31 August 2009

doa seorang akhwat


Tuhanku…

Aku berdo’a untuk seorang gadis yang
akan menjadi bagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu
lebih dari segala sesuatu
Seorang gadis yang akan meletakkanku
pada posisi kedua di hatinya setelah
Engkau
Seorang gadis yang hidup bukan untuk
dirinya sendiri tetapi untukMu

Wajah cantik dan daya tarik fizikal
tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati yang
sungguh mencintai dan dekat dengan
Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu
ada pada dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa
dan untuk apa ia hidup sehingga
hidupnya tidaklah sia-sia
Seseorang yang memiliki hati yang bijak
tidak hanya otak yang cerdas
Seorang gadis yang tidak hanya
mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang gadis yang tidak hanya memujaku
tetapi juga dapat menasihatiku ketika
aku berbuat salah

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana
kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang gadis yang dapat menjadi sahabat
terbaikku dalam setiap waktu dan
situasi
Seseorang yang dapat membuatku merasa
sebagai seorang lelaki ketika aku di
sisinya

Tuhanku…
Aku tidak meminta seseorang yang
sempurna namun aku meminta seseorang
yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna
di mataMu
Seorang gadis yang membutuhkan
dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang gadis yang membutuhkan doaku
untuk kehidupannya
Seseorang yang membutuhkan senyumku
untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang membutuhkan diriku untuk
membuat hidupnya menjadi sempurna

Tuhanku…
Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi lelaki yang dapat
membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh
mencintaiMu sehingga aku dapat
mencintainya dengan sekedar cintaku

Berikanlah sifat yang lembut sehingga
kecantikanku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku
selalu mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku
dapat melihat banyak hal baik dan bukan
hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan
kata-kata bijaksana,
mampu memberikan semangat serta
mendukungnya setiap saat dan tersenyum
untuk dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan
bertemu, aku berharap kami berdua dapat
mengatakan:
“Betapa Maha Besarnya Engkau kerana
telah memberikan kepadaku pasangan yang
dapat membuat hidupku menjadi
sempurna.”
Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami
bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala
sesuatunya indah pada waktu yang telah
Engkau tentukan

Amin….

22 August 2009

Pengalaman dijangkiti H1N1..

Assalamualaikum...

Mari kita kongsi pengalaman orang yang ada family dijangkiti H1N1.... Untuk panduan bersama....

Based on my colleague experience.. Please spread the story...

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman.

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you
touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena
kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital
tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia
org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my
brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen
with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days
oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why
kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni
genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu
tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling
atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap
lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau
budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik
kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support
him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia
tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air
yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family
member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend
hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my
brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak
this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with
other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2
tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very
appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is
the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action
..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience ,
dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak
balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...

DMU tak best lah lepas nie....sunyi sepi. Take care & be careful with H1N1.
Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No
vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius
virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap
which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they
start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For
those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better
wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec.
So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be
70% , children most probably will die.

Take care of You & Your Family..

21 August 2009

Bagaimana SEDAR itu?

Orang bertanya En. Fuad Latif SEDAR itu bagaimana? dan ini jawapannya.... mari kita kongsi dan semoga kita semakin dekat dengan Allah swt...

Analogi mudahnya:
Ketika kita menonton tv bersama pasangan, kita tidak memikirkan pasangan di sebelah, tetapi kita SEDAR pasangan kita ada di sebelah. Ketika kita asyik menonton, kita masih sedar pasangan kita bersama-sama kita juga menonton.

Begitu juga perihalnya kesedaran akan Allah SWT. Ketika kita melakukan kerja, kita SEDAR Allah SWT berada sangat hampir dengan kita dan kita SEDAR Allah SWT sentiasa melihat diri kita, apa yang kita kerjakan dan apa yg kita fikirkan.

Ketika kita duduk, berdiri, berjalan, baring dan dalam semua keadaan, kita SEDAR Allah SWT berada sangat hampir dengan kita dan melihat kita.

Apa yang kita lihat, kita dengar, kita kata, kita fikir, yang terlintas di hati, semuanya diketahui Allah SWT.

Lalu ketika di dalam keadaan SEDAR, apakah kita sanggup melakukan maksiat, keburukan, kejahatan dan melanggar larangan Allah SWT?

Kesedaran ketika solat

Analogi mudahnya:
Ketika kita bersembang dengan sahabat, fikiran kita fokuskan kepada apa yang kita sembangkan. Kita akan mengingati perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang kita sembangkan. Kita SEDAR kita sedang bersembang dengan sahabat dan kita SEDAR siapa sahabat kita itu. Kita SEDAR ketika itu kita berada di mana. Kita menjadi asyik bersembang dan kadang-kadang berjam-jam lamanya.

Ketika kita berhubung samada melalui telefon atau berhadapan dengan orang yang kita sayang, kita bukan sahaja memikirkan apa yang kita sembangkan, kita juga memikirkan diri orang yang kita sayang itu. Kita SEDAR kita sedang bercakap dengan orang yang kita sayang. Kita MERASAKAN kasih, sayang dan rindu kita pada orang yang kita sayang itu.

Kita berasa orang yang kita sayang itu DEKAT sangat dengan kita jika kita bercakap melalui telefon. Kita asyik bersembang dengan orang yang kita kasih dan berasa masa bersembang berjam-jam seperti sekejap sahaja.

Begitulah juga halnya ketika bersolat. Seluruh fikiran, ingatan dan kesedaran kita adalah kepada Allah SWT. Apa yang kita ingatkan, kita arahkan kepada Allah SWT. Apa yang kita fikirkan, kita arahkan kepada Allah SWT. Kita SEDAR kita sedang berhubung dengan Allah SWT. Kita SEDAR kita sedang mendirikan solat. Kita SEDAR kita sedang berkomunikasi dengan Allah SWT.

Kita RASA sangat rindu pada Allah SWT. Kita RASA kasih, sayang dan cinta pada Allah SWT. Kita RASA rendah diri dan kehambaan kepada Allah SWT.

Semoga dengan analogi mudah ini kita dapat memahami apakah yang dikatakan kesedaran itu.

Milikilah KESEDARAN YANG TERTINGGI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Syukur Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah.. kerana hari esok seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.. kedatangan bulan ini mmg kita nanti2kan.. apa tidaknya.. sekali dalam setahun.. dan dlm bulan ini jugakla kita dapat menambahkan amalan kita.. bersolat tarawih bersama2 rakan2 dan keluarga.. mengurangkan aktiviti yg tidak baik.. malah ada yg menghentikan seketika aktiviti mereka yg dirasakan tidak baik hanya kerana ingin menghormati bulan Ramadhan ini.. sehubungan dengan itu, (cheh.. mcm surat formal pulak.. hahahah) mari kita lihat apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan Ramadhan ini.. kira sejarahnya jgk la.. dan kita kongsi kebaikan2 yang terkandung dalam bulan Ramadhan...semoga Ramadhan tahun ini kita menerima segala kebaikan dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan hati yang tenang.. kita jugak mengharapkan agar tahun ini amalan pahala kita makin bertambah dan semoga kita mendapat keredaan Allah SWT... Amin

SEJARAH RAMADHAN

* Ramadan: ertinya panas terik
* Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
* Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.
* Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
* Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
* Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.
* Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)


Kelebihan Bulan Ramadhan

* Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
* Bulan penuh keberatan
* Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
* Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
* Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
* Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
* Bulan menambah rezeki
* Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
* 10 hari pertama adalah rahmat,
* 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
* 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.

Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan

* Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
* Menempah pakaian untuk Ramadhan
* Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
* Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
* Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
* Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
* Solat berjemaah setiap waktu
* Solat jemaah di masjid/surau
* Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
* Sahur diwaktu akhir
* Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan
tutup sahur dengan air susu
* Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
* Kurangkan tidur
* Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
* Tunaikan Solat Dhuha
* Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
* Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
* Jaga pacaindera
* Elakkan gosok gigi pd waktu petang
* Hadiri majlis ilmu / tazkirah
* Buat baik pada ibubapa
* Isteri hendaklah taat pada suami
* Banyakkan bersedekah
* Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
* Berbuka bersama org tua
* Jemput tetamu berbuka
* Kurangkan berat badan - diet
* Banyakkan i ' tikaf di masjid (lelaki sahaja)
* Baiki hubungan suami isteri & keluarga
* Baiki hubungan jiran
* Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
* Elakkan belanja berlebihan
* Kuatkan kesabaran
* Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
* Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
* Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
* Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
* Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
* Berdoa dengan nada lembut dan merayu
* Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
* Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
* Melazimkan solat pada awal waktu
* Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
* Elakkan banyak berhutang
* Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
* Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

* Kepada Orang Tua yang lemah
* Kerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau,
* ini sudah dikira beramal pada malam Al Qadar

Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
* Bagi orang yang kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Bersihkan badan / mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik


Cara Menyambut Idul Fitri
Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu
dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya
Banyakkan bertakbir pada malam raya sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan melaksana ibadat dan menundukkan nafsu di sepanjang Ramadan.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik
bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.

*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....

Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah.

Wallahu a ' lam.

20 August 2009

Rahsia Kejayaan

Percaya dan yakinlah Allah SWT, Sifat dan zatNya serta yang tertinggi adalah perbuatan (Af’al) Allah SWT. Hidup akan sentiasa berjaya malah terus berjaya dan berjaya dan berjaya dan berjaya tanpa henti.

Iman yang paling rendah adalah iman ikut-ikutan. Tidak dinafikan ramai di antara orang islam zaman ini berada di tahap ini. Iman ikut-ikutan atau iman taqlid ini HANYA sekadar mempercayai Allah SWT itu Tuhan Yang Esa tetapi tidak mempercayai sifat dan perbuatan (Af ‘al) Allah SWT. Mereka yang berada di tahap keimanan seperti ini akan sentiasa resah dan gelisah dengan apa yang berlaku di dalam kehidupannya.

Mereka yang beriman dengan iman ikut-ikutan ini akan sentiasa resah dan gelisah jika apa yang diinginkan tidak tercapai dan lebih malangnya ada yang sanggup menyalahkan Allah SWT kerana tidak memperkenankan doa mereka. Malah sebenarnya mereka juga jarang berdoa kepada Allah SWT kerana sering merasakan apa yang meraka miliki adalah hasil daripada usaha kuat mereka.

Keluarkanlah diri kita daripada tahap iman seperti ini dan berhijrah ke tahap yang lebih tinggi.

Tahap kedua adalah iman ilmu di mana mereka yang yakin pada Allah SWT dan yakin dengan SIFAT atau ZAT Allah SWT. Mereka yakin SIFAT Allah SWT Yang Maha Memberikan Rezeki tetapi tidak yakin sepenuhnya Allah SWT Yang Memberikan Rezeki. Mereka percaya SIFAT Allah SWT Yang Maha menghidupkan dan mematikan segala makhluk tetapi tidak percaya Allah SWT yang menentukan kehidupan dan kematian mereka. Mereka yakin SIFAT Allah SWT Yang Maha memberikan kebahagiaan tetapi tidak yakin sepenuhnya Allah SWT yang memberikan kebahagiaan.

Mereka ini sering berkata-kata seperti ini:

“Saya yakin Allah SWT memberi rezeki kepada kita…tetapi…”

“Kereta aku kena langgarlah. Aku redha..tapi…”

“Sedihlah, permohonan aku gagal. Aku tahu semuanya kehendak Allah SWT….tetapi…”

“Aku bukan tak percaya Allah tu Maha Pengampun, tapi…”

Dan serba serbi tapi yang biasa diberikan. Kata-kata “Kita redha…tetapi…” menunjukkan sebenarnya kita tidak redha. Jiwa kita masih lagi terbelenggu dengan masalah yang datang. Redha yang dikatakan hanyalah keluar daripada mulut yang berasal daripada fikiran yang menafsir ilmu yang dimiliki. Namun jiwa masih memberontak menentang apa yang dikatakan fikiran.

Kerana itu kita sering terjumpa mereka yang banyak ilmu agama tetapi masih mempunyai sifat amarah, dengki, pentingkan diri dan sebagainya. Iman ilmu hanyalah iman luaran yang tidak terserap ke dalam jiwa. Mereka solat tetapi masih tidak tenang kerana mereka melakukannya sekadar solat itu perkara yang wajib. Mereka berpuasa tetapi sekadar letih dan dahaga kerana tahu puasa itu perkara wajib.

Sekadar memiliki ilmu agama sehingga peringkat pengajian yang tinggi tidak menjanjikan seseorang memiliki iman yang tinggi.

Inilah iman ilmu yang mana kita juga seharusnya keluar dan berhijrah ke tahap yang lebih tinggi.

Iman Ayyan merupakan iman yang bukan sekadar yakin Allah SWT itu Tuhan Yang Esa dan yakin dengan sifat dan zat Allah SWT tetapi juga yakin yang sebenar-benarnya akan perbuatan (Af’al) Allah SWT.

Kita mempercayai Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang lalu kita yakin dan berusaha untuk memilikinya. Kita yakin Allah SWT Maha Pemurah dengan rezeki dan pelbagai kenikmatan, lalu kita memohon untuk mendapatkan rezeki dan redha dengan ketentuan rezeki yang Allah SWT tetapkan. Kita yakin bahawa segala apa yang berlaku di dalam kehidupan kita ini adalah ketentuan Allah SWT dan setiap apa yang Allah SWT tentukan adalah yang terbaik untuk kita.

Mereka yang berada di tahap iman seperti ini merupakan orang yang berjaya dunia dan akhirat. Mereka akan sentiasa rasa bahagia kerana mereka yakin yang membahagiakan mereka adalah perbuatan Allah SWT (izin Allah SWT) bukan selain daripada Allah SWT. Mereka kaya kerana mereka yakin Allah SWT yang memberikan rezeki. Mereka sihat kerana mereka yakin Allah SWT yang menyembuhkan segala penyakit. Mereka berani kerana mereka yakin Allah SWT sentiasa melindungi mereka. Mereka berjaya kerana mereka yakin Allah SWT sentiasa memakbulkan segala permohonan mereka.

Maka berusahalah untuk kita berada di dalam golongan yang memiliki iman yang tertinggi. Kita juga mampu untuk hidup dalam ketenangan di bawah lindungan Allah SWT. Tahap iman ini tidak susah untuk dimiliki. Ia mudah dan teramat mudah untuk kita miliki. Bangunkan kesedaran kita agar kita sentiasa sedar setiap apa yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT dan pastinya ia terbaik buat diri kita.

Binalah keyakinan kesedaran ini dengan sentiasa merasakan Allah SWT itu dekat dengan kita. Menyedari dan merasai Allah SWT sentiasa melindungi dan menyayangi diri kita. Mendahulukan Allah SWT dalam apa jua keadaan atau dalam semua keadaan.

Di kala jiwa kita berselisih dengan fikiran, kembalilah kepada Allah SWT dengan berkomunikasi dengan Allah SWT. Tukarkan segala mind-chat kita kepada berkomunikasi dengan Allah SWT. Sedar dan rasai dengan sebenar-benarnya kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan kita ini. Sesungguhnya Allah SWT itu Tuhan dan kepadaNya kita berserah dan bergantung harap.

*Semoga segala apa yg kita lakukan hanya utk Allah... dan medapat keredhaanNya.. Amin...

19 August 2009

Dugaan Orang Beriman

Assalamualaikum... aku suka berkongsi dengan apa yg telah aku baca... kata2 dan pesanan daripada En. Fuad Latif selalu saja menjadikan aku sedar... dan aku ingin kongsi agar pengetahuan dan kesedaran yg aku perolehi hari ini... yang d luar sana juga mendapatkannya.. dan semoga apa yg ingin di sampaikan oleh beliau menjadikan kita semakin dekat dgn Allah.. Amin..


Saudara,

Setiap kali kita berbicara berkenaan dengan dugaan orang yang beriman, kita seringkali diberitahu dugaan orang yang beriman cukup berat. Lalu kita diberikan contoh-contoh dugaan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Kita ditanamkan terus dengan cerita-cerita bahawa alim ulama sebelum kita terpaksa bersusah payah menghadapi dugaan mereka.

Cerita-cerita dugaan orang yang beriman ini sedikit sebanyak menanamkan satu persepsi di dalam fikiran kita bahawa kita juga pasti akan diduga dengan dugaan yang berat jika kita ingin menjadi orang yang beriman. Tidak kurang juga ramai yang tidak mahu beriman kerana bimbang dengan dugaan yang berat yang bakal menimpa.

Kesilapan bertahun-tahun di atas persepsi ini membuatkan beriman itu seolah-olah menyusahkan iaitu pasti akan menempuh dugaan yang besar. Namun realiti dan hakikatnya tidak begitu.

Kita terlupa atau tidak sedar bahawa sebenarnya kehidupan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda cukup bahagia dan tenang. Baginda dan sahabat tidak pernah mengeluh dengan semua dugaan yang dihadapi kerana keyakinan kepada Allah SWT cukup kuat dan kukuh.

***

Persepsi yang selalu dikatakan hanyalah persepsi kepada yang melihat. Kita melihat dugaan orang yang beriman adalah cukup hebat dan berat. Tetapi bagi orang yang beriman itu, hakikatnya mereka menghadapi dugaan dengan cukup tenang dan dugaan itu tidak langsung memberikan apa-apa masalah dalam kehidupan mereka.

Seharusnya kita melihat hal ini dari persepsi orang yang beriman itu sendiri. Maka sebenarnya dugaan yang dihadapi oleh orang yang beriman itu sebenarnya hanyalah kecil atau langsung tidak dinamakan dugaan bagi orang yang beriman itu. Semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang kita perlu lalui dengan berserah, pasrah dan redha.

Maka tidak perlulah kita bimbang dengan dugaan yang datang apabila setiap hari kita ingin berada dekat dengan Allah SWT. Semakin kita hampir dengan Allah SWT, semakin kukuh keyakinan kita kepada ketentuan Allah SWT. Kita akan berasa semakin ringan dugaan yang menimpa walaupun mereka yang melihat dugaan yang kita hadapi merupakan dugaan yang besar.

*Semoga setiap saat, iman kita semakin bertambah. Amin

18 August 2009

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

Assalamualaikum...

Sedang aku mengemas kini email aku.. aku terbaca satu email yg dihantar kepada ku oleh seorang teman.. bila aku baca... hmmm... betul ka tentang codes2 ni.. hmmm... rasa takut pulak mo makan makanan ringan sekarang ni... aku selalu jgk baca kandungan atau bahan2 di setiap bungkusan makanan yg aku beli.. tp.. aku langsung tidak tau apa maksud yang terkandung dalam code2 bagi makanan yang haram bagi umat Islam.. jadi... kini suda tiba masanya kita patut sedar... dan pesan la dgn isteri ka, suami, anak2... baby sitters, sanak saudara, rakan2... jgn main hantam jak beli makanan ni.. terutamanya makanan ringan untuk anak2.... contohnya apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atau henset... refer bila mau beli.... semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam... wallahu a'lam


MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1
E
100

16
E
280

31
E
434

46
E
482
2
E
110

17
E
300

32
E
435

47
E
483
3
E
120

18
E
301

33
E
436

48
E
491
4
E
140

19
E
325

34
E
440

49
E
492
5
E
141

20
E
326

35
E
441

50
E
493
6
E
153

21
E
327

36
E
470

51
E
494
7
E
160

22
E
334

37
E
471

52
E
495
8
E
161

23
E
335

38
E
472

53
E
542
9
E
210

24
E
336

39
E
473

54
E
570
10
E
213

25
E
337

40
E
474

55
E
572
11
E
214

26
E
422

41
E
475

56
E
631
12
E
216

27
E
430

42
E
476

57
E
635
13
E
234

28
E
431

43
E
477

58
E
904
14
E
252

29
E
432

44
E
478

59
E
920
15
E
270

30
E
433

45
E
481





Aku jgk dimaklumkan bahawa... pringles pun ada jugak lemak binatang ni... cuba tinguk ada E471 dlm ingredients nya tu... mungkin ini la sbbnya mengapa Allah turunkan bala virus influenza tu... dan nda heran kenapa sekarang ni ramai sngat samseng2.. yang muda, tua, lelaki pompuan.. mcm sama jak... solat yg wajib pun.. kita pandai tinggalkan.. mcm mn la mau melahirkan lebih ramai Islam yang betul2 'muslim' dari kecik sudah disuapkan dengan benda2 mcm ni... tp.. heran jgk.. mcm mana ada tanda 'halal' bagi sesetengah brg tersebut... Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 islam hanya dgn makanan....Kebijaksanaan mereka tidak akan kekal lama... Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua... Jika kita sedar dan prihatin... jadi.. mari kita sama2 maklumkan hal ni kepada semua rakan2 seislam... semoga kita lebih berhati2 dgn tipu daya & helah musuh2 Allah swt..

Wallahualam...

14 August 2009

Berfikir sejenak..

Assalamualaikum....
mari kita kongsi cerita menarik dari negara seberang... semoga ada manfaatnya... :)

Terpetik sebuah kisah, seorang pemburu berangkat ke hutan dengan membawa busur dan tombak. Dalam hatinya dia berkhayal mau membawa hasil buruan yang paling besar, yaitu seekor rusa. Cara berburunya pun tidak pakai anjing pelacak atau jaring penyerat, tetapi menunggu di balik sebatang pohon yang memang sering dilalui oleh binatang-binatang buruan.

Tidak lama ia menunggu, seekor kelelawar besar kesiangan terbang hinggap di atas pohon kecil tepat di depan si pemburu. Dengan ayunan parang atau pukulan gagang tombaknya, kelelawar itu pasti bisa diperolehnya. Tetapi si pemburu berpikir, "untuk apa merepotkan diri dengan seekor kelelawar? Apakah artinya dia dibanding dengan seekor rusa besar yang saya incar?"

Tidak lama berselang, seekor kancil lewat. Kancil itu sempat berhenti di depannya bahkan menjilat-jilat ujung tombaknya tetapi ia berpikir, "Ah, hanya seekor kancil, nanti malah tidak ada yang makan, sia-sia." Agak lama pemburu menunggu. Tiba-tiba terdengar langkah-langkah kaki binatang mendekat, pemburupun mulai siaga penuh,tetapi ternyata, ah... kijang. Ia pun membiarkannya berlalu. Lama sudah ia menunggu, tetapi tidak ada rusa yang lewat, sehingga ia tertidur.

Baru setelah hari sudah sore, rusa yang ditunggu lewat. Rusa itu sempat berhenti di depan pemburu, tetapi ia sedang tertidur. Ketika rusa itu hampir menginjaknya, ia kaget. Spontan ia berteriak, Rusa!!!" sehingga rusanya pun kaget dan lari terbirit-birit sebelum sang pemburu menombaknya. Alhasil ia pulang tanpa membawa apa-apa.

Banyak orang yang mempunyai idealisme terlalu besar untuk memperoleh sesuatu yang diinginkannya. Ia berpikir yang tinggi-tinggi dan bicaranya pun terkadang sulit dipahami. Tawaran dan kesempatan-kesempatan kecil dilewati begitu saja, tanpa pernah berpikir bahwa mungkin di dalamnya ia memperoleh sesuatu yang berharga. Tidak jarang orang orang seperti itu menelan pil pahit karena akhirnya tidak mendapatkan apa-apa.

Demikian juga dengan seseorang yang mengidamkan pasangan hidup, yang mengharapkan seorang gadis cantik atau perjaka tampan yang alim, baik, pintar dan sempurna lahir dan batin, harus puas dengan tidak menemukan siapa-siapa.

* Bersyukur dgn apa yg ada.... dan sentiasa berterima kasih kepada Allah... semoga kita mendapat apa yg kita inginkan... Amin..

TERIMA KASIH YA ALLAH...
sumber : milis sobatazzam

12 August 2009

Bahagia itu pilihan..

Jika kita tidak bahagia, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak bahagia. Jika kita malas, sebenarnya kita yang memilih untuk malas. Jika kita tidak kaya, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak kaya. Jika kita tidak pandai, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak pandai. Jika kita banyak masalah, sebenarnya kita yang memilih untuk banyak masalah.

Mahu bahagia atau tidak adalah pilihan. Yang penting itu harus memiliki kesedaran yang tertinggi bahawa bahagia itu hanya dapat diperolehi daripada Allah SWT. Full stop.

Maka terpulang kepada kita samada mahu pilih bahagia atau tidak di dalam membuat pilihan. Jika mahu bahagia, mudah saja, sentiasa memastikan diri berada dekat dengan Allah SWT. Ingat dan berserah pada Allah SWT sahaja. Tidak perlu yang lain awalnya kerana yang lain PASTI akan menyusul apabila jiwa ini ingat dan berserah pada Allah SWT. Jadinya nanti tidak ada paksaan di dalam beribadah.

Ibadah yang menyusul itu dilakukan kerana benar-benar ikhlas kerana diilhamkan Allah SWT dengan Taqwa terus masuk ke dalam jiwa. Allah menggerakkan segala-galanya.

Yang berbezanya, kita beribadah tapi lupa dan tidak berserah pada Allah. Lalu ibadah yang kita lakukan adalah kerana selain daripada Allah SWT. Kita beribadah kerana kita ingat untuk jadi kaya, kerana ingat hidup kita yang tertekan dan lain-lain.

SALAH? Tidak salah tetapi jika kita ingat dan berserah pada Allah SWT terlebih dahulu, semua itu akan menyusul. Allah pasti menggerakkan kita untuk beribadah. Ibadah kita khusyuk. Pasti kualitinya tinggi sekali. Lalu pasti apa yang kita mohon diperkenankan. Ingin jadi kaya, ingin hidup tenang dan lain-lain, tidak menjadi masalah lagi.

Yang perlu diingat adalah Allah yang memberikan kekayaan, Allah yang memberikan kita hidup tenang, Allah yang memberikan segala-galanya. Inilah kesedaran yang tertinggi.

Apabila kita bekerja dengan khusyuk, kekayaan akan datang. Bila kita hidup dengan jiwa yang positif, ketenangan pasti hadir. Kerana hidup kita adalah kehidupan yang diserahkan kepada Allah SWT.

Kita berserah dan pasrah untuk dinafaskan. Berserah dan pasrah untuk mengangkat kaki dan tangan untuk bekerja. Berserah dan pasrah untuk berfikir. Berserah dan pasrah segalanya mengikut kehendak Allah SWT.

Berserah dan pasrah itu bukan “ambil mudah”. Jika ambil mudah, bimbang kita tidak mahu bernafas sedangkan kita perlu bernafas.

Ingat dan berserah pada Allah SWT menanamkan rasa cinta pada Allah SWT. Ibadah yang dilakukan hasil gerakan yang digerakkan Allah SWT pasti ibadah yang bercahayakan keikhlasan. Kualitinya sangat tinggi. Ia pasti menjadi ibadah yang terbaik di sisi Allah SWT kerana dilakukan mengikut kehendak Allah SWT.

Ingat dan berserah sahaja pada Allah. Untuk mudah mengingati dan berserah pada Allah, komunikasilah dengan Allah SWT.

Maka, terpulang samada ingin bahagia atau tidak. Ia pilihan kita. Walaupun kebahagiaan itu milik Allah dan hak Allah untuk menentukan kita bahagia atau tidak, namun sebagai hambaNya, kita hanya mampu melakukan tuntutan (yang dijelaskan oleh Al-Quran dan Sunnah) untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Tuntutan itu adalah ingat dan berserah pada Allah SWT.

*Semoga kita dapat memilih yg terbaik...


sumber: fuadlatif.com

11 August 2009

The Mayonnaise Jar and 2 Cups of Coffee

When things in your life seem almost too much to handle, when 24 hours in a day are not enough, remember the mayonnaise jar and the 2 cups of coffee .

A professor stood before his philosophy class and had some items in front of him. When the class began, he wordlessly picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golf balls. He then asked the students if the jar was full. They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full. The students responded with an unanimous 'yes.'

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar effectively filling the empty space between the sand. The students laughed.

'Now,' said the professor as the laughter subsided, 'I want you to recognize that this jar represents your life. The golf balls are the important things---your family, your children, your health, your friends and your favorite passions---and if everything else was lost and only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, your house and your car.

The sand is everything else---the small stuff. 'If you put the sand into the jar first,' he continued, 'there is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life. If you spend all your time and energy on the small stuff you will never have room for the things that are important to you.

'Pay attention to the things that are critical to your happiness. Spend time with your children. Spend time with your parents.. Visit with grandparents. Take time to get medical checkups. Take your spouse out to dinner. Play another 18. There will always be time to clean the house and fix the disposal. Take care of the golf balls first---the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand.'

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented. The professor smiled and said, 'I'm glad you asked.'

The coffee just shows you that no matter how full your life may seem, there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.'

There is no happiness in having or in getting, but only in giving.
-Henry Drummond

There is nothing better than the encouragement of a good friend.

-Katharine Butler Hathaway

*Especially to all my best friends... Thanks for being my best.. best.. best friend in a world... semoga persahabatan kita semua berkekalan hingga akhirat... Amin..

10 August 2009

Kerana Hidup Hanya Sekali...

Assalamualaikum...

Wahai teman... mari kita sering mengingatkan.. bahawa...

Seberat apapun beban hidup kita hari ini ...
Sekuat apapun godaan yang harus kita hadapi…..
Sekukuh apapun cubaan yang harus kita jalani….
Sebesar apapun kegagalan yang kita rasai……
Sebosan manapun hari-hari yang kita lalui…….

Jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Ilahi ...
Jangan pernah berhenti berdoa kepada Rabbi
Kerana harapan adalah masa depan
Kerana harapan adalah sumber kekuatan
Kerana doa adalah pintu kebaikan
Kerana doa adalah senjata orang beriman...

Kita mungkin pernah merasakan betapa tidak berertinya hidup ini.... terasa amat membosankan... Kita seperti manusia yang tidak ada gunanya lagi hidup di dunia... Hari-hari yang kita lalui hampa tidak bererti... Kegagalan kita temui disana-sini... Cubaan dan rintangan kita hadapi tiada hentinya... Beban hidup terasa berat sekali... Bagi mereka yang tidak punya iman, mengakhiri hidup yang indah ini seringkali menjadi pilihan...

Hidup ini hanya sekali, terlalu indah untuk kita sia-siakan, kerana memang Allah menciptakan makhluknya tidak untuk di sia-siakan... Betapa bahagianya hidup ini bila kita jalani dengan penuh semangat dan optimisme yang tinggi. Betapa indahnya hidup ini bila hari-hari kita jalani dengan senyum kebahagiaan dan sikap positif memandang masa depan...Betapa sejuknya bila kita sabar menghadapi setiap permasalahan, kemudian kita berusaha memecahkannya dan mengambil iktibar dan hikmah dari setiap kejadiaan...

Sebuah pakupun akan menghadapi masalah pada tubuhnya bila tidak tepat menempatkan diri. Bila ia terletak di tanah basah, suatu saat ia akan berkarat, tidak berguna lagi bila terpijak bahkan mungkin suatu saat akan terkubur bersama karat yang menyelimutinya... Tapi bila kita boleh menempatkannya di tempat yang tepat, kita tancapkan pada sebuah dinding walaupun ia berkarat paku itu berguna bagi manusia... Sebagai penyangga, tempat menggantung atau sebagai penyatu pelbagai benda...

Begitu pula kehidupan manusia... Bila kita tidak tepat menempatkan diri kita.. kita tidak sedar siapa diri kita.. kita tidak tahu untuk apa kita di dunia, kita hanyalah jasad hidup yang berkeliaran... Bila kita tidak manfaatkan hidup yang ada, selalu memandang negatif setiap peristiwa.. membiarkan diri berlumur dosa.. bahkan tidak tahu dan ingat dengan Sang Pencipta.. kita adalah makhluk hidup yang tidak berguna... Kemudian hidup ini pun terasa berat untuk kita lalui...

Masalah dan cubaan adalah bunga kehidupan orang-orang beriman... Kembalilah kepada Tuhan bila kita menghadapinya agar kita tenang... Lihat, apakah kita sudah tepat menempatkan diri.
Jangan menjadi paku yang terletak di tanah basah... Tapi jadilah paku yang dapat menyangga kehidupan manusia... Walaupun kecil, tanpa paku itu sebuah bangunan besar tidak akan pernah berdiri..

*Terima kasih Ya Allah... :)

09 August 2009

Menggantikannya dengan lebih baik..

Assalamualaikum...

Terima kasih Ya Allah.. kerana memberikan aku peluang untuk berkongsi cerita dari negara seberang ini.. satu cerita yang menarik perhatianku dan semoga ianya memberikan kita kesedaran dan selalula bersangka baik pada Allah...

Ini cerita tentang Anisa, seorang gadis kecil yang ceria berusia lima tahun. Pada suatu sore, Anisa menemani Ibunya berbelanja di suatu supermarket. Ketika sedang menunggu giliran membayar, Anisa melihat sebentuk kalung mutiara mungil berwarna putih berkilauan, tergantung dalam sebuah kotak berwarna pink yang sangat cantik.

Kalung itu nampak begitu indah, sehingga Anisa sangat ingin memilikinya. Tapi... Dia tahu, pasti Ibunya akan berkeberatan. Seperti biasanya, sebelum berangkat ke supermarket dia sudah berjanji tidak akan meminta apapun selain yang sudah disetujui untuk dibeli.

Dan tadi Ibunya sudah menyetujui untuk membelikannya kaos kaki ber-renda yang cantik. Namun karena kalung itu sangat indah, diberanikannya bertanya. "Ibu, bolehkah Anisa memiliki kalung ini ? Ibu boleh kembalikan kaos kaki yang tadi... " Sang Bunda segera mengambil kotak kalung dari tangan Anisa. Dibaliknya tertera harga Rp 15,000.

Dilihatnya mata Anisa yang memandangnya dengan penuh harap dan cemas. Sebenarnya dia bisa saja langsung membelikan kalung itu, namun ia tak mau bersikap tidak konsisten... "Oke ... Anisa, kamu boleh memiliki Kalung ini. Tapi kembalikan kaos kaki yang kau pilih tadi. Dan karena harga kalung ini lebih mahal dari kaos kaki itu, Ibu akan potong uang tabunganmu untuk minggu depan. Setuju ?"

Anisa mengangguk lega, dan segera berlari riang mengembalikan kaos kaki ke raknya. "Terimakasih..., Ibu" Anisa sangat menyukai dan menyayangi kalung mutiaranya. Menurutnya, kalung itu membuatnya nampak cantik dan dewasa. Dia merasa secantik ibunya. Kalung itu tak pernah lepas dari lehernya, bahkan ketika tidur. Kalung itu hanya dilepasnya jika dia mandi atau berenang. Sebab, kata ibunya, jika basah, kalung itu akan rusak, dan membuat lehernya menjadi hijau...

Setiap malam sebelum tidur, ayah Anisa membacakan cerita pengantar tidur. Pada suatu malam, ketika selesai membacakan sebuah cerita, Ayah bertanya "Anisa..., Anisa sayang enggak sama Ayah ?" "Tentu dong... Ayah pasti tahu kalau Anisa sayang Ayah !" "Kalau begitu, berikan kepada Ayah kalung mutiaramu...
"Yah..., jangan dong Ayah ! Ayah boleh ambil "si Ratu" boneka kuda dari nenek... ! Itu kesayanganku juga "Ya sudahlah sayang,... ngga apa-apa !". Ayah mencium pipi Anisa sebelum keluar dari kamar Anisa.

Kira-kira seminggu berikutnya, setelah selesai membacakan cerita, Ayah bertanya lagi, "Anisa..., Anisa sayang nggak sih, sama Ayah?"
"Ayah, Ayah tahu bukan kalau Anisa sayang sekali pada Ayah?". "Kalau begitu, berikan pada Ayah Kalung mutiaramu." "Jangan Ayah... Tapi kalau Ayah mau, Ayah boleh ambil boneka Barbie ini.."Kata Anisa seraya menyerahkan boneka Barbie yang selalu menemaninya bermain.

Beberapa malam kemudian, ketika Ayah masuk ke kamarnya, Anisa sedang duduk di atas tempat tidurnya. Ketika didekati, Anisa rupanya sedang menangis diam-diam. Kedua tangannya tergenggam di atas pangkuan, air mata membasahi pipinya..."Ada apa Anisa, kenapa Anisa ?" Tanpa berucap sepatah pun, Anisa membuka tangan-nya. Di dalamnya melingkar cantik kalung mutiara kesayangannya.
" Kalau Ayah mau...ambillah kalung Anisa" Ayah tersenyum mengerti, diambilnya kalung itu dari tangan mungil Anisa.

Kalung itu dimasukkan ke dalam kantong celana. Dan dari kantong yang satunya, dikeluarkan sebentuk kalung mutiara putih...sama cantiknya dengan kalung yang sangat disayangi Anisa... "Anisa... ini untuk Anisa. Sama bukan ? Memang begitu nampaknya, tapi kalung ini tidak akan membuat lehermu menjadi hijau" Ya..., ternyata Ayah memberikan kalung mutiara asli untuk menggantikan kalung mutiara imitasi Anisa.

Demikian pula halnya dengan Tuhan terkadang Dia meminta sesuatu dari kita, karena Dia berkenan untuk menggantikannya dengan yang lebih baik. Namun, kadang-kadang kita seperti atau bahkan lebih naïf dari Anisa.... Menggenggam erat sesuatu yang kita anggap amat berharga, dan oleh karenanya tidak ikhlas bila harus kehilangan.

Untuk itulah perlunya sikap ikhlas, karena kita yakin Tuhan tidak akan mengambil sesuatu dari kita jika tidak akan menggantinya dengan yang lebih baik.

08 August 2009

Satu Kesulitan Dua Kemudahan..

Musibah adalah sebahagian dari kesulitan hidup.... Ia juga sebahagian dari kehidupan yang tidak hanya kaya akan kesulitan melainkan juga kaya dengan kebahagiaan... Kadang-kadang, banyak orang tidak bersyukur dan terlupa dengan kebahagiaan yang diraihnya sebelum datang kesulitan... Mereka terus menyalahkan takdir, menyalahkan orang lain kerana kesulitan yang dihadapinya itu... Mereka lupa, bahawa pada saat kebahagiaan datang kepada mereka, tidak satu hal pun dilakukan untuk mensyukurinya... Jangankan untuk menghisab diri dengan datangnya musibah tersebut, menyedarinya sebagai bahagian dari sunnatullah dan ujian dari Allah pun acapkali jarang terjadi... Demikianlah orang-orang yang tidak memiliki keyakinan yang kepada kepada Tuhannya.

Sementara itu, orang-orang yang beriman, mereka tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah Swt. Mereka yakin dengan janji Allah bahwa pada setiap kesulitan itu diapit oleh kemudahan. (QS. A Lam Nasyrah[94]:6).

Inilah berita gembira bagi orang-orang yang sabar... kerana Allah tidak pernah mengingkari janji-janji-Nya. Namun, adakalanya orang yang sudah beriman pun akhirnya tergelincir kerana kurang sabar... Ketika musibah datang bertubi-tubi, kesabaran pun dianggap sudah habis dan mencapai batasnya. Mereka kemudian mencari jalan pintas untuk boleh keluar dari kesulitan...

Sebuah ikhtiar seharusnya dilakukan dengan cara yang juga sesuai dengan rambu-rambu sunnatullah... Jika Allah menjanjikan akan datangnya dua kemudahan, memang bukan bererti ia datang tiba-tiba dan lantas menyelesaikan permasalahan. Akan tetapi tetap harus diupayakan, dicari dan digali... Allah Sendiri yang akan menuntun kita selama kita memohon perlindungan dan tuntunan kepada-Nya...

Musibah adalah 'buah' dari kehendak Sang Maha Berkehendak... Maka pasti Dia juga yang tahu jalan keluarnya... Maka, tidak ada tempat kembali yang utama kecuali kepada Allah dikembalikan segala urusan dengan ikhtiar zahir yang maksimal... Mudah-mudahan musibah yang datang akan memberi pelajaran dan mendatangkan berjuta hikmah kepada kita... Dan mengembalikan kita pada kesedaran bahawa Kehendak Allah di atas segalanya... Nikmatilah kesulitan hidup seperti kita menikmati kebahagiaan hidup... Kerana setelah kesulitan akan datang kemudahan dan kebahagiaan... Lalu waspadalah dan berbekallah kerana setelah kebahagiaan itu akan berganti pula dengan kesulitan atau masalah baru... Kerana demikianlah sunnatullah...

Satu hal yang juga penting, jangan sampai ketawakalan seperti ini menjadikan kita lupa untuk berdoa dan berusaha, yang memandang kesulitan hidup yang terjadi sebagai takdir Allah semata, sehingga menghentikan upaya untuk terus memperbaiki kualiti hidup, mematikan kreativiti, dan melupakan ikhtiar. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu
kaum sebelum kaum itu sendiri yang mengubahnya." (QS. Ar Ra'du[13]:11).

Wallahu 'alam.

*Maka berdoalah dan memohon kepada Allah agar hidup kita sentiasa dirahmati OlehNya... Amin

07 August 2009

Berlatih Segalanya Hanya Daripada Allah SWT

Assalamualaikum...

Terima kasih Ya Allah... kerana masih diberi kesempatan utk berkongsi ilmu Mu... dan hari ini aku ingin kongsi bersama apa yang ingin di perkatakan oleh En. Fuad Latif... semoga apa di sampaikan ada manfaatnya utk kita semua.. dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau dalam menyebarkan ilmu-ilmu Allah.. dan semoga Allah mempermudahkan kita untuk menerima semua ilmu-ilmu-NYA... Amin...

Tahu dan sedar merupakan dua perkara yang sangat berbeza. “Tahu” tidak sampai ke jiwa tetapi “Sedar” sampai kejiwa dan menjiwainya dengan sepenuhnya.

Sedarkah kita sesungguhnya nikmat setiap suapan ketika makan berbeza nikmatnya? Kita tidak akan dapat mengecepi perbezaan nikmat setiap suapan ketika makan jika kita makan sambil bersembang atau juga asyik ligat memikirkan tentang kehidupan kita ini.

Begitu juga dengan nikmat melakukan kerja dan segala aktiviti harian kita. Allah SWT memberikan kita sangat terperinci nikmat-nikmatNya yang jarang kita rasakan kerana sibuk dan asyik dengan fikiran yang memikirkan pelbagai hal kerja dan kehidupan.

Mulai pada saat ini, marilah sama-sama kita berlatih sedar segalanya hanya daripada Allah SWT di dalam melakukan segala aktiviti.

Ketika kita makan, sedarlah bahawa yang memberikan kita makan dan kenyang adalah Allah SWT. Tidak hanya sekadar ‘tahu’ makanan yang kita makan itu sedap dan mengenyangkan sahaja tetapi hubungkan terus jiwa kita dengan Allah SWT dengan penuh kesedaran. Allah yang memberikan kita nikmat sedap dan kenyang.

Walaupun orang lain makan makanan yang sama seperti kita makan, belum tentu mereka juga akan memiliki nikmat sedap dan kenyang kecuali dengan izin Allah SWT.

Setiap nikmat yang kita perolehi dalam setiap suapan merupakan Maha Hebatnya Allah SWT di dalam memberikan nikmat kepada kita sehingga sebegitu rupa hebatnya. Ketika makan, jiwailah setiap suapan dan hubungkan terus jiwa dengan Allah SWT dengan mengucapkan “Terima kasih Allah SWT” apabila merasai setiap nikmat suapan.

Ketika kita melakukan kerja, sedarlah bahawa yang menggerakkan segala kerja adalah Allah SWT. Bukan sekadar kita hanya ‘tahu’ kita banyak kerja tetapi terus sambungkan jiwa kita dengan Allah SWT bahawa yang memberikan kerja yang banyak adalah Allah SWT.

Sedarlah bahawa yang menjayakan atau menggagalkan kerja kita adalah Allah SWT. Latihlah diri kita untuk sedar segalanya hanya Allah. Sebutkan selalu “Terima kasih Allah SWT” kerana memberikan kita kerja yang baik, rezeki yang halal. Ucapkan “Terima kasih Allah SWT” di kala kita menyelesaikan kerja kita, menerima ilmu baru dan sebagainya walaupun kecil.

