04 March 2009

Ya Allah.. Tabah kan hatiku...

Alhamdulillah.. setelah melalui Hari Sabtu dan Ahad yg membosankan.. aku cuti pada hari Isnin kerana kurang sihat sedikit... aku dan adik ku menghabiskan masa menonton tv dan bercerita.. sepanjang aku melalui hari-hari yang mencabar.. dia lah adik yg menjadi sahabat baik ku yg mendengar dan melayan setiap keluhan dan apa yg terbuku di hatiku.. aku luahkan semuanya padanya.. dia menjadi pendengar setiaku... selain itu.. adik2 aku di kampung sering menelefon dan menghantar sms untuk bertanyakan khabar.. terutamanya potek dan helly... helly adik lelaki ku yg sangat manja dan keras kepala.. tetapi.. dia sering menghantar sms mendoakan kebahagian ku dan menyuruh aku sabar.. aku ingat sms yg satu ini..

"Amin... sabar ja ko kak.. modal sabar la yg paling besar untuk kakak"..

terima kasih Leh.. aku tau kamu semua menyokong aku.. begitu jugak teman2 ku... tidak putus2 bertanyakan khabar.. bertandang kerumah.. ucap selamat malam... betapa aku sungguh bertuah kerana dianugerahkan keluarga dan kawan2 yg memahami dan menyayangi aku... Syukur Ya Allah...

Petang Isnin.. hati aku bedebar2 bila hp aku berdering.. dan aku amati nombor yg tertera.. aku kenal nombor itu.. aku bertanyakan adik aku.. patut ka aku menyambutnya.. "terpulang pada ko tom.." katanya..

tidak lama kemudian.. hp aku berbunyi.. ada sms... aku buka dan baca... sms dari org yg sangat aku kenali.. bertanyakan resumenya... aku reply.. belum sempat aku menghantar... hp aku terus berbunyi.. dan dia menelefon.. aku menyambutnya.. dan dia bertanya mengenai resumenya yg aku buatkan untuknya dahulu.. seingat aku.. aku suda pindahkan kedalam thumb drivenya.. dan dia mengatakan bahawa file resume tidak di temui oleh kakaknya.. aku memberitahunya yg aku tidak ingat dan tidak tahu... dia bertanya lagi.. "macam mana tu aa.." ntah kenapa aku sedih.. dan aku ada menyimpan satu salinan di dalam kereta... aku menyuruh dia dtg untuk mengambil salinan yg ada pada ku.. sebenarnya.. aku tidak tahu apa yg ingin Allah tunjukkan kepada ku.. adikku menyarankan agar aku membuang sahaja salinan terakhir resumenya yg aku simpan di ofis.. kerana aku bukanlah siapa2 lagi baginya.. dan aku tidak kena mengena lagi dengannya.. tapi.. aku bawa pulang resume berkenaan dan menyimpannya di bonet kereta.. aku memberiahu adikku.. kenapa perlu dibuang.. mungkin ada gunanya nanti..

tidak lama kemudian.. dia menelefon lagi.. bertanyakan necktienya pulak.. hmm... aku tersenyum... seingat aku.. aku tidak menyimpan necktienya.. yg pastinya.. barangnya semua berada di rumahnya.. jawapan yg sama aku bagi padanya.. aku maklumkan jugak yg semua barang2 berada di rumahnya.. aku menyuruh dia mencarinya di almari dan laci bajunya... "tiada pulak" katanya.. hmmm... aku menyuruhnya dtg kerumah untuk mencari necktienya...

setibanya di rumah.. di menelefon mengatakan yg dia sudah berada d luar rumah.. di segan katanya... aku membuka pintu dan meyuruhnya masuk.. sayu hatiku melihat keadaannya... kurus.. gelap sedikit.. tidak teratur.. dia memberitahuku yg dia baru sahaja memotong rambutnya... aku tersenyum...

aku membawa dia ke kereta.. kerana semua barang2 kepunyaannya aku packing sebulan yg lalu untuk dikembalikan padanya.. kerana aku tahu barang2 berkenaan masih di perlukan olehnya.. dan aku meletakkannya di bonet kereta.. setelah memberikan semua barang kepunyaannya... dia bercerita mengenai pengalamannya bekerja di kawasan pendalaman... aku cuma tersenyum.. dan mengatakan "iya?!" dan "ooo.." "baguslah.. ko kerja suda" kata ku lagi... walaupun kerja hanya menggantikan org lain.. tapi.. pengalaman sekejap itu memang bermakna...

Dia mengajak ku makan di Mc donald.. dan aku menukar pakaianku.. bila aku keluar aku lihat dia sudah bersedia di depan tangga dengan kereta myvi ku... dia memberitahu ku yg dia ada interview keesokan hari jam 9.oo pagi.. aku menyuruhnya datang awal... dan dia minta sedikit tips mengenainya.. aku mengajarnya sedikit.. cara masuk.. duduk dan cara bercakap... aku melarangnya membuat perkara seperti menggaru kepala.. dan cara bercakap yg kelihatan seolah2 orang bijak pandai... dia ketawa... kerana dia tahu itulah tabiat buruknya... aku jugak memberitahu soalan2 yang selalu di utarakan.. dan dia perlu menjawabnya... aku bukanlah banyak pengalaman menjadi interviewee atau interviewer.. tetapi aku ramai kwn yg selalu jd interviewer dan menceritakan kepada ku soalan2 yg sering di utarakan kepada calon2 pekerja mereka... dari tingkah laku dan air mukanya sahaja.. aku tahu dia sangat risau dan nervous... aku meredakan kerisauannya dengan mengatakan... "ko sudah berusaha.. dan tawakal ja.. ko yakin.. InsyaAllah ada rezki ko dapatla kerja tu.." dia mengangguk tanda setuju... aku jugak memaklumkan padanya yg semua kawan2 datang ke rumah bertanyakan khabar.. dia diam.. aku juga memberitahunya kawan baiknya datang dan kami bercerita panjang... dia diam kerana dia tahu.. sahabat baiknya yg satu ini.. tidak pernah bercerita panjang dengan ku.. dia bertanya apa yg kami bualkan.. setelah aku menceritakan perbualan kami dengan sahabat baiknya.. dia diam dan berkata.. "kalau ada jodoh.. nda kan kemana.." aku diam dan tersenyum... aku tukar topik dan dia tidak berhenti bercakap dan bercerita mengenai semua perkara sehinggalah jam 12.00 tengah malam... dan dia menghantar ku pulang...

setibanya di rumah.. dia pulang.. dan aku sempat mengucapkan Good Luck.. tidak lama kemudian.. dia menelefon mengucapkan terima kasih dan Good Nite.. aku cuma mampu berkata "ok dan Good Nite".. jauh di sudut hatiku.. aku berdoa..

"Ya Allah.. berikan aku kekuatan untuk menempuhi semua dugaanMu.. tabahkan hatiku.. kuat kan semangat ku.. jadikan aku orang yang sabar.. dan aku mohon Ya Allah... berilah aku petunjuk dan jalan keluar dalam apa jugak situasi yang melibatkan diriku dan orang lain.. Ya Allah.. jauhkan lah aku dari dia.. dan memohon padaMu biarla aku melupakannya.. Amin Ya Rabbil Alamin.." aku menangis sehingga keesokan harinya... aku sedih dan sayu.. aku tidak tahu mengapa... yang pastinya aku berdoa lagi semoga hari esok lebih baik dari hari sebelumnya...

keesokan harinya.. celcom memaklumkan melalui sms bahawa ada miscall dari nombornya di waktu pagi dan petang.. mungkin ada hikmahnya kenapa dia tidak dapat menelefon aku.. sedangkan hp aku tidak dimatikan.. mungkin kerana doa semalam.. Wallahualam...

*Allah tunjukkan sesuatu perkara yang pastinya ada kebaikan di sebaliknya...

2 comments:

  1. Ada sesuatu yang ingin aku katakan. Tapi tunggulah jika ko benar - benar bersedia untuk berhadapan dengan semua itu.

    Diam bukan tandanya bersetuju.

    ko buat semua itu bukan tandanya ko mahu.

    Fikir dan ko imbaslah kembali. Semua yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.

    tapi jgn sampai pisang berbuah dua kali.

    Hanya sekadar pandangan 5 sen ku.

    ~ bayukk ~

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin