambar... jurukamera bertukar2.. sekejap kafle.. sekejap aku dan kemudian ati... hahaha... pokoknya kami enjoy... sehingga mengantuk.. tup.. tup.. jam 11 malam rupanya... aku mengajak kafle pulang.. kerana hari ini kena kerja.. sampai rumah.. penat.. nasib baik masih boleh memberus gigi dan cuci muka.. sempat jugak aku menelefon Ijul.. berbual sekejap mengenai kejadian beberapa hari ni... dia banyak membantu ku... melayan karena aku walaupun dia sibuk bekerja... hahaha.. thanks Jul...
Pagi tadi sebelum ke opis.. aku dan ati singgah di PPNS (Pejabat Pembangunan Negeris Sabah) yg dulunya dikenali sebagai JPPS (Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah).. untuk mengambil Cheque bagi perbelanjaan pejabat... Syukur saja orang yg bertugas ada pagi ni... kalau tidak.. kena datang hari lain lagi... kerana kemarin petang datang ke pejabatnya.. tapi orang yg bertanggungjawab memberikan cheque tersebut keluar berlatih bermain bola jaring... hmm... ada2 saja.. pulang dgn tangan kosong dan sedikit kehampaan..
Beberapa hari ini... aku menanti panggilan untuk menandatangani perjanjian jual beli rumah... pemilik rumah masih tidak dapat meluangkan masa kerana sibuk dengan kerja di pejabat katanya... dari last week.. berbagai alasan yg di beri.. aku sabar... setiapa hari aku menelefon bila boleh menyelesaikan semua perkara yg perlu diselesaikan secepat mungkin... bank menelefon juga bertanyakan perkara yg sama...
"wahai aunty... berikanlah aku sedikit waktu mu... kita selesaikan perjanjian jual beli rumah itu.. setelah semunya ok... bank boleh menguruskan semua kewangan yg aunty perlukan untuk di pindahkan ke akaun mu.. dan aku boleh menguruskan perkara yg aku perlukan.. lebih2 lagi next week aku teda di k.k selama seminggu.. " Aunty oh aunty...
sementara menunggu aunty si pemilik rumah di berikan masa.. aku menerima panggilan dari big boss... bertanyakan Pegawai Perhubungan di mana... bila aku memberitahu dia tiada di opis.. dia menyuruh aku mencarinya... aku mendail semua nombor telefonnya.. semua di matikan... "matilah" bisik hati ku... aku mengsms big boss..
"Assalamualaikum Datuk.. nda dapat jugak call dia.. But i still trying.. tq.." text sms yg aku berikan big boss.. ringkas dan padat..
Tidak lama kemudian.. Big boss call... marah dan mengadu... aku menjawab seringkas boleh.. ntah dapat kah aku menenangkan kemarahannya... mak oii... he is in really bad mood.. and i think someone is in big trouble... dia mengarahkan aku sesuatu.. Ya Allah.. apa yg patut aku buat.. aku menelefon Jaapar.. memaklumkan setiapa percakapan big boss kepada ku... Jaapar pun tidak dapat berbuat apa2... " apa boleh buat tom.. terpaksala ko ikut cakap datuk tu.. nanti ko bagi tau ja sama dia.." katanya ringkas..
Aku jadi serbah salah... dalam masa yg sama terpaksa akur dengan kehendak Boss.. dan berharap keputusannya akan bertukar bila kemarahannya redah nanti...
Kejadian beberapa hari ini... semuanya menjadikan hari ku kelam kabut... dan yang paling menyedihkan.. awal pagi selepas solat subuh.. aku menerima sms dari salah seorang sahabat.. jugak sahabat baik ku... bila aku membaca semua apa yg terbuku di hatinya... aku jadi sedih.. air mataku mengalir.. Ya Allah... besar sungguh dugaan yg ko terima... aku menjawab smsnya.. sebenarnya aku tidak tau apa yg patut aku katakan... tapi.. aku cuba sedaya upaya ku membantunya... mudah2an saja dapat menenangkannya... aku terus berdoa minta pintu hati pasangannya dibukakan.. dan memilih jalan yg sepatutnya...
"thanks aa tom.. sory aku mengganggu ko pagi2 buta ni.. aku nda tau mengadu dgn sapa.." sms terakhir yg aku terima darinya..
Sebenarnya.. ingin saja aku ceritakan dan luahkan apa yg terjadi dengan sahabat baik ku ini.. untuk menjadi renungan dan teladan kepada semua.. tp.. aku telah berjanji untuk tidak menceritakan hal sebenarnya kepada sesiapa pun.. apa yang mampu aku buat cuma berdoa untuk kebahagiannya...
* Ya Allah.. sesungguhnya Engkau maha kaya.. maha adil lagi maha mengetauhi.. Amin..
Harga YAHUDI, Harga MUJAHID
4 years ago
InsaAllah semuanya akan senantiasa di lindungi Nya. Amin.
ReplyDeleteAmin Ya Rabbal Alamin...
ReplyDelete