Apabila kita berlatih dan sedar setiap masa segala kerja adalah di bawah penguasaan Allah SWT, maka kita tidak akan kelam kabut dengan kerja kita yang banyak setiap hari. Kita melakukan dengan tenang. Dengan penuh berserah, pasrah dan redha. Ingatlah bahawa di dalam Islam, berserah, pasrah dan redha merupakan aktiviti yang aktif.

Ketika kita belajar, sedarlah bahawa yang memberi kita kefahaman serta yang memahamkan kita adalah Allah SWT. Ikatkan hubungan jiwa kita dengan Allah SWT sepanjang masa ketika belajar.

Berlatihlah agar kita sedar bahawa kita tidak mampu menjadi bijak dan pandai jika tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoalah pada Allah SWT agar kita sentiasa diilhamkan dengan Taqwa dan dijauhkan diri kita dengan ilham fujur.

Ingat Allah ketika belajar bukan hanya sekadar membaca doa penerang hati di awal dan sesudah pembelajaran tetapi seharusnya hati ini mesti terus bertaut sedar segalanya hanya Allah SWT sepanjang masa pembelajaran. Sedar akan Maha Hebat dan Maha Tinggi ilmu Allah SWT.

Berlatihlah untuk menyedari dan merasai sebenar-benarnya segala-galanya hanya Allah SWT yang Maha Menentukan, Maha Pemberi, Maha Penguasa dan apa sahaja yang ada di langit dan dibumi serta di antaranya tunduk dan patuh kepada Allah SWT samada suka atau pun terpaksa.

Berlatihlah dengan berkomunikasi dengan Allah SWT agar jiwa ini sentiasa berhubungan dengan Allah SWT.

Berkomunikasilah dengan Allah SWT...

Ketika makan:
“Ya Allah terima kasih Allah sebab kasi aku masih dapat lagi rasa lauk ikan ni dengan rasa yang sedap. Sedap betul makan nasi dengan lauk ikan ni. Terima kasih Allah sebab kasi aku rezeki halal.”

“Aku nak suap nasi dengan ikan dan sayur ni pula ya Allah. Hmmmm sedapnya ya Allah. Terima kasih ya Allah kerana masih beri rasa nikmat sedap dalam suapan aku ni ya Allah. Terima kasih”.

Ketika melakukan kerja:
“Ya Allah banyaknya kerja aku ni ya Allah. Bantu aku untuk menyelesaikan satu persatu ye ya Allah. Kasi aku jalan yang mudah untuk selesaikannya ya Allah. Kasi aku seronok dan semangat lakukan ye ya Allah.”

“Oh laporan ni aku kena siapkan petang ni ya Allah. Ish! sistem ni pun aku kena siapkan hari ni juga ni ya Allah. Adusss mana satu nak buat dulu ni ya Allah. Ya Allah kasilah idea kat aku ni ya Allah. Mana satu dulu nak buat ni ya Allah. Aku nak buat sistem ni dululah ya Allah. Nanti petang ni lepas makan, aku buat laporan tu. Laporan tu tak banyak pun. Bantu aku ye ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih”.

“Oh macam ni rupanya nak buat sistem ni ye ya Allah. Barulah aku tahu ya Allah. Terima kasih ya Allah sebab kasi aku tahu. Terima kasih sangat-sangat ya Allah. Hebatnya Engkau ya Allah. Sampai komplek macam ni sistem Engkau jadikan ya Allah. Maha Besar Engkau ya Allah. Maha Besar.”

Ketika belajar:
“Ya Allah, fahamkanlah aku apa yang pensyarah ajarkan di depan sana ya Allah. Oh baru aku tahu apa maknanya “close loop integration” ni ya Allah. Hebatnya ilmuMu ya Allah. Oh…cross product dan dot product tu beza rupanya ya Allah. Ya Allah bodohnya aku ya Allah. Selama ni aku ingat sama. Terima kasih Allah sebab beri aku faham dan ilmu. Terima kasih sebab keluarkan aku dari kebodohan. Terima kasih Allah, terima kasih.”

Kesedaran yang kita miliki tidak mampu dipelajari dengan meniru perilaku orang lain, kerana di dalam diri kita ada hakikat agama yang fitrah dan suci sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah.

Kita akan merasakan betapa indahnya iman yang menggetarkan Qalbu. Bukan keimanan yang digagaskan oleh fikiran. Akan tetapi dari jiwa dan hati nurani yang bersih. Kita akan benar-benar mampu untuk mengikat hubungan dengan Allah SWT setiap saat, mengadu segala hal, mengagungkan Allah dan sebagainya.

Semoga Allah terus menuntun kita agar memiliki kesedaran yang tertinggi iaitu sedar SEGALANYA HANYA DARIPADA ALLAH SWT.

Sumber: Fuadlatif.com

*Semoga kita sentiasa dekat dan ingat kepada Allah walau apapun yg kita lakukan dan dimana jua kita berada... Amin..

06 August 2009

AMALAN SEPANJANG BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya:

Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.


Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w..

Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:

Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".

Banyak melakukan amalan takwa dan taat.

Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".

Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".

Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.

Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.

Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.

Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.


Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.

“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Surah as-Syura: 30).

Rujukan:
Khutbah Masjid Negara Kuala Lumpur(2002)

Teks Sdr Abdul Ghani Yaacob pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

05 August 2009

Malam Nisfu Syaaban...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah... baru sebentar tadi sahabat baik ku memaklumkan aku bahawa malam ini adalah malam Nisfu Syaaban... dan menyuruh aku mencari d internet kebaikan2 mlm Nisfu Syaaban ini.. dan syukur ya Allah.. aku mengetauhinya terlebih awal.. kerana malam ini adalah malam untuk kita menambahkan amal kebaikan dan memohon keampunan Allah.. semoga setiap amalan kita di terima.. dan aku ingin berkongsi pesanan ini.. Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.

Jadi.. mari kita kongsi bersama apaka yg dimaksudkan Nisfu Syaaban... semoga ada manfaatnya... Amin..

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, jumaat malam)
Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya , adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua’alam

* Jadik.. marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi bulan Syaaban ini dengan amal ibadat yang lebih dan jangan lupa.. untuk mengambil kesempatan ini untuk berpuasa pada 15 Syaaban (bisuk la..) kerana kita tidak tahu sama ada kita berkesempatan lagi untuk bertemu dengannya tahun hadapan.. NAUZUBILLAMINZALIK…

Blog Widget by LinkWithin