23 February 2009

Berakhirnya Ceritera Cinta - Ending

Setelah bercinta dan berkasih selama hampir 9 tahun.. pelbagai kenangan pahit manis yg aku terima.. kami adalah sepasang kekasih yg memang serasih.. dan ramai yg yakin cinta yg di jaga dan disemai akan berakhir dgn ikatan yg pasti... dia seorang yg baik hati... menjaga ku dengan baik sekali.. mungkin kerana kesilapan lalu yg membuatkan dia rasa bersalah.. atau mungkin dia ingin menghargai ku sebagai mana aku menjaga dan menghargainya... keluarganya selesa dengan ku.. begitu jugak keluarga ku... kami sering balik kampung bersama-sama.. dia akan menemani ku untuk pulang kerana dia akan menjadi pemandu setia ku... ibunya bertandang ke rumah ku di kampung yg memerlukan masa perjalanan selama 7 jam.. dan ibuku jugak bertandang ke rumahnya... sehinggalah dia tamat belajar dan kami merancang untuk meraikan majlis konvonya bersama ibunya.. dia menghajatkan agar majlis kali ini biarla ibunya turut sama.. dan aku gembira dan sampaikan hajatnya untuk membawa ibunya.. dan aku jugak membawa ibuku serta adik lelaki ku untuk bersama2nya... kami gembira.. ibunya dan ibu ku seperti sahabat.. mereka tidur sekatil bersama.. membeli barang bersama malah hampir serupa... hahahaha... aku nda kisah yg penting mereka suka... dengan bajet kewangan yg cukup setelah aku kumpul untuk perbelanjaan perjalanan seminggu bersama-sama.. akhirnya majlis itu selesai dengan baik... dan aku pasti dia gembira kerana hajatnya telah terlaksana..

selama 9 tahun ini jugak la.. aku mengajar dia semua perkara mengenai kehidupan.. kami kongsi bersama pengalaman lama dan pengalaman baru... dia mengajar aku.. begitu jugak aku mengajar dia... dan kami terima semua perkara dengan membincangkan nya bersama-sama.. walau pun sesetengah perkara ada yg tidak perlu dibincangkan.. dan dia mengambil keputusan sendiri dan kemudiannya barulah aku di maklumkan.. tp.. kerana hormat padanya.. aku iyakan jugak dan menyokong sepenuhnya dia... dia minat bermain bola.. minat memancing.. minat menyelam.. minat bermain game.. minat bermain muzik.. apa saja minatnya.. akan aku sokong dari belakang.. yg penting dia suka dan berani dengan semua risiko yg akan dia terima.. dia di ambil untuk menjadi keybodis kumpulan music yg telah ditubuhkan oleh teman2nya.. masih segar di ingatan ku.. petang itu.. setelah dia balik dari Ranau menemankan kawan2nya dari membuat persembahan di Ranau.. dia menelefon yg dia di pelawa untuk menyertai band tersebut.. dari suara nya sahaja.. aku tau.. dia gembira dan suka.. malah teruja.. aku tanya dia... " ko suka ka??"... "Iya ayang" katanya... "boleh ka??" katanya lagi... "hmmmm... ba iyalah"... jawabku ringkas... sampai sahaja di rumah.. kami membincangkan untuk membeli keyboard baru... aku check bajet dan simpanan... hmmm... cukup untuknya... kami membeli bersama2 keyboard yg di idam2kannya... walaupun aku risau kerana dia masih belajar pada masa itu.. aku takut pembelajarannya terganggu.. apa lg.. dunia baru yg di terokainya adalah dunia glamour.. mungkin tidakla glamour mana.. tetapi.. masih boleh dikenali.. dan sering terlibat dgn beberapa persembahan dan mengiringi band2 terkemuka... Al-hamdulillah.. dia boleh membahagikan masa untuk bersuka2 dan belajar.. kerana dia pun tahun akhir... aku suka buat 'surprise' untuknya.. sama ada di hari jadinya.. ataupun semasa valentines day.. aku masih ingat lagi.. aku menghantar bunga tulip dan hadiah ke kelasnya... teman baik ku kafali jadi orang tengah... dia gembira.. dan aku suka.. dan kadang2 aku akan mengatur majlis hari jadinya bersama teman2nya di rumahnya... ibunya akan membantu memasak.. aku jarang sambut hari jadinya berdua.. yg pastinya.. dia gembira bersama2 teman rapatnya... dan setiap aktiviti kami aku akan selitkan bersama teman baiknya...

Aku sering menemaninya kemana sahaja.. begitu jugak dia.. walau pun begitu.. kami masih ada ruang untuk teman2.. aku menghabiskan masa dgn teman2 ku.. begitu juga dia.. aku tidak pernah mengongkongnya.. apa lagi menyekat aktiviti hariannya.. walaupun masa untuk aku.. makin berkurangan tapi aku sabar.. dan aku sering sms atau email dia.. kenapa?? dan kadang2 aku tersa seperti kasihnya semakin berkurangan.. aku tidak tau kenapa.. atau mungkin itu hanya mainan perasaan ku.. aku pernah bertanya padanya.. ikhlas ka dia dgn ku.. atau dia hanya mencintai ku kerana terhutang budi.. dia menekankan bahawa.. cintanya tidak pernah kurang.. malah bertambah.. dan sering berkata " kawin kita ayang"... hahaha... aku tau dia belum bersedia.. apa lagi belum ada kewangan sendiri... selama aku menuai kasih bersamanya.. aku tidak pernah menceritakan keburukannya kepada sesiapa... apa lagi kekurangannya.. bagi ku itu tidak penting.. kerana aku ikhlas menyintainya.. aku terima dia apa adanya.. walau pun.. ada kerisauan di hati.. tetapai aku gagahkan dan buang jauh2 perasaan yg bukan dtgnya dari diriku.. aku yakin dia jugak ikhlas... Wallahualam..

dalam banyak2 perkara yg dibuat selama 9 tahun ini... satu benda sahaja yg btul2 menguji kesabaran ku... dia berbohong dengan ku... sebenarnya aku kenali dia bukan seorang perokok.. malah dia jugak tidak suka rokok... tp.. oleh kerana kekecewaannya pada masa lalu.. dia merokok hanya untuk suka2.. dia pernah meminta izin dan aku benarkan... tetapi rupanya ketagihan nya berlarutan.. dia merokok di belakang ku tanpa pengetahuan ku... aku sering bertanya... " ko merokok ka ayang".. dia nafikan.. katanya "mana ada"... dan aku terima jawapannya.. walau pun aku tau hakikatnya... aku masih lagi memberi peluang untuknya berterus terang... bagi ku.. rokok itu bukanlah masalanya... tetapi kenapa perlu berbohong dan menipu diri sendiri... aku jugak pernah menyarankan kalau dia mau merokok tidak perlulah sembunyi2.. aku nda kisah.. yg penting.. cukupla jgn merokok di depan ku.. bukan apa.. aku mengidap penyakit ashma.. dan aku tidak suka bau rokok... mungkin dia merokok tanpa pengetahuan ku kerana takut aku marah... Ya Allah... dia pernah membuat kesalahan yg lagi besar.. tapi aku masih terima dan maafkan dia.. inikan pulak perkara sekecil2nya.. dia lelaki.. dan aku jugak tidak rasa rokok itu menjadi masalah... adik2 ku tau yg dia merokok.. hairan kan.. aku sorang ja yg tidak tau hal ni... adik2 ku hormat padanya dan pada ku.. mungkin itulah sebabnya aku tidak di maklumkan.. terima kasih semua...

Aku sering berdoa untuk di berikan petunjuk... dan satu hari.. sebelum aku ke China... aku melihat dia merokok... dia terkejut.. aku buat nda tau kerana aku perlu jaga air mukanya.. aku cuma mampu kata " kedapatan" dengan nada berseloroh dan perlahan agar dia sahaja yg dengar.. dia terdiam dan melihatkan muka bersalah.. aku kesian... tp.. hati ku menangis.. Ya Allah.. kenapa dia perlu menipu diri sendiri... nda apalah... aku buat nda tau.. dan masih melayannya seperti biasa.. aku meminta izin untuk pulang kerana perlu berkemas kerana penerbangan esok hari... aku pulang dahulu dan meminta kwn nya menghantarnya.. dia setuju... dia menghantar ku ke kereta.. dan masih sempat bertanya... " ko marah ayang??'' aku cuma mampu berkata "nantilah kita bincang di rumah.. dan aku marah".. dia diam... kenapa aku tidak boleh marah... aku tidak pernah menipu dia.. selama 9 tahun ni jugak la aku menjaga kelakuan ku... semua perkara.. sekecil2 hinggalah sebesar2nya.. aku mesti maklumkan dia... teman2nya maklum dgn perangai ku.. malah ada yg senang dgn ku... mereka suka bila kami bersama...

sesampainya dia di rumah.. aku sudah siap berkemas.. malam itu.. aku tanya lagi... "kenapa ayang".. dia diam dan mengalihkan pandangannya dari ku... aku diam.. dan aku menangis tanpa pengetahuannya... keesokan harinya dia menghantar ku ke Airport... dan kau terbang ke China selama seminggu... setibanya di KL.. aku Sms dia.. mungkin dia tidak menyanyangi ku lagi... dan mungkin selama ini dia cuma bertahan kerana terhutang budi... aku faham.. dan aku menyatakannya bahawa kita mungkin perlu menjalani haluan masing2.. dia tidak reply sms ku...

tiba di China.. dia masih sms ku seperti biasa.. seperti tiada yg berlaku... tetapi aku masih marah.. dan aku cuma sms dia seringkas yg boleh kerana gangguan 'line dan jugak bayaran yg agak mahal.. walau pun begitu.. aku masih mahu menelefonnya untuk bertanyakan halnya.. tp.. apakan daya... line tidak mengizinkan.. setibanya di Sabah.. kami masih bersama.. tapi tidak seperti dulu lagi.. aku ceritakan hal ini kapada teman baik ku.. dan beberapa temannya.. dan mereka memujuk ku agar fikir hal ni dan selesaikan secara baik... bila aku fikir balik.. malam tu aku telefon dia.. dan aku jumpa dia dan ingin memperbaiki dan memberi peluang kapada hubungan yg telah lama di semai... dia tidak seperti dulu lagi... dia minta aku beri dia masa selama 3 hari.. dan aku setuju... kami masih bersama.. makan bersama.. menonton wayang bersama.. tetapi aku perasan dengan perubahannya.. bukan seperti selalu.. seperti ada yg dirahsiakanya.. dan instict ku berkata yg bukan2.. dan aku harap aku salah... aku masih teringat yg dia berkata.. biarla kita berjauhan untuk seketika yg pentingnya.. akhirnya kita bahagia.. dia yakin yg dia akan bersama ku kelak.. kerana baginya aku adalah jodohnya.. aku cuma mampu tersenyum..

Pagi itu... bila dia meminta charger hp ku yg kini dia gunakan... aku charge dan aku terasa sesuatu.. dan aku terus tanya.. " ko ada org lain ni kan..." dia diam.. dan meminta maaf... dia mmg bersalah... aku sedih.. dan aku gagahi untuk tidak mengeluarkan air mata... dia cuma mampu berkata dia tidak tau apa yg dia buat.. dan dia tau dia akan menyesal dengan apa yg telah dia lakukan... aku bertanya.. sejak bila.. dia diam.. dan aku tanya siapa.. bila dia sebut nama itu.. aku terkedu... rakan sekelasnya.. Ya Allah... aku di uji untuk sekian kalinya.. oleh orang yg sama... oleh orang yg aku jaga selama ini.. orang yg aku hidup senang dan susah.. aku berkorban segalanya.. aku cuma mampu bertanya.. "apa salah ku??".. dia menggeleng.. dan mengatakan bukan salah ku... dan masih mengulangi "ko percaya dengan jodoh" dan aku berkata "percaya.." dia mengangguk dan yakin.. tp... hati ku berkata... kau telah kehilangan aku selama-lamanya.. aku redha.. dan aku terus menangis.. menangis sepuas-puasnya... aku yakin ada hikmah disebaliknya.. dan aku yakin dengan ketentuan Ilahi.. mungkin Allah merancang kehidupan yg baik untuk ku di masa akan datang... aku pujuk hatiku.. bersabarla Tom... Allah itu maha Mengetauhi.. Maha Adil..

teman2 lain.. marah bila mengetauhi hal kami berdua.. keluarga aku jugak marah.. lebih2 lagi kesalahan itu berpihak padanya.. ada yg tidak percaya.. ada dia antaranya berkata.. mungkin kami gaduh untuk seketika.. bagi ku... dia telah memilih jalan hidupnya.. walaupun ibunya merancang untuk mengikat kami berdua... tapi yg pastinya... sehingga hari ini.. aku tidak lagi bersua muka dengannya.. selepas kejadian pagi tu.. dia sering menelefon dan bertanya khabar melalui sms... pada mulanya aku masih boleh menjawab dan bercakap2 di telefon.. tetapi selepas itu.. aku berfikir... aku di didik untuk tidak merosakkan hubungan orang lain.. dan tidak melukakan hati orang lain.. dan mengambil keputusan untuk tidak mengangkat telefon atau reply sebarang smsnya... itu untuk kebaikan nya...

Dan aku bersyukur Ya Allah.. Engkau kurniakan aku adik dan teman2 yang baik yg masih boleh menjaga ku... mengubati kelukaan ku... mengusap air mataku... menceriakan ku.. sehingga aku boleh terima kehilangannya.. aku rela.. dan aku redha.. biarla.. mungkin tiada jodoh antara kami berdua... dan aku doakan kebahagiannya.. semoga dia memilih yg terbaik buatnya.. walau pun teman2 lain berkata.. dia akan menyesal.. dan dia akan kembali kepada ku jua... tp... buktikan pada semua orang yg kau telah pilih yg terbaik... kerana kau telah berkorban untuk nya... doa kan kebahagian ku.. kerana aku sering mendoakan mu... terima kasih kerana menjaga aku selama ini.. kerana pernah menyayangi ku dan menyintai ku.. budi mu dan kebaikan mu tidak mungkin dapat aku balas... cuma doa yg dapat aku berikan pada mu... Semoga pertemuan dan perpisahaan kita di rahmati Allah S.WT... Amin...

* maafkan aku kerana menceritakan kisah kita berdua... tiada niat untuk aku megaibkan mu.. apa lg untuk menceritakan pengorbanan ku.. aku yakin ada sepasang kekasih yg mengalaminya... pesanan ku untuk kalian di luar sana... selagi boleh.. jagalah hubungan sebaik mungkin.. kerana once they gone.. they'll never come back... bagi yg kecewa... bangkitlah.. bina hidup baru.. yakinlah akan ada sinar kebahagian untuk kita... betul kata sahabat ku... sudah termaktub yg kita akan jumpa orang yg tidak baik sebelum jumpa yg lagi baik... dan ingat WHAT EVER WE DO.. TODAY IS FOR TOMORROW NOT FOR YESTERDAY... kuatkan semangat.. tabahkan hati... berdoa.. dan ingatlah pada tuhan.. dan ubat yang terbaik adalah SOLAT... InsyaAllah... Amin...

6 comments:

  1. YA, Allah
    Berilah Sinar Kebahagian kepadanya..

    ReplyDelete
  2. aku sentiasa doakan kebahagiaan mu walaupun perkenalan kita tidak selama mana..Amin!!moga Allah akan menyedarkannya..

    ReplyDelete
  3. Amin Ya Rabbil Alamin... terima kasih yg tidak terhingga.. semoga kalian juga sentiasa bahagia..

    ReplyDelete
  4. Ada sesuatu yg direncanakan Tuhan di akhir cerita ini...
    b strong ...

    ReplyDelete
  5. Partner, sabar aa.. x sangka plak pa yg elmi kctau 2 ari btul, thought it was only rumors.. always believe that everything happens 4 a reason n dont give up on luv..

    ReplyDelete
  6. Thanks partner... ya... everythings gonna be alright.. terima kasih semua...

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